Rukun Pertama :Niat
Hukum berniat adalah rukun, sedangkan berniat di Miqat adalah wajib, maka sesiapayang tidak menjatuhkan niat di Miqat, maka perlu membayar dam.
SetiapJemaah hendaklah pastikan yang mereka telah menukar ke pakaian ihram sebelum menjatuhkan niat.
Sebaik sahaja berniat, disunnahkan bertalbiah dan wajib menjaga
pantang larang ihram.
Niat Umrah
Sahaja aku berniat UMRAH dan aku berihram dengannya kerana AllahTa`ala.
NIAT UMRAH BERSYARAT
Niat bersyarat digalakkan bagi mereka yang khuatir tidak dapat melaksanakan haji atau umrah setelah berniat, disebabkan sakit atau haidh dan seumpamanya. Dengan cara ini,jika berlaku keuzuran, dia boleh keluar dari ihram haji atau umrah dengan bergunting atau bercukur tanpa perlu mengeluarkan dam.
Berhenti Miqat di Bir Ali dan terus ke hotel di Mekah. Checkin Hotel dan keluar berkumpul di Lobi pada 12 malam untuk memulakan umrah pertama.
LARANGAN IHRAM
Setelah seseorang itu berniat untuk mengerjakan umrah, wajiblah dia menjauhi larangan-larangan semasa ihram.
1 Memakai pakaian yang berjahit/bercantum, termasuk kasut bagi lelaki.
2 Menutup kepala atau sebahagiannya bagi lelaki.
3 Menutup muka bagi wanita.
4 Memakai sarung tangan bagi wanita dan lelaki.
5 Menghilangkan, menggugurkan rambut atau mana-mana bulu di badan.
6 Mengetip kuku.
7 Menggunakan wangi-wangian.
8 Melakukan aqad nikah.
9 Persetubuhan, membatalkan Umrah.
10 Melakukan perkara-perkara yang menaikkan syahwat seperti bersentuhan,berpeluk atau bercium.
11 Memburu binatang darat yang boleh dimakan.
12 Memotong, menebang atau mencabut tumbuh-tumbuhan di Tanah Haram.