"I'm pregnant."
Kata-kata Syaza masih terngiang-ngiang di dalam telinganya. Walaupun bicara Syaza pada malam semalam kedengaran perlahan tapi masih jelas didengar oleh Haura. Dia melemparkan pandangan ke arah laut yang terbentang luas dihadapan rumahnya. Angin laut menyapa pipinya. Tangannya yang berasa sakit disentuh.
"Sayang," sapa Fateh dari dalam rumah. Satu keluhan kecil dilepaskan apabila Haura tidak menyahut panggilannya.
Cup! Satu ciuman singgah pada pipi Haura. "Sayang," sapa Fateh lalu duduk di atas kerusi.
"Abang," balas Haura perlahan.
Kepala Haura diusap perlahan. "Apa yang sayang fikirkan?"
"Tak ada apalah."
Fateh memegang kedua-dua belah pipi Haura. "Cakaplah. Abang tahu ada sesuatu yang menganggu fikiran sayang?"
Haura mengeluh kecil. "Sayang..."
Fateh mengusap pipi Haura dengan lembut. "Abang tak kisah pun apa yang sayang ingin katakan. Abang sedia menjadi pendengar."
"Sayang minta maaf. Sayang tak berniat pun nak buat abang risau."
Fateh memegang tangan Haura. "Fikirkan tentang semalam ke?"
Haura diam.
"Apa lagi yang sayang fikirkan?" Soal Fateh lalu merangkul pinggang Haura.
Haura melentokkan kepalanya di atas bahu Fateh. "Naz dah mengandungkan Syaza. Tapi dia tak nak bertanggungjawab."
Fateh mengeluh. "Biarlah mereka selesaikan sendiri masalah tu. Sayang tak perlu fikirkan tentang mereka lagi," katanya lalu mencium tangan Haura. "Jom keluar."
Haura memandang wajah Fateh. "Ke mana?"
"Awal lagi ni. Jom pergi jalan-jalan dekat Pasar Payang. Cuci mata."
"Kita?"
Fateh angguk. "Ya. Kita lah. Sayang nak ajak siapa lagi?"
Haura senyum.
"Kan comel senyum," kata Fateh lalu mencubit pipi Haura perlahan.
"Sakitlah," balas Haura sambil mengosok pipinya yang berasa sakit.
"Pergilah bersiap. Abang panaskan enjin kereta dulu."
"Okey," balas Haura lalu bangkit dari tempat duduknya. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Tanpa membuang masa dia segera menukar pakaian dan memakai tudung setelah menyolek sedikit wajahnya dengan bedak dan lipstik.
PINTU kereta ditutup. Della mengatur langkah ke arah hospital ibu dan anak. Cuaca agak panas hari ini. Dia mengangkat tangan menutupi kepalanya daripada sinaran mentari yang terik. Dahinya berkerut menahan sakit pada kakinya. Dia berhenti melangkah.
"Kenapalah adik tak ambil sendiri aje ubat tadi," omel Della sambil melihat pada kakinya.
Gatal sangat nak pakai high heels kan dah lenguh kaki," desis hatinya.
Dia jarang memakai kasut tumit tinggi ketika bekerja. Bila waktu cuti dia agak kembali memakai kasut itu ketika keluar berjalan-jalan di sekitar bandar Terengganu. Diamembetulkan beg tangannya di atas bahu. Dia membuka langkah ingin masuk ke dalam bangunan Hospital Ibu dan Anak.
"Argh!!!" Jerit Della setelah tubuhnya dilanggar oleh seseorang.
"Awak okey?" Soal Reza sambil menghulurkan tangan.
Della memandang wajah lelaki yang melanggarnya. "Okey," balasnya sambil menahan rasa sakit pada pergelangan kakinya.
"Mari saya tolong." Reza membantu Della berdiri semula.
Della cuba berdiri dengan bantuan Reza. "Aarr..." Della mengerang kesakitan.
Reza membawa Della ke arah kerusi yang disediakan. "Sakit kat mana?" Soal Reza setelah Della duduk di atas kerusi.
"Huh?" Della terpesona dengan ketampanan Reza.
"Sakit tak?"
"Argh!!! Awak nak bunuh saya ke?" Marah Della apabila kakinya berasa sakit dipicit oleh Reza.
Reza ketawa kecil. Dia duduk di sebelah Della. "Saya nak rawat awak bukan nak bunuh awak cik..."
"Nadella."
Reza angguk. "Saya Reza."
"Saya tanya ke?"
Reza diam seketika. "Nak saya daftarkan nama awak untuk dirawat tak?"
"Tak perlu. Saya nak cepat ni," ujar Della lalu mencuba untuk berdiri semula. "Auch!"
Reza segera membantu Della daripada jatuh. "Orang yang sombong selalu rugi," bisiknya.
Della mendengus marah. "Saya nak ambil ubat dekat farmasi aje. Boleh tolong ambilkan untuk saya?"
"Boleh. Tapi..."
"Tapi apa?"
