Brickfield, Kuala Lumpur
MALAMkian larut. Inspektor Rozman bersama pembantunya Manan sengaja tidak memakaipakaian rasmi dan berjalan seperti orang awam. Kota metropolitan Kuala Lumpurtidak pernah tidur. Malah, cahaya neon yang pelbagai warna menghiasi sepanjangjalan dan lebuh raya. Kedai-kedai juga banyak yang beroperasi dua puluh empatjam.
Kesejukan malam yang menggantikankepanasan pada waktu siang langsung tidak melunturkan semangat Inspektor Rozmandan Manan. Mereka berdua yang memakai jaket kulit hitam, berjalan seperti kebanyakanorang. Cuma mereka berdua memakai topi agar mata mereka tidak terlalu silaudipanah cahaya.
“Sukarnya memburu suspek yang tidakmeninggalkan sebarang bahan bukti. Umpama memburu bayang.” Ujar Manan.
“Tiada pembunuh yang sempurnamelakukan tugas Manan. Kita kena berusaha lebih. Penjenayah itu mesti diberkasdengan secepatnya.” Inspektor Rozman kelihatan agak yakin.
“Apa rancangan kita yang seterusnya,Tuan?” Tanya Manan.
“Kita berehat di sini. Berfikir dancari tanda dan petanda yang boleh dikaitkan untuk menyelesaikan kes ini.”
“Nampak gayanya, pembunuh itu tidakakan menunjukkan diri, Tuan. Ini adalah malam ketiga kita membuat rondaansecara peribadi.” Manan hampir berputus asa.
“Pemangsa tidak akan mencarimangsanya pada waktu siang, Manan. Kita kena banyak bersabar. Saya akui, kesini memang berat.” Luah Inspektor Rozman yang memandang ke sekeliling.
“Memang benar, Tuan. Seperti kitaberdua, pemangsa kepada penjenayah.” Akhirnya, Manan membenarkan juga kata-kataketuanya itu. Dia tergelak kecil.
“Saya sudah kata Manan. Pemangsalebih suka keluar pada waktu malam.” Ujar Inspektor Rozman yang mula berdiridan menapak ke depan.
“Ada apa, Tuan?” Tanya Manan.
“Bersiap sedialah, Manan. Sayamelihat kelainan dengan lelaki yang dikelilingi remaja-remaja nakal itu.” UjarInspektor Rozman sambil memberikan isyarat kepada Manan.
“Mereka sedang buat apa, Tuan?”Tanya Manan yang sudah pun bersiaga.
“Mungkin lelaki itu membantusiasatan kita, Manan. Lelaki biasa pasti akan kecut perut jika diugut olehbudak-budak nakal itu.” Inspektor Rozman dan Manan pantas berselindung disebalik tembok bangunan.
“Ada benarnya, Tuan. Dia kelihatanbersahaja.” Manan meneliti perilaku lelaki itu. Lelaki itu kelihatannya handalberkelahi melalui luarannya yang kelihatan sasa.
“Ingat, kalau benar dia pembunuhitu, Saya nak dia ditangkap hidup-hidup. Kalau nyawa kita terancam barulepaskan tembakan.” Inspektor Rozman sempat mengingatkan Manan mengenaiprosedur Polis yang tidak boleh menembak sesuka hati melainkan keselamatanmereka terancam.
DANImencebik apabila budak-budak nakal yang sedang memegang papan luncur kakimemprovok dirinya. Empat orang remaja itu marah-marah apabila Dani melintasikawasan mereka bermain papan luncur.
“Lu tidak takut mati ka?” Salah seorang daripada budak-budak nakal itu menengkingDani.
“Ini kawasan kami, selama ini tiadaolang yang belani masuk ma!” Seorang remaja yang dia percayai berbangsa Cinamenggertak sambil memegang jaket kulit Dani.
“Kamu semua ada berapa nyawa?” Danimenjadi geram. Budak-budak nakal itu terkejut. Mereka sangka Dani kecut perutapabila digertak sedemikian rupa.
Dani pantas mencengkam pergelangantangan budak Cina itu dan menumbuk perutnya. Kawan-kawannya tidak menunggulama. Mereka menyerang Dani secara beramai-ramai. Maka terjadilah satupergaduhan yang tidak seimbang. Empat lawan satu!
Dani pantas mengelak dan melancarkanpula serangan balas. Satu demi satu budak-budak nakal itu rebah ke jalan tar.Mereka sukar untuk bangun kerana hambatan padu Dani terasa berat menghempapperut.
“Sepatutnya, budak-budak hingusanseperti kamu sudah tidur di bawah ketiak ibu pada masa-masa begini.” Ujar Daniyang berjaya mengalahkan empat orang lawannya. Dia segera berlalu dari situ,sebelum timbul masalah lain. Dia menyelinap di sebalik deretan bangunan yangmencakar langit
“Kau sangat hebat berkelahi. Senibela diri apa yang kau gunakan tadi?” Dani berhenti menapak apabila dia disapadari belakang. berdasarkan kelantangan suara itu, orang itu berada dalam jarakyang dekat dengannya.
Dani segera berpusing dengan kakinyayang dihayun tinggi. Inspektor Rozman pantas mengelak dengan berundur beberapalangkah ke belakang. dia segera mengatur langkah dan menyerang balas. Dani puntidak kurang hebat, serangan demi serangan dilancarkan, tetapi masih belummengenai pihak lawan.
Dani galak melancarkan serangansehingga memaksa Inspektor Rozman berundur beberapa langkah ke belakang. Mananyang bersembunyi di salah sebuah bangunan tidak pernah leka mengacu pistolnyake arah Dani. Andai berlaku kecemasan, dia akan melepaskan tembakan.
Inspektor Rozman mengukir senyumanhambar. Dani terkejut dengan tingkah laku lawannya. Dia terus melancarkanserangan, Inspektor Rozman pula hanya mengelak dengan berganjak ke kiri dan kekanan. Apabila bahagian dada Dani terbuka, Inspektor Rozman segera menujahdengan satu tendangan padu.
Dani terpelanting ke belakang danmelanggar tembok bangunan. Dia rebah ke dan tersungkur di atas batu-batu kecilyang disusun kemas. Dia segera bangkit namun tidak berupaya. Urat-uratnyaterasa tegang. lama-kelamaan dia berjaya bangkit juga dalam kepayahan.
“Siapa kau?” Tanya Inspektor Rozmanyang sudah pun mengacu pistol ke arah Dani. Lelaki itu ketawa menahankesakitan.
“Hantu Polis memang tidak pernahmembuat hidupku tenang.” Ujar Dani. Dia terbatuk-batuk kecil.
“Aku terpaksa menahan kau untukmembantu siasatan.” Terang Inspektor Rozman tegas.
“Kau tiada waran tangkap dan secaratiba-tiba sahaja mahu menangkap. Aku akan dakwa kau di mahkamah.” Ujar Dani.Nampaknya dia lelaki bijak dan licik.
“Memang tiada, aku menahan kau atassebab kau menimbulkan kekacauan dan membahayakan keselamatan orang awam.” Kaliini hujah Inspektor Rozman memang bernas dan berasas.
“Cis! Jauh panggang dari api.” Danimenghamburkan sumpah seranah.
“Kau bekerjasama dengan pihak Polisdan kau akan cepat bebas.” Inspektor Rozman menggunakan taktik memujuk.
“Haha… taktik itu sudah lapuk.”Tingkah Dani. Inspektor Rozman menjadi geram, kala ini kesabarannya kianmenipis. Dia pantas menarik picu pistolnya untuk memprovok. Dani sedikit kecut.
Masainilah satu das tembakan kedengaran dari arah atas yang tepat mengenai pistolInspektor Rozman. Pistolnya terjatuh ke tanah. Dani pantas melepaskan satutendangan yang membuatkan Inspektor Rozman terundur beberapa langkah kebelakang. Apabila dia bangkit, Dani sudah tidak ada di situ.
Mananyang terkejut dengan kejadian itu segera mengacu pistol ke arah bertentangandengan tempat pistol itu terpelanting. Mereka dikalahkan dengan faktorkedudukan. Inspektor Rozman mengutip sekeping gambar yang ditinggalkan lelakiitu. Manan yang sudah keluar dari tempat persembunyiannya menapak mendekatiketuanya itu.
Merekaberdua dihambat kejutan kerana gambar yang ditemui itu ialah gambar Malik.Lelaki yang disyaki pembunuh Datuk Haris. Mereka berdua saling berpandangan.Teori masing-masing ligat mengalir ke kepala.
“Inikangambar pembunuh tu… Malik.” Manan mengambil gambar itu dan melihatnya secarateliti. Memang sah, gambar Malik!
“Benar.Tetapi lelaki tadi bukan Malik. Maksudnya, mereka berdua ada kaitan.” TerangInspektor Rozman.
“Dianak bunuh Malik?”
“Mungkin,ataupun dia hanya ingin mengenal pasti untuk tujuan lain.” Hujah InspektorRozman sungguh berasas.
“Tetapisiapa yang menyerang kita secara mencuri-curi tadi?” Kali ini persoalan yangagak berat dijawab.
“Orangyang juga kita kehendaki. Mereka seangkatan. Kau ada tangkap gambar lelaki itu,Manan?” Sambung Inspektor Rozman.
“AdaTuan, saya akan print. Jadi kita sedang berdepan dengan masalah baharu?”
“Nampaknyabegitulah. Tapi ini juga satu kebaikan kepada kita.” Tutur Inspektor Rozmansambil memandang Manan.
“Kebaikan?”
“Ya.Kebaikan pertama, kita ada petunjuk yang akan membawa kepada jalan keluar kesini. Kebaikan kedua, kita boleh tidur lewat sebab jalankan tugas.” Seiringdengan itu, Inspektor Rozman tergelak. Manan tersengih dan tergelak sama.
Masalahkian rumit. Kemunculan watak baharu dalam kes itu membuatkan pihak Polisterpaksa membuka mata dan minda dengan lebih luas.Malam ini mereka keluar sebagaipemangsa, tetapi dalam masa yang sama dijadikan mangsa. Setakat ini, merekaberdua belum berjaya!