Home Novel Umum Stigma (SELESAI)
Stigma (SELESAI)
ae0907
12/10/2021 21:15:47
94,452
Kategori: Novel
Genre: Umum
BAB 24

Wajdi keluar dari pintu kereta dengan hati yang sangat tenang bersama senyuman tidak pernah pudar dari bibirnya. Dia memandang persekitaran asrama yang tidak terlalu legang dan tidak terlalu bising. Fikirnya, mungkin para aspura masih melelapkan diri di dalam dorm kerana masih pukul delapan pagi dini hari.

Wajdi sudah memaklumkan kepada Faiz tentang kedatangannya hari ini.
Sudah dua hari dia menetap di rumah dan hari itulah dia benar-benar menghabiskan masa bersama ibunya.

Namun hari ini, Wajdi harus pulang ke asrama kerana dia perlu meneruskan pembelajarannya kerana dia termasuk di antara pelajar yang menghadapi peperiksaan terbesar tahun ini.

"Belajar rajin-rajin ya sayang?" Maya keluar dari pintu kereta dan menepuk bahu Wajdi perlahan membuatkan remaja itu tersenyum. Maya ingin menghantarnya ke asrama kerana mahu melihat tempat di mana anaknya itu menimba ilmu. Nampaknya, sekolah yang diduduki Wajdi adalah pilhan yang sangat tepat.

"Baiklah ibu. Wajdi akan belajar bersungguh-sungguh kerana Allah SWT,"

Maya melebarkan senyumannya.

"Wajdi? Puan Maya?"

Ibu dan anak itu serentak memandang ke arah Faiz yang tampaknya tidak berseorangan. Di belakang tubuh jejaka itu terdapat beberapa orang pelajar yang tidak lain tidak bukan adalah rakan-rakan Wajdi.

"Wajdi? Itu...,"  belum sempat Azhar bertanya, Wajdi memotongnya terlebih dahulu sembari tersenyum.

"Ini ibu aku. Ibu, ni kawan-kawan Wajdi." Wajdi memperkenalkan Azhar, Fahmi, Johan dan tidak lupa Hilman namun apabila tangannya menunjukkan ke arah satu sosok yang sangat tidak ingin dilihatnya dia terdiam. Wajahnya berubah menjadi  bengis.

Ya, orang itu adalah Amirul Shazwan.

Amirul memandangnya takut-takut dan terselit rasa bersalah yang teramat.

Semua yang ada di situ berasa terkejut termasuk Maya apabila melihat perubahan Wajdi.

"Anak ibu, kenapa?" Maya cuba menenangkan Wajdi.

"Wajdi, Puan. Boleh ikut saya sebentar ke dalam bilik?" Faiz cuba mengeruhkan keadaaan. Dia lupa pula bahawa Wajdi itu seorang yang panas baran ditambah  kes yang melibatkan dua remaja itu sangat besar.

Maya mengangguk. Dipegangnya erat tangan Wajdi bersama-sama mengikuti langkah Faiz yang membawa seorang lagi remaja sebaya Wajdi di sebelahnya.

Azhar, Fahmi, Johan dan Hilman menatap permergian mereka dengan penuh kerisauan.

"Aku risau si Wajdi tu pukul Amirul dalam bilik warden tu." gumam Hilman.

"Tapi kan, aku still pelik dia dah tahu lama benda ni tapi kenapa dia boleh tahan ya beberapa hari sebelum balik?" Azhar meneka.

"Entahlah. Mungkin dia perlukan kepastian." balas Johan.

"Tapi cantik ibu Wajdi. Mesti Wajdi happy. Yalah. Aku rasa macam ni drama Melayu la pasal anak dengan mak terpisah lama ni." kata Fahmi. "Apa-apapun aku gembira tengok senyuman Wajdi tadi. Jarang dia tunjuk senyuman dia tu."

"Haa. Yang tu, aku setuju." sahut Johan.

"Tapi aku curious siapa Hajar Mikayla yang Amirul gilakan tu." Azhar mengusap dagunya.

"Hajar Mikayla tu, ketua pengawas dan asrama Muslimat. Nak kata cantik tu cantik juga tapi dia ni jenis tegas dengan lelaki. Tapi ada sisi lembut. Tu yang Amirul minat sangat dia tu." ujar Hilman.

"Wuish, boleh try." Fahmi tersengih.

"Kau nak Amirul buat macam Wajdi kat kau?" kepala Fahmi disekeh Azhar.