"Awak tak ingat saya ke?"
"Awak siapa?"
"Semalam baru jumpa takkan dah lupa," kata Reza sambil tersengih.
Della cuba mengingatinya. Dia senyum. "Owh coffee man," balasnya lalu tersengih.
"Berjodoh ke kita ni. Dah dua kali jumpa," usik Reza.
Della pura-pura batuk. "Kalau dah jodoh tak ke mana?"
"Amin."
"Nah kad rawatan untuk ambil ubat?"
Reza mengambil kertas itu dari tangan Della. "Eh awak tak sihat ke?"
"Taklah. Ini adik saya cedera jatuh motor. Tapi bila sampai rumah lupa nak ambilkan ubat."
"Okey. Tunggu sekejap saya ambil kan," balas Reza lalu melangkah ke arah Farmasi.
"ABANG nak ke tandas sekejap. Sayang tunggu di sini ya," kata Fateh lalu meninggalkan Haura dan bergegas ke tandas apabila perutnya mula meragam.
"Okey," balas Haura walaupun Fateh telah berlalu pergi.
Haura membelek beberapa helai kain batik Terengganu. Semua corak dan warna kelihatan amat cantik. Dia memilih beberapa helai untuk dirinya dan juga buat ibu serta mertuanya. Sejak berkahwin dia selalu membelikan buah tangan buat ibu mertuanya. Usai membuat pembayaran Haura memusingkan badan ke belakang. Secara tidak sengaja ada seseorang melanggar tubuhnya.
"Allah," kata Haura terkejut apabila seseorang melanggar tubuhnya.
"Maafkan mak cik. Tak sengaja," kata Puan Mariam lalu menghulurkan plastik kain batik yang terjatuh kepada Haura.
"Tak apa. Terima kasih," balas Haura lalu memandang wajah orang yang melanggarnya.
Wajah yang ceria kini bertukar menjadi keruh. "Fathonah," panggil Puan Mariam terkejut. Tidak menyangka terserempak dengan bekas tunang anaknya.
Haura melemparkan senyuman. "Auntie," sapanya dengan ceria. "Apa khabar auntie?" Soal Haura lalu menghulurkan tangan ingin bersalaman dengan Puan Mariam. Tangannya hanya disambut dengan hujung jari sahaja.
"Baik."
"Auntie datang dengan siapa?"
"Dengan uncle. Kami nak pergi rumah Naz sekejap lagi," jelas Puan Mariam. "Nak tengok Naz tu okey ke tidak. Maklumlah hati tengah kecewa sebab tak jadi kahwin dengan Fat!" Perlinya.
Haura mengeluh kecil. "Fat minta diri dululah. Assalamualaikum." Haura tidak mahu bertikam lidah dengan Puan Mariam ditempat umum. Dia sedar beberapa pasang mata mula memandang ke arah mereka setelah Puan Mariam meninggikan suara.
"Nak balik dah. Fat datang dengan siapa ni?"
Langkah kaki Haura terhenti. Dia serba salah ingin memberitahunya. "Suami."
"Hurgh..." Puan Mariam mendengus marah. "Betullah apa yang Naz cakap. Fat yang curang kan?"
Berdesing telinga Haura mendengarnya. Dia seakan tidak percaya apa yang baru dikatakan oleh Puan Mariam. "Hah?"
"Jangan pura-pura tak dengarlah! Siapa hang curang sebenarnya?" Soal Puan Mariam dengan lantang tanpa mempedulikan pandangan orang sekeliling.
Haura menarik nafas. Dia cuba mengawal emosi marahnya. Dia menghormati Puan Mariam seperti ibunya. Dia tidak mahu bertindak seperti orang yang tidak waras. Walaupun dia harus menerima pandangan buruk darilada orang sekelilingnya.
"Sampai hati Fat batalkan majlis perkahwinan. Tak kesiankan Nazrul langsung."
"Kenapa Fat perlu kesiankan dia?"
"Nazrul dah macam orang gila bila Fat pituskan pertunangan. Seminggu aje lagi nak kahwin. Kenapa tiba-tiba buat hal!"
"Naz tak beritahu ke?"
"Beritahu Fat curang! Itulah sebab kenapa majlis perkahwinan dibatalkan."
Terkejut Haura mendengarnya. "Apa? Fat curang?"
"Dah buat salah tak nak mengaku pulak," sindir Puan Mariam. "Pada hari majlis persandingan auntie datang nak minta penjelasan kenapa perlu batalkan majlis? Kami nak berbincang semula sebab kesiankan Naz. Tapi elok aje majlis diteruskan. Auntie ingatkan buat majlis kesyukuran ke apa? Tapi majlis anak kami dah bertukar menjadi majlis orang lain pulak?"
"Maaflah Fat tak tahu auntie datang," balas Haura dengan nada tenang.
"Malu kami nak berjawab dengan sanak saudara yang datang nak meraikan majlis tu."
