Hari yang dinanti akhirnya tiba.Hari semua pelajar tahun akhir akan membentangkan hasil kajian tesis mereka.Pada akhir sesi pembentangan tesis para panel akan memberikan keputusan sama ada pelajar dibenarkan untuk menghantar hasil akhir yang siap dijilid,dibenarkan untuk menghantar hasil akhir dengan pembetulan atau tesis gagal dan para pelajar perlu mengulang semester.
DS dan Najwa yang akan membentangkan hasil kajian mereka di bawah panel yang sama dengan tenang menunggu giliran di di luar Bilik Mesyuarat B11. Masing-masing membisu tanpa kata, hilang dalam lamunan masing-masing.
“I’m really glad you came to my life. Thank you Abang,”” tiba-tiba Najwa bersuara.
“Huhhh...panggil apa tadi?,”terkejut sekejap DS.
“ABANGGG...awak selalu bising saya tak panggil awak abang walaupun saya muda setahun. So I decide to grant you that wish today,”DS selalu mengusik Najwa meminta memanggilnya abang kerana gadis itu muda setahun daripada DS. Namun seperti biasa Najwa menolak permintaannya mentah-mentah. Geli geleman katanya.
“Hahahah....hari ni mesti hari bertuah saya. I’m glad you came to mine too,”melebar senyuman DS, hatinya berbunga.
“Nur Najwa your turn, lepas tu Ikmal Firdaus...,”nama Najwa dan DS dipanggil oleh seorang pembantu pensyarah.
“Bismillahirrahmanirrahim... Insya Allah we can do it,”DS memberi semangat kepada Najwa dan juga dirinya sendiri. Ini adalah cabaran terakhir yang mereka perlu lalui sebelum mengakhiri perjuangan sebagai seorang mahasiswa sarjana muda.
Pembentangan tesis Najwa dan DS berjalan lancar. Setelah berhempas pulas kedua-duanya dapat menerangkan kajian mereka sehabis baik. Selepas DS habis membentangkan tesisnya, Najwa dipanggil semula masuk, oleh kerana mereka bekerjasama dari awal pensyarah mahu memberikan komen dalam masa yang sama.
“Secara umumnya kami sangat berpuas hati dengan hasil kajian dan pembentangan kamu berdua. Oleh kerana ini adalah kali pertama kami pensyarah mencadangkan pelajar dari jurusan berbeza untuk bekerjasama menyiapkan tesis, hasilnya boleh saya katakan positif. Walaupun kajian kamu berdasarkan profession masing-masing, tapi hasil akhir kita nampak dengan jelas kesinambungan proses,”Dr.Alice yang juga penyelia tesis DS memberi komen.
“You guys stay true to your profession in doing your study. I see two researchs produce by a Planner and an Architech. Tapi dalam masa yang sama saya nampak reka bentuk ruang Najwa diteruskan dalam reka bentuk bangunan Ikmal. Kami semua bersetuju,kamu berdua boleh hantar tesis yang dah dijilidkan. Congratulation,both of you. You two made a good working pair, great chemistry,”Dr.Chan memberikan komen yang dinantikan oleh DS dan Najwa. Terasa beban sebesar gunung terlepas dari bahu masing-masing.
Senyum lebar terukir di bibir masing-masing saat kaki melangkah keluar dari bilik mesyuarat di mana sesi pembentangan tesis diadakan. Halangan terakhir sebagai mahasiswa sarjana muda telah berjaya dilalui.
“Rasa macam hilang berat badan 10kg. Hilang semua sakit perut, nak muntah, nak pitam tadi. Tiba-tiba rasa lapar jer,”Najwa memegang perutnya yang tiba-tiba berkeroncong minta di isi. Pagi tadi dek kerana gemuruh dia hanya meneguk sedikit air nescafe, tak mampu menelan sarapan.
“Tau tak pa. Rasa macam tak percaya dah habis semua. Macam mimpi jer. Lapar ke? Nak saya temankan makan?,”DS mempelawa diri. Menghabiskan masa-masa akhir bersama Najwa bukanlah sesuatu yang perlu dipaksa, semuanya dilakukan dengan rela hati.
“Tak pa. Awak dah janji nak pergi Ayam Penyet dengan geng awak kan? Saya pun tunggu geng saya, kami dah janji nak keluar jilid tesis lepas tu makan dekat Green Jade. Let’s spend one last time with our repective circle,” Ayam Penyet dan Green Jade adalah antara restoren popular di Skudai yang menjadi pilihan para pelajar UTM untuk menjamu selera. Najwa sedar realiti yang mereka mempunyai dunia masing-masing, dunia yang secara kebetulan bertemu pada satu titik yang indah.
