Home Novelet Cinta RAHSIA CINTA MARISSA
RAHSIA CINTA MARISSA
Aurian
22/9/2013 22:23:16
14,256
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
BAB 2
BAB 2

Intan mengintai dari balik tabir apabila terdengar bunyi motor Ducati di hadapan rumah. Dia pantas berlari turun tangga ke pintu hadapan. Belum sempat dia mencapai tombol, pintu terbuka. Alex masih dengan jaket dan tangannya menjinjing helmet. Dia menguak rambut dan masuk tanpa menghiraukan Intan di sebelah.

“Abang nak sarapan?” Intan bertanya sambil mengejar langkah Alex. Pemuda tinggi lampai itu menuju ke stor kecil bawah tangga meletak helmet.

“Abang tidur mana malam tadi?”
Alex pusingkan badan dan terhenti apabila jalannya tersekat oleh Intan. Wajahnya kelihatan bengang.

“Ish! Kau jangan sibuk boleh tak? Aku nak pegi mana, nak buat apa. Kau tu duduk rumah diam-diam, pergi kolej dah la. Semua aku dah sediakan, apa lagi kau nak?” Alex menyergah kemudian pantas meninggalkan Intan naik ke bilik. Wajah gadis berusia 21 tahun itu muram. Alex, suaminya yang sah hanya melayan dirinya umpama seorang anak kecil. Dia langsung tak pedulikan Intan. Keluar masuk rumah itu sesuka hatinya.

“Sudahlah, Intan sabar o.k. Lama-lama nanti dia akan terima intan. Walau macam mana pun Intan isteri, kena taat pada suami. Dan dia hak Intan.” Marissa di talian cuba tenangkan Intan yang menggogoi-gogoi menangis. Ini bukan kali pertama Intan mengadu perihal layanan dingin Alex padanya. Petang itu Marissa hubungi Alex dari Adelaide. Bertanya perihal sikapnya yang dingin.

“I kahwin dengan budak tukan sebab I cintakan you sangat-sangat. Apa lagi tak kena?” Alex cuba sarkastik.

“Ya, tapi you tak layan dia macam isteri pun...” Suara Marissa lembut bunyinya.

“Dah memang I tak suka dia, tak kenal dia pun. You cakap hari tu, dia muda lagi. Dan you taknak dia belajar kat KL ni sorang-sorang. So you suruh I kahwin dengan dia supaya ada orang jaga dia selama dia belajar kat KL ni. So I jagalah, apa lagi you nak?”

“Cuba la kenali dia Alex, you akan cintakan dia nanti. You didik dia jadi isteri yang baik.You tahu dia satu-satunya adik sepupu yang I ada.You tahukan I tak ramai saudara. I beri dia kahwin dengan you sebab I percaya you boleh jaga dia dengan baik.”

“I tak tahu lah kenapa I setuju dengan cadangan gila you ni. Eh, you tak takut ke kalau nanti I sia-siakan hidup dia?”

“I kenal you Alex, you takkan buat macam tu…”

“Nanti kalau I nak perempuan lain? Dia bukan taste I la, perempuan kampung! I ni sabar selama ni mengenangkan dia tu adik sepupu you.”

“Dia sangat cantik Alex, cuma mungkin dia tak seksi, tak pandai bergaya macam tasteyou. I minta you kawin dengan dia bukan kerana dia saja. Kerana you jugak, selagi you tak ubah cara hidup, you takkan bahagia. You hidup la cara rock star you tu. Dan you akan bercerai berai berkali-kali dalam hidup you. Percayalah. Kalau you pilih perempuan yang kerjanya model, artis dan penyanyi. Perhubungan tu takkan bertahan lama.You tahu tak kenapa? Sebab you dan pasangan you sama-sama hidup dalam khayalan. Jadi lebih baik you kahwin dengan Dayang Intan,gadis kampung yang biasa, tapi jujur, baik hati dan terpelajar, kerana dia akan buat you kembali berpijak di bumi yang nyata. I nampak ini sangat baik untuk korang berdua. Tolonglah belajar terima dia, insya-Allah you akan bertemu kehidupan yang lebih bermakna...”