Haura mengelengkan kepalanya mengenangkan sikap Puan Mariam yang menyalahkan dirinya. "Fat dah batalkan majlis kahwin dengan Naz seminggu sebelum majlis. Takkanlah Naz tak beritahu awal-awal," balasnya dengan rasa geli hati. Rasa hormatnya mula hilang apabila Puan Mariam memarahinya di depan orang ramai. "Rasanya sempat lagi nak batalkan. Semua kos penbelanjaan semasa kenduri pihak lelaki tak keluarkan walaupun satu sen!" Tegasnya. "Lagipun semua masalah berpunca daripada Naz! Fat takkan sesuka hati batalkan majlis bahagia yang dimpikan selama ini tanpa sebab pada saat-saat akhir."
"Habis tu boleh pulak teruskan majlis. Siap lakej tukar pengantin lelaki lagi?" Perli Puan Mariam. Hatinya masih belum puas menyoal mengapa Haura tidak mahu berkahwin dengan anaknya. "Kalau betul Naz buat hal. Sempat lagi Fat cari penganti. Ni mesti Fat yang curang dulu. Simlan lelaki lain dalam diam."
Haura mengeluh berat. Pedihnya terasa ke ulu hati dihina begitu. "Auntie," panggilnya perlahan. Dia menggaru tapak tangannya. "Tangan Fat ni rasa gatal aje," ujarnya. "Fat hormat auntie macam ibu saya. Tapi kalau sebaya dengan saya dah lama pipi auntie th makan penampar Fat."
"Fat jangan nak kurang ajar dengan auntie!" Marah Puan Mariam sambil menunding jari ke arah wajah Haura.
"Saya hormat auntie. Tapi jangan sampaikan rasa hormat tu hilang kerana sikap biadap auntie."
"Budak tak guna!" Marah Puan Mariam lalu mengangkatkan tangannya ingin menampar pipi Haura.
"Sayang!" Panggil Fateh menghalang Puan Mariam menampar isterinya.
Puan Mariam menarik tangannya. "Awak siapa?"
"Sikap panas baran memang diwarisi kepada anak ke?" Sindir Fateh apabila mengenangkan sikap Nazrul yang berkasar dengan Haura semalam.
"Awak siapa nak masuk campur urusan kami?"
"Suami Haura Fathonah."
Puan Mariam menjeling marah. "Oh inilah lelaki simpanan kamu, Fat."
"Suami auntie. Lelaki yang bertangungjawab menyelamatkan maruah keluarga dan maruah diri saya daripada dipermalukan orang kampung atas kesilapan anak auntie."
"Naz buat salah apa sampai sanggup putuskan pertunangan. Mungkin Fat yang buat salah tapi tak nak mengaku," balas Puan Marian masih memenangkan anaknya.
"Betullah perangaj anak itu cerminan ibu bapa. Sebaiknya auntie cermin diri sendiri dulu sebelum nak menuduh orang lain," kata Haura dengan tenang. Kali ini dia tidak peduli lagi dengan pandangan orang yang memandang drama mereka. Dia mahu meluahkan segala yang terbuku di dalam hatinya. Dia tidak sanggup lagi dipersalahkan atas kesalahan orang lain.
"Sebaiknya auntie cermin diri sendiri dulu. Auntie rasa Naz tu baik sangat ke?" Soalnya. Dia menghelas nafas sebelum meneruskan bicaranya. "Mungkin kami tak dijodohkan. Sudah terang lagi tersuluh buat maksiat. Tapi ada hati nak kelentong lagi. Rasanya Nazrul tak beritahu parkara ni."
Bagaikan terkena kejutan elektrik apabila mendengar apa yang disampaikan oleh Haura. "Apa?"
"Sebab utama Fat batalkan majlis ni kerana Naz ditangkap khalwat dengan perempuan lain," jelas Haura sambil menahan tangis. "Yang paling Fat tak sangka. Perempuan tu rakan sekerja Fat. Rakan serumah. Auntie fikirlah sendiri. Perempuan mana suka diduakan. Atau auntie suka hidup bermadu?" Perlinya.
"Jom sayang," ajak Fateh apabila melihat Haura mula menangis.
"Kenapa Fat cakap begitu? Sebab Naz dah mengandungkan perempuan tu. Tapi masih ada hati nak kahwin dengan Fat!" Jelas Haura. Air mata sudah mula banjir membasahi pipinya. "Fat takkan buat keputusan melulu tanpa berfikir yang mana baik atau buruk. Jangan hanya nampak keburukan orang lain sehingga keburukan anak sendiri dibutakan. Ibarat kain sendiri terpalit lumour tak sedar. Kain orang diperhatikan," kata Haura sambil menahan sebak. "Fat minta maaf atas segala silap dalam perkenalan kita. Tapi janganlah kita bermusuhan sesama islam. Assalamualaikum." Haura berlalu meninggalkan Puan Mariam terpinga-pingga.
Fateh mengelap air mata Haura. Dia turut berasa sedih melihat isterinya berduka.