“OK. Let’s do that. Jumpa malam ni OK? Jangan menyorok pulak,”DS berpesan.Bukan tak tahu tabiat gadis itu yang tidak suka menonjol di kalangan orang ramai. Malam ini mereka seperti mana pelajar tahun akhir FAB yang lain akan menghadiri majlis makan malam yang diadakan oleh pihak fakulti untuk meraikan mahasiswa yang bakal menamatkan pengajian mereka.
“Ya ya ya....janji. Malam saya pakai baju color terang bagi awak nampak dari jauh. Dah...dah...pergi sana,kawan-kawan awak dah tunggu. Geng saya jap lagi datang. Byeeee,”Najwa memaksa DS untuk pergi menemui rakan-rakannya. Sedaya upaya gelojak hati disembunyikan di balik senyuman dan lambaian. DS yang akhirnya melangkah pergi juga sambil membalas degan senyuman dan lambaian.
Majlis Makan Malam FAB diadakan di Dewan Inderaputera,Pulai Spring Resort yang terletak cuma 10 minit dari UTM.Majlis ini bertujuan meraikan para pelajar semester akhir yang bakal menamatkan pengajian dan memulakan perjalanan baru menempuh dunia profesional.
“Assalamualaikum Kak Imah yang lawa, cantik, menarik, tertarik kau memang the bomb...,”Eka menegur Kak Imah salah seorang pembantu takbir yang bertugas di Pejabat Akademik FAB. Pada malam ini Kak Salmah bertugas di meja pendaftaran.
“Waalaikumussalam, pujian ko dik buat Akak kembang semangkuk. OK geng empat serangkai dan bodyguard, sebut nama sorang-sorang,”Kak Salmah sudah mesra dengan para mahasiswa apatah lagi mahasiswa tahun akhir. Bertahun muka ini la yang dihadap jika menghadapi masalah dengan bahagian pentadbiran fakulti.
“Mohd Huzair,”Jay yang pertama.
“Syed Faiee,”Faiee yang kedua.
“Fatin Aina,”Aina yang ketiga.
“Siti Zuleyka,”Eka yang keempat.
“Seri Ayuni,”Seri yang kelima.
“Nur Najwa,”yang terakhir.
“Sebab Kak Salmah sayang korang ,akak bagi duduk satu meja. Korang pergi meja nombor empat. Najwa Akak sayang lebih, meja nombor satu. Duduk dengan dekan,”Kak Salmah menanda nama mereka dalam senarai di hadapannya.
“Apa Kak Salmah, tu nama penderaan mental. Kenapa kena duduk dengan dekan? Nak duduk dengan diorang,boleh la Akak yang lawa,”Najwa memujuk Kak Salmah. Duduk dengan Dr.Nazri iaitu dekan FAB masih OK kerana pensyarah itu sangat mesra, tapi memikirkan perlu duduk dengan pelajar lain yang tidak dikenali Najwa rasa sesak nafas.
“Hehehe...tu la siapa suruh belajar pandai sangat. Awak salah seorang penerima anugerah malam ni jadi awak duduk meja VIP. Yang lain pun tak payah sengih sangat meja empat ada ketua Jabatan Perancang Bandar dan Pak Engku. Silalah bergerak ke meja anda, enjoy your night,”Kak Salmah memberi isyarat untuk mereka bergerak kerana ada pelajar lain yang beratur di belakang mereka. Sudah menjadi tradisi FAB pada majlis makan malamt ahun akhir para pelajar akan duduk bersama para pensyarah untuk mengeratkan silaturrahim.
”Uuuuuuu...gempakkk sehhhh.Bangga aku dapat kawan hebat tak hengat dunia,”Faiee mula menyakat.
“Uuuuuuu...cik abang menuggu dimeja satu. Sedondon gituh, mak ko ijo,”Eka menunjukan ke arah meja satu dan disambut ketawa kecil yang lain. Najwa yang belum sempat membalas tiba-tiba terlihat DS yang melambainya dari meja yang ditunjukan oleh Eka.
Tanpa berjanji mereka berdua sama-sama mengenakan pakaian bewarna hijau. Najwa berbaju kurung moden bermotif batik berwarna hijau zamrud manakala DS berkemeja batik hijau lumut.
“Daaaa....enjoy yournighttt,”Aina bersuara sebelum berlalu bersama kawan-kawan baiknya yang lain yang masing-masing tersenyum kambing. Najwa hanya menggeleng kepala melihat keletah kartun mereka.
