Home Novelet Cinta DARI KACA LENSA
DARI KACA LENSA
Hikari Hana
24/9/2018 14:50:22
43,771
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 10

BAB 10: DAN AIS PUN MENCAIR


Petang itu seperti biasa Najwa dan rakan-rakannya berkampung di studio. Namun jika kebiasaan suasana riuh dengan gelak tawa, suara bersembang, ada yang membuka lagu di speaker, namun petang itu berbeza sekali. Suasana senyap sunyi, hanya kedengaran bunyi menaip di papan kekunci komputer. Esok pelajar FAB perlu menghantar kertas cadangan tesis dan melakukan pembentangan tajuk tesis masing-masing.Jika gagal, pelajar perlu mengulang satu semester.

“Wa...tak lalu dah tengok ni weh. Nak pergi cari makan la, jom,”Eka mengajak.

“Semua nak pergi ker, balik studio semula tak?,”Najwa mengalih pandangan pada kawan-kawannya yang masing-masing muka serabut.

“Balikla,slide baru siap separuh, skrip pembentangan belum buat. Kau lain la slide dah siap, skrip tak payah buat sebab sebab dah terlebih hebat,”Faiee bersuara sambil meregang badan. Belum hilang penat hantar projek tahun akhir sambung pula pebentangan kertas cadangan tesis.

“Slide dah siap, tapi belum habis edit proposal la. Gila apa tak buat skrip, aku tak mau repeat sem ok. Tak pa la korang pergi, aku tak lapar. Tengok perkataan-perkataan yang banyak ni, tak mampu nak rasa lapar dah. Aku nak siapkan edit sikit lagi, lepas tu  buat skrip,”kawan-kawan Najwa tahu sangat dengan perangainya yang tak mahu makan kalau masih banyak kerja tertangguh.

“Cam tu kita tak yah ah pergi. Kita kena tiru Najwa, apa nak jadi korang ni eh? Tu tak dapat sijil dekan. Sorang tak makan semua tak payah makan. Kita kebulur sama-sama,”Aina duduk semula.

“Tak payah nak drama eh....baling drawing board kang. Lepas aku siap aku punya,nanti aku tolong ler korang buat skrip, malam nanti kita boleh cuba buat mockup.Pergi la kang mati kebulur, sia-sia jadi roh gentayangan pasal tak sempat present tajuk tesis. Dah pergi tu balik nanti belikan aku aiskrim Cornetto, nak perasa Dark Choc Brownies,”Najwa faham sangat dengan taktik Aina bermain dengan emosi untuk paksa dia makan. Bersyukur ada kawan-kawan yang baik walaupun cuma ada Aina, Eka, Seri, Jay dan Faiee. Kualiti mengatasi kuantiti.

“Kata tak lapar, tapi kirim aiskrim. Hujan-hujan ni orang makan mee hun sup ke, laksa pineng ka, mee goreng mamak ke. Kau je mintak aiskrim,”Jay yang sudah menutup komputer ribanya turut menyampuk.

“Kalau stress, setakat hujan ni apa  dia heran.Pukul tiga pagi sanggup naik motor pergi kedai cari aiskrim. Orang lain tidur dua orang ni merempit cari aiskrim la, coklat la, keropok ikan la,”Seri menunjuk ke arah Najwa dan Eka. Dua-dua hanya tersengih buat muka tak bersalah.

Suasana sepi studio bertambah sepi bila kubikel yang menempatkan Najwa, Eka, Seri,Aina, Jay dan Faiee kosong. Hanya Najwa masih berteleku di hadapan komputer riba. Butang simpan ditekan dan fail Microsoft Word ditutup. Akhirnya kertas cadangan tesisnya selesai diedit, Hanya perlu dicetak keluar untuk dihantar ke pensyarah esok untukk di nilai.Najwa menggosok mata untuk menghilangkan rasa penat. Selepas ini dia perlu menyediakan skrip untuk pembentangan esok pula. Berdebar hatinya menanti hari esok.

Najwa bangun dari tempat duduknya dan membuka tingkap yang berada di sebelahnya.Hujan masih belum berhenti. Najwa menghirup Nescafe panas yang baru dibancuh.Najwa suka hujan. Bau hujan, bunyi hujan jatuh, pokok yang basah, rintik hujan yang jatuh ke bumi , semuanya menenangkan.Najwa ralit menikmati suasana hujan sebelum lamunannya diganggu oleh bunyi telefon.Nama DS tertera sebagai pemanggil.

