Home Novelet Islamik Corat-coret Umrah – Taubat di Bumi Anbiya
Corat-coret Umrah – Taubat di Bumi Anbiya
Jiwa Jingga
16/12/2019 10:05:38
89,237
Kategori: Novelet
Genre: Islamik
Bab 2

Memandangkan ini adalah umrah pertama, sudah tentu berbagai-bagai persoalan menerjah ke fikiran kita. Tetapi saya mengambil langkah mudah dengan membaca dan mencari sumber di internet. Dari segi pakaian, memandangkan sememangnya saya jarang  memakai jubah , Jadi stok jubah di dalam almari adalah kurang. Sebelum itu saya kongsikan antara keperluan yang boleh dibawa.

Antara panduan keperluan yg perlu dibawa:
BAGI PEREMPUAN - Senaraibarang-barang dalam beg besar/beg pakaian (30kg)
1) Telekung sembahyang
2) Mini telekung
3) Telekung berlengan
5) Jubah biasa / Jaket
6) seluar panjang
7) Stoking tawaf & saie(bertapak tebal)
8) Tuala kecil
9) Sarung tangan
10) Singlet berzip (untuk keselamatan) - 2 helai
11) Pakaian dalam wanita yang secukupnya
12) Penyangkut baju (saya beli di shoppee penyangkut baju travelling – Boleh dilipat kecil jika tidak digunakan.)
13) Ubat-ubatan (beli 1 beg ubat-ubatan travel dari Malaysia– mengandungi ubat batuk/selsema/sakit badan/ demam/cirit-birit/)
14) Gunting
15) Beg sejadah kecil
16) Alat cukuran - 1 
17) Alat2 mandian - 1
18) Krim bibir dan tumit - 1
19) Marker pen (jika perlu) - 1
20) Telefon bimbit & charger – 1

BAGI LELAKI - Senarai barang-barang dalam beg besar/beg pakaian (30kg)

1) Kain ihram - 2 Pasang
2) Tali pinggang - 1 utas 
4) Baju biasa(t-shirt) - 4 helai
5) Singlet berlengan dan berzip - 4 helai 
6) Jubah 2 / Jaket
7) Kain pelikat - 2 helai
8) Seluar panjang - 2 helai
9) Tuala kecil - 1 helai
10) Stoking - 2 pasang
11) Selipar (pastikan jari-jemari terlihat) - 1 pasang
12) Kasut biasa(lembut) - 1 pasang
13) Penyangkut baju - 5
14) Ubat-ubatan(ubat batuk/sakit /vitaminc/panadol
15) Beg sejadah kecil - 1
16) Alat cukuran - 1
17) Sabun mandi - 1
18) Krim bibir dan tumit - 1
19) Marker pen(jika perlu) - 1
20) Telefon bombit & charger – 1

Persediaaan Awal.

 

Saya kongsikan disini antara persediaan awal yang saya lakukan.

 

1. Memohon maaf kepada saudara-mara, jiran dan sahabat handai yang berkesempatan berjumpa.

2. Saya memperbanyakkan solat sunat.

2.1 Solat Hajat - Melakukan solat hajat memohon Allah mempermudahkan semua urusan kita. Beberapa minggu sebelum berangkat, saya kerap melakukan solat Hajat hampir setiap hari. Semoga mendapat rahmat dan barakah, kesihatan dan kemudahan dalam melaksanakan ibadah ini.

2.2 Solat Taubat – Memohon keampuan Allah atas segala dosa-dosa kita serta berazam meninggalkannya.

2.3 Solat Tahajjud.

2.4 Solat Dhuha

3 Membayar hutang sekadar kemampuan atau sekurangnya meminta izin kepada yang punya piutang.

4.Mempersiapkan nafkah perbelanjaan harian bagi adik yang menjadi penjaga kepada anak-anak dan perbelanjaan anak-anak  yang ditinggalkan terutama apabila ada lagi anak yang masih mengambil peperiksaan SPM sepanjang kami melaksanakan ibadah umrah.

5. Bersedekah walaupun sedikit sebelum berangkat kerana sedekah itu menghindari bala bencana. Alhamdulillah dengan izinNya satu majlis doa selamat ringkas kami adakan di surau di kampong kami.

6.Berniat ikhlas menunaikan umrah untuk mendapatkan keredhaan Allah.

7.Membaca quran – Membaca quran dan berniat ingin khatam quran semasa mengerjakan umrah. Saya bercita-cita untuk khatam al-quran di sana. Alhamdulillah Allah makbulkan, saya berjaya khatam quran semasa di Mekah sebelum pulang. Tiada ungkapan yang dapat saya zahirkan melainkan rasa syukur kepadaNya.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.