“Pandai you berfalsafah Marissa. You betul-betul dah banyak berubah, I betul-betul tak faham. Kalau you nak I hidup bahagia dan bermakna, macam mana dengan you? Bila you nak kahwin dan bina kebahagiaan you sendiri?”

“You tahu kan I baru habis practical perubatan, lepas ni akan jadi doktor dan mendaftar sebagai sukarelawan di mana tempat yang memerlukan. Itu perancangan I. Hidup berkeluarga dan berkahwin tak sesuai untuk I, kalau tak, I dah calonkan diri I sendiri untuk jadi isteri you...”

“Rissa, apa sebenarnya ada dalam fikiran you?”

“Alex, janji dengan I you akan terima Intan, dan you belajar solat ya, belajar agama supaya jadi muslim yang baik. Selalulah pergi PERKIM. Penting untuk muallaf macam you. I minta maaf sebab I tak bersama you pergi belajar agama dan membimbing you. Tapi Intan dan ustaz Mohd akan sentiasa bimbing you. Janji you ikhlaskan hati terima islam. I taknak you masih sama macam dulu, masa kita sama-sama hanyut.”

“Marissa you ni sejak bila jadi ustazah ni. Agama apa pun sama saja.”

“Tak sama Alex, dengan nama Tuhan yang pengasih dan penyayang I ikhlas cintakan you. Dan you tolong dengar nasihat I.”

Alex termenung setelah perbualan mereka berakhir. Sedari dulu sampai sekarang, dia tak mengerti Marissa. Marissa seorang yang misteri dan sukar diduga. Kenapa Marissa meninggalkan dirinya juga misteri, dan kini kenapa Marissa kembali dan cuba mengatur hidupnya juga penuh persoalan. Sikap Marissa yang tidak dijangka ini juga lah yang membuatkan Alex gila bayang. Marissa gadis bijak, Marissa penuh kejutan, Marissa gila-gila. Oh, dia memang gila. Dan Alex sendiri juga gila, sama seperti dulu, sentiasa menurut segala permintaan Marissa. “Damn! i am really loved her.”Alex menyumpah dirinya sendiri.

………………………..

“Cari siapa cik?” teguran itu berserta lirikan nakal.

“Alex ada?” tergagap-gagap Intan menjawab.

“Oh, ada kat dalam, jom la masuk,” ajak Azam dengan senyum meleret. Jejaka berambut afro itu mengajak Intan mengikutinya.

“Bro, ada awek cun cari lu...” jerit Azam setelah membuka pintu kaca kedap bunyi studio. Alex berpaling dan menyorot pada susuk Intan di balik pintu. Dia mengeluh dan kembali membelek gitar elektrik di tangan. “Kenapa datang ni...” suara jejaka itu dingin.

“Intan bawak lunch untuk abang,” jawab Intan tergagap.

“Abang!!, fuyoooo!” serentak Jamie dan Azam menyahut.

“Tunggu aku kat luar.” Intan pantas keluar dari pintu.

“Tadi tu, sepupu Rissa yang aku cerita tu,” jelas Alex apabila Azam dan Jamie memberi isyarat ingin tahu.

“Fuyoo, cantik macam Marissa la. Perempuan kadazan memang cantik-cantik macam orang cakap. Alex, Rissa baru kenalkan kat kau kan? kau macam taknak je. Kalau kau taknak kenalkan kat aku. Hik hik.”Azam tersengeh-sengih macam kerang busuk.

“Tumbuk muka nak tak? Itu sepupu Marissa tau tak!”

“La, lu kan angau kat Marissa, sepupu dia pun kau nak kebas.” Alex tidak hiraukan usikan itu, dia berlalu keluar sambil menyarung jeket kulit hitam. Wajahnya masam mencuka bila dia berdiri di hadapan Intan yang duduk di sofa ruang menunggu.

