Home Novel Umum Stigma (SELESAI)
Stigma (SELESAI)
ae0907
12/10/2021 21:15:47
78,111
Kategori: Novel
Genre: Umum
BAB 1

Perkarangan dataran sekolah itu sesak dipenuhi dengan pelajar yang semuanya berserban danberjubah putih. Semua mereka seolah-olah berada di dunia sendiri. Ada yang bermain-main dan ada yang bercakap-cakap. Maklumlah, sudah hampir sebulan tidak bersua muka bersama rakan kerana cuti sekolah yang memakan masa hampir sebulan. Pasti ada sahaja cerita yang hendak dikongsikan.

Dari suatu sudut, kelihatan Faiz yang berbaju melayu biru dan berseluar slack longgar memerhatikan gelagat anak-anak syurga itu sambil tersenyum. Matanya kini beralih kepada beberapa murid senior yang ligat menyusun kerusi di dataran untuk para guru, memandangkan hari ini merupakan perhimpunan pertama bagi sesitahun itu.

"Haih,termenung jauh nampak? Ke planet Zuhal ke?" Tiba-tiba bahunya ditepuk. Seorang lelaki sebayanya, tersengih seperti kerang busuk. Mujurlah tepukan itutidak memberi kesan kepada kopiah yang dipakainya.

"Takada apa, Nurhan." ujarnya, sambil tersenyum ke arah sahabatnya yangbernama Nurhan. Nurhan adalah sahabat yang turut belajar di sekolah ini bersamanya.

"Eh,kau ni Faiz. Dengan someone ke? Senyap-senyap kau ye sekarang." Nurhan mengusik. Bahu Faiz disikunya berkali-kali.

"Ish,ke situ pula. Kita kan sekolah kat sini dulu? Aku cuma rindu nak pakai macamdieorang ni la." kata Faiz dan mengalihkan pandangan ke arah para pelajaritu.

"Yalah,aku pun rindu zaman kita sekolah dulu." Nurhan tergelak kecil serta turutmemandang ke arah yang sama dengan Faiz.

Sedangasyik menikmati permandangan, tiba-tiba ada seorang pelajar lelaki berlari kearah mereka berdua. Riak wajah pelajar itu seakan cemas. Hal itu tidak disedarioleh pelajar lain kerana mereka berdua berada di penjuru sudut perhimpunan.

"Ustaz!"pelajar tersebut berhenti di hadapan Faiz dan Nurhan membuatkan mereka berduaterpinga-pinga. Peluh membasahi wajah pelajar tersebu diseka pelan. Nafasnyamemburu.

"Eh,ada apa ni?" tanya Faiz cemas. Siapa sahaja yang tidak hairan jikatiba-tiba seseorang datang dalam keadaan sebegitu. Pasti ada perkara burukberlaku.

"Tu...ustaz...," pelajar tersebut berkata dalam keadaan mengah. Penat berlariagaknya.

"Tenangdulu, tarik nafas." perintah Nurhan.

"Adaorang bergaduh kat tandas muslimin, ustaz!" ucapnya tidak terlalu kuat.Bahkan tidak didengari sesiapa kerana suasana di dataran agak riuh kerana adapelajar yang sedang membetulkan mikrofon dan pembesar suara.

Faiz danNurhan terkejut lalu berpandangan sesama sendiri. Tidak pula mereka jangkaperkara itu akan menjadi perkara pertama yang mereka akan tangani.

***

"Kau,kalau nak cari masalah dengan aku... baik kau mati jelah!" satu tumbukandilepaskan ke muka lawannya menyebabkan tubuh itu terjatuh.

"Wei,dah lah tu Wajdi." rakannya, Azhar cuba menenangkannya.

Wajditidak menghiraukan kata-kata Azhar. Kemudian, dia melepaskan sepakan ke perutmenyebabkan orang itu terdorong mengenai dinding tandas.

"Sabar,Wajdi!" seorang kawannya yangbernama Fahmi, mencelah. Fahmi memeluk Wajdierat untuk menghalang Wajdi melepaskan amarahnya. Jika dibiarkan, boleh matilawannya itu.

"Kaupun satu, Amirul. Masuk tahun baru dah buat hal dengan kiteorang." ujarAzhar dengan riak tidak puas hati.

Amirultersengih. Seolah-olah luka dan lebam yang 'dihadiahi' oleh Wajdi itu tidakmemberi apa-apa kesan.

"Psychobetul. Nama je Qudwah! Perangai tak serupa jawatan!" gumam Wajdi.

"Akutak kisah kau nak pukul aku, sebab aku tahu kau tu anak..." belum sempatAmirul menghabiskan ayatnya, pintu tandas ditendang kasar menyebabkan pintutersebut terbuka luas.

"Astaghfirullahalazim!Apa yang kamu buat ni hah?" suara itu bagaikan memetir di telinga merekasemua membuatkan Wajdi, Azhar dan Fahmi terpaku. Amirul pula mengambil peluangdengan mengaduh kesakitan.

