Home Novelet Islamik Corat-coret Umrah – Taubat di Bumi Anbiya
Corat-coret Umrah – Taubat di Bumi Anbiya
Jiwa Jingga
16/12/2019 10:05:38
87,284
Kategori: Novelet
Genre: Islamik
Bab 3

Madinah

Apabila melangkah di Kota Madinah, boleh membaca doa-doa berikut :-

DOA APABILA KEIHATAN RUMAH-RUMAH DI MADINAH

YaAllah sesungguhnya ia adalah Tanah Haram NabiMu, Engkau telah mengharamkannya menerusilidah NabiMu, maka jadikanlah ianya penyelamat bagiku dari api neraka.

 

ADAB ZIARAH NABI S.A.W

1. Membaca doa masuk Masjid Nabawi.

2. Sebelum memberi salam, solat sunat TahiyatulMasjid dan solat sunat Dhuha jika masuk pada waktu pagi.

3. Memberi salam menghadap ke arah maqam Rasulullahs.a.w dengan tidak mengangkat tangan (menghadap ke pintu makam).

4. Bila memberi salam, tidak mengeraskan ataumeninggikan suara atau meminta-minta satu perkara kepada Rasul s.a.w.

5. Bila berdoa selepas salam, jangan membelakangkanNabi s.a.w dan kedua-dua sahabatnya, melainkan bergerak ke arah kiri atau kananmenghadap kiblat dan mengangkat kedua tangan.

6. Bila berdoa, jangan lupa memulakan dengan Alhamdulillah dan selawat

kepada Nabi s.a.w.


 DOA MASUK MASJID NABI S.A.W

Ya Tuhanku, masukkanlah aku dengan kebenaran, keluarkanlah aku dengan

kebenaran dan jadikanlah bagiku kekuatan yang dapat membantuku.

Ya Allah, cucurilah selawatMu atas Nabi Muhammad dan keluarganya,

dan ampunilah dosaku dan bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu dan

masukkanlah aku ke dalamnya.

DOA SEMASA DI RAUDHAH

Setelah masuk ke dalam masjid, solat dua rakaat sunnat Tahiyatul Masjid.

Kalau boleh masuklah ke Raudhah kemudian baca doa ini.


Ya Allah, sesungguhnyainilah satu dari taman-taman syurga yang telah

Engkau muliakan danEngkau terangi dengan cahaya NabiMu dan kekasihMu

Muhammad s.a.w maka himpunkanlah aku di dalam kumpulannya dan

matikanlah aku atas kecintaan kepadanya dan sunnahnya. Dan berikanlah

aku minum dari telaganya dan dari tangannya yang mulia dengan minuman

yang memuaskan yang tidak akan haus lagi selepasnya. Sesungguhnya

Engkau amat berkuasa atas segala sesuatu. Juga selawat dan salam dari

Allah atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan para

sahabatnya, demikianlah juga segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.

Sejahtera atasmu wahai Penghulu yang mulia, Rasul yang agung, yang

pelembut dan penyayang serta rahmat Allah dan berkatNya atasmu,

sejahtera atasmu wahai Nabi pilihan Allah.

Wahai kekasih Allah,aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan

Allah yang Esa yang tiada sekutu bagiNya, dan Tuan adalah hamba dan

pesuruhNya, dan aku menyaksikan bahawa Tuan telah menyampaikan

utusan, menunaikan amanah, menasihati umat dan telah berjuang pada

jalan Allah dengan sebenar-benar perjuangan. Tuhan sahajalah yang

membalas kepada Tuan dengan sebaik-baik balasan

Kemudian beredar kadar sehasta lalu memberi salam kepada Khalifah Abu

BakarAsh-shiddik r.a.:

Sejahtera atasmu wahai Khalifah Rasulullah wahai sahabatnya semasa di

dan menghubungkan silaturrahim dan terus menegakkan kebenaran

hingga akhir hayatmu.

 

Kemudian beredar lagisehasta memberi salam kepada Khalifah Umar

Alkhatabr.a.:

Sejahtera atasmu wahai orang yang bercakap dengan kebenaran. Sejahtera

atasmu wahai orang yang dimuliakan Allah dengannya Islam, dan terhina

segala musuh-musuh yang jahat.

Kemudian kembali ke Maqam Rasulullah s.a.w dan berdoa:

Segala puji bagi Allah,Tuhan Penguasa seluruh alam. Ya Allah, selawat dan

salam atas Penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya.

Sejahtera atasmu wahai junjungan kami Rasulullah. Bahawasanya

Allah telah menurunkan atasmu kitabNya yang benar, dan Dia berfirman

di dalamnya: “Sekiranya mereka yang telah menganiaya diri mereka itu

datang kepadamu dan memohon keampunan kepada Allah, dan Rasul juga

meminta pengampunan untuk mereka, nescaya mereka dapati Allah itu

Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

Maka inilah aku datang memohon ampun dari dosaku kepada Allah dan

memohon syafaat dengannya kepada Tuhanku, maka berilah aku syafaat

kelak wahai pemberi syafaat kepada umat, dan selamatkanlah aku dari api

neraka, wahai Nabi pembawa rahmat selawat dan salam atasmu dan atas

sekalian para Nabi dan Rasul.