"Tapi betullah. Cinta tu buta. Akan jadi haram dan salah kalau salah diertikan sebagai fitrah. Ujian yang banyak menimpa remaja macam kita ni adalah cinta. Cinta antara dua manusia yang berlainan jenis. Sebab itu kita kena jaga pandangan, pelajari dahulu ilmu-ilmu dan bila bersedia barulah berkahwin. Jodoh? Jangan risau kerana itu adalah ketentuan Allah SWT. Doakan moga jodoh kita baik-baik. Dan nak dapatkan jodoh yang baik, diri kita kena diperbaiki dan InshaAllah, jodoh kita seperti kita yang idamkan..." terang Johan panjang lebar membuatkan mereka bertiga terpegun.

"Wah, tips pasal jodoh ni boleh tanya banyak-banyak kat Johan." ujar Fahmi teruja.

"Banyaklah kau. Tu la masa kuliah, kau tidur." Hilman membebel. Mana tidaknya, semasa kuliah para Exco perlu mengawasi para pelajar takut ada yang tertidur. Dan orang yang yang paling banyak dikejutkan adalah Azhar dan Fahmi.

"Yalah-yalah!"

Mereka berempat tertawa.

~~~

Berkali-kali Maya menekup mulutnya mendengarkan setiap penjelasan yang keluar dari mulut Faiz dan juga remaja bernama Amirul. Sesekali dia memandang ke arah Wajdi yang menunduk seolah-olah sedang menahan amarah. Tapak tangan Wajdi yang digepal dibukanya perlahan dan menyelitkan jemarinya dan menggepalnya kembali supaya dapat memberikan ketenangan pada Wajdi .

"Maafkan aku Wajdi. Kerana buat hina kau, fitnah kau. Maafkan aku." Amirul memohon maaf. Sungguh dia berasa menyesal. Lagipun apa yang dia katakan selama ini tidak benar. Ucapan 'anak haram' kepada Wajdi hampir membuatkan Maya menamparnya namun sempat ditahan oleh Faiz sebelum Faiz menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Siapa sahaja yang tidak terasa dan tahan jika anak mereka diperkatakan sebegitu.

"Baiklah." setelah lama mendiamkan diri, Wajdi mengangkat mukanya. "Aku maafkan kau. Kerana kita semua pernah salah. Tak ada yang sempurna. Aku tak ada hak nak salahkan kau sampai bila-bila."

Kata-kata Wajdi membuatkan Amirul berasa sangat sebak. Dia tahu dia telah menyakiti banyak remaja di hadapannya itu. Tanpa izin, dia memeluk Wajdi erat.

Faiz dan Maya memandang ke arah dua remaja itu dengan senyuman manis.

'Ya Allah, terima kasih kerana membongkarkan semuanya, mempermudahkan segalanya dengan izinMu...'

~~~

"Kau okey?" soal Wajdi kepada lelaki di hadapannya. Kini mereka berdua duduk di bangku musolla. Hanya mereka berdua. Ada perkara yang mahu Wajdi tanyakan kepada Amirul sebaik sahaja keluar dari bilik warden beberapa jam yang lalu.

"Okey." Amirul mengukirkan senyuman tipis. "Terima kasih Wajdi."

Wajdi mengangguk perlahan sebelum memulakan bicara." Aku nak bagitahu kau satu perkara."

"Apa dia?"

"Selama aku duduk kat sekolah ni. Aku tak tahu pun Mikayla satu sekolah dengan aku. Bahkan wajah dia pun aku tak ingat."

Bicara Wajdi membuatkan Amirul terpempan. Selama ini dia menyangka kedua-duanya masih lagi berhubung dan Mikayla sering mengatakan tentang Wajdi.

"Se..serius? Tapi Mikayla ingat kau." soal Amirul dengan riak yang masih lagi terkejut.

"Mirul, perempuan ni semua masa lalu dia ingat." Wajdi tersenyum kecil.

"Ouh... Selama ni aku dah.... salah faham..." Amirul menggaru kepalanya apabila mengingatkan semua sangkaan buruknya. Terasa malu yang teramat.

"Kau ingat aku dengan Mikayla rapat lagi macam dulu?" Wajdi meneka. Perlahan Amirul mengangguk.

"Aku pergi dari pusat asuhan tu masa aku darjah lima dan Mikayla tak tahu pun aku pergi sebab dia tak datang haritu."

Amirul mengangguk. Benar. Mikayla tidak datang hari itu.

"Dan sejak tu aku tak dengar khabar dia. Mungkin sebab masa tu aku dah nak masuk asrama jadi apa segala aku lupa."

"Oh, patutlah."

"Tapi boleh aku tahu mana satu Mikayla. Kau kata dia selalu ambil berat pasal aku, seolah-olah dia dekat sangat dengan aku. Padahal aku tak tahu pun dia siapa."

