Home Novel Umum Stigma (SELESAI)
Stigma (SELESAI)
ae0907
12/10/2021 21:15:47
94,456
Kategori: Novel
Genre: Umum
BAB 22

"Assalamualaikum," pintu diketuk dari luar membuatkan aktiviti Faiz yang sedang memeriksa kerja nya tergendala seketika.

"Waalaikummussalam, masuklah."

Pintu dikuak memperlihatkan Wajdi masuk ke dalam ruangan. Hal membuatkan Faiz tersenyum lebar apabila melihat gerangan remaja itu.

"Duduklah,"

"Terima kasih ustaz,"

"Ada apa jumpa ustaz?" soal Faiz hairan. Biasanya dia yang selalu menemui Wajdi, namun kini Wajdi pula menemuinya.

"Saya nak minta kebenaran boleh?"

"Kebenaran apa?"

"Saya nak balik hujung minggu ni,"

Dahi Faiz berkerut. "Minggu ni? Minggu ni bukan minggu balik Wajdi,"

"Saya tahu," Wajdi terdiam sejenak sebelum menunduk. "Sebab tu saya nak minta kebenaran,"

"Kenapa? Kamu sakit kah?"

Wajdi menggeleng. "Ada sesuatu hal yang perlu saya selesaikan."

"Maksud kamu?"

Wajdi diam. Dia dapat melihat wajah Faiz yang risau akan dirinya.

"Tentang siapa diri saya sebenarnya,"

~~~

"Weh, Fahmi. Kau nampak Wajdi tak?" soal Azhar sebaik sahaja mereka masuk ke dalam dorm setelah selesai kuliah Dhuha.

"Entahlah. Aku pun tak tahu. Tapi Subuh tadi ada je9" balas Fahmi sebelum merebahkan diri ke atas katil. S

"Kenapa dengan Wajdi?" tiba-tiba Johan datang menyampuk. Maklumlah setelah dekat dengan Wajdi, dia tidak sungkan untuk berteman rapat dengan Azhar dan Fahmi. Lagipula, kedua remaja itu menyambutnya dengan baik.

"Taklah. Cuma aku tak jumpa dia sejak Kuliah Dhuha tadi. Pagi Subuh ada je," Ujar Azhar.

Mereka bertiga sama-sama terdiam.

Azhar hanya mengeluh perlahan. Lantas dia memmbuka lokernya. Namun matanya melebar tatkala ada sesuatu di dalam lokernya.

"Korang! Mari sini kejap!"

~~~

Wajdi menghela nafasnya erat. Helmet di kepala dibetulkan sedikit apabila motorsikal yang dipandu Faiz membelok ke kiri.

"Kalau macam tu, benarkan ustaz ikut sekali."

"Eh?"

"Jangan risau. Lagipun izinkan ustaz kenal-kenal dengan atuk kamu,"

Wajdi menghela nafas berat sebaik sahaja motor yang dibonceng oleh Faiz berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar rumah atuknya. Atuknya sudah tahu tentang perihal kepulangannya namun tidak tahu tujuan sebenar kenapa dia pulang.

"Kamu okey?" soal Faiz sembari meletakkan helmetnya ke atas tempat duduk motor. Begitu juga dengan Wajdi.

Wajdi mengangguk kecil kemudian dia menekan loceng pintu pagar rumah atuknya.

"Assalamualaikum!"

Tidak lama kemudian, kelihatan Pak Azlan muncul dengan berpakaian biasa dengan senyuman terukir di wajah apabila melihat insan yang bergelar cucunya itu datang ke rumah.

"Waalaikummussalam. Oh, Wajdi. Kenapa tiba-tiba balik ni? Boleh atuk amik kamu dekat sekolah je. Dan, eh kamu ni siapa?" soal Pak Azlan sambil membuka pagar rumahnya.

"Nama saya Faiz, selaku warden asrama Wajdi," salam dihulur kepada Pak Azlan dan disambut.

"Oh, ustaz. Jom. Masuk. Maaf la ya sebab susah-susah je tolong hantarkan Wajdi."

"Eh tak apa. Memang saya nak hantar,"

"Jom masuk,"

"Macam mana sekolah, ok?" soal Pak Azlan sambil membawa segelas kepada Wajdi yang duduk di ruang tamu setelah berbual sedikit bersama Faiz.

Faiz pula berada di luar kerana katanya mahu mengambil angin. Selain itu, dia tidak mahu menyimak pertuturan kedua insan itu.

"Ok." balas Wajdi singkat sembari mengambil segelas air yang diberi. "Terima kasih, tuk."

