Setelah
Kad Sim dibeli dan dipasang pada telefon. Aku cuba menghubungi isteriku. Langsung
tidak mendengar nada deringan dari telefonnya.
’Aik! macam ada masalah sahaja ni. Kenapa tak
ada dengar bunyi nada tone.’ kataku dalam hati.
Aku menjadi agak bengang juga. Rasa seperti
tertipu pula. Kad yang dibeli tak boleh digunakan.
’Apa hal pulak ni...tak kan tak boleh pakai
kot. Dah lah beli kad ni dekat 15,000 rupiah. Dah beli tak boleh pakai pulak.’
mengomel aku dalam hati.
’Kenapa tak boleh...rasanya semua prosedur
cara untuk membuat panggilan ke luar negeri sudah aku ikut.’ kataku dalam hati.
“Nuar! aku cuba buat panggilan tapi tak boleh
lah...” kataku pada Nuar.
“Cuba kau hantar SMS pula.” cadang Nuar.
Aku kemudian cuba
menghantar pesanan ringkas (SMS). Jika tak boleh juga memang rugilah duit aku. Selang 3 minit kemudian aku menerima balasan
pesanan dari Isteriku. Aku menarik nafas lega.
“Yes!... Nuar dah boleh. Rasanya aku hanya
boleh hantar pesanan tak boleh telefon kot.”
“Dah boleh? nanti aku cuba pulak.” Nuar
tersenyum melihat gelagatku.
Sementara menunggu
Anuar mencuba talian telefonnya aku pergi ke basikalku mengambil peta. Lalu aku
bersandar di basikalku sambil meneliti peta laluan kami.
’Nampaknya laluan kami ini dilaluan yang betul.’
Sekali sekala aku menjeling ke arah Nuar. Dia
masih leka mendail nombor telefon Isterinya.
“Tak dapatlah Meran...aku tak tahu nombor ini
tak boleh pakai ke atau telefon ini ada
problem.”
“Kau dah masukkan kod nombor untuk panggilan
antarabangsa?” tanyaku.
“Dahh...!dah semua aku tekan. Macam kena tipu
jer.” bebel Nuar dengan suara yang sedikit keras.
Aku tahu Nuar sedang marah. Aku memandang ke
arah Gadis itu. Wajahnya sedikit pucat. Senyuman manisnya tadi telah hilang
melihat Nuar sedang marah.
”Kau cuba hantar SMS.” aku memberi cadangan.
Nuar cuba menghantar SMS pula. Tetapi pesanan
yang cuba di hantar berkali-kali tidak
berjaya.
Pad pada telefonnya
ditekan berkali-kali dan dengan agak kuat. Aku tahu dia tengah geram. Aku
terdengar Nuar mula membebel seorang diri.
“Tak guna betul...duit dah lah habis dekat 15
ribu. Punyalah mahal lepas tu tak boleh pakai pulak. Aku rasa dia orang ni
memang nak menipu ni. Memang cekik darah betul budak Indon ni.” aku terdengar
Anuar meninggikan suaranya.
“Woi! penipu! kau orang jual kad yang dah
rosak ya. Dah lah aku kena bayar sampai 15 ribu lepas tu tak boleh pakai. Ni
lagi kau suruh aku beli sampai 50 ribu...kau gila ke apa? kau nak main-mainkan
aku kan!” jerit Nuar pada gadis Indonesia itu.
Terkejut
aku melihat kemarahan Nuar telah meletus. Muka Anuar menyinga menyimpan
amarahnya. Sekoyong-koyong kemudian muncul dari dalam rumah itu 3 orang lelaki
yang berbadan agak sederhana. Mereka merenung ke arah Anuar.
“Apa-apaan ini!” luah seorang dari lelaki itu
dengan suara yang garau.
’Alamak masalah besar ni.’ gumamku dalam hati.
Aku nampak ketiga-tiga orang lelaki Indonesia
itu menghampiri Anuar. Melihat keadaan itu, Anuar yang sedang duduk terus
berdiri. Matanya merenung ke arah ketiga-tiga orang lelaki tersebut.
Aku segera menyimpan
kembali petaku lalu berlari menuju ke arah mereka. Apabila sahaja melihat aku
datang, ketiga-tiga orang lelaki tersebut memandangku dengan pandangan yang
tajam.
“Sabar Nuar, sabar.” aku memujuk Nuar yang
dalam kemarahan.
“Telefon enggak boleh, SMS juga enggak boleh.
Gi mana ni dik?” tanyaku berdiplomasi.
