Home Novel Umum Stigma (SELESAI)
Stigma (SELESAI)
ae0907
12/10/2021 21:15:47
78,156
Kategori: Novel
Genre: Umum
BAB 4

Suasana musolla bergema dengan suara ustaz Faiz yang sedang menyampaikan ceramah sebaik sahaja Qiamullai beramai-ramai. Majoriti pelajar tidur dan juga tersengguk-sengguk. Faiz melirik matanya, mengisyaratkan untuk menyuruh beberapa exco untuk mengejutkan mereka yang tidur.

"Kamu semua tahu? Apa yang kita buat sekarang?"

"Qiamullail!" seruan dijawab lemah. Kebanyakkan mereka baru sahaja dikejutkan oleh exco.

"Apa maksud Qiamullail?"

Semua pelajar senyap membuatkan Faiz tersengih. Budak-budak sudah lah mengantuk, disuruh pula jawab soalan.

"Qiamullail bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah SAW. Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah SWT ke bumi dan amat sesuai untuk Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW: "Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya." (At-Tirmizi)

Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai. Orang yang mengamalkan Qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa-dosa mereka.

Nabi SAW sendiri yang menggalakkan umatnya solat malam,

Nabi SAW bersabda; "Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa." (HR; Muslim)"

Wajdi yang sedari tadi terlelap bangkit jua setelah mendengar ceramah yang disampaikan oleh Faiz. Dia seakan tertarik dengan hadis yang baru sahaja disebut oleh warden itu. Kantuknya hilang serta merta dan mendorongnya untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Faiz dengan tekun.

~~~

"Huargh, mengantuk gila!" Azhar menutup mulutnya yang menguap. Fahmi di sebelahnya menggosok mata berulang kali. Pertama kali bagi mereka untuk berqiamulai. Selama ini, tidak pula diwajibkan dan hanya dilakukan ketika bulan Ramadan serta program kepimpinan.

Sebelum ini, siapa yang mahu berqiamulai, akan melakukannya sendiri. Lagipula, jarak musolla dengan asrama muslimin sangat dekat. Buka sahaja pagar asrama, terpampang musolla di hadapan mata.

Namun kini, qiamullail menjadi wajib pada setiap hari Isnin dan Jumaat sebagai peraturan baru. Ramai juga pelajar yang merungut namun akhirnya akur jua. Lagipula, ianya idea yang bagus bukan?

Wajdi tidak pula rasa mengantuk seperti Azhar dan Fahmi. Matanya segar sahaja. Remaja itu ralit membetulkan kopiah putih yang tidak terletak rapi di kepalanya.

"Kau tak mengantuk ke Wajdi?" soal Fahmi pelik. Biasanya Wajdi lah yang  selalu mengantuk di antara mereka.

Wajdi menggeleng dengan wajah yang datar.

"Hebat ah. Dapat hidayah qiamulai," Azhar ketawa namun jelingan maut Wajdi membuatkan ketawa Azhar mati.

"Tak lawak la bro." kata Fahmi yang sebenarnya mahu ketawa juga namun ditahan.

Wajdi memandang ke sekeliling kelas. Kemudian matanya beralih pada jam dinding yang menunjukkan pukul 8.15 pagi. Dan pagi itu merupakan sesi talaqqi Al-Quran.

"Assalamualaikum," semua pelajar berdiri dan menjawab salam. Tidak dilupa untuk mereka membaca doa belajar, supaya apa yang diajar tersemat dalam ingatan.

Seorang jejaka berpakaian kurta dan seluar slack masuk ke dalam kelas mereka dengan segak.

"Baiklah,  duduk semua," perintahnya.

"Ustaz baru," bisik Azhar kepada Fahmi.

"Tapi macam kenal," balas Fahmi.

Wajdi hanya memandang ustaz baharu di hadapan mereka dengan pandangan yang kosong.

"Nama ustaz, Nurhan Hadi. Boleh panggil ustaz, ustaz Nurhan. Ustaz akan mengajar kamu semua untuk subjek Talaqqi." ujar Nurhan sambil tersenyum manis.

Semua pelajar mengangguk.

"Rasanya tak perlu lagi ustaz mulakan sesi taaruf kan? Memandang masa dah agak suntuk, kita mulakan dengan silibus talaqqi kita." semua pelajar mengangguk faham.

"Baik, semua buka surah Al Fath."

Semua pelajar menuruti tetapi tidak bagi Wajdi.

Nurhan memandang satu persatu pelajar yang membuka helaian Al-Quran, namun atensinya terhenti pada seorang pelajar.

"Kamu, mana Al Quran kamu?" soal Nurhan lembut. Dia menghampiri pelajar itu.

"Quran saya hilang," ujar Wajdi ringkas. Dia mengharapkan ustaz itu memintanya berdiri di luar, mudah lah dia mahu ponteng. Kebiasaanya begitu.

"Tak apa, guna Quran ustaz. Nah." Nurhan menghulurkan senaskhah Quran kepada Wajdi membuatkan lelaki itu tersentak.

'Baru nak mengelat'

Wajdi mengambil Quran yang dihulur kepadanya. Lagipun dia sememangnya berhajat mahu ponteng kelas, namun entah mengapa dia terasa ingin sahaja menyertai kelas itu. Hidayah qiamullai mungkin?

"Kamu mulakan bacaan, semua orang ikut." pinta Nurhan membuatkan Wajdi terkejut. Semua mata memandang ke arah Wajdi. Ada yang berbisik-bisik. Ada yang menjeling sinis.

"Aik, kenapa saya pula?" soal Wajdi tidak puas hati.

"Sebab biasanya yang baca Quran ustaz ni, ustaz anggap suara dia sedap dari ustaz." ujar Nurhan dengan nada yang jujur.

Wajdi mengetap bibir. Dia memejamkan mata seketika.

Azhar dan Fahmi pula hanya mampu mengangkat bahu. Tidak tahu bagaimana untuk mereka membantu Wajdi.

Mati kau Wajdi!

