Home Novelet Cinta DARI KACA LENSA
DARI KACA LENSA
Hikari Hana
24/9/2018 14:50:22
43,782
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 2

BAB 2: PERJANJIAN DENGANGANSTER KAMPUNG PISANG


“Assalamualaikum Bro...busy ke?Jay menyapa DS yang sedang khusyuk mengedit risalah untuk UTM Photography Showcase menggunakan perisian Adobe Photoshop. Muka Najwa terpampang di skrin monitor. Memang sah la DS yang bertanggungjawab atas poster yang kini tergantung sekeliling UTM.

“Eh...Bro,waalaikumussalam. So ape cerita datang mencemar duli melawat studio aku ni,lama tak datang lepak sini?,”mata DS masih fokus pada skrin komputer.

“Ni ada orang nak jumpa kau?Korang selesaikan lah apa yang patut, aku tukang teman jer,” DS menoleh ke arah Jay. Pelik sangat ayat Jay, namun dia faham saat melihat seorang gadis di belakang Jay. Gadis payung merah.

“Hi..cantik gambar, berapa bayar upah model?,”Najwa bertanya dengan muka toyanya.

“Hehehehe...freela kot. Awak tak suka ke gambar tu?,” DS sengih dengan muka tak bersalah.

“Suka...suka sangat. Rasa macam nak pos kat Facebook fakulti cakap terima kasih kat awak,”Najwa keluar ayat sarkastik sebiji. Jay cuma senyap, tak mahu masuk campur, dua-dua pon kawannya.

“Ok, ok...sorry saya ambik gambar awak tanpa izin, tapi gambar tu memang cantik ape, gambar jela orang dalam gambar biasa ja,”DS buat lawak yang tak lawak.

“Tak payah cakap,dah tau pun orang dalam gambar memang tak cantik. Saya nak awak turunkan poster tu semua sebelum saya laporkan pada Pejabat Hal Ehwal Pelajar. You are violating my personal rights!”ketegasan  Najwa buat muka DS berkerut. Mati la kalau dia kena turunkan semua banner dan poster yang dah dinaikan, belum kira lagi kerugian dari segi kos. Pasti Rashid mengamuk.

“Eh jangan la macam tu. Kalau orang lain bangga tau dapat jadi model salah satu event paling besar dekat UTM ni , takkan awak tak boleh bertolak ansur? Ok saya bayar modelling fee, awak cakap awak nak berapa saya boleh consider,”kalau keluar dari poketnya sendiri pon tak apa, takkan la gadis payung merah nak mintak beribu ringgit kot.

“Ok...kalau awak nak bayar saya fee saya boleh consider, tapi saya tak nak duit. Pay me in other form?,” Najwa mula menjalankan misi rahsia, dia bukannya kejam sangat sampai nak laporkan pada Pejabat Hal Ehwal Pelajar. Saja nak gertak. Takkan nak suruh turunkan betul-betul, kalau dia jadi DS, memang bergolek-golek dia menangis. UTM Photography Showcase bukan program kecil, pasti beratus keping poster sudah dicetak.

“Ok awak nak apa?Cakap aje, saya bagi,”menakutkan betul gadis bermuka ketat di hadapannya ini, lain sangat dengan gadis dalam gambar yang di tangkapnya. Kalau orang lain mesti bangga gambar naik merata UTM. Jangan la dia mintak benda luar jangkauan akal.

“Saya nak pinjams ketch projek Penang Heritage Trail. Please...saya nak buat projek subjek Rekabentuk Bandar..boleh la,”terkejut DS bila tiba-tiba Najwa buat muka kesian sambil kelip-kelip mata, hilang habis muka kelat jamu Mak Dara tadi. Jay hanya ketawa melihat riak terkejut DS, dia sendiri sudah terbiasa dengan perangai Najwa, macam-macam personaliti dalam satu orang. Kalau rapat dengan dia dapat la tengok semua.

