Home Novel Umum Stigma (SELESAI)
Stigma (SELESAI)
ae0907
12/10/2021 21:15:47
78,623
Kategori: Novel
Genre: Umum
BAB 14

Sebuah meja yang berbalut dengan pembalut lutsinar serta dihiasi dengan corak bunga sakura itu dipandangnya dengan penuh makna sambil tersenyum lebar.

Dan di permukaa meja itu terpapar indah nama pemilik meja iaitu sehelai kertas kecil dengan tulisan khat Nasakh yang sangat cantik.

Hajar Mikayla.

"Sorry sayang, lama kita tak jumpa." bisik Amirul sambil menyapu debu-debu kecil yang melekat di permukaan meja itu. Jika dilihat orang, pastinya orang akan menganggapnya gila. Ya, dia memang gila. Tergilakan gadis bernama Hajar Mikayla.

Tanpa melengahkan masa, Amirul meletakkan sepucuk sampul surat berwarna kelabu di dalam laci meja Mikayla. Entah mengapa semenjak berhadapan dengan pujaan hatinya semalam, hatinya meronta-ronta mahu menyatakan perasaanya kepada Mikayla. Dia tahu, teruk akibatnya jika perkara diketahui oleh pelajar dan guru lain. Namun, biarlah hanya Mikayla saja yang mengetahui isi hatinya.

Cukuplah sekadar itu saja.

Setelah meletakkan surat itu dengan cermat, Amirul lantas keluar dari situ segera. Sempat dia menjeling ke sekeliling koridor itu, takut-takut ada orang yang memerhatikan perbuatannya. Setelah memastikan keadaan di situ selamat, dia beransur pergi.

Dari suatu sudut, Wajdi melangkah keluar dari sebalik pintu kelas sebelah setelah mendengar derapan kasut milik Amirul mulai menjauh. Dia segera masuk ke dalam kelas yang dimasuki oleh Amirul tadi.

Tanpa pengetahuan sesiapa, Wajdi memerhatikan segala perbuatan Amirul itu dari sebalik lubang pintu kelas sebelah. Meskipun dia tidak beberapa dengar apa yang dibicarakan oleh Amirul ketika itu.

Geli geleman dibuatnya apabila mengingatkan semula perlakuan Amirul tadi. Tidak disangka pula dia Amirul begitu orangnya namun dia memilih untuk berdiam diri sahaja. Mungkin itu rakannya atau keluarga?Wajdi bukannya tahu tentang kehidupan Amirul. Buat apa nak sibuk pasal kehidupan orang lain?

Tapi, cara Amirul menatap meja tadi pun agak menghairankan Wajdi. Kalau adik atau saudara takkan sampai macam itu sekali kan? Wajdi lantas menuju ke arah meja yang menjadi target Amirul. Permukaan meja itu terlihat sangat bersih dan cantik dengan balutan kertas bercorak bunga sakura. 

Dan Wajdi tahu, itu adalah meja pelajar perempuan.

Sedang asyik menatap meja itu, matanya menangkap nama pemilik meja itu.

Sekejap.

Wajahnya tamoak terkejut dengan mulutnya terlopong.