“Eh Najwa meh...meh sini. Aku pindah sini,”Bob salah seorang pelajar jurusan Senibina Landskap bangun dan menyuruh dia duduk di sebelah DS. Najwa kenal dengan Bob walaupun tidak rapat,jejaka itu kawan satu sekolah dengan Aina.
“Thanks, Bob. Aku ni blur lagi weh tiba-tiba duduk meja VIP. Kau dah tahu ke awal-awal?,”Najwa menarik kerusi dan duduk di sebelah DS.
“Aku pun sekapal dengan kau la,tak tahu langsung. Tiba-tiba Kak Salmah cakap duk sini sebab dapat award. Sikit lagi aku nak nangis terharu kat meja pendaftaran. Eh Aina duk meja mana? Nak pegi belagak jap. Wehhh dah dah la DS tenung Najwa, berlubang muka anak dara orang,”Bob menolak bahu DS yang sedari tadi diam membisu.
“Meja nombor empat...tu yang pakai serba pink tu,”Najwa menunjukan Bob ke suatu arah sebelum jejaka itu bergegas ke arah yang ditunjukan Najwa. Hubungan Bob dan Aina sudah seperti adik-beradik, kalau berjumpa pasti bergaduh tapi saling menyokong.
“Kenapa? Tudung senget ke, ke lipstick comot?,”Najwa berbisik pada DS yang sedari merenung dirinya. Terdapat beberapa pelajar yang berada di meja tersebut kelihatan tersenyum-senyum melihat mereka berdua. Walaupun Najwa tidak mengenal nama kesemua pelajar disitu tapi dia dapat mengenal pelajar itu daripada jabatan yang berbeza.
“Tak la elok je semua. Siapa suruh cantik sangat? Dia macam magnet tau, tengok tempat lain pun tiba-tiba balik sini semula. Ha tengok macam ada spring,”DS memusingkan muka ke tempat lain sebelum berpaling semula pada Najwa dengan. Seronok DS menyakat Najwa yang sudah merona merah. Dalam menyakat DS mengakui Najwa cantik malam ini. Sederhana dengan baju kurung moden hijau zamrud dengan tudung senada. Solekan juga tidak keterlaluan, tidak juga terlalu sederhana. Sedap mata memandang, di tambahdengan dengan senyuman manis yang terukir di bibir. Hati mana tidak terpaut.
“Wahhhh...ayat, buat hati kita bergolek riang. Patutla ramai peminat, murah pujian rupanya. Simpan sikit untuk yang teristimewa,”Najwa menjegilkan mata ke arah DS. Perempuan mana tidak cair bila dipuji begitu.
“Hehehe...good to know my woos got effects on you. Mana ada murah, eksklusif tau hanya yang teristimewa macam Najwa. Saya harap sangat saya pun ada tempat yang istimewa dalam hati awak,”DS malas nak berselindung di saat perpisahan begitu hampir.
Najwa yang kelu tak tahu nak balas apa. Ya, DS mempunyai tempat yang istimewa dalam hatinya. Tapi untuk meluahkan dalam bentuk kata hanya akan melukakan dirinya sendiri dan juga lelaki di sebelahnya itu. Jalan yang mereka pilih tidak memungkinkan untuk kisah ini dilanjutkan.
Perbualan mereka mati di situ sahaja kerana di saat itu pengacara majlis mengumumkan ketibaan tetamu kehormat yang terdiri daripada dekan, ketua jabatan dan para pensyarah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan dari dekan. Di akhir ucapan dekan menyampaikan anugerah pelajar terbaik kepada wakil setiap jabatan. Pelajar terbaik dipilih bukan sahaja atas kecemerlangan akademik tetapi juga penglibatan dalam projek-projek luar selain akademik. Pandai betul dekan buat prank, semua penerima anugerah hanya mengetahui kemenangan masing-masing pada malam ini.Patutla bukan main Kak Salmah berpesan Najwa wajib hadir majlis makan malam tersebut sewaktu dia ke pejabat fakulti tempoh hari.
Selesai penyampaian anugerah semua hadirin dijemput menjamu selera sambil dihiburkan dengan persembahan daripada pensyarah dan pelajar tahun akhir. Masing-masing bersorak sakan apabila rakan sekelas masing-masing naik ke pentas untuk mempersembahkan bakat masing-masing. Ada yang menyanyi, ada yang bermain alat muzik, malah ada yang menari dan ada pensyarah yang membacakan puisi. Siapa sangka berbakat juga warga FAB.
Suasana malam itu begitu santai dan semua hadirin menikmati makan malam dengan gembira. Para pensyarah juga mengambil kesempatan untuk berbual santai dengan para pelajar mereka.Masing-masing bertukar cerita, bergurau dan tidak lupa para pensyarah menyelitkan nasihat serta amanat kepada anak didik yang bakal menempuh dunia baru.
“Najwa I heard from Dr.Spencer yesterday, you did really well on your interview. Pergi UK cari pengalaman,nanti PhD balik buat dekat UTM. Jangan lari pulak, kami perlukan pelapis,”Dr.Nazri iaitu dekan FAB berpesan kepada Najwa.
“Terima kasih Dr sebab cadangkan nama saya pada Dr.Spencer. In sya Allah, kalau UTM nak saya, saya 1000 kali sudi,”Najwa memang bercita-cita ingin menjadi ahli akademik, jika dia dapat menabur bakti pada alumninya sendiri adalah sesuatu yang paling di idamkan.
“Saya cuma cadangkan yang terbaik, macam yang lain duduk dekat meja ni. Kalau kamu semua bercita-cita nak jadi pensyarah dekat sini, kami pensyarah semua sangat berbesar hati. Satu kebanggaan untuk kami kalau anak didik kami jadi pengganti kami pada masa depan. Tapi kalau yang nak bina kerjaya di luar sana pun kami bangga juga.Macam Ikmal, you were called for second interview with DBL Architects right?”hebat sungguh Dr.Nazri, boleh kata dia tahu perkembangan setiap mahasiswa yang duduk di meja ini.
“Aah Dr...petang esok. Macam mana Dr tahu, hebat betul Dr pasang spy eh?,”DS bergurau dengan Dr.Nazri. Oleh kerana Dr.Nazri adalah seorang dekan dan pensyarah yang sangat mesra dengan para pelajar, tidak kekok untuk berbual dan bergurau dengan beliau.
“Mestilah...mata saya mana-mana ada. Datuk Bakhtiar, CEO DBL Architech tu kawan sekelas saya. Dia ada hubungi saya risik-risik pasal calon yang dipanggil temuduga. Saya puji awak tau, kena buat sehabis baik jangan malukan saya. Ni pesanan untuk semua bukan untuk Ikmal saja tau, ingat spy saya banyak,”Dr.Nazri berpesan dalam gurau, sebagai dekan beliau mahu setiap pelajar yang menamatkan pengajian berjaya membina kerjaya masing-masing.Semua di situ hanya tersenyum, menerima anugerah bermakna pensyarah meletakan harapan besar kepada mereka untuk mengharumkan nama universiti.
Majlis berakhir pada pukul 10.30 malam, namun Dewan Inderaputera masih sibuk dengan aktiviti bergambar. Masing-masing mengambil kesempatan untuk bergambar dengan para pensyarah, staff fakulti ,kawan sekelas dan rakan dari jurusan lain. Almaklum mungkin ini kali terakhir mereka dapat berjumpa dan mengabadikan kenangan bersama. Kalau menunggu pada majlis graduasi nanti belum tentu berkesempatan kerana masing-masing pasti sibuk dengan keluarga masing-masing.
“Prof. nak ambik gambar...panjang betul barisan, popular sangat PA saya ni,”Najwa bersalam dan memeluk mesra Profesor Asiah yang juga bertindak sebagai Penasihat Akademik selama empat tahun dia di UTM. Di UTM setiap pelajar akan diberikan seorang Penasihat Akademik atau dikenali sebagai PA yang terdiri daripada para pensyarah. PA berfungsi sebagai ibu bapa di universiti di mana para pelajar boleh merujuk kepada mereka jika terdapat sebarang masalah. Malah PA juga betanggungjawab untuk memantau pencapaian akademik serta disiplin pelajar di bawah seliaan mereka.
“Macam ni la mak anak ramai, kena la layan semua supaya adil. Meh sini saya nak ambik gambar dengan anak dara saya yang paling bijak ni,”Prof Asiah merangkul bahu Najwa mesra. Setiap pelajar di bawah seliaan sudah dianggap seperti anak sendiri, setiap kejayaan mereka menjadi kebanggaan buat beliau.
“OK, senyum 1 2 3, satu lagi 1 2 3. OK cun macam model, nah check,”DS menunjukan gambar yang diambil menggunakan kameranya kepada Najwa dan Prof Asiah. Malam ni DS jadi jurukamera peribadi Najwa.
“Amboii Ikmal puji melambung yer. Bila nak ikat anak saya ni? Kalau awak tak ikat nanti orang UK sambar dulu tau,”Prof Asiah mengusik DS dan Najwa. Melihat dua orang mahasiswa mengingatkannya pada kisahnya sendiri.