“No...saya tak pernah pinjamkan sketch saya pada orang luar. Apa kata saya bagi khidmat ambik gambar free untuk konvo awak nanti? Unlimited shot, free of charge,”segala lukisannya bagaikan girlfriend no satu bagi DS, takkan dia senang-senang nak bagi pinjamkan pada orang yang dia tak kenal. Terlalu banyak masa dikorbankan untuk menyiapkan satu-satu projek.

“Ala saya janji saya jaga elok-elok. Saya nak scan jer. Saya bukan curi hasil keje awak tau,nanti saya saya letak nama awak as references. Pleaseeee..2 hari jer, nanti saya pulang,” Najwa sengih sambil menunjukkan dua jari, mata dikelip-kelip beberapa kali. Jay hanya mampu menutup mulut menahan tawa melihat rupa DS yang terkejut dek perubahan mood Najwa. Bagi Jay dia dah terbiasa dengan perangai empat dimensi Najwa.

“Sorry la...tak dapat rasanya,”berat hati DS nak melepaskan lukisan-lukisannya. Kalau rosak mahu dia menangis setahun.

“Ok, fine.Turunkan poster tu. Kalau tak saya report Bahagian Keselamatan, awak stalked dan ambik gambar tanpa kebenaran. Saya rasa tak selamat. Jom blah Jay, aku nak pergi pejabat Bahagian Keselamatan,” tadi bukan main Najwa berlagak comel, ni main ugut-ugut pulak ala-ala gangster kampung pisang. Bunyi macam serius pulaktu.

“OK just two days. Tapi I nak balasan lain, tak fair la kan kerana sekeping gambar awak nak satu projek saya,”DS terpaksa mengalah, risau kalau Najwa benar-benar lakukan apa yang dikatakan, nanti kecoh jadinya. Tapi dia mendapat akal lain, bukan senang dia dapat berjumpa manusia unik macam Najwa.

“Ok. Spill the bean. Jangan nak mintak benda bukan-bukan, even though I’m a girl but I’m totally capable in doing violence,” walaupun projek mereka penting, tapi tak mungkin la Najwa akan setuju jika perkara merepek yang diminta.

“Saya ni manusia bertamadun tau tak. Mesti la mintak benda yang awak boleh bagi. Ok, i want to be able capture your candid pictures without any restriction, either curi or terang-terangan. Sebelum awak tuduh saya pervert, your consent will only for decent picture and I will not request any special session. Just random one. Kira nya awak ni model free saya until end of this semester. Deal?,” sungguh dia tertarik dengan perwatakan Najwa, seorang manusia dengan pelbagai sisi. Mana tau kalau dia bertuah, dapat lagi gambar seperti hari tu. Jujur tanpa kepura-puraan.

“Kata saya tak lawa,lepas tu nak buat muse pulak. Awak nak buat apa dengan gambar saya, nak bawak jumpa bomoh, nak buat patung vodoo, nak troll dekat internet sebab nak balas dendam?,” pelik betul permintaan mamat di depan nya ini. Kalau minta nak ambil gambar Seri atau Aina dia tak pelik sebab dua orang kawannya tu memang cantik almaklum berdarah campuran. Kalau Eka pun tak dia tak pelik sangat sebab Eka tinggi dan memang suka bergaya ala-ala model, kasut tumit tinggi tak pernah tinggal. Najwa memang ugly duckling dalam geng mereka.

“Tak la kejam sangat nak pi mandrem segala. Positif thinking sikit la. Muse tu tak semestinya cantik, it can come in many form, kadang-kadang tin kosong pon bagi inspirasi.Kan saya cakap in case dalam sem ni awak terjadi model saya macam hari tu, takda la saya kena serang macam ni lagi. Kira ni jaring keselamatan la. Nak ke tidak? Percaya la cakap saya budak Archi lain confirm takkan bagi pinjam,” DS jujur sahaja. Gadis di depannya ini kalau diikutkan bukan la termasuk dalam golongan cantik, kecil sahaia orangnya, bahu DS pun tak sampai. Expresi mukanya selalu kejung tanpa emosi, tetapi sesekali terkeluar juga seperti percikan bunga api berwarna-warni. Warna-warni itulah yang menarik perhatian DS, gadis ni photogenik di lensa kameranya.