Kelihatanguru disiplin mereka iaitu Ustaz Khairul Nizam yang amat terkenal denganketegasannya, bersama dua orang pemuda yang memakai baju biru dan hijau. Duaorang pemuda itu lantas meluru masuk ke arah Amirul dan memapahnya keluar.Sebelum dipapah keluar, Amirul sempat menghadiahkan senyuman sinis kepada Wajdimembuatkan remaja itu mengetap bibir menahan amarah.

"Kamubertiga!" suara itu memetir lagi. "Hari pertama sekolah sudah buathal dan pukul anak orang! Apa nak jadi dengan kamu bertiga ni?!"

Azhardan Fahmi menunduk kecuali Wajdi. Remaja itu sudah terbiasa dengan kegaranganguru disiplin mereka itu.

"Ikutustaz sekarang!"

~~~

Faiz danNurhan memerhatikan Amirul yang dibersihkan luka oleh seorang ustazah di bilikrawatan. Selesai sahaja Amirul dibalut lukanya, mereka lantas menuju ke arahAmirul untuk mengetahui hal sebenar.

"Bolehustaz tahu siapa mereka dan kenapa mereka pukul kamu?" soal Faiz lembut,namun dengan nada rasa ingin tahu.mNurhan di sebelahnya hanya memerhati. Kalaudia bertanya, sama saja persoalannya.

Amirulyang berbaring itu mengubah posisinya kepada duduk, dibantu oleh Nurhan. Sambilmengeluh, Amirul memulakan bicara. "Nama dieorang tu, Wajdi, Azhar danFahmi. Dan dieorang tu antara pelajar yang bermasalah kat sini."

Faiz danNurhan tidak memotong bicara Amirul. Hanya mengangguk mengerti.

"Pagitadi, saya nak pergi tandas. Saya masuk je nampak dieorang melepak dalamtandas. Pastu saya ugut la nak report dieorang. Pastu dieorang kunci pintu danmula pukul saya." ujar Amirul dengan nada kesal.

"Haih,ni kan sekolah tahfiz. Kenapalah ada orang macam tu kan ustaz?" soalAmirul mengeluh.

Sekalilagi, Faiz dan Nurhan berpandangan sesama sendiri apabila mendengar kata - katayang terbit dari mulut pelajar itu.

"Kamuberehat la ye dan siapa nama kamu?" Faiz bertanya.

"Namasaya Amirul Shazwan." ujar Amirul. "Ustaz berdua ni siapa ye? Takpernah nampak pun sebelum ni kat sini." soal Amirul pula.

"Namaustaz, Faiz dan ni sahabat ustaz. Ustaz Nurhan. Kami berdua ustaz baru katsini." kata Faiz.

Amirulmengangkat keningnya "Tapi kan, kenapa tak pilih sekolah kerajaan jeustaz? Gaji kat situ kan mahal dan kat sini sikit kalau nak compare dengan gaji kerajaan. Masa depan pun lebih terjamin."

Faizhanya diam. Dia memerhatikan pakaian yang dikenakan Amirul. Itu adalah pakaianQudwah yakni pengawas sekolah.

"Berehat ya, Amirul. Kami keluar dulu ye." Nurhan mencelah lantas mengajak Faiz keluar dari situ.

***

Wajdi,Azhar dan Fahmi keluar dari bilik Hal Ehwal Pelajar (HEP). Tangan dan punggungmereka sakit disebat dengan rotan oleh Ustaz Khairul Nizam.

"Akutak boleh nak duduk!" gumam Fahmi sambil mencekak pinggangnya. Rasa kuatsebatan rotan tadi belum hilang.

Wajdimendengus. Kasutnya yang lusuh itu dipakai. Belakang badannya digosok perlahan.Dia sudah biasa didenda sebegitu oleh mana-mana ustaz dan guru. Jadi, bolehdikata badannya sudah menjadi kebal dengan apa jua sebatan yang dikenakankepadanya.

"Jommasuk kelas!" Azhar berkata kepada dua rakannya itu. Mereka berdua hanyaterdiam tetapi kaki mereka tetap melangkah menuju ke arah kelas mereka.

Jujur,melihat Azhar dan Fahmi yang masih mengusap belakang badan mereka itumembuatkan Wajdi sedikit sebak.

Keranaamarahnya, Azhar dan Fahmi terkena tempias. Selalunya, hanya dia seorang sahajamasuk ke dalam bilik yang sememangnya dianggap 'Bilik Maut para pelajar disitu.

Namunsedikit sebanyak dia terharu dengan Azhar dan Fahmi yang tidak menyalahkannyaatau mengungkit kerana melibatkan mereka dalam hal ini.

Mengenaikejadian tadi, Wajdi sedikit frustasi namun sekaligus puas. Puas kerana dapatmelampiaskan kekesalannya pada manusia bernama Amirul itu.

"Qudwahyang tak layak dipanggil dengan sebutan 'Qudwah'!"

 

Previous: PROLOG
Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.