Pak Azlan tersenyum. Dia berasa senang dengan perubahan Wajdi.m yang pasti ada kaitan dengan pemuda yang bernama Faiz. Ini kali pertama dia melihat Wajdi membawa seseorang ke rumah. Yang dia tahu Wajdi mempunyai dua rakan bernama Azhar dan Fahmi namun dua rakan Wajdi itu hanya mampir ketika Hari Raya sahaja untuk melawat kerana Wajdi jarang menerima mana-mana tetamu.

"Kenapa tiba-tiba je balik? Ada sesuatu yang menganggu kamu ke?" soal Pak Azlan lembut. Hairan juga dia apabila Wajdi menelefonnya semalam untuk mengatakan dia mahu pulang tanpa mengatakan sebab. Mahu mengatakan cucunya ini sakit, terlihat sihat sahaja.

Wajdi diam sejenak. Fikirannya masih terngiang-ngiang dengan apa yang diutarakan oleh Amirul ketika itu dan dia rasakan semua itu benar.

"Atuk," Wajdi memandang ke arah Pak Azlan dengan pandangan yang penuh dengan pengharapan.

"Boleh tak kali ni Wajdi nak atuk cakap jujur?"

Pak Azlan memandang ke arah Wajdi dengan kerutan di dahi.

"Tanya apa Wajdi?"

Wajdi menghela nafasnya perlahan sebelum membuka bicara.

"Betul ke Wajdi ni memang anak haram?"

~~~

Faiz mundar mandir di sekitar rumah atuk Wajdi yang agak besar. Sudah hampir satu jam dia berada di luar, menunggu Wajdi.

Kerana terlalu bosan, dia memutuskan untuk berjalan-jalan di sekitar rumah atuk Wajdi.

"Ada rumah rupanya di belakang. Pasti pejabat atuk dia. Em, kaya juga atuk Wajdi ni." gumam Faiz.

Kemudian dia menuju ke belakang rumah itu dan terdapat dua sangkar arnab. Semuanya comel dan gebu. Faiz tersenyum teruja lalu mengeluarkan iphone 11 nya untuk menangkap beberapa gambar arnab.

"Eee...comel!" gumam Faiz sambil membelai beberapa ekor arnab di situ.

"Kamu siapa?" tiba-tiba ada suara mengejutkan Faiz yang sedang asyik membelai arnab itu. Pantas Faiz berdiri dan memandang ke arah si suara itu.

Kelihatan seorang wanita berumur lingkungan 30 an menatapnya hairan di hadapan pintu rumah itu. Wanita itu mengenakan anak tudung.

"Oh, maafkan saya cik!" Faiz menundukkan kepalanya ke arah wanita itu yang menatapnya tajam.

"Saya boleh laporkan kamu kat pihak polis sebab suka hati masuk kawasan rumah orang!"

"Maafkan saya!"

"Apa bising-bising ni?" tiba-tiba Pak Azlan muncul dengan cemas, mendapatkan Faiz yang ketakutan.

"Tengok ni abah! Ada orang luar masuk kawasan rumah Maya!"

Faiz terdiam. Anak Pak Azlan rupanya.

"Maya... ni tetamu abah. Maafkan dia ya? Dia tak tahu." pujuk Pak Azlan.

"Tetamu?"

"Err... Assalamualaikum, saya Faiz... Saya ustaz kepada Wajdi Hariz..." Faiz memperkenalkan dirinya kepada wanita bernama Maya itu.

Namun Pak Azlan terdiam sambil memejamkan matanya.

"Aa...apa kamu cakap? Waj...di Ha...riz?" mata wanita itu kemudian menatap ke arah seorang remaja yang entah bila berada di situ memandangnya dengan beningan air mata.

"I... Ibu?"

"Betul ke Wajdi anak haram?"

Pak Azlan terpana seketika. Sudah lama dia merahsiakan hal ini daripada Wajdi meskipun cucunya itu kerap bertanyakan soalan yang sama.

"Wajdi... "

"Tolonglah tuk. Wajdi berhak tahu. Atuk tahu tak ada orang panggil Wajdi anak haram sebab hal ni? Wajdi tak kenal nama mak ayah Wajdi. Bahkan surat beranak pun Wajdi tak pernah tahu ada ke tak. Semuanya atuk yang uruskan. Wajdi nak tahu. Tolonglah atuk."

Pak Azlan terkesima apabila perkataan 'anak haram' itu ditujukan kepada cucunya. Air matanya hampir menitis. Sungguh berat ujian yang dihadapi oleh cucunya ini.

"Baiklah Wajdi. Atuk minta maaf sebab simpankan hal penting ni daripada kamu. Maafkan atuk."

Wajdi mengangguk lemah. Dia mahu mendengarkan kata-kata selanjutnya dari mulut atuknya itu.

"Nama kamu adalah Muhammad Wajdi Hariz. Anak kandung kepada Raisya Sumaiya dan Muhammad Harraz. Maya dan Harraz adalah ibubapa kandung kamu.

Selepas perkahwinan ibu dan ayah kamu, semuanya berjalan dengan baik sehinggalah masuk bulan ke dua. Tak sangka ada yang dengki dengan perkahwinan mereka. Sehinggakan ada suatu ketika mereka menfitnah ibu kamu berselingkuh dengan sahabat ayah kamu dan mengedit gambar mereka secara terperinci.

Disebabkan itu, ayah kamu berasa sangat marah dan mengatakan anak yang dikandung dalam perut ibu kamu anak dia atau bukan. Sebab, sebelum mak kamu difitnah, mak kamu dah tahu dia mengandung, tapi mak kamu tak sempat nak bagitahu ayah kamu sebab ayah kamu sibuk dan pada masa itu lah pengfitnahan itu berlaku.

Dan akhirnya ayah kamu melafazkan kata cerai membuatkan mak kamu berasa depreasi. Dia tak sanggup nak jaga kamu seorang diri tanpa kasih sayang ayah kamu. Dan dia tinggalkan kamu di pusat asuhan yang kamu tinggal semasa kecil.

Atuk baru tahu tentang hal tu lepas mak kamu berasa menyesal dan mengadu pada atuk di kampung. Atuk terkejut sebab hampir 10 tahun mak kamu menahan derita seorang diri dan atuk buat keputusan untuk jaga kamu."Buat pertama kalinya Wajdi menangis mendengarkan semua hal itu daripada mulut atuknya. Sungguh dia berasa sangat sedih sekaligus berasa bersyukur kerana dapat mengetahui kebenaran.

"Jadi... Mana ibu Wajdi se...karang??" soal Wajdi dengan nada yang serak.

"Kenapa dia langsung tak jumpa Wajdi walaupun sekali??"

"Ibu kamu sangat sayangkan kamu. Cuma dia berasa bersalah kerana meninggalkan kamu di pusat asuhan dahulu. Dia sering menyalahkan dirinya sendiri. Ibu kamu, mengalami tekanan..."

Wajdi mengesat air matanya, ditatapnya wajah Pak Azlan yang kian menua itu.

"Mana ibu sekarang?"

"Ibu kamu..."

Belum sempat Pak Azlan melanjutkan pembicaraanya kedengaran suara riuh dari luar.

"Wajdi? Kamu ke ni?" Maya mengorak langkahnya perlahan ke arah Wajdi yang menatapnya sendu serta dengan linangan air mata yang menitis dari wajah itu.

"Ya, Maya. Ini anak kamu. Wajdi Hariz."

Maya menekup mulutnya sembari memejamkan matanya. Sungguh dia tidak sanggup untuk semua ini. Kejadian sedekad tahun yang lalu membuatkan dirinya lemah. Lantas dia berlari semula masuk ke dalam rumahnya membuatkan ketiga-tiga lelaki itu terkejut.

"Ibu!" Wajdi mengejar ibunya.

Faiz yang baru sahaja mahu mengejar Wajdi terhenti niatnya. Kerana itu adalah urusan peribadi mereka. Ditolehnya ke arah Pak Azlan yang seakan memandang sahaja ke arah Wajdi yang mengikuti Maya.

"Pakcik?"

Pak Azlan memandang Faiz dengan helaan nafas yang berat sebelum memulakan pembicaraan.