“Hello.Assalamualaikum.Kenapa?,”Najwa jawab ringkas.

“Hello.Waalaikumussalam. Tengok depan,”Najwa terus memandang ke  arah bangunan depan, mencari-cari objek yang harus difokus sebelum melihat satu susuk tubuh yang melambai-lambainya girang dari arah satu tingkap.

“Hai jiran, menung apa?,”bangunan yang menempatkan studio DS dan Najwa benar bersebelaha, cuma dipisahkan dengan sebuat taman kecil.

“Hai jiran. Kat mana-mana pun muka awak ,bukan tempat duduk awak sebelah sana ke?,”Najwa tahu studio mereka bersebelahan bangunan tapi tak silap tempat DS bukan di situ. Seingat Najwa DS duduk di bahagian tengah bukan bersebelah tingkap dengan taman.

“Dah pindah duduk sini. Nak skodeng jiran sebelah, mana tau boleh buat kawan.Dah siap ke semua, kenapa termenung jauh?,”sejak jumpa Najwa, DS rasa dia pun dah mula buat perangai aneh-aneh tak seperti selalunya dia.

“Pindah tempat eh? Wow just wow. People say I’m freak,they should meet my neighbor,freak times five.Macam dah siap, tapi entah la OK ke tak. Rasa otak serabut tu buka tingkap, bukan nak skodeng jiran tau macam orang tu. Nervous pulak nak bentang tajuk esok,”Najwa tau semuanya hanyalah tekanan akibat personalitinya obses dengan kesempurnaan.

“Hahahahaha...bagus apa. Two freaky neighbors attending ‘mesyuarat tingkap’ in the rain. Kalau semua jiran macam kita, aman dunia. Wa, you are doing well, don’t put too much pressure on yourself. Everyone know how good you are except yourself. Setakat buat pembentangan dekat pensyarah apa la sangat, awak pernah buat pembentangan untuk satu fakulti tau?,”DS yang baru kenal dengan Najwa pun tahu gadis itu sangat berdedikasi dalam setiap apa yang dilakukannya.

“Tapi biasa perbentangan untuk projek berkumpulan, ni individu kot. If I messed up,no one will back up me.I’m might be not well like by some of my classmate, but they always had me back up. Dah la saya sorang je bawah panel Reka Bentuk Bandar. Seri, Aina dengan Faiee bawah panel GIS, Eka dengan Jay bawah panel Perancangan Luar Bandar. Dah la semua sesi pembentangan sama waktu tapi lain tempat. Fikir esok tu rasa hari ni nak muntah dulu,”dalam setiap apa yang Najwa lakukan rakan-rakan baiknya itu akan sentiasa ada sebagai penyokong tegar, tanpa mereka Najwa benar-benar rasa tertekan.

“You had the back up, but you never need it actually.Tau kan esok panel untuk pembentangan kita akan gabung. Bilik Mesyuarat B11 pukul 9.00 pagi?,”sebenarnya DS dah boleh agak mereka akan membentang tajuk mereka pada sesi yang sama kerana sejak awal lagi Dr.Alice dan Prof Chan sudah meminta mereka bekerjasama disebabkan mereka memilih konsep dan tapak kajian yang sama.

“Aah...so esok pensyarah senibina ada sekali la. Kenapa bagitau saya, hadoiii tak membantu la...bertambah stress jer,”Najwa tepuk dahi, tiba-tiba dia rasa panik.

“Hahahaha...kenapa la awak ni comel. You had presented a paper in front of the whole faculty alone and now you feel stressed with few extra lecturers. Saya bagitau sebab sesi saya pun sama, esok saya akan ada dengan awak. Kita bentang pada sesi yang sama. Walaupun saya tak boleh pegang tangan awak, tapi saya boleh duduk sebelah awak tunggu sekali. I’ll be your support system, you will be mine.OK, feel better?,”DS geleng kepala, tak sangka Najwa kalau panik comel, gadis itu tidak la sekejung mana tak ada rasa.


“Ohhh...betul juga kan. Bukan tak pernah present pun. I will have a friend with me huh. OK, I feel much better. Lapar la pulak,jom pergi makan?”Najwa rasa paniknya hilang tiba-tiba. Kadang-kadang Najwa yang suka cari pasal takutkan diri sendiri.Nasib baik hari ni dia bercakap dengan DS.