Hajar Mikayla?

~~~

Suasana asrama agak sunyi kerana ramai pelajar sudahpun pulang. Hanya pelajar yang tidak pulang sahaja yang berada di asrama sekarang. Wajdi baru sahaja selesai membersihkan diri. Sungguh dia berasa sangat senang kerana tidak terlalu banyak orang selama cuti.

Selesai memakai baju dan menyikat rambutnya dengan rapi, dia merebahkan dirinya di atas katil miliknya. Cuma dia seorang sahaja ahli yang tidak pulang di dorm itu. Semua ahli dormnya pulang termasuk Azhar dan Fahmi. Namun, Wajdi tidak berasa apa-apa kerana sudah terbiasa begitu.

"Kau tak balik?" tiba-tiba Johan datang ke dorm dan merebahkan diri di sebelah Wajdi tanpa segan silu. Entah mengapa semenjak insiden itu, Wajdi dan Johan menjadi agak rapat. Terkejut juga apabila ramai pelajar lain melihat mereka berdua bertegur sapa seolah tiada apa yang berlaku. Lagipun, Johan telah memberitahu bahawa semuanya sudah baik-baik sahaja.

Wajdi pula tidak memepermasalahkan hal itu kerana sememangnya dia selesa dengan perilaku Johan.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan?

"Macam biasalah Johan. Macamlah kau tak tahu." ucap Wajdi. Dia kemudian menyilangkan kedua lengannya di bawah kepalanya.

"Kau pula?"

"Aku duduk luar negeri la. Jauh. Sebab tu aku jarang balik." bagitahu Johan. Dia kemudian duduk bersila di sebelah Wajdi. Wajdi hanya mengangguk sahaja. Dia bukan tahu pun tentang latar belakang remaja itu.

"Boleh tak aku nak kawan dengan kau?"

Sejujurnya Wajdi agak hairan dengan pertanyaan Johan. Dan itu membuatkan  keadaan mereka menjadi canggung seketika.

"Ke...kenapa ti...ba-tiba je ni? Memang dah jadi ka...ka...kawan kan?" bicara Wajdi agak berbelit.

Bagi Wajdi, sesiapa sahaja yang membuatnya rasa selesa dia sudahm menganggap mereka sebagai kawannya.

Tawa Johan pecah melihat reaksi Wajdi yang menurutnya agak lucu.

"Jadi kau dah anggap aku sebagai kawan kau la ni?" sakat Johan di selaan tawanya.

Wajdi cuma berdehem sambil menggosok belakang lehernya beberapa kali.

"Aku anggap orang yang senang dekat dengan aku ni kawan,"

Johan mengangguk faham. Selama ini, orang yang dekat dengan Wajdi cumalah Azhar dan Fahmi.

"Tapi aku sedih la, kita dah nak dekat lima tahun satu kelas, baru sekarang nak jadi kawan kau."

Wajdi hanya diam mendengarkan luahan Johan.

"Yalah, kau tu kan jenis dingin. Menakutkan. Ramai orang takut ngan kau termasuklah aku. Tapi jujur tau Wajdi, aku dari tingkatan satu lagi nak try jugak rapat dengan kau tapi camtu la. Aku takut. Lagi-lagi masa kau baca surah Al Fath haritu. Pergh cair aku. Nasib aku ni lelaki, kalau perempuan memang aku cop kau jadi laki aku nanti." Johan berseloroh menyebabkan mereka berdua tertawa bersama.

Surah Al-Fath? Wajdi baru teringatkan kejadian itu. Tidak sangka Johan akan mengungkit tentang hal itu.

Wajdi hanya diam mendengar bicara Johan kerana dia seorang yang kurang berbicara tidak kira bersama orang yang dia kenal ataupun tidak.

"Aku sangka Allah dah kabulkan doa aku. Hehehehe..."

"Sebab aku ni bijak ke?" Wajdi menduga.

"Mungkin. Aku dengar Azhar cerita yang kau ni bijak. Markah exam pun cantik, suara sedap pulak tu..."

Wajdi mencebik. Cis! Tak ikhlas rupanya! Namun dia tidak mengambil serius tentang itu.

"Tapi, bukan sebab tu aku nak kawan dengan kau sebenarnya..."

Mata Wajdi beralih semula pada Johan, menanti sambungan dari percakapan remaja itu.

"Aku tahu kau ni jenis dingin. Kau ada banyak masalah tapi kau pendam. Dari sifat dingin kau aku dah boleh agak cuma keadaan sekeliling kau yang tidak membantu.

Aku tak salahkan kau kerana sikap kau tu, cuma jangan terlalu dingin. Tu je aku nak komen.

Aku tahu kau orang yang baik...."

~~~

Jam menunjukkan pukul 8.56 minit malam. Semua pelajar yang tidak pulang dia sudahpun diminta untuk berkumpul di dewan seminar sekolah atas arahan Faiz sebaik sahaja selesai solat Isyak secara berjemaah.

Exco yang tidak pulang hanya dua orang iaitu Hilman dan Haziq. Mereka berdua membantu Faiz menyelesaikan mana-mana aktiviti sepanjang cuti untuk memenuhi masa kosong para pelajar.

Kelibat 41 orang pelajar di dewan membuatkan Faiz mengukir senyumnya. Dia tahu, ada satu orang sahaja lagi belum muncul namun dia tetap akan meneruskan aktiviti itu.

"Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh."

Salam Faiz dijawab serentak.

"Tahu kenapa ustaz minta semua berkumpul ni?"

Semua menggeleng dan berpandangan sesama sendiri. membuatkan suasana riuh seketika.

"Sebelum ustaz mula, ustaz nak kamu semua buat kumpulan masing -masing. Satu kumpulan hanya tujuh orang. Kiranya dalam dewan ni ustaz nak ada enam bulatan sempurna."

Semua yang ada mengikut arahan yang diberikan menyebabkan suasana dewan itu menjadi riuh seketika dengan pelbagai ragam mereka yang menarik-narik rakan mereka supaya turut serta masuk ke dalam kumpulan mereka.

"Ustaz! Kumpulan saya tak cukup sorang!" laung Qamarul, pelajar tingkatan empat dari jauh sambil mengangkat tangannya.

"Tak apa," balas Faiz sebelum melanjutkan bicaranya.

"Malam ini kita akan main permainan Mafia."