~~~

Amirul memerhati ke arah Wajdi yang makan bersama Azhar dan Fahmi dari jauh. Entah kenapa dia begitu cemburu dengan apa yang dimiliki oleh Wajdi.

Amirul merupakan kepimpinan pelajar. atau dikenali sebagai Qudwah iaitu kepimpinan. Dia berpangkat setiausaha qudwah dan bendahari asrama. Namun dia masih tidak puas hati dengan pangkat yang dia peroleh. Dia sangat cemburu sebaik sahaja Wajdi tercalon untuk memegang jawatan ketua asrama dan ketua pelajar tahun lepas namun dia lega apabila ajdi tidak terpilih kerana sudah maklum tentang masalah disiplin Wajdi.

"Wajdi, kenapa Mikayla kisah pasal kau eh?" Amirul iri hati. Ya, sememangnya dia amat menyukai Mikayla. Namun begitu, dia harus merahsiakan kerana tahu tindakan sekolah jika hal ini diketahui.

"Aku akan pastikan Mikayla akan jadi hak aku, tak kira dalam sekolah ni atau bila-bila."

Bunyi loceng menandakan waktu rehat telahpun habis, Amirul lantas melangkahkan kakinya ke kelas.

~~~

Faiz menutup komputer ribanya serta menghela nafas lega. Tadi, Nurhan menelefonnya untuk meminta izin singgah sebentar di bilik warden. Ada cerita menarik katanya.

Nurhan berkerja sebagai guru talaqqi untuk beberapa kelas kerana rumahnya dekat, tidak perlu untuk dia tinggal di asrama. Cuma sekali sekala akan menjenguk Faiz jika ada waktu lapang.

"Assalamualaikum," pintu dibuka menampilkan sosok Nurhan yang sedang menjinjing satu plastik yang berisi dua bungkus polisterin dan dua botol air mineral.

"Waalaikumussalam," Faiz menguntum senyuman.

"Masuklah,"

"Aku bawa lunch, jom makan."

"Kejap, aku nak amik sudu." kata Faiz. Pasalnya makanan yang dibawa Nurhan adalah laksa penang.

Nurhan mengangguk. Tangannya ligat membuka plastik bungkusan makanan itu.

"Nah," Faiz menghulurkan sudu.

"Terima kasih,"

"Ha, cerita apa yang kau nak bagitahu?" soal Faiz hairan. Dia lantas mendudukkan dirinya bersebelahan dengan Nurhan.

"Oh, ya tu. Kejap, aku nak amik fon." Nurhan mengeluarkan iphone nya lalu mencari sesuatu. Faiz yang berada di sebelah hanya memerhatikan sahaja. Tangannya sibuk membuka ikatan kuah sebelum dimasukkan bersama dengan laksa.

"Nah, cuba kau dengar ni." Nurhan menghulurkan iphonenya antara dirinya dan Faiz. Button play rakaman ditekan. Tiba-tiba kedengaran suara alunan yang sangat merdu. Surah Al Fath yang dibaca sangat merdu dan enak didengari.

Faiz terkedu sekaligus kagum. Nurhan yang melihat reaksi sahabatnya itu hanya tersengih.

Setelah beberapa minit, rakaman tersebut tamat. Nurhan lantas menekan off.

Faiz sangat menghayati alunan tadi. Serius, sungguh merdu.

"Ni pelajar kelas kau la ni?" soal Faiz dengan teruja.

"Siapa budak tu?"

"Wajdi Hariz. Itu kan yang buat kes first day sekolah kan." duga Nurhan antusias. Dia sendiri tidak percaya bahawa yang bertalaqqi itu adalah Wajdi Hariz. Namun setelah diketahui nama, cukup membuatkan Nurhan tertegun.

Faiz tersenyum kagum. Sungguh, ada yang menarik tentang Wajdi.


Previous: BAB 3
Next: BAB 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.