“Awak ajak saya makan? Seriously? Tak salah dengar ke? Nak makan dekat mana, Cafe Admin?,”Najwa yang ajak makan sekali, kali pertama ni.Kebiasaanya DS yang ajak dulu, itupun bukan main payah Najwa nak setuju. Syarat utama tak mahu pergi tempat yang sering dikunjungi pelajar FAB.

“Jauh sangat hujan-hujan nak pergi Cafe Admin, makan kat Arked Meranti je la. Kalau nak la, tak nak tak pa. Saya suruh diorang tapau bawak studio. You know what, forget that I ask, I’m just...,”tiba-tiba Najwa terpikir, kenapa dia ajak DS pergi makan, pelik dengan kelakuan sendiri.

“Nope...tak boleh tarik balik. Jom, jumpa dekat bawah. Kita jalan sama-sama,”DS cepat memotong.

“OK,tapi tunggu lagi 15 minit boleh? Tunggu diorang semua balik makan, I’m on guard duty. Kalau dah print slide bawak sekali, boleh tukar idea kan,”bila Najwa fikir balik tak salah pun kalau orang nampak dia dan DS nama pun mereka berkerjasama. Mulut orang tak mungkin boleh ditutup.

“Tak da  masalah. Tapi sebelum letak telefon, boleh tak Najwa pandang depan lepas tu lambai saya?,”DS melihat Najwa menggaru kepala pelik sebelum menurut permintaan nya.Cepat dia mencapai kamera dan memetik gambar gadis di tingkap bangunan hadapan. DS hanya ketawa melihat Najwa menggeleng kepala setelah memahami kenapa DS meminta Najwa berbuat demikian. Gambar buat kenangan mesyuarat tingkap buat kali pertama.


15 minit kemudian DS dan Najwa beriringan jalan bersama menuju ke Arked Meranti. Banyak mata tertoleh-toleh ke arah mereka. Najwa dan DS buat tak faham, tak kuasa melayan pandangan orang. Mereka makan dan bersembang tanpa terkesan dengan keriuhan Arked Meranti yang penuh dengan manusia. Berkongsi tentang latar belakang masing-masing, berkongsi cerita dari segi hal belajar sehingga hal peribadi. DS dan Najwa lebih santai dan terbuka seperti layaknya komunikasi sebagai sahabat.

“Dah pukul tujuh malam, jom gerak sekejap lagi masuk Maghrib. Awak nak balik hostel ke nak naik studio? Nak balik hostel tumpang kereta saya je la, hujan ni nak jalan kaki,”DS mahu balik ke hostel untuk mandi sebelum kembali ke studio selepas Maghrib.

“Naik studio, saya solat dekat  dekat studio jer. Janji dengan geng saya nak buat mock up presentation. Rasanya malam ni tak stay lama sangat, sebelum Isyak balik la. Nak rehat awal sikit. Nak joint kami ke?,”Najwa mempelawa DS untuk menyertai dia dan kawan-kawannya.

“Eeee tak mandi.Hehehehe...gurau jer. Thank you for the offer. Saya pun janji dengan budak kelas nak buat mock up. Tapi lewat sikit la, semua tak siap lagi,”DS dan Najwa beriringan meninggalkan Arked Meranti.

“Eleh cakap orang tak mandi, awak tu pun biasa tak mandi sampai malam kan? Hari ni jer dapat nur dan hidayah. Kalau macam tu jumpa esok la, stay up jangan sampai tak boleh bangun pulak. Nak saya call kejut ke pagi esok?,”alang-alang esok Najwa memang perlu menelefon Faiee dan Jay untuk mngejutkan mereka, apa salahnya memanjangkan kebajikan yang sama pada DS.

“Boleh,cun sangat la tu. Mana tau terbabas kan. Tak menyusahkan ke?,”biasa DS bukanlah seorang yang sukar bangun pagi, tapi Najwa sudah pelawa apa salah nya dia menerima.

“Eh taklah, memang nak kena kejut Faiee dengan Jay. Budak dua orang tu mana boleh percaya, diorang tu hari nak bentang projek pun boleh terbabas. Pukul 6.30 saya call. Jumpa esok. Bye, assalamualaikum,”DS dan Najwa berpisah di tempat letak kereta fakulti. Najwa mahu naik ke studio manakala DS menuju ke keretanya yang diletak di situ. DS tidak terus bergerak, sempat dia menunggu Najwa selamat sampai ke depan pintu studio. Najwa juga tidak lupa menjengah dari koridor dan melambai girang ke arah DS , seperti tahu sahaja masih berada di tempat letak kereta untuk memastikan Najwa selamat sampai. DS tersenyum sendiri melihat keletah Najwa.

