BAB 1
Alex merenung jelita
berselendang hitam yang duduk di hadapannya. Marissa Ariffin. Dia cukup kenal
gadis manis itu. Melekap kejap di minda dan hati. Tidak mungkin akan dilupai
sampai bila-bila. Sampai mati sekalipun.Sejak Marissa masuk dari pintu
restoran.Dia keliru, dia cukup kenal susuk Marissa, masakan dia lupa, gadis
yang sentiasa bertahta di hatinya. Tetapi penampilan Marissa sangat berbeza.
Apakah yang merasuk fikiran gadis itu?.
“You dah banyak berubah…”
pertanyaan atau pernyataan Alex tidak pasti. Ianya terpacul begitu sahaja.
Marissa hanya mengangguk dengan senyum manis. Terserlah lesung pipit di hujung
bibir. Itulah antara perkara yang tidak berubah, senyuman manisnya Marissa.
“Lama kan kita tak
jumpa Alex, hampir lapan tahun...”
“Rindu?” soalan itu
hanya Marissa jawab dengan senyuman mesra. Alex rawan, Marissa di depan matanya
bukan Marissa yang dulu. Marissa yang dulu banyak cakap, berterus terang,
pandai berceloteh, pandai bercerita, pandai ambil hati, dan pandai marah juga.
Semuanya ada pada Marissa, segala pahit manis, masam, masin, bahagia dan juga
derita. Segalanya cukup perasa dalam diri seorang Marissa. Gadis itu menyinari
hidupnya umpama cahaya dari pelita. Dan dia juga yang memadam api dan bara ke
kancah gelap gelita.
“Macam mana hidup you
sekarang?” mahu tak mahu Alex juga yang mula bicara. Marissa masih menjawab
dengan senyum.
“Masih ada lagi kan
bekas parut tu?” Marissa mengubah arah perbualan.
“Masakan boleh lupa,
bekas ciuman sayang dari kekasih…” Alex berseloroh sambil meraba parut di dahi
yang tertutup dengan helaian rambut. Seloroh Alex tidak membuatkan Marissa
senang, malahan wajah gadis itu keruh.
“Maafkan Marissa Alex…”
air mata Marissa bergenang. Pantas Alex menggenggam jari Marissa. Dia tidak
tega melihat Marissa menangis di depannya, walau apa pun yang gadis itu pernah
lakukan pada dirinya.Marissa menarik tangannya, lantas bangkit memberi isyarat
mahu ke tandas. Alex hanya sorot mata melihat Marissa berlalu.
Sembilan
tahun yang lalu….
“Kan you dah janji
dengan I nak keluar, you pergi mana?!!” bentak Marissa dengan mata memerah.
“I tertidur…”
“Tipu!penipu!!”
“Nak tipu apa?”
“You keluar dengan
Jenny kan!” Alex kaget, memang dia keluar dengan setiausaha tempat mereka berkarya. Tetapi mereka bukan pergi dating. Dia berahsia kerana sikap Marissa yang kuat cemburu.
“Dia minta tolong sebab
kereta dia rosak.” Alex cuba mempertahankan diri.
“Oh jadi betullah. Itu
semua alasan, you tahu kan dia sukakan you!!”
Pergaduhan itu makin
tegang, sedar tak sedar astray kaca
di meja studio melayang. Kepala Alex berpinar. Darah meleleh. Marissa kaget dan
menerpa kekasihnya. Berlari ke pantrymencari
kotak ubat. Sambil merawat luka Marissa pohon kemaafan berkali kali. Alex marah
sekejap, kemudian dia akan cair, terkulai di pelukan Marissa. Zaman remaja
mereka indah. Marissa anak seorang penulis dan penggubah lagu terkenal Edy
Ariffin banyak meluangkan masa di studio rakaman. Edy Ariffin yang merupakan
bapa tunggal mendidik Marissa dengan caranya. Muzik, alkohol, parti,kelab
malam, dan show ke mana sahaja Marissa dibawa.
Tidak hairan jika dunia Marissa hanya muzik dan hiburan. Begitulah hidup
Alex, jejaka kacukan Amerika cina yang dibesarkan oleh ibunya. Ayah kandung
Alex yang berbangsa Amerika telah meninggalkan ibunya. Hilang tanpa di kesan. Entah
dia tahu atau tidak punya anak bernama Alex.
Alex dan Marissa umpama
Romeo dan Juliet, umpama Sid dan Nancy. Begitulah perumpamaan mereka berdua.
Punya kehampaan dan kekosongan yang sama. Punya
nasib yang sama, dilahirkan dalam keluarga yang berantakan. Mereka berdua bagai merpati dua sejoli. Bersama
mengisi kekosongan hati dengan keluar berhibur saban waktu. Marissa sentiasa
jadi bayang-bayang Alex, begitu juga sebaliknya. Alex jejaka campuran bangsa
cina dan barat yang kacak. Marissa campuran kadazan dan melayu yang jelita. Jika
mereka berjalan bersama, pasti banyak mata yang melirik. Alex yang selalu
berpakaian ranggi ala rock star,
membawa gitar ke mana saja. Marissa yang selalu up to date, pandai bermain organ dan piano. Mencipta lagu dan
irama, cuba mewarisi bakat bapanya. Mereka terkenal sebagai pasangan popular. Mereka
sejiwa, mencintai dan memahami. Tiada kesempurnaan yang ideal selain kasih
mereka berdua. Tetapi sekali air bah, selagi pantai berubah. Satu hari selepas
insiden Edy Ariffin terlibat kemalangan. Marissa hilang tanpa khabar berita,
dia hanya memberi surat, memberitahu yang dia mengikut makciknya pindah ke
Australia. Alex terpempan. Tidak berhargakah dia pada Marissa? Di manakah janji
dan sumpah setia Marissa. Janji yang mereka tidak akan terpisah selama-lamanya.