“Siapa suruh pandai-pandai datang. Jom, ambil helmet ni…”Intan menurut dan mengekor Alex dari belakang.

“Intan nak kena pegi kelas lepas ni...”

“Kelas kau kat mana?”

“UNIKL lah!” Intan geram, ada ke patut suami sendiri pun tak tahu dia belajar kat mana. Dia merungut dalam hati. Sampai di motor Alex menghidupkan enjin, kemudian dia membantu Intan memakai helmet. Intan berbunga-bunga.Inilah pertama kali Alex beri perhatian padanya. Dia pantas membonceng dan memeluk Alex kejap. Hatinya sangat riang, ini pertama kali dia sangat rapat dengan suami sendiri. Oh, malangnya!.Pertama kali apabila Kak Rissa beri syarat dia harus menikah jika ingin melanjutkan pelajaran di semenanjung. Intan kaget, mana mungkin gadis semuda dia mahu menikah, calon juga tidak ada. Bila kak Rissa beritahu dia punya calon buat Intan, bertambah pucat wajah Intan. Yang geramnya, cadangan ini Kak Rissa kemukakan pada kedua orang tuanya terlebih dahulu. Bagi masyarakat Sarawak, berkahwin dia usia muda perkara biasa. Malahan ada yang sudah menjodohkan anak mereka seawal masih di buaian. Hubungan masyarakat yang rapat di bumi kenyalang menjadikan ikatan ukwah sesama meraka sangat utuh. Bagi mereka anak gadis berusia 20 tahun sudah dikira lewat berkahwin. Rakan-rakan sepermainan Intan sendiri ramai yang sudah berkahwin seawal usia 16 dan 17 tahun. Intan yang cerdas di beri masa untuk melanjutkan pelajaran.

“Intan, kat Kuala Lumpur nanti siapa yang mahu jaga kamu. Sana tidak sama dengan di sini…” tegas ibunya.

“Kamu sudah diploma, kini kalau kamu mahu ijazah di sana, syaratnya harus menikah, jika tidak kami tidak izinkan,” tegas ayahnya pula. Dayang Intan terpempan. Melihat wajah Kak Rissa yang menyokong penuh Intan tambah sakit hati.

“Intan tak nak tahu siapa calon suami Intan?” Kak Rissa cuba menggoda. Dengar sahaja nama bakal suaminya, Intan hampir tidak percaya. Dia merupakan jejaka idaman Intan, semua karya dan lagu-lagunya jadi siulan Intan. Suaranya yang merdu, wajahnya yang memukau, tetapi ada sesuatu yang harus Intan telan… Cintanya hanya pada kak Rissa!

“Perkahwinan tidak semestinya dimulai dengan cinta Intan. Ia dimulai dengan jodoh.” Kata-kata Marissa Intan telan satu persatu. Hingga kini dia tidak ubah seperti teman serumah Alex, tidak lebih dari itu. Tapi dia tetap bersabar. Pertama kali menatap sorotan mata sepet lelaki itu semasa majlis pernikahan. Dia tahu cabarannya tidak mudah. Wajah dingin lelaki itu usai majlis pernikahan di Sarawak mencengkam hatinya.

Mereka sampai di perkarangan UNIKL, motosikal Alex berpusing-pusing dan akhirnya berhenti di sebuah pangkin riadah dalam perkarangan university.

“Mana bekal tadi, bawak sini.” Alex sudah melabuh punggung di pangkin.

“Tak apa ke abang kita duduk sini. Nanti orang nampak…” Intan memandang kiri dan kanan.

“Kalau kawan-kawan Intan nampak, cakaplah kita dating.” Alex sudahpun menyuap nasi dengan sudu.

“Abang tak kisah ke? Nanti orang tahu.”

“Kalau press dapat tahu, kita cakap la yang kita dating, kemudian dah lama sikit baru kita cakap kita dah kawin, boleh?” Alex tersenyum manis, matanya makin mengecil bila tersenyum. Bibir merahnya makan dengan berselera. Kulitnya yang putih kemerahan jelas darah campuran. Intan gembira bukan kepalang mendengar kata-kata Alex. Dia rasa mulai diterima oleh lelaki itu.

