Home Novel Thriller/Aksi PENJARA MATI
PENJARA MATI
Riduan Judin
12/1/2014 13:52:37
65,667
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 9

Jalan KotaKinabalu-Tambunan

KOTA KINABALUsudah ditinggalkan di belakang, Tambunan pula masih jauh di depan. Perjalananmereka akan memakan masa selama dua jam. Ini disebabkan oleh faktor geografiyang agak berbukit, malah dikelilingi banjaran pergunungan. Keadaan malam agakmembataskan pandangan. Ditambah pula dengan kabus yang kian menebal.

            Setelah berada di Kota Kinabaluselama dua hari, mereka mengambil langkah untuk pulang semula ke Tambunankerana keputusan perubatan yang dijalani oleh Mahairah agak kurangmemberangsangkan. Mereka kata, Mahairah tidak mempunyai sebarang penyakit. Cumaperlukan rehat yang cukup. Ini yang membuatkan Rosiah dan Hamid agak tawarhati.

            “Hendak berubat di mana lagi bang?”Tanya Rosiah sambil mengurut lembut telapak tangan anak gadisnya.

            “Entahlah, di sini bukannya banyaksangat pusat perubatan Islam macam ni.” Hamid sesekali melihat mereka berduamelalui cermin pandang belakang.

            “Hendak harapkan hospital, tentumereka juga akan mengatakan jawapan yang sama.” Luah Rosiah.

            “Kita sandarkan kepada ALLAHsajalah. Insya-Allah, setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya.” Hamid berfikirlebih positif. Memang benar, ujian itu datang daripada ALLAH atas tandaingatan-NYA terhadap setiap insan.

            Akhirnya mereka membisu. Yangkedengaran hanya bunyi cengkerik, bunyi burung hantu dan siulan angin yangbertiup dari arah utara. Disebabkan ketiadaan lampu jalan, Hamid hanya memanduberpandukan cahaya lampu keretanya yang agak terbatas.

            Malam semakin larut. Jalanperbukitan yang terletak di antara banjaran gunung terasa sejuk mencengkamtubuh. Mereka terpaksa mengenakan jaket tebal untuk meningkatkan suhu badan.Kabus semakin tebal. Angin semilir tiba-tiba bertiup agak kencang. Pokok-pokokdi tepi jalan bergoyang tak tentu arah.

Masainilah kabus putih memenuhi bahagian dalam yang masuk melalui saluran penghawadingin kereta. Pandangan mereka menjadi terbatas. Hamid hilang kawalan. Keretayang dipandunya meluncur laju ke arah gaung banjaran pergunungan yang curam.Kereta itu terus meluncur seperti ular dipalu. Mereka di ambang maut.

Kota Damansara

MALIKmemerap dirinya di dalam rumah. Sudah dua hari dia begitu. Malah, kerjanyasebagai penganalisis bursa saham di salah sebuah syarikat terkenal di KualaLumpur terpaksa ditinggalkan. Malah, hendak turun untuk membeli makanan pun diaenggan. Dia lebih rela mengisi perutnya dengan mee segera. Itu pilihan terbaik.

Diabertindak begitu agar keselamatan dirinya terjamin. Atas dasar fitnah, dialelaki yang dikehendaki Polis. Kalau tertangkap, dia akan diadili di mahkamahberdasarkan rakaman CCTV semasa di Hotel Hilton. Dan sudah pasti, hayatnya akanberakhir di tali gantung. Mati Mandatori! – cara mati yang tidak diingini semuaorang.

Diamelamun jauh. Nasib yang menimpa dirinya teramat pahit untuk dirasa. Hari-hariyang dilaluinya terlalu getir. Dia tidak bebas lagi – umpama burung yangdimasukkan di dalam sangkar. Dunianya hanya di situ walaupun Tuhanmenghamparkan bumi yang penuh rahmat. Maha Suci ALLAH.

Malikmengