Home Novelet Cinta DARI KACA LENSA
DARI KACA LENSA
Hikari Hana
24/9/2018 14:50:22
43,780
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 8

BAB 8: INTROVERT KE EXTROVERT?

 

“Assalamualaikum...,kosong kan? Saya duduk sini tau...,”DS duduk berhadapan dengan Najwa yang bersendirian di salah satu meja kosong di Arked Meranti.

“Waalaikumussalam...kalau tak bagi pun dah duduk kan,”Najwa mengumam sendiri. Walaupun mereka perlu bekerjasama untuk menyiapkan tesis tapi Najwa masih tak selesa dengan DS. Dia tak suka orang melihat mereka bersama, telinganya sudah menangkap sindiran sinis orang.

“Sorang je ke... gang-gang awak tak da sekali? Jom makan sekali, saya belanja sebagai tanda terima kasih sebab pinjamkan bahan rujukan hari tu,”DS sengih, buat-buat tak dengar rungutan Najwa.Muka tak berperasaan Najwa dah tak memberi kesan padaDS.

“Eh mana ada sorang...tak nampak sebelah awak ada Aina, Seri, Eka. Tu awak duduk atas Faiee,Jay pulak bawah meja. Tanya soalan tak nak obvious pulak?”Najwa keluar jawapan sarkastik sebiji.

“Hehehe...tu namanya how we start conversation la cik adik. OK la tanya soalan tak obvious.Awak dari mana? Kenapa sorang-sorang? Sudi tak makan dengan saya?,” DS dapat rasa Najwa tak selesa dengannya, DS faham Najwa dan dia bukan dari kelompok sosial yang sama.

“Saya dari kedai printing, geng-geng yang lain tengah hibernasi kat bilik. No thanks,saya tak mau makan sebab saya dah tapau. That how I end conversation . Dah pergi la duduk sana, rimas orang tengok-tengok,”petang-petang ni ramai yang datang ke Arked Meranti untuk minum petang atau makan malam awal. Najwa rimas bila dia jadi tumpuan. Mesti semua orang pelik bila Najwa si nerd duduk semeja dengan DS si jejaka idaman FAB.

“Biar la orang  tengok, diorang kan ada mata. Ala dah tapau pulak, kalau macam tu apa kata kita set time discuss pasal draft dissertion kita dan untuk makan sekali? At least to make sure our topic are in line,”DS cari helah. Susah betul budak sorang ni, nak ajak  makan je pun bukan ajak kahwin.

“Eh kejap, makanan dah siap,”selamba sahaja Najwa bangun menuju ke kaunter apabila melihat makanannya sudah siap.

“Weh,buat apa kau dengan budak tu? Tukar selera ke apa?,”Hefni salah seorang rakan sekelas DS menepuk bahunya sebelum duduk di salah satu kerusi kosong. Turut bersamanya  Fiza, junior DS merangkap teman wanita Hefni.

“Bila masa Abang DS geng Planner Nerd, macam tak ngam je?,”Fiza turut sama pelik. Fiza pernah tinggal satu blok dengan Najwa dan rakan-rakannya. Tahu sangat dengan perangai Najwa yang jenis tak bercampur orang,kalau yang lain tu OK je ada juga bertegur sapa.

“OK jer Najwa tu. Mungkin dia jenis introvert sikit, tu yang nampak macam tak mesra.Don’t judge a book by its cover,”DS melempar pandangan pada Najwa di kaunter bayaran. Najwa ramah bersembang dengan mak cik cafe. Dengan mak cik cafe bolehp ulak dia beramah mesra, kalau dengan DS pun kadang-kadang dingin semacam.

“Tumpangs ekejap ya, nak ambik beg,”Najwa sudah mengumpul barang-barangnya dah ingin berlalu.

“Hei Najwa, joint la kitaorang makan. Thanks to Abang DS you are popular now, may be you want to start socialize with other people.The introvert personalities of your won’t help you in life,”Fiza bersuara.Suka betul cari pasal la Fiza ni.

“Excuse me, what? Thank you so much for your comment Fiza even though we just barely known each other name.I really don’t care actually. You guys enjoy your dinner. I’m off. Assalamualaikum,”Najwa beredar cepat dengan muka masam.

 “Introvert ke sombong?...dengan mak cik cafe boleh je bermesra, dengan kita cakap sikit pun nak terasa, kekwat sangat,”Hefni merungut. DS hanya melihat susuk gadis yang makin jauh meninggalkan mereka sambil mengeluh.

“Seriously guys, not cool ok.Korang kritik personaliti dia kot,”DS bangun dan mengejar Najwa.

“Najwa kejap...Najwa...Najwa sekejap je,”DS berjaya menahan Najwa.

“Nak apa?Saya nak balik la,”Najwa mengeluh, nasib baik dia tak tumbuk muka si Fiza tu tadi. Suka hati nak komen pasal hidupnya, bukan mereka kawan pun. Setakat tahu nama satu sama lain sahaja.

“Sorry ok. Fiza tak sepatutnya komen macam tu. Saya betul-betul nak mintak maaf bagi pihak kawan-kawan saya,”DS serba salah, dia sendiri tak setuju dengan komen Fiza tadi. Bukan Najwa kacau hidup dia pun.

“Kenapa awak nak mintak maaf, bukan mulut awak pun yang bagi komen. You see that’s why I don’t want to be seen with you. Our circle does not match at all.Kalau setakat nak kerja sama-sama, tak ada masalah.Tak payah la nak rapat sangat,”  Najwa lebih gemar menghadkan kelompok rakan-rakan dalam bilangan yang kecil. Cukup orang yang boleh menerimanya seadanya.

“Kan bagus kalau kita boleh berkawan dalam kita kerja sama. Bukan sem ni ja, sem depan untuk tesis bahagian dua saya rasa pensyarah akan mintak kita bekerjasama lagi,”DS cuba fahamkan Najwa logiknya walaupun DS beria sangat nak berkawan dengan Najwa. Padahal betul juga kata Najwa dunia mereka tidak sepadan.

“OK, fine let agree on between. Lets be an acquaintances, in future maybe just maybe we can be friends. Buat masa sekarang minimumkan masa kita bersama di mata publik. Saya rasa saya tak boleh kawal diri kalau sekali lagi dapat komen tadi. Ada yang kene sembur free,”Najwa malas nak layan orang-orang yang masing-masing rasa menjadi introvert tu satu kelemahan.

“OK.Setuju, asal awak selesa saya ikut je la. Kenapa tak nak bagi peluang untuk saya masuk dalam dunia awak? Saya bukan orang jahat pun,”DS pelik kenapa dia dan Najwa berada dalam situasi ini. Nak berkawan pun susah pun, bukan DS ajak Najwa bercinta pun.

“Maaf sangat-sangat kalau awak terasa, bukan sebab awak jahat ke apa. Awak baik. Tapi ni personaliti saya memang, saya tak suka perhatian, saya tak suka nak bergaul dengan orang sangat, kawan-kawan pun yang betul-betul rapat je.Saya tak suka apa yang jadi lepas awak datang,saya rimas. We are not even close enough but your ex girlfriend and your friends already started to coming after my personality. Belum lagi peminat-peminat awak, semua tengok saya macam singa lapar,”Najwa tak bermaksud nak sakitkan hati DS. Walaupun mereka bermula dengan krisis namun setakat ini boleh dikatakan mereka agak serasi berkerja bersama.

“Hahaha...awak ingat saya ni watak senpai dalam manga Jepun ke yang ada peminat keliling piggang. Pasal Zandra dengan kawan-kawan saya tu, mintak maaf banyak-banyak. Yang tu banyak sangat tengok Gossip Girl, perasan diri diorang elit sangat,”DS faham kawan-kawan nya kadang-kadang perangai boleh buat sakit kepala.

“Bila nak habis kita ni, asyik minta maaf je. Dah la, lupakan OK. Saya kena balik ni, kang tak balik jap lagi kawan-kawan saya pengsan kelaparan. Kita tak payah la jumpa nak makan ke apa, apa kata kita jumpa dekat perpustakaan terus cari bahan. Ni nombor telefon saya, nanti awak mesej saya pukul berapa. Saya kelas pagi ja esok. Boleh?,”Najwa menulis nombor telefonnya pada sekeping kertas kecil.

“Akhirnya dapat juga nombor telefon. OK, boleh. Saya mesej awak esok,”DS mengambil kertas itu dari Najwa. Susah betul nak dapat nombor telefon.

DS melihat Najwa yang semakin menjauh. Najwa si introvert yang tidak melihat sebarang keperluan untuk berpura-pura dan beramah mesra. Apa yang dia perlukan hanya orang di sekelilingnya untuk bersikap jujur dan menjadi sendiri.Malangnya dia disalah erti sebagai sombong, pelik dan biadap. Bagi DS,Najwa adalah orang berprinsip dan tidak mahu hidupnya ditentukan oleh pandangan orang. Introvert atau extrovert hanyalah label, kenali la seseorang itu baru kita tahu personalitinya yang sebenar.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.