“Bapak itu biayanya enggak cukup. Aku udah
bilang kartunya itu enggak cukup biayanya. Perlu dibeli penambahan lagi. Aku
usulkan pada bapak agar dibeli 50 ribu rupiah lagi. Tiba-tiba aja dia terus
naik angin. Aku jadi kaget, bilang aku mahu menipunya.”
Aku memandang ke
arah Anuar yang masih kemarahan. Sepanjang aku kenali Anuar dekat 20 tahun
jarang sangat dia marah tak tentu pasal.
“Budak ni Meran...Dia ingat kita ni banyak
duit sangat ker? dah ler beli kad ni mahal. Nak telefon ke Malaysia tak boleh.
Lepas tu dia suruh aku beli lagi sampai 50 ribu rupiah. Ingat aku ni bodoh
sangat ke... yang inipun tak boleh, lagi nak suruh tambah lagi. Geram betul aku.”
luah Nuar.
Aku menggarukan
kepala. Aku tak sangka jadi begini. Mataku memandang ke arah Anuar, Gadis itu
dan ketiga-tiga orang lelaki tersebut. Mereka itu hanya berdiam diri sahaja dan
aku tahu mereka bersedia untuk sebarang kemungkinan. Ini semua adalah salah
faham sahaja. Dengan tiba-tiba salah seorang dari lelaki bertiga itu berjalan
menghampiri Anuar. Aku menjadi agak panik juga.
’Eh! apa dia nak buat ni.’ kataku dalam hati
sambil turut bersedia.
“Bapak boleh beri saya Ponsel bapak sebentar.”
kata lelaki itu dengan nada yang lembut dan tenang.
Tanpa berkata apa Anuar menghulurkan telefon
bimbit yang ada dalam genggamannya. Lelaki itu menyambut telefon Nuar dan cuba
mendail nombor yang di dail oleh Nuar. berkali-kali dia mencuba tetapi masih
tidak berjaya.
’’Mesti ada benda yang tak kena ni. Telefon
tak boleh...hantar message pun tak boleh. Tapi kenapa telefon aku boleh pula.’
Aku membuat analisi sendiri.
“Nanti dulu dik.” kataku pada gadis itu,
“Kartu Sim ini harganya berapa?” kataku pada
gadis itu.
Gadis itu memandangku dengan pandangan
takut-takut.
“15 ribu rupiah pak.” katanya ringkas.
“Dan kartu tambahan ini pula berapa?” tanyaku
sambil mengangkat kad tambah nilai.
“Ini pula 50 ribu rupiah.”
Aku lalu mengeluarkan
kalkulator. Aku membuat pengiraan bagi mengetahui jumlah perbezaan antara Rupiah
dan Ringgit Malaysia. 15,000 rupiah bersamaan dengan RM5.00. Terpampang nombor
itu pada skrin kalkulatorku. Aku mulai tersenyum. kemudiannya aku mengira pula
kad tambah nilai yang mahu dijual pada Anuar. 50,000rupiah bersamaan dengan
RM15.00. Sebaik melihat nombor itu aku terus aku bertanya pada gadis itu. Semua
orang memerhatikan aku dengan penuh tanda tanya.
“Dik! jika aku mahu telefon ke Malaysia berapa
jumlah ongkos sekurang-kurangnya mesti ada dalam kartu sim?” tanyaku pada gadis
itu.
“Sekurang-kurangnya mesti ada 25ribu rupiah
pak.” katanya.
Aku
menganggukkan kepala. Kemudiannya aku mengira jumlah minimum itu. Nuar hanya
memerhatikan sahaja tindakan yang aku lakukan. Apabila sahaja figura nombor
yang tertera pada skrin itu aku lihat, Aku tersenyum sendirian. Dari senyuman bertukar
menjadi tawa.
’La... rupanya macam ni ke’ getus aku dalam
hati.
Aku terus ketawa sendirian. Semua orang
memandang ke arah aku dengan hairan. Nuar mengerut keningnya. Setelah ketawaku
tinggal sisa-sisa, Anuar bertanya dengan muka yang keliru.
“Kau ini apa kena Meran! orang tengah marah
dan serius macam ni kau boleh gelak-gelak pulak!” bebel Nuar pada aku.
Aku mengaru-garu pipiku yang tidak gatal.
“Aku gelak sebab kita ni bodoh...” kataku
sambil terus ketawa.
Air muka Anuar berubah. Aku tahu dia marah
dengan jawapan aku. Aku cuba meredakan kemarahannya.