“Cepatttttla...lari laju sikit. Dah pukul 7.58 ni,” empat serangkai Najwa, Eka, Seri dan Aina pelajar tahun empat jurusan Perancang Bandar dan Wilayah berlari sedaya mungkin bak menyertai maraton.
“Kau la Eka,banyak-banyak hari kenapa hari Rabu juga kau nak pakai selendang, tunggu kaulilit selendang berzaman tau tak,”sempat Najwa membebel dalam sibuk melintas jalan.
“Hehehe...ampun beribu ampun. Patik lupa hari ni kelas Dr.Nora,”sempat lagi Eka berdrama bangsawan.
“Jangan la laju sangat aku pakai wedges kot hari ni,”Seri terhuyung-hayang cuba mengimbang badan yang kurang stabil dek kerana wedges tiga inci yang dipakainya.
“Ya Allah, ni lagi sorang. Kalau Dr.Nora kunci pintu mati la kita,”Dr.Nora yang mengajar mereka kelas Etika Perancangan sangat terkenal dengan sikapnya yang menepati masa. Tepat jam 8.00 pagi pintu bilik kuliah akan dikunci.
“Stoppppp...korang tengok atas,”kali ini Aina pula memberhentikan perjalanan mereka.
“Apalagi? Kita ada 1 minit 20 saat sebelum.....,”ayat Najwa mati di situ, mata yang sedia bulat dibulatkan lebih besar. Sebuah poster besar gedabak tergantung gah dibangunan B08. Apa yang mengejutkan poster hitam putih UTM Photography Showcase terlekap gambarnya memegang payung berwarna merah dalam hujan di mana hanya payung dibiarkan dalam warna asal manakala yang lain dalam hitam putih cukup menarik perhatian.
“We deal with this later,”Aina menarik tangan kawan-kawannya selepas menyedari muka Najwa sudah bertukar merah semerah payung di poster itu.
Tepat jam 8.02minit pagi mereka berjaya sampai ke DK 1 walaupun masing sudah separuh nafas berlari. Dr.Nora Sudah menunggu di depan pintu dewan kuliah untuk mengunci pintu.
“Ha geng empat serangkai sampai juga. Saya ingat la ni dok sibuk buat modelling tak mau mai kuliah dah,”sempat lagi pensyarah yang berasal dari Pulau Pinang itu menyindir.Seisi kelas ketawa.
Saat Dr.Noraingin menutup pintu muncul dua jejaka tak cukup nafas di depan pintu. Jay dan Faiee dua pelajar paling konsisten datang lambat dalam kelas tahun empat Perancangan Bandar & Wilayah.
“Najwa...ni kamu tertinggal bodyguard dengan make up artist,” alahai terkena lagi. Dua jejaka terbabit hanya terkebil-kebil tanda tak faham, nampak sangat mereka berlari laju sehingga tak perasan poster sebesar alam yang tergantung.
Mereka berempat hanya mampu tersengih bak kerang busuk, mereka tahu walaupun Dr.Nora bermulut pedas tetapi hatinya baik, sebagai bukti dia masih menunggu walaupun jam sudah melebihi pukul 8.00 pagi. Seluruh jabatan mengetahui mereka berempat anak emas Dr.Nora, namun itu tidak pernah dijadikan tiket untuk membuat onar.
Kelas selama dua jam berjalan lancar. Mereka berempat cuba sedaya upaya menumpukan perhatian pada kuliah. Segala gula-gula, asam, biskut, air dikeluarkan untuk menghindari rasa mengantuk. Kuliah pada awal pagi memang mencabar. Ada rakan-rakan lain yang sudah tersengguk-sengguk, tak kurang juga ada yang sudah tersasar ke alam mimpi. Tepat pukul 10.00 pagi kelas berakhir, ada yang terus beredar, ada yang mengambil kesempatan bertanya soalan secara individu kepada Dr.Nora. Geng empat serangkai pula bergerak ke studio. Mereka terserempak dengan pelajar tahun empat Senibina Landskap kerana studio mereka bersebelahan.Masing-masing berbisik-bisik sambil mengarahkan pandangan ke arah Najwa. Najwa rasa nak cucuk mata sorang-sorang.