“Dah kata tau tak cantik nak buat model buat apa? Ingatkan saya jer weird, rupanya ada lagi yang lebih weird. OK la, whatever you want, but if I feel uncomfortable with your present the deal is off. OK?,”malas Najwa nak main tarik tali. Najwa syak, DS  sengaja letak syarat pelik-pelik supaya dia batalkan niat nak pinjam lukisan-lukisan tu. Memang tak la Najwa nak mengalah.

“OK, deal. Esok datang ambik kat sini pukul 3 petang,” pagi esok DS ada kelas.

“Pass je la dekat Jay, kata duduk satu blok?,” Najwa bertanya tak puas hati. Malas dia nak ke studio orang berkali-kali, sekarang pon ada mata-mata penyibuk yang menjeling ke arah mereka. Rasa macam nak bagi jelingan maut , macam la dia makhluk planet Marikh.

“Eh awak yang mintak, awak la datang. Ingat senang nak lepaskan my baby?,” tak sabar DS nak tengok apa lagi yang Najwa akan tunjuk esok.

“Ok fine, see you tomorrow...bye. Assalamualaikum,”dengan selamba Najwa beredar. DS ingat gadis itu ingin bertingkah lagi, tapi tiba-tiba dia berlalu begitu sahaja macam tiada apa-apa berlaku.

“Ok ah Bro...aku blah dulu. Malam ni aku datang cari kau. We need to talk about this.Assalamualakim,”Jay yang sedari tadi menyepi bersuara. Sempat dia menepuk bahu DS sebelum berlalu. Jelas riak Jay kurang senang dengan perjanjian dia dan gadis itu tadi.

“Waalaikumsalam,”DS menjawab salam kedua-dua salam walaupun keduanya telah berlalu.


 “Assalamualaikum...ya ahli studio,”Najwa masuk dengan muka ceria macam baru balik tengok wayang.

“Waalaikumussalam.Amboi muka berseri macam lampu jalan...amacam dapat tak?,” Faiee bertanya, takkan senang sangat Najwa dapat pinjam lukisan-lukisan tu. Kalau dia yang mintak pon confirm kena reject mentah-mentah walaupun dia dan Jay kenal rapat dengan DS.

“Halllooo...dah kata berseri macam lampu jalan. Mesti la dapat. Good job Wa..,you are simply briliant,” Najwa mengusap kepala sendiri dengan muka bongkaknya.

“Tapi macam mana?,” Faiee betul-betul pelik, jampi apa yang Najwa pakai.

“Tanya Jay. Hakak nak pi tandas,” Najwa angkat kaki tanpa menghiraukan kawan-kawanya yang penuh tanda tanya.

“Guys betul la dah settle...kawan kita sorang ni memang senget. Korang nak tau...,”Jay ceritakan semuanya. Dia sendiri terkejut dengan apa yang jadi sebentar tadi,gila Najwa tu dia tak heran sangat sebenarnya tapi yang peliknya macam mana DS boleh terjebak sekali. Najwa dan DS adalah orang terakhir dalam fakulti yang boleh bersangkut paut. Dua manusia yang hidup dalam kelompok sosial yang berbeza.

“Waaaa....I sayang you. Sanggup kau berkorban demi kitorang ,” Eka memeluk Najwa sebaik sahaja masuk.

“Eka..jangan mengada la. Nanti ada orang gosip lagi. Eka tu tak pa la, tak makan saman, jap lagi Wa yang jadi mangsa. Buat kat bilik sudah la. Wa takpe ke buat sampai macam ni? Takkan sebab kita orang Wa nak berkorban,” Seri tarik Eka dari memeluk Najwa. Eka memang spesies yang terlebih mesra. Tak segan nak peluk  atau pegang tangan sesama perempuan dikhalayak umum. Hasilnya, timbulah gosip Eka beralih cinta dengan kaum sejenis selepas cintanya dengan Hariz yang juga rakan sekelas mereka putus. Najwa jadi mangsa sebab Najwa jenis layan sahaja perangai Eka. Lagi galak orang bercerita bila Najwa memang bukan jenis layan cinta kampus ni. Dengan Aina atau Seri, Eka jarang sikit buat perangai sebab selalu kena marah.

