Home Novelet Islamik Rahsia yang tersimpan
Rahsia yang tersimpan
Nik Zah
9/6/2024 15:28:08
10,641
Kategori: Novelet
Genre: Islamik
Bab 10

“Awal kau bersiap?” Isya memerhatikan sahaja gelagat Tini yang membetulkan tudung di hadapan cermin.

Hari ini Isya bangun lebih awal daripada biasa. Dia masih mencari-cari keputusan atas ajakan Tini tempoh hari.

Come on Isya, apa lagi yang kau fikir? Inilah masanya untuk kau cari ketenangan hati. Bukankah itu yang kau cari selama ini selepas kau tak temui di rumah?

Isya berperang dengan perasaan sendiri. Mahu atau tidak mahu. Tetapi macam terlalu drastik pula.

Kau nak tunggu apa lagi? Bukannya kau nak pergi berperang. Dengar sahaja  isi ceramahnya. Jangan bertapi-tapi lagi. Inilah masanya untuk kau damaikan hati kau yang selalu kusut tu.

Sekali lagi isi hatinya itu berbicara. Hanya Isya yang tahu.

“Tini!” jerit Isya membuatkan Tini yang masih berdiri di hadapan cermin terkejut dan pantas berpaling mengadap Isya.

“Isy, bukan main kuat lagi suaranya.” Tini mengurut-urut dada.

“Tunggu sekejap. Jangan pergi lagi.” Akhirnya Isya mengambil keputusan yang membuatkan Tini tersenyum.

*****

Isya berasa janggal pula apabila beriringan bersama Tini untuk mendengar ceramah. Bukanlah dia tidak pernah berjalan berdua bersama Tini tetapi pada hari ini perasaannya sedikit berbeza.

“Cantiklah awak hari ni.” Beberapa kali Isya menerima pujian Tini membuatkan dia rimas pula.

“Cakap je lah yang tudung ni yang cantik, bukan orangnya.”

Sengaja Isya mengenakan tudung pemberian Tini tempoh hari dan dia tidak sangka pula akan menerima pujian melambung daripada Tini.

“Ikhlas saya puji ni.”

“Apa-apa je lah. Tapi aku risau aku yang tertidur nanti. Kalau aku tertidur tolong kejutkan ye.”

Sempat pula Isya berseloroh di sebalik perasaan janggal yang mula berasa di hatinya. Entah mengapa perasaan itu muncul sedangkan tiada apa yang perlu dirisaukan.

‘Tak ada apa-apalah. Aku yang terlalu banyak fikir.’ Isya cuba menenangkan hatinya sendiri.

*****

Isya cuba menumpukan perhatian kepada isi ceramah yang disampaikan pada hari itu tetapi nampaknya hatinya sedikit terganggu. Isya melihat Tini yang nampaknya sedang khusyuk sehingga tidak berpaling kepadanya. Tajuk yang disampaikan seperti tidak sampai di hati Isya lagipun memang ada sesuatu yang mengganggu pandangannya ketika mula-mula dia berada di situ. Mungkin sahaja Tini tidak perasan dan Isya berharap agar Tini tidak sedar tentang hal itu.

Previous: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.