“Wa cantik la poster kau...serius lawa sesangat. Suka aku, boleh buat cover album, class ko Wa,”Aina bersuara saat masing-masing sudah duduk di stesen masing. Pelajar Fakulti Alam Bina adalah antara pelajar yang beruntung kerana setiap seorang diberi satu meja yang dipanggil stesen di dalam studio tanpa perlu berkongsi dengan pelajar lain. Studio yang dilengkapi dengan kemudahan bilik mesyuarat,bilik solat, pantri serta akses internet tanpa had boleh digunakan 24 jam tanpa sekatan untuk menyiapkan segala projek dan tugasan. Hal ini membuatkan para pelajar menjadikan studio sebagai rumah kedua selepas asrama.
“Class sangat-sangat. Aku rasa hak asasi manusia aku tercemar tahu tak? Tak pasal-pasal semua dok tengok aku macam alien dari planet Marikh. Gambar aku diguna tanpa kebenaran, kalau aku saman macam Rihanna saman Topshop tu agak-agak berapa aku dapat? Eh Seri nak masak air kat pantri eh? Masak lebih,nak Nescafe,”sempat Najwa berpesan pada Seri apabila melihat sahabatnya itu membuka laci dan mengambil sebungkus Milo.
“Nak green tea,”Eka menyampuk.
“Nak maggi,” Ainatak mahu ketinggalan.
“Hoi...pencari kesempatan,”dalam keterpaksaan Seri buat juga apa yang dipinta.
“Thankss,”serentak diikuti dengan gelak tawa mereka berempat. Kesian Seri selalu menjadi mangsa kenakalan mereka bertiga kerana Seri yang paling baik dan bersifat kewanitaan.
“Eh..Eka,Aina kau kenal sape yang buat poster UTM Photography Showcase tu?,”Najwa bersuara sambil matanya tertumpu pada Facebook, kegiatan wajib sebelum memulakan aktiviti lain.
“Budak Kelab Fotografi la, kalau AJK dia yang buat, besar kemungkinan budak Archi kot. Kan Kelab Fotografi dikuasai diorang. Aina kau tak tau, kau kan banyak skandal dengan budah Archi?,”budak Archi adalah gelaran bagi pelajar Senibina, manakala budak Planning bagi pelajar Perancang Bandar.
“Jap eh...,”Aina menaip sesuatu dalam ruang carian di Facebook.
“Ni...DS final year Archi, timbalan pengerusi Kelab Fotografi, dulu dia ni roomate ex skandal aku.Dia guna profile picture muka kau yang kat poster tu. Tengok ni ada orang komen cakap poster yang dia buat meletop. Sah la dia yang buat,”Aina memang banyak berkawan dengan lelaki, tapi semua putus di tengah jalan. Bukan kerana dia playgirl tapi cuma dia selalu bertemu dengan lelaki berstatus buaya darat.
“Nak tengokgambar dia. Oh kenal-kenal. Hensem weh, mesti baik ”Eka dah menempel di sebelah.
“Kau ni muka hensem mesti baik. Banyak tengok drama sangat. Meroyan la mamat tu...FB die gune muka aku, FB aku sendiri pon aku letak muka Darth Vader jer. DS..ape nama sebenar dia? Daniel, Daud, Dafi ke Donald Duck ?,” Najwa mula menyiasat.
“Ikmal Firdaus,tapi orang panggil DS sebab dia tak boleh nak berenggang dengan kamera DSLR.Weh bile nak serang aku nak joint?,”Aina kalau serang-menyerang memang jaguh kerana selalu ditipu lelaki.
“Nok sorry...mak lambat touch up you,” tiba-tiba Jay muncul sambil mengajuk seperti lelaki lembut.
