Home Puisi Keluarga Pesan Buat Anakku.
Pesan Buat Anakku.
Jiwa Jingga
21/3/2019 07:07:11
6,239
Kategori: Puisi
Genre: Keluarga

PESAN BUAT ANAKKU

Oleh JIWA JINGGA

 

Gerak kaki ke sekolah

Tujuanmu Satu

Menimba Ilmu

Membina  Insan

Menjadi manusia berguna

 

Anak-anakku,

Kenanglah jasa Guru

Genggamlah semangat Guru

Yang Tidak Pernah Jemu

Mendidikmu

Mengajarmu.

 

Anak-anakku,

Moga suatu hari

Kamu akan berjaya

Di dunia dan juga di akhirat

Hasil yang telah dicapai 

Menjadikan kamu berjaya

 

Ingatlah resmi padi

Semakin berisi, semakin menunduk

Jangan dilupa  

Asal-usul mu

Sentiasa merendah diri

Walau kejayaanmu setinggi langit.

 

 

Doa-doaku,

Sentiasa mengiringi kamu

Siang dan malam

Hanya itu yang mampu diberi

Doa dan kasih sayang

Tidak pernah berbelah bagi.

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.