MENYAMPAIKAN SALAM SAUDARA

Sejahtera atasmu wahaiNabi serta rahmat Allah dan berkatNya, wahai

Penghuluku, wahaiRasulullah. Aku datang datang menyampaikan salam

daripada_________________ , dia memohon syafaat daripadamu untuk

mendapatkan pengampunanbagi dosanya. Berilah syafaat di sisi Allah

kepadanyawahai Rasulullah

Peluangberdoa di Raudhah bergantung kepada keadaaan semasa para Jemaah, disebabkan adamasa terlalu lama orang berpusu-pusu, jadi peluang berdoa panjang-panjangamatlah tidak digalakkan. Biasanya saya akan berdoa yang paling ringkas dankemudian memberi peluang kepada yang lain untuk bersolat dan berdoa.

Jikakita mudahkan urusan orang lain, insyaAllah Allah juga akan mempermudahkansegala urusan kita.

Alhamdulilllahselama 6 hari di Madinah, berpeluang ke Raudhah sebanyak 5 kali.

Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda, “Tempat yang di antara rumahku danmimbarku adalah raudhah (taman) di antara taman-taman surga.” (HR.Bukhari)

Raudhah adalah tempat yang sangat mulia dimana dahulu RasulullahSAW melakukan ibadah, memimpin salat, menerima wahyu dan juga menjadi tempatibadah bagi para sahabat. Lokasi Raudhah sebenarnya merupakan tempat shaf bagipara laki-laki dan hanya terbuka bagi kaum perempuan pada jam-jam tertentu.Yaitu pada saat waktu dhuha, waktu dhuhur, dan waktu isya. Dengan ukuran 22 x15 meter, Raudhah pun hanya cukup untuk menampung beberapa puluh jamaah.

Meskipun begitu, Raudhah selalu menjadi salah satu tempat yangdiperebutkan oleh ribuan jamaah haji dan umroh. Lalu mengapa ribuan jamaahtersebut berebut untuk memasuki Raudhah? Rupanya, Raudhah yang bersebelahandengan makam Rasulullah SAW di dalam kompleks Masjid Nabawi merupakan tempatyang sangat mustajab untuk berdoa. Dengan berdoa di Raudhah, maka doa punniscaya akan dikabulkan oleh Allah.

Oleh sebab itulah Raudhahselalu diperebutkan oleh ribuan jamaah yang rela mengantri untuk melakukanibadah di Raudhah. Tak hanya itu, beribadah di Raudhah juga memiliki pahalayang sangat besar. Siapa saja yang salat di sana seakan-akan ia telah duduk ditaman dari taman-taman surga dan pahalanya pun berlimpah. Sebagaimana melakukansalat di masjid Nabawi yang pahalanya dilipatgandakan 1000 kali dari shalat dimasjid lain kecuali Masjidil Haram.

uk perempuan boleh masuk 2 waktu iaitu selepas subuh dan selepas Isyak.

Nak masuk Raudhah ni ada 3 atau 4 check point.

Bermulalah tapak kakiku berseorangan jalan memasuki pintu masjid yang pabila malam selepas isyak dibuka untuk muslimat memasuki Raudhah, Dengan mengikut beberapa orang yang dihadapan yang pantas berjalan, aku jua pantas berjalan. Sehinggalah tiba di satu kawasan yang dijaga oleh Penjaga atau guard berbangsa Arab. Kita akan dibahagikan kepada bebrapa bahagian. Kedengaran suara nyaring guard tu menyebut Asia kumpul disini. Yang aku nampak dan kedengaran, muslimah daripada indonesia, Sebelum duduk,aku menunaikan solat dua rakaat tahiyatul masjid dan kemudian menyelit antara kelompok besar warga muslimat indonesia.Ada yang tersenyum padaku, mungkin melihat keadaanku yang berseorangan. Aku duduk sambil berzikir dan membaca quran sementara giliran kita  dipanggil.Rasanya semua yang memandangku aku tersenyum kembali.

Bila kami dipanggil bangun, berpusu-pusu semua ke hadapan, ada juga yang bertolakan, Semua ingin mengambil peluang bersolat di barisan hadapan, Mula membuka nota, takut ada yang tertinggal. Dimulai dengan memberi salam kepada Nabi Muhammad  dan sahabat-sahabat baginda. Disebabkan aku kali pertama masuk,aku solat di ruang tengah. Itupun bertolak-tolakan. Alhamdulillah berpeluang juga solat dalam keadaan sempit dek lautan manusia. Indah sungguh taman syurgamu Ya Allah, Tiada dapatku gambarkan dengan kata-kata. Luas rahmatmu, Dapat berdoa sepuas-puasnya.Perasaan yang tidak dapat ku ungkap dengan kata-kata. Rasailah sendiri jika berpeluang kesana. Sempat juga membacakan doa yang dikirim saudara dan sahabat handai.  Selesai semuanya, aku bereder keluar dengan linangan air mata. 


Syukur Ya Allah, dengan izinMu dapatku masuk ke taman-taman syurgamu. 


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.