“Tepi-tepi abang sado nak lalu, akan saya lindungi Cik Najwa sepenuh jiwa raga bakul sampah...,”muncul pula Faiee mengajuk sebagai pengawal peribadi. Nampaknya mereka telah melihat poster Najwa dan memahami apa yang dikatakan oleh Dr. Nora tadi.
“Korang nak makan snickers pink aku atau nak makan wedges tiga inci Seri?” Najwa bertindak-balas,kedengaran kasar, namun mereka semua sudah terbiasa kerana banyak menghabiskan masa bersama.
“Aku blur kot kat komen Dr.Nora tadi tuh, lalu kat poster tu tadi baru faham. Najwa dah maju oohhh, buat modelling la ni. Terpesona aku, senyuman 1000 megawatt,” Faiee menambah.
“Amboi...mulut manis eh Faiee, kalau depan Seri senyap sunyi, poyo je lebih,” Faiee memang sudah lama menyimpan rasa terhadap Seri, tetapi tidak berani berterus terang.
“Hehehehe...depan Seri jer mesti aku gemuruh, peh macam nak terjatuh jantung. Lawa sangat dia tu macam...,”tiba-tiba Faiee terdiam.
“Air dah masak,sape cepat dia dapat...,” Seri meletakkan mug berisi Milo di atas mejanya sebelum menarik kerusi dan duduk. Patutlah Faiee tak menyudahkan ayatnya tadi, darah gemuruh dah datang.
“Weh...tadi korang jumpa Pak Engku kan. Dia komen apa pasal projek kita,OK tak?,” Eka bertanya mengenai tugasan subjek Rekabentuk Bandar yang diajar oleh Prof. Dr.Engku Aminudin yang mereka panggil Pak Engku kepada Jay dan Faiee sambil menghirup teh hijau yang baru dibancuhnya.
“OK kau tanya?Mimpi siang hari la. Korang tahu ayat dia apa? Faiee ulang balik apa ayat Pak Engku yang menggores jiwa aku ni,” Jay adalah ketua kumpulan bagi tugasan ini.
“Saya tidak dapat merasakan jiwa dalam tugasan kamu...kamu gunakan gambar pegun yang tidak berjiwa dan penerangan kamu tidak mampu meresap dalam hati saya. Jika ini hasil akhir,saya rasa kamu tidak layak lulus kelas saya. Kamu gagal menyelami roh sebuah bandar warisan, sungguh saya kecewa,” Faiee mengajuk gaya Pak Engku yang amat terkenal dengan ayat-ayat yang dicedok dari frosa klasik.
“Mak ai sentap betul komen...aku dah agak dah, kakak senior dah cakap Pak Engku tak suka gambar dari kamera, dia suka gambar yang kita sketch sendiri. Kononnya sketch tu lahir dari jiwa dan pengamatan. Sketch is not only some forming of visualization but also expression of feeling. Penerangan pun mesti lahir dari ekpresi jujur mengenai apa yang kita lihat dan rasa. Aku ingat Pak Engku cakap fakta boleh Google tapi perasaan berbeza ikut individu. Dia nak kita faham kesan alam bina terhadap emosi dan perasaan manusia sebab tujuan sesuatu rekaan adalah untuk manafaat manusia bukan syok sendiri,” Najwa bersuara tanpa mengalih matanya arah zombi yang bertebaran di skrin komputernya. Najwa memberi sepenuh fokus untuk membunuh zombi dalam permainan Zombi vs Plant yang galak ingin memusnahkan tanamannya.
“Peh Najwa hebat melampau, boleh quotes sebijik ayat Pak Engku, patut la keje kau kumpul dean list je tiap sem,” kagum Jay, kalau dia dapat ceduk sedikit pun kecerdikan Najwa memang tak la dia kena mengadap pensyarah tiap-tiap sem mintak markah kesian.
