Home Novel Cinta Dia Pemilik Cintaku
Dia Pemilik Cintaku
Andayu
11/10/2024 21:52:41
24,016
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15

Inai pada jari dilihat. Debaran semakin terasa. Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi dia bakal menamatkan zaman bujangnya. Hatinya berasa bahagia menanti detik bahagia yang dinantikan selama ini. Walaupun bukan dengan kekasih hati pilihannya. Kebahagiaan ini tidak pernah dirasai ketika bersama Nazrul. 

Jubah putih yang tergantung pada almari dilihat. Haura menyentuh jubah itu sambil tersenyum bahagia. Dia ketawa kecil mengingati kembali memori ketika ingin membeli jubah ini bersama Fateh di Jakel pada dua hari yang lalu.

"Awak nak baju ke?" Soal Fateh apabila melihat Haura melihat beberapa helai jubah putih.

"Taklah. Tengok aje. Lagipun saya dah ada baju."

Fateh mengambil sehelai gaun putih lalu diukur pada badan Haura. "Cantik," katanya. "Cubalah. Kalau nak saya boleh bayarkan sekali."

Huh? RM200 kot sepasang baju ni, desis hati kecil Haura apabila melihat tanda harga pada baju yang dipilih oleh Fateh.

"Boleh ke?" 

"Saya suruh cuba. Mestilah boleh."

Haura terus mencuba pakaian itu. "Cantiknya," katanya sambil meneliti gaun yang tersarung indah pada badannya di hadapan cermin. Haura tersenyum. Gaun itu lebih cantik daripada gaun yang pernah dibelinya. Harga juga jauh lebih murah berbanding dengan gaun ini. 

"Nak?"

Haura angguk.

Setelah selesai membuat pembayaran mereka melangkah keluar dari Jakel. Fateh melihat jam pada pergelangan tangannya. Dia menoleh ke arah Haura.

"Baru pukul dua petang. Sempat lagi kalau nak beli apa-apa barang yang tak cukup."

"Rasanya dah tak ada."

"Lagi?" Soal Fateh dengan tegas. Dia tahu pasti ada lagi barang yang tertinggal.

"Kasut," jawab Haura teragak-agak.

"Kasut siapa?"

"Kasut awak untuk majlis nikah dan sanding."

"Okey kita singgah kasut you aje," ujar Fateh lalu melangkah masuk ke dalam kereta.

Haura hanya menurut langkah Fateh. Lelaki itu langsung tidak membantah apa yang dikatakannya. Sikap Fateh membuat Haura jatuh hati. Sepanjang perjalanan pulang dia hanya mampu tersenyum dan mencuri pandang wajah Fateh secara diam. 

"Haura," panggil Lily sambil mengetuk pintu biliknya.

Ketukan pada pintu menyedarkan Haura daripada lamunannya yang panjang. Dia membuka pintu biliknya yang berkunci. Maklumlah rumahnya dipenuhi sanak saudara. Dia tidak mahu diganggu. 

"Ya. Kenapa akak?" 

"Ada tetamu datang nak jumpa?"

Takkan Naz datang kot, detik hati kecilnya. Dia agak berdebar saat diberitahu oleh Lily ada seseorang ingin menemuinya. "Siapa?"

"Suraya kalau tak silap akak?"

Lega hati Haura mendengarnya. "Okey. Nanti Haura keluar," ujarnya lalu mencapai tudung sarung. 

Tanpa membuang masa dia melangkah keluar dari dalam rumah. Suasana di rumahnya begitu bising. Suara anak-anak saudaranya bermain dan orang-orang kampung yang datang memeriahkan majlis yang akan berlangsung pada malam nanti. 

"Su," panggil Haura lalu mendekati Suraya.

Suraya melemparkan senyuman lalu memeluk tubuh Haura. "Tahniah."

"Terima kasih. Tapi kenapa tak datang esok?" Haura meleraikan pelukan.

"Maaf tak dapat datang esok. Su nak kena balik JB malam ni."

"Marilah makan dulu," Haura menarik tangan Suraya agar masuk ke dalam rumah.

Suraya menggelengkan kepalanya. Dia membuka pintu kereta lalu mengambil sesuatu dari dalam kereta. "Selamat pengantin baru," ujar Suraya lalu menghulurkan hadiah kepada Haura.

"Thanks," balas Haura sambil menyambut hadiah yang diberikan oleh Suraya. 

"Su dah nak bertolak sekarang. Su singgah sekejap aje."

"Okey. Hati-hati memandu."

"InsyaAllah. Su doakan semoga majlis berjalan lancar dan berbahagia dengan suami yang tersayang."

"Amin."


SATU keluhan kecil dilepaskan apabila melihat nama pemanggil yang tertera pada skrin telefon bimbitnya. Nazrul mematikan telefon bimbitnya. 

Kereta yang dipandu diperlahankan. Buat kali kedua mengunjugi rumah Haura. Dari jauh kelihatan dua buah kanopi yang telah siap dipasang di atas Jalan Jambu 13 berhadapan dengan rumah Haura.

Kanopi? Untuk apa? Detik Hati kecil Nazrul. Suasana dihadapan rumah Haura kelihatan riuh dengan ramai orang. Masing-masing kelihatan sibuk. Cermin tingkap kereta diturunkan. Dia cuba mencari bayangan insan yang dirinduinya. Namun bayangan gadis itu tidak kelihatan.

Majlis dah batal? Tapi kenapa ada ramai orang? Detik jati Nazrul kehairanan.

Pon!

Terkejut Nazrul apabila sebuah kereta dari arah belakang membunyikan hon. Dia terus beredar dari situ. Pelbagai persoalan bermain difikirannya. Dia memberhentikan kereta di tepi kebun sayur. 

Telefon bimbit dicapai lalu dihidupkan kembali. Nombor telefon Haura dihubungi. Malangnya nombor yang didail tiada dalam perhikmatan. Nazrul menghentak stereng keretanya. 

Dia memusingkan keretanya. 

Setiba di persimpangan Jalan Jambu 13, dia melihat Haura sedang berbicara dengan seseorang. Senyuman mula terukir pada wajahnya. Tanpa disedari air mata mengalir laju membasahi pipinya. Bukan mudah untuk melupakan segala kenangan indah bersama Haura. Impian yang dibina bersama tak kesampaian. 

"Maafkan Naz?" Kata Nazrul sambil menahan tangis. 


Previous: Bab 14
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu