Home Novel Thriller/Aksi PENJARA MATI
PENJARA MATI
Riduan Judin
12/1/2014 13:52:37
65,622
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
BAB 8

BAB 8

Hospital Besar Kuala Lumpur

DOKTOR SALINA menyemak kembali laporan hasil bedah siasat yang dilakukannya terhadap mayat Datuk Haris. Tidak ada yang meragukan. Dia memang dibunuh dengan menggunakan senjata yang dipercayai pistol berkuasa tinggi. Otaknya mengalami pendarahan yang teruk akibat tujahan peluru. Dan itulah penyebab utamanya dia terbunuh.

Menurut fisiologi manusia, otak merupakan organ penting untuk menerima dan menghantar tindak balas terhadap rangsangan yang diterima. jika otak berhenti berfungsi, maka tubuh badan akan mati. Seumpama penghidap strok yang disebabkan oleh letupan pembuluh darah di dalam otak, seterusnya mematikan sistem saraf penting.

Kemudian, dia meneliti laporan bedah siasat mangsa kedua – seorang wanita warganegara Thailand. Dipercayai mati juga akibat pendarahan di otak. Dahinya ditembusi peluru berkuasa tinggi. Ia mempunyai sedikit kaitan dengan pembunuhan Datuk Haris. Cara pembunuhan, dan kesan tembakan hampir sama. Selain itu, ia juga disokong oleh kronologi pembunuhan. Walau begitu, siasatan giat dijalankan.

“Ada apa-apa yang mustahak dalam laporan itu, Doktor?” Akhirnya Inspektor Rozman sukar mengawal persoalan yang menghambat jiwanya. Doktor Salina membuka kaca matanya lalu melabuhkan diri di kerusi yang berada di depannya.

“Pembunuhan yang sangat tragis. Mungkin kedua mangsa dibunuh atas motif yang sama.” Doktor Salina membuat andaian awal.

“Dibunuh atas motif yang sama? Maksud Doktor mereka berdua dibunuh oleh orang yang sama?” Inspektor Rozman sekadar bertanya mengenai andaian itu yang juga sedang bermain di jiwanya.

“Tidak mustahil. Tetapi, sebab mereka dibunuh masih agak kabur.”

“Pihak Polis akan menjalankan siasatan selanjutnya. Pembunuh itu harus dihukum setimpal dengan perbuatannya.” Inspektor Rozman menjadi agak beremosi. Kes ini benar-benar mengganggu tidurnya saban hari.

“Ya, kes tembak-menembak di Malaysia semakin menjadi-jadi sekarang ni. Semalam, Seorang pekerja Ambank ditembak mati di Subang. Malaysia tidak aman seperti sebelum ini.” Doktor Salina menzahirkan rasa galau hatinya.

“Benar. Pihak Polis telah pun melakukan yang terbaik. Tetapi, amat mustahil kalau jenayah langsung tidak akan berlaku.” Hujah Inspektor Rozman memang benar atas situasi semasa yang semakin rencam.

“Memang begitu, Inspektor. Cuma jika hukum Hudud dilaksanakan, ia pasti akan mengurangkan kadar jenayah dengan secara mendadak.” Ujar Doktor Salina. Dan apa yang dikatakan olehnya sememangnya sangat benar. Itu jalan yang terbaik. Inspektor Rozman hanya tersenyum.

“Baiklah, terima kasih atas penerangan Doktor sekali lagi. Maklumat tadi pasti akan membantu siasatan kami.” Inspektor menguntum senyuman. Senyumannya bersambut. Kemudian mereka berpisah di situ untuk hari ini, dan sudah pasti mereka akan bertemu lagi di lain masa.

Syarikat Wira Jaya Sdn.Bhd

DATUK MARJAN meneliti statistik perjalanan ekonomi syarikat miliknya itu. Matanya khusyuk membaca angka yang terdapat di kertas yang dipegangnya. Dia serta-merta tersenyum. Kertas di tangannya itu diletakkan semula di atas meja. Keuntungan syarikatnya bulan ini sangat memberangsangkan. Dan dia tahu itu adalah hasil perancangannya sendiri yang dilaksanakan oleh orang bawahannya.

Dia pantas berdiri dari kerusinya. Langsir yang menutupi tingkap kaca terselak apabila seutas tali ditarik ke bawah. Maka terserlah pemandangan KLCC yang begitu indah. Tersergam megah dan menjadi kebanggaan masyarakat majmuk dalam Malaysia. Dia termenung seketika, tanpa sedar Datuk Marjan berdiri dekat dengan tingkap kaca itu Apabila dia melihat ke bawah, dia terundur beberapa langkah ke belakang kerana berasa gayat di tempat tinggi.

“Datuk.” Suara lembut seorang wanita menyapa dari belakang. Datuk Marjan pantas menoleh. Wanita itu tersenyum manis kepadanya.

“Hantar kopi ke?” Tanya Datuk Marjan. Wanita itu tersenyum lagi seraya mengangguk. Selepas itu, Datuk Marjan kembali ke meja kerjanya apabila gadis yang juga pembantu peribadinya meletakkan minuman itu di atas mejanya.

“Wani.” Datuk Marjan memanggil pembantunya itu tatkala menuju keluar dari bilik itu.

“Ya, Datuk.” Wani berpaling semula. Rambutnya yang terurai menyerlahkan keanggunannya. Dia memaniskan raut wajah.

“You look very beautyful.”Datuk Marjan mengerlingkan mata nakalnya.

“Oh, Thanks Datuk.” Dalam hati, alangkah bangganya kerana dipuji sedemikian rupa. Wani segera berpaling dan berjalan agak perlahan. Datuk Marjan hanya menyoroti pembantunya dari belakang sambil matanya tidak berkedip memandang pakaian Wani yang agak mencolok mata. Berskirt ketat dan terbelah. Patutlah lelaki itu naik minyak. Dasar!

Datuk Marjan mencapai telefon bimbitnya lalu menelefon seseorang. Panggilannya bersambut. “Masih honeymoon ke Faizal?” Datuk Marjan tersengih.

“Aku dah balik, Datuk.” Kedengaran suara Faizal di hujung corong telefon.

“Macam mana dengan kerja kau, Faizal?” Datuk Marjan mula menagih antara janji orang suruhannya itu.

“Datuk jangan bimbang. Aku akan pastikan harta syarikat Sama Sepakat mengalir ke dalam syarikat Datuk. Dan aku akan menerajui syarikat itu di bawah naungan Wira Jaya.” Faizal berikrar. Datuk Marjan agak selesa mendengar kenyataan itu.

“Kau terlalu beruntung, Faizal.” Datuk Marjan tersengih lagi.

“Kenapa Datuk?” Faizal kebingungan.

“Eyalah, dah dapat Datin Diana. Lepas tu, hartanya pula kau bolot.” Faizal ketawa mendengar kenyataan Datuk Marjan.

“Datin Diana akan aku bunuh selepas aku dapat hartanya!” Suara Faizal kedengaran agak mendatar. Datuk Marjan pula semakin bersemangat kerana saingannya dalam bidang perniagaan sudah hampir tersungkur rebah.

Imbas kembali…

FAIZAL terbaring lesu di atas tilam empuk. Matanya memandang siling kamar indah Datin Nadia. Fikirannya ligat merancang metafora agar hati wanita itu dapat dipujuk. Dan sebagai lelaki yang sudah mahir dalam pembohongan, Faizal pasti tidak akan menghadapi masalah besar.

“Awal pagi esok Iakan pulang.” Faizal menoleh di sebelah kirinya.

“Kenapa tak tinggal lama-lama di sini.” Datin Nadia merengek manja. Dia yang berumur awal 30-an masih kelihatan anggun di mata Faizal.

“Bukan tak nak, tapi I ada kerja lain, darling. Kalau ada masa, I datang lagi.” Faizal mengucup lengan Datin Diana yang kelihatan sedikit merajuk.

“Emm, I tunggu.” Suara Datin Diana agak mendatar. Faizal hanya tersenyum. Setakat ini, rancangannya hampir berjaya.

“Oh ya, bila You akan buat share Sama Sepakat?” Faizal bijak mengatur rancangan.

You jangan risau, I akan letakkan nama You sebagai share dalam syarikat Sama Sepakat bersama Wira Jaya.” Datin Nadia memandang Faizal. Pandangan mereka bertaut. Faizal seperti mendapat nafas baharu. Ini akan memudahkan dia mencapai misinya.

Faizal menggenggam erat jari-jemari wanita itu. Mereka tersungkur di pintu dosa lagi. Mereka berbuat sumbang dan khianat di rumah peninggalan arwah Datuk Haris. Sedangkan rumah itu dibina atas nama cinta agung arwah Datuk Haris kepada Datin Nadia. Cuma, Datuk Haris agak suka bersosial. Dan perbuatan inilah yang membuatkan Datin Nadia turut berkelakuan sumbang.

Previous: BAB 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.