“Abis Wa nak suggest kita sketch semua balik? Masa subjek studio Asas Rekabentuk pon aci separuh nyawa jer nak siapkan sketches, ini nak melukis Penang Heritage Trail? Memang sekian terima kasih la. Eka kau kan ambik PSV dulu masa SPM, mek mu la lukis. Kita orang mana reti,” Seri bersuara. Hanya Eka yang merupakan pelajar Sastera mempunyai asas melukis kerana dia mengambil Subjek Pendidikan Seni Visual semasa sekolah menengah. Seri dan Najwa merupakan pelajar Sains Hayat,Jay adalah pelajar Sains Teknikal manakala Aina dan Faiee merupakan pelajar Perdagangan. Ijazah Perancang Bandar dan Wilayah merupakan bidang yang mencamtumkan pelbagai disiplin yang membolehkan pelajar dari pelbagai bidang layak untuk mengambil kursus ini.
“Huk aloh gilo mu Seri. Mu suroh kawe lukih, sem depan pon dok siap lagi. Tak sei kawe, failed semuo kawe gok saloh,” keluar loghat Kelantan Ika.
“Cik Seri oi, Ekani memang skill melukis dia memang lebih dari kita, tapi tahap kepantasan dia sama jer dengan tahap Marco kura-kura si Faiee tu,” kesian Eka , Aina samakan dia dengan kura-kura peliharaan Faiee.
“Eh Aina, jangan nak samakan Marco kesayanganku dengan Eka pulak, sah-sah Marco aku lagi comel,”Faiee yang sedang memberi makan kepada Marco menjawab. Betapa pentingnya studio dalam hidup pelajar Fakulti Alam Bina sehingga binatang peliharaan pun dibawa ke studio.
“Aaa...aaaa...aaaaaaaaa.Ala habis tanaman aku...benci la zombi ni! Korang ni mengganggu konsentrasi aku betul. Sekejap aku nak sambungkan sel otak-otak aku ni untuk cari jalan penyelesaian masalah skil melukis kita yang aci tahap budak darjah 6 jer,”Najwa merupakan si penyelesai masalah dalam kumpulan mereka, walau sebuntu manapun masalah mereka, Najwa pasti mempunyai idea.
“Weh bukan senior Archi buat projek bandar warisan ke sem lepas, korang tak da kenal ke dari group yang buat Penang?” Najwa bertanya.
“Group Bella buat Penang kan, takkan nak mintak dia? Memang tak la, lupakan je la niat suci murni kau tu. Memang tak nak aku, kerek seh minah tu. Tapi kan budak Archi memang sensitif tau bab-bab nak bagi drawing diorang kat budak course lain, mintak la sape pon memang takkan dapat punya la,” Faiee menyampuk.
“Bella model tudung tu...memang tak la, kekwat tahap menang Dewi Remaja kot. Satu team dengan dia siapa lagi, takkan dia jer yang korang tau?,” Eka menyampuk.
“Weh Faiee bukan DS satu team dengan Bella ker? Sem lepas jenuh kita dengar dia mengadu pasal Bella balik awal masa team diorang pegi site visit kat Penang sebab ade photoshoot,” Jay membalas.
“DS mana ni? DS yang suka hati jiwa raga buat poster guna gambar aku tu ke, korang kenal ke dengan mamat tu?,” Najwa menyoal.
“DS yang Naib Presiden Kelab Fotografi, die ke yang buat poster tu? Kenal la, bilik kita orang berdepan jer, selalu jer dia lepak bilik aku. Tapi kan macam aku cakap la,kalau bab drawing ni, kalau mintak memang susah sikit. Drawing dia memang dia jaga macam girlfriend kot, jangan kata nak bagi pinjam, sentuh pon tak boleh,”Jay menjawab dengan tak yakin.
“Ladies and gentlement, consider all settle. Worried not as Najwa is here. Jay lead the way, jom teman hakak pegi studio dia,” Najwa menepuk dada sambil tersengih.Masing-masing hanya memandang sesama sendiri. Apalah rancangan si Najwa ni?