DS berjalan menuju ke arah Bilik Mesyuarat yang terletak di bangunan B11 di mana dia dan Najwa akan membentangkan cadangan tajuk tesis masing-masing. Walaupun Najwa dan DS daripada jurusan yang berbeza, namun bukan menjadi suatu perkara ganjil jika mereka diletakan di bawah panel yang sama kerana semua jurusan dibawah Fakulti Alam Bina mempunyai disiplin yang saling berkait. Pelajar harus membiasakan diri untuk bergaul dan bekerja antara satu sama lain walaupun berlainan jurusan supaya mereka bersedia dengan senario dunia sebenar nanti.

Di kejauhan DS melihat Najwa bersandar di sudut bangunan sambil membelek nota kecil di tangan. Seperti biasa gadis itu menjauhkan diri pelajar-pelajar lain yang semua berkumpul di kerusi yang terletak di depan bilik mesyuarat. DS menyapa beberapa muka yang dikenali sebelum menuju ke arah Najwa. Matanya masih khusyuk menelaah nota berwarna warni di tangan.

“Assalamualaikum...profesional betul hari ni, macam betul-betul dah jadi puan perancang bandar. Wau...even make up?,”hari ini Najwa mengenakan kemeja biru muda bersama skirt labuh berwarna hitam di padankan dengan pashmina biru tua dengan corak abstrak.Wajahnya biasanya dibiar natural dioles solekan nipis agar kelihatan lebih segar.

“Waalaikumussalam...over ker?Eka punya cadangan la ni, should I wipe it?,”Eka pagi-pagi sudah datang ke biliknya beriya memberi cadangan mereka memcuba alat solek yang baru dibelinya agar kelihatan lebih cantik untuk membuat pembentangan hari ni.

“No, tak over pun.Jangan salah faham. Nampak sikit-sikit je make up tu. Different from usual but nice,”DS tidak berniat mahu mengecilkan hati Najwa. Faham kadang kala orang perempuan memang sensitif bila mereka ditegur.

“OK.Ughhh...dah la nak termuntah dah tengok nota. Let talks some nonsense. Mana tau boleh kurang rasa gemuruh. So what type of guys are you? Do you like girl with makeup or without make up, with style or the simple one?,”Najwa menyimpan nota-nota dalam beg, lagi dia membaca nota bertambah gemuruh.

“Huhhhhh...ok random betul topik. I’m the guys who does not care, make up, without make up,stylist or simple.We guys are actually simpler than what you girls think. Mata kita nampak cantik dengan tak cantik je. So what type of girl are you?,”bekas-bekas kekasih DS semuanya termasuk dalam golongan yang bergaya tetapi baginya dia tidak pernah melihat golongan yang suka tampil ringkas mempunyai kekurangan. Semuanya terpulang kepada pilihan masing.

“I’m the crazy random one. My style depends on my mood of the day. Hari biasa pakai apa yang praktikal dan ringkas. Tapi ada hari gila tu, I might go into fullblast color mode. We girls are simple too. Kita pakai apa yang buat kita gembira, tak fikir pun nak menarik perhatian,”biasanya Najwa akan pekakan telinga pada cakap-cakap orang yang tidak rapat dengannya. Pandangan kawan-kawan rapatnya sudah cukup kerana dia mereka adalah orang yang sentiasa berada dengannya ketika susah dan senang.

“Well the crazy random ones are good. Hidup tak bosan. I like this nonsense kind of talk. Hilang rasa nervous nak buat pembentangan.We should do this kind of talk more often,”DS perasan berbeza sungguh Najwa melayannya berbanding dengan kali pertama mereka berjumpa.

“Hehehe...saya selalu je buat dengan geng-geng saya. Let do random thigs also. DS tengok sini.OK, smile, satu lagi, smile. Nanti saya hantar dekat awak. Memori kena simpan,tengok muka cuak dua budak nak bentang tajuk tesis,”Najwa menunjukan skrin telefon bimbit yang terpapar  gambar DS berseorangan dan gambar mereka berdua.

DS hanya tersenyum melihat gadis yang juga tersenyum di sebelahnya. Hilang segala kedinginan,  ais dah mencair.

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.