QIRANA
OLEH: Jiwa Jingga
 
Sejuta wajah penuh rahsia
Menyimpan pelbagai duka
Qirana
Kau wanita kuat lagi hebat
Pedulikan kata orang keliling
 
Saat kau susah
Tiada siapa peneman
Hanya Allah tempat kau mengadu
Merintih syahdu
Memendam Rasa
Luahkan saja Qirana
 
Dugaan hidup penuh pancaroba
Bak roda berputar
Ada atas, ada masa di bawah
Ramai mana manusia di sekelilingmu
Ramai mana menasihatimu, menyokongmu, bergelak tawa
Ingatlah hanya yang Esa sentiasa bersamu