“Eh tak la, Prof salah faham ni. Saya dengan Ikmal kawan jer. Ikmal pun nak pergi Dubai dah lepas ni, mesti ramai minah arab menunggu,”Najwa membetulkan penyataan Prof Asiah, siapa dia ingin digandingkan dengan DS.
“Saya ni dah banyak makan garam Najwa, sekilas ikan di air saya tau jantan ke betina. Jauh mana pun terpisah kalau jodoh tak kan ke mana, jangan takut hadapi jarak. Saya dengan Prof Abdullah pun terpisah jauh juga masa sambung PhD, satu di Australia satu di US. Alhamdulillah dah 20 tahun bersama. Awak berdua pun boleh, saya doakan. I’m rooting for both of you,”Prof Asiah berpesan lembut layaknya seorang ibu. Beliau dan suaminya Prof Abdullah yang juga salah seorang pensyarah di Jabatan Ukur Bahan merupakan pasangan pensyarah paling romantis di FAB.
“Terima kasih Prof. Its nice to know we have your blessing,”belum sempat Najwa membetulkan salah faham tersebut, DS bersuara sambil tersenyum. Najwa sendiri keliru dengan status mereka di waktu ini. Ya Najwa mengakui dia suka pada DS, dan DS juga terang-terang menunjukan perasaannya. Namun jalan hidup mereka kini berbeza, Najwa tak nampak masa depan mereka bersama. Kedua-dua mereka faham akan realiti ini.
Keesokan paginya selepas Subuh Najwa sudah tercegat di depan bangunan asrama menunggu DS. Mereka bertemu untuk kali terakhir sebelum masing-masing membawa haluan masing-masing. DS perlu bertolak ke Kuala Lumpur untuk menghadiri temuduga kedua pada petang tersebut. Najwa pula akan pulang ke kampungnya di Melaka pada keesokan harinya. Selepas ini bukan setakat berlainan negeri,mereka mungkin menuju benua yang berbeza.
“Assalamualaikum...nasib hari dah mula terang, kalau gelap lagi mahu ada yang histeria,”DS menegur Najwa yang sedang menunggunya di kerusi taman di hadapan bangunan asramanya dengan memakai telekung putih.
“Waalaikumussalam.Hehehe...mana tau boleh jadi lagenda kampus baru. Hantu mahasiswi terlebih belajar merayau waktu cuti sem menghantui UTM. Dah nak gerak ke KL ke?,”Najwa melawak menutup rasa sedih.
“Hehehe...kalau hantu pandai,lawa pulak tu, saya pun nak jumpa. Tak la. Hantar barang balik rumah dulu, lepas tu baru gerak ke KL. Temujanji pukul 3.00 petang, ada masa lagi. Najwa balik esok yer? Sorry saya kena gerak dulu,”melihat gadis di hadapannya itu, hatinya begitu berat untuk pergi dahulu.
“Tak pa, kan awak ada temuduga. Saya pun nak balik dah esok, Abah jemput. Tapi bulan depan saya kena balik kampus semula, uruskan dokumen untuk hantar ke Leeds. Aina dengan Eka pun balik juga sebab nak hantar permohonan sambung master dekat sini,”walaupun masih ada masa sebelum kedua mereka untuk terbang ke destinasi masing-masing, Najwa tahu ada kemungkinan ini adalah pertemuan terakhir mereka.
“Tak pa nanti kita cuba jumpa sebelum Najwa terbang. Kalau saya dapat kerja ni mungkin lagi dua minggu saya dah kena lapor diri untuk latihan, tak jauh mana pun KL dengan Melaka. Jangan la buat muka macam dah tak jumpa lagi. Nah ni pendrive gambar semalam. Tak payah pulang pendrive tu dulu, nanti-nanti je,”sekurang-kurangnya ada alasan untuk mereka bertemu lagi. DS masih belum rela ini menjadi pertemuan terakhir mereka.
“Thank you. You better go now. Nanti lambat pulak nak gerak pergi KL. Bawak kereta elok-elok, sampai sana mesej saya ya,”Najwa sedaya mungkin cuba menghantar DS dalam senyum.
“Sama-sama. See you later OK? Sampai sana nanti saya mesej. I’ll call you tonight, jangan tidur awal pulak. Assalamualaikum,”dengan berat hati DS masuk ke dalam dan menghidupkan kereta. Dia perlu bergerak pulang ke rumah untuk menghantar barang-barangnya sebelum bertolak ke KL sebelum pukul 9 pagi supaya tidak terlewat untuk sesi temuduganya pada pukul 3.00 petang.
“Waalaikumussalam. Selamat tinggal, ada jodoh kita jumpa lagi,”Najwa melambai DS sehingga kereta lelaki itu hilang dari pandangan.