Lamunan Alex hilang
pabila Marissa menarik kerusi kembali duduk. Kelihatan wajahnya lebih segar,
air mata tidak berbekas. Marissa menarik nafas panjang.
“I dengar you dah
bercerai?”
Alex tersenyum, dia
mengangguk lemah. Masakan Marissa tidak tahu, dia merupakan vokalis band yang terkemuka di Malaysia. Sejak kehilangan
Marissa, Alex hilang arah. Siang dan malam dia hanya berteman minuman keras. Hingga
kemuncak dia hampir membunuh diri dengan pil penenang. Mujur ibunya pantas
membawa ke hospital, apabila dia pengsan tidak sedarkan diri. Hingga kini, entah
kekuatan dari mana dia meneruskan hidup. Dia harap Marissa tidak tahu. Kerana
perihal dia cuba membunuh diri, adalah kejadian sebelum dia terkenal. Tiada
sesiapa pun yang tahu.
“You baca kat paper?”
“Ya, vokalis terkenal
dan kacak macam you, kawin, cerai mestilah jadi tajuk utama.” Kali ini Alex
pula tersenyum.
“Umur you baru 29
tahun, tapi dah bercerai. You kahwin 5 tahun je, dengan pelakon kan? Lepas tu
baru-baru ni you dapat saman mahkamah akibat cuba ambil kesempatan pada pekerja
you. Seksual harassment? Alex what are you
doing?!” pertanyaan Marissa tegas. Alex terpempan, perasannya bercampur
baur antara malu dan tersinggung.“Nothing to do with you. You fikir balik apa yang you dah buat!”
“Oh, jadi semuanya salah I, one mistake won’t ruin your life Alex,” suara Marissa makin meninggi.Mujur Alex mengambil tempat yang tersorok. Public figure sepertinya tahu cara
berhadapan pelbagai suasana.
“Yes, you tahu kenapa I
kawin, sebab I nak lupakan orang yang dah hancurkan hati I...”
“Jadi betullah sangkaan
I, you kawin hanya sebab nak cari peganti I. Sebab tu la you buat tak tahu je
dengan Ex-wifeyou, buat hal
masing-masing. Tak commit each other,
sebab you tak jumpa diri I pada dia kan?”
“Hey, apa you cakap ni,
kami bercerai sebab tak serasi. Tak sefahaman. Ingat dunia ni its all about you?” Alex membidas. Ego rasa tercabar.
“Alex, I tau you
sebenarnya kahwin terburu-buru, konon itu cara mudah nak lupakan I. Cuba jadi
matang sikit!”
“You siapa nak persoalkan
apa yangIi buat hah?! Apa yang I buat sekarang ni menyusahkan hidup you ke? Apa
makna you risau sangat. You sebenarnya sayang lagi ke kat I?”
“Yes
i do…” mata Marissa bergenang. Dia mengetap bibir, hatinya
bercampur baur antara geram, marah dan.. .
Alex terdiam, dia
merenung wajah Marissa. Kemudian dia ketawa terbahak-bahak.
“Marissa, Marissa, you
masih sama macam dulu. Bukan you, tapi kita.Kita selalu bertengkar dan terus
bertengkar. Macam tak pernah ada cara untuk berbincang baik-baik. Tapi macam
mana pun kita bertengkar, macam mana teruk kita bergaduh. Kita tetap
berbaik.Macam mana sakitnya hati I atas perbuatan you. I tetap cintakan you. Damn! im really love you…” Alex
menggeleng kepala.
Mata Marissa yang sudah
memerah, mula menitiskan cecair. Makin lama makin deras.Tidak berkelip dia merenung
wajah Alex. Bibirnya pucat dan bergetar.
“Alex, im so sorry atas semua perbuatan I dulu.
Sebab I, you masuk hospital, I tak
sangka sampai begitu sekali, tapi… I tak ada pilihan. Im so sorry...” kali ini Marissa mula tersedu-sedu. Tangisannya
makin kuat. Alex terjeda. Halkumnya bergerak-gerak, tetapi dia langsung hilang
kata. Setahu dia Marissa seorang gadis tabah. Boleh dikira dengan jari berapa
kali sahaja dia melihat Marissa menangis.
“You tahu pasal I masuk
hospital?” Marissa mengangguk, air matanya makin deras.
“Dah la Marissa, kita
lupakan la benda lama.I nak minta maaf juga.Masa tu I ikut emosi, macam
budak-budak. Dan you pun tahu I sangat cintakan you.” Marissa hanya mengangguk.
“Mungkin kita boleh
mulakan hidup baru...Mungkin ini masanya kita kembali bersatu.” Alex mengusap
air mata di pipi Marissa. Kemudian dia menarik jemari Marissa ke bibirnya.
“No!
No way!” pantas Marissa merentap tangannya dari genggaman
Alex. Alex terpempan, wajahnya berbaur kecewa.
“Perasaan cinta I pada you
tak pernah berkurang dari dulu. Kalau you betul-betul ikhlas cintakan I, I nak
you kahwin dengan sepupu I...”
“What!!”
“Ya, itu tujuan I
datang sini...”
“Are
you losing your mind?”
“I
am, do it, if you really love me like u said..”