Kesemua mereka terlihat teruja bukan main. Mafia? Itu adalah permainan yang sangat menyeronokkan masa kini bagi pelajar asrama. Setelah menerangkan atur cara permainan, Faiz berdehem kecil.

"Baiklah. Sekarang Hilman dan Haziq, datang ke depan dan agihkan setiap kertas kecil yang dilipat kepada semua kumpulan. Dan selesai dapat semua, kamu semua dah boleh..."

Belum sempat Faiz menyambung arahannya, tiba-tiba pintu bilik seminar dibuka luas. Mujur sahaja pintu itu tidak dihempas namun ianya  mampu membuatkan semua yang berada di situ terkejut.

Kecuali Faiz.

"Ustaz, boleh saya sertai?"

Perlahan-lahan Faiz mengukirkan senyuman sebelum menganggukkan kepalanya.

"Ada apa ustaz panggil saya?" soal Wajdi hairan. Selesai sahaja solat Maghrib tadi, Faiz memanggilnya di luar musolla.

Atau lebih tepat, di bangku sekitar musolla.

"Jom borak dengan ustaz. Ustaz bosan duduk sorang-sorang," Faiz tersenyum kecil lalu mengarahkan Wajdi untuk duduk di bangku yang ada di sebelahnya.

"Tiba-tiba je ni? Ustaz demam ke?" tanya Wajdi. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya di atas bangku itu.

"Mana ada demam. Kamu biasanya duduk sorang-sorang je kan selepas maghrib? Ha, hari ini ustaz nak temankan kamu. "

Wajdi mengetap bibir. Ini mesti Ustaz Nurhan yang bercerita tentang keberadaannya selepas sahaja solat Maghrib.

"Hmm..." itu saja yang mampu diucapkan oleh Wajdi. Dia kemudian menatap lelangit malam yang membentangkan jutaan bintang yang terlihat indah. Namun, kerdipan setiap bintang tidak dapat dilihat begitu jelas kerana cahaya lampu di setiap sudut musolla itu.

"Lepas solat Isyak, biasanya kamu buat apa?"

"Tidur la, apa lagi."

Faiz terkekeh. Boleh tanya loyar buruk yang dilemparkan oleh remaja itu.

"Memang sebelum-belum ni tak ada apa-apa aktiviti kalau ada cuti pulang kampung?"

"Tak. Dari form one sampai sekarang takde. Lagipun kalau ada pun sekali dua kali je setahun. Lagipun bukan saya masuk pun kalau ada." ujar Wajdi sambil membelek kopiah yang ditanggalkan sebentar tadi.

"Bosannya. Serius la tak pernah join?"

Wajdi memandang ke arah Faiz. "Kalau saya join, ada ke yang akan bermain dengan budak bermasalah macam saya?"

Faiz hanya terdiam.

"Layakkah orang macam saya main dengan dieorang?"

Wajdi meraup wajah dan memakai kopiahnya kembali.

Faiz menghela nafas kecil sebelum mengukirkan senyuman.

"Wajdi, tak semua orang di sekeliling kamu jahat dan tidak perdulikan kamu. Kamu ada Azhar dan Fahmi yang setia menjadi sahabat kamu. Pernah tak nampak dieorang mengeluh dan mengata apa-apa yang tidak baik kat kamu?"

Wajdi menggeleng kecil.

"Cikgu-cikgu dan ustaz-ustazah, walaupun ramai di antara mereka yang kurang menyukai kamu tapi mereka tetap mengajar kamu bukan?"

Wajdi diam membisu. Entah mengapa betapa benarnya apa yang diucapkan oleh ustaz muda itu.

"Jadi bersyukurlah. Tidak semua orang mendapatkan peluang itu. Di luar sana, ada yang lebih teruk dari kamu..."

"Tapi, macamana saya mahu berbaik dengan mereka? Mereka akan menyukai saya kah? Pasti dieorang akan ejek. Mana taknya, budak bermasalah selama hampir lima tahun tiba-tiba nak berbaik. Tak ke macam buat tabiat ke?"

Faiz tergelak kecil mendengar omelan Wajdi. Tak sangka pelajar itu menduga begitu. Namun, jika difikirkan semula, tidak mustahil perkara itu berlaku bukan?

Manusia, kebanyakannya suka menghukum masa lalu berbanding menerima kebaikan yang dilakukan sekarang.

"Kalau kamu ikhlas untuk memulakan hubungan yang baik. InshaAllah dipermudahkan."

Suara azan Isyak berkumandang menghentikan perbualan dua insan itu. Lantas mereka bergerak menuju ke bilik wudhu'. Membersihkan diri, supaya solat diterima oleh Ilahi.


Previous: BAB 13
Next: BAB 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.