~~~

Maya menangis teresak-resak di dalam biliknya yang tidak sempat dia tutup pintu. Wajahnya ditekup menggunakan kedua-dua tangannya.

Wajdi mengemam bibirnya tatkala masuk ke dalam bilik ibunya.

"Ibu...??" Wajdi perlahan-lahan menuju ke arah insan yang bergelar ibunya itu.

Perlahan-lahan Maya mendongakkan kepalanya. Memandang ke arah satu-satu anaknya yang telah dia abaikan selama hampir 17 tahun.

"Maafkan ibu..." sayu kedengaran Maya mengucapkan kata-kata itu. Terlalu sakit dan perih kerana perasaan bersalah sentiasa menerpa dirinya. Kerap dia bertanya pada dirinya. Apakah dia ibu yang tidak berguna?

Namun, Maya terpaku seketika apabila Wajdi memeluknya dengan erat.

"Wajdi maafkan ibu. Wajdi... dah tahu semuanya. Ibu jangan menangis... Ibu tak salah...semua orang pernah salah. Hanya Allah SWT yang layak memaafkan...bukan Wajdi..."

Sekali lagi Maya menangis. Didekap kembali anaknya yang sangat dirindukan. Kali pertama dia melihat anaknya mendakapnya.

"Ya Allah, terima kasih kerana mengabulkan doa aku untuk bertemu dengan anakku. Jadikan dia insan yang baik untuk masyarakat. Moga dia memperoleh syurga FirdausiMu. Ampunilah dia.."


Previous: BAB 21
Next: BAB 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.