"Serius kau tak tahu? Kau ingat tak dua orang perempuan yang halang laluan kau nak masuk koperasi tu?"

Wajdi terdiam sejenak kemudian dia mengangguk pelan.

"Yang pakai blazzer hijau tu Mikayla,"

Seketika Wajdi terimbas kembali wajah perempuan yang tersenyum ke arahnya ketika dia duduk bersendirian di bangku musolla.

Kejap...

Itu...

Hajar Mikayla?

"Oh itu. Tapi, haish. Macamana aku boleh tak perasan." Wajdi tertawa kecil kerana akhirnya dia mengingati wajah sahabat kecilnya itu. Kenapa selama ini dia tidak menyedarinya?

~~~

Mikayla baru sahaja mendapat makluman dari seorang guru bahawa ada warden asrama Muslimin mahu berjumpa dengannya secara personal di bilik mesyuarat sekolah. Cuak tak cuak. Setahunya warden Muslimin itu adalah warden muda dan merupakan lepasan pelajar di Maahad ini.

"Assalamualaikum, ustaz. Boleh saya masuk?" pinta Mikayla sebaik sahaja dia memasuki bilik mesyuarat. Kelihatan seorang pemuda dengan senyuman membalasnya dan memintanya dia duduk.

"Ada apa ustaz panggil saya ya?" soal Mikayla. Bukan apa, terasa pelik juga apabila warden Muslimin mahu menjumpanya.

"Nama ustaz, Faiz. Nama kamu?"

"Nama saya Hajar Mikayla. Panggil Mikayla," ucap Mikayla.

Faiz mengangguk. Boleh tahan orangnya. Mungkin sebab itulah Amirul menyukainya. Ditambah pula dengan jawatan dan perilakunya yang baik dan sopan.

"Kamu kenal Wajdi Hariz?" Faiz terus ke inti soalan kerana itu adalah fokus utamanya kini.

Pertanyaan Faiz membuatkan Mikayla terkejut sebelum perlahan-lahan mengangguk.

Faiz tersenyum. "Wajdi tu kawan kamu masa kecil ke?"

"Ya, dari kecil." tutur Mikayla. Namun agak berdebar seolah-olah dia terasa melakukan salah yang besar pula.

"Boleh ceritakan pada ustaz. Bagaimana perilaku dia masa kecil?"

Mikayla terdiam seketika.

"Dia orang yang baik. Akan pertahankan apa yang betul dan dia selalu menjaga orang sekeliling," ujar Mikayla tersenyum nipis membuatkan Faiz memandangnya dengan sengihan.

"Dia mesti orang yang bermakna kepada kamu kan?" kata-kata Faiz membuatkan Mikayla tersipu sejenak.

"Kalau kita kenal orang itu sudah lama sekali dengan sifatnya, pasti akan menjadi bermakna tapi saya cuba menepis kerana siapalah saya untuk menentukan takdir hidup. Rasa suka itu saya anggap sebagai suka dengan persahabatan masa lalu. Sekarang sudah besar dan sudah dapat membezakan yang mana baik dan buruk."

Faiz tersenyum mendengarkan segala bait tutur Mikayla. Sungguh matang pemikiran gadis itu.

Tiba-tiba ketukan pintu dari luar membuatkan Faiz dan Mikayla memandang ke arah pintu serentak.

"Masuklah." ujar Faiz. Sebaik sahaja pintu terbuka membuatkan Mikayla terkejut. Begitu juga dengan si pembuka pintu tadi.

"Abang Hadi?"

"Jaja?"

Faiz yang melihat adegan dua insan itu hanya mampu mengerutkan dahi. Kenapa banyak sangat hal yang tidak terduga berlaku?

Nurhan rancak berbual dengan Mikayla di dalam ruang mesyuarat itu membuatkan Faiz meminta diri untuk ke bilik warden kerana sudah selesai urusannya bersama Mikayla.

Dia baru tahu hubungan Nurhan dan Mikayla adalah anak saudara dan bapa saudara. Mikayla adalah anak kepada kakak Nurhan. Selama ini Jaja yang dikatakan Nurhan adalah Mikayla. Tergeleng-geleng Faiz dibuatnya apabila nama yang cantik dipanggil sebegitu. Hanya sengihan sahaja yang ditunjukkan oleh Nurhan.

Malah, mereka berdua juga tidak tahu bahawa mereka berada di kawasan yang sama. Nurhan mengatakan dia hanya mengetahui Mikayla belajar di maahad. Tapi maahad mana, dia tidak tahu. Dia hanya sempat memberikan mug kepada Mikayla lewat kakaknya di pusat asuhan. 


Previous: BAB 23
Next: EPILOG

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.