Home Puisi Islamik LARA HATI
LARA HATI
Jiwa Jingga
24/9/2020 13:56:59
4,087
Kategori: Puisi
Genre: Islamik

LARA HATI

Oleh JIWA JINGGA

 

Terusik hati

Dengan caramu

Adakah kini berbeza

Adakah kini berubah

Adakah itu perasaanku

Terlalu memikir

Sehingga berprasangka

Keliru menguasai diri

Membawa 1001 persoalan

 

Kembali kita kepada Allah

Dia yang menguasai segala

Apatah lagi kemusykilan kita

Bisa terjawab

Dengan bersujud padanya

Mohon keampunan dan redhaNya.

 

Hati mula tenang

Jiwa terus tenteram

Benar orang kata

Bukan semua manusia bisa membantu

Jika punya beban masalah

Tetapi Allah jua yang cukup berkuasa.

 

 

TAMAT.

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.