“Alololo...siannya meh meh Wa peluk,”Najwa buat headlock sambil cium pipi Eka yang dah tarik muncung macam muncung penguin. Dia tak kesah sangat pun sebenarnya dengan perangai Eka. Mulut orang mana boleh tutup. Bukan haram pon, lain la kalau peluk Jay atau Faiee itu memang kena makan penampar. Lagi pun sebagai anak sulung di sini saja lah dia dapat merasa dimanja begitu. Di rumah dia yang menjadi tempat bermanja adik-adik.

“Adoi doi...rosak selendang aku we. Ni sayang melampau,”Eka membetulkan selendangnya yang sudah herot-bengot.Najwa kalau keluar aura gangster apa pun tak boleh.

“Hahaha...padan muka. Ala Seri, tak maknanya pengorbanan. Mamat tu saja jer buat lawak antarabangsa pasal tak nak bagi pinjam. Lagipun nanti lepas dapat lukisan tu,dia buat bende merepek meraban, just broke the deal la. Senang kan?,”memang Najwa tak ambik serius pun permintaan DS tu. Tak masuk akal. Dia bukan lawa pun nak jadi model. Kalau minta Seri yang bermuka oriental atau Aina yang berdarah arab tu dia tak la pelik. Kalau minta Eka yang semedang bergaya sakan walaupun nak pergi joging pun dia tak pelik. Ini minta dia, si ugly duckling.

“Tapi kan Wa,macam romantik jer. Wa entah DS suka kau tak? Teruja aku Wa ade secret admire.Nanti entah masa UTM Photography Showcase semua gambar kau,” Aina dah keluar imiginasi yang dicedok dari novel cinta yang jadi peneman setia selepas kembali solo.

“Tak yah nak tulis novel cinta sangat la Aina. Kau kenal aku dekat empat tahun ni pernah pulak aku ada admirer. Crush pon tak ada. Sorry la kawan kau ni memang destiny to be single and free,” Najwa tak pernah terasa pon nak mencari cinta, tak dapat nak mencari rasional melibatkan diri dalam komplikasi cinta kampus yang bakal menyesakkan kepala.

“Wa sabar la,jodoh pasti bertemu. Kau baik kot,” Jay memang kesian dengan Najwa. Sampai bila nak berseorangan. Pelik kenapa tiada lelaki yang minat pada Najwa. Najwa gadis yang baik. Kalau la dia perasan Najwa sebelum Aida. Walaupun cinta dia padaAida, tapi kadang dia penat juga. Aida gadis sempurna yang mengejar kesempurnaan.Tidak seperti Najwa yang menerima kekurangan orang lain dengan hati terbuka.Bagi Najwa manusia berbeza, siapa kita ingin menilai manusia lain sedangkan diri tak sempurna.

“Bro you made me scared. Kau kenapa tetiba puji aku. Weh aku tak desperate la. Jom pi makan,teruk dah korang ni merepek,” sungguh Najwa ok. Dah lama dah dia putus asa mencari lelaki yang sayang dia seadanya. Dulu semasa semester pertama dia jatuh hati pada Hariz yang melayannya dengan sangat istimewa, namun akhirnya lelaki itu memilih Eka. Najwa hanya alat untuk mendekati Eka. Sudahnya Eka dengan Hariz, lama juga hampir dua tahun sebelum putus kerana sikap Hariz yang cemburu buta sehingga Eka nak lepak dengan kawan perempuan pun dia marah. Eka sendiri masih rasa bersalah kerana melukakan hati Najwa walaupun Najwa tak ambik hati pun. Soal hati siapa dia nak memaksa.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.