“Rissa tak makan?”Alex mempelawa. Senyum di wajah Intan segera memudar. Matanya terbias kecewa. Dia berpura-pura tak dengar. Dia hanya menggeleng kepala.

“Dah makan kat rumah...” jelasnya dengan hati yang pahit.

“Ni ada macam-macam kuih ni, beli ke apa?”

“Intan buat sendiri. Perempuan Sarawak wajib pandai memasak, pandai buat kuih.” Intan menekan namanya dalam jawapan ini. Alex terdiam, dia mengeluh.

“Ya ke, Marissa tak pandai masak pun?”

“Kak Rissa sebab dia tak membesar di Sarawak. Dia tak dibesarkan dengan budaya dan cara orang Sarawak. Dia di besarkan di sini, Kuala Lumpur.” Intan menerangkan seperti seorang guru menerangkan pada muridnya. Alex hanya mengangguk. Dia selesaikan makan kemudian tersenyum pada Intan dengan senyuman manis. “Sedap.”

“Terima kasih, Intan pun nak masuk kelas ni.” Intan mula perasan sedari tadi dia diperhatikan pelajar yang lalu lalang. Mungkin ramai yang cam wajah familiar Alex. Beberapa kawan sekelasnya memerhati sambil berbisik dari jauh. Alex mengerling mereka kemudian bangkit dan memakai jeket. Intan mengemas bekas makanan.

“Rissa, sini…” Alex memanggil, dia sudah menaiki motor. Intan bangun perlahan menghampiri suaminya dengan menunduk. Alex menyentuh dagu Intan, dia mendekatkan bibirnya ke wajah Intan. Gadis itu kaget.Melihat wajah Intan yang pucat Alex tersenyum lucu lantas mencium kening gadis itu. Lalu dia pantas menaiki motosikal dan menyarung helmet.

“Balik nanti amik teksi terus balik rumah, jangan nak merambu ke mana-mana ya,” pesannya sebelum memecut motor. Intan hanya memerhati dengan sorot mata kecewa.‘Sungguh berat ujian hati dan perasaan ini ya Allah.’

“Intan! Fuyoooo, siapa tu? Bukan itu Alex penyayi tu ke. Macam mana ko kenal dia? Boyfriend kau ye?” Una rakan sekelas Intan menepuk bahunya dari belakang.

“Kau yang tanya, kau jugak bagi jawapannya.” Intan berpaling dan melangkah pantas. Una pantas mengejar.

“Tak sangka aku boyfriend kau artis. Untungla kau. Walaupun dia tu duda. Tapi dia tetap jadi pujaan semua orang. Eh apa pasal dia bercerai dulu eh?”

“Aku tak tahu lahh...”

“La boyfriend kau, takkan tak tahu. Dia tu agama apa? Dulu dia kahwin perempuan melayu kan. Jadi dia dah masuk islam la kan? Takpe dia pernah kahwin pun, dia tak ada anak. Yang penting dia hot!” macam bertih jagung Una berceloteh. Intan tidak mengendah.

“Untung la kau Intan, dapat boyfriend hensem, kaya, terkenal. Kau mesti bahagia kahwin dengan dia.” Langkah Intan terhenti.

“Aku taknak dengar apa-apa lagi o.k. lupakan apa yang kau nampak!” Intan pantas masuk ke kelas. Hatinya bungkam ‘Untung?, aku saja yang tahu betapa seksanya jadi isteri dia!’ Intan mendengus dalam hati sambil menghempas punggung pada kerusi kelas.

“Eleh, sombong betul dia...” rungut Una sambil ikut masuk ke kelas. Dalam hati dia cemburu, tetapi dia akui Intan gadis kadazan yang putih melepak, rambut lurus hitam hingga ke pinggang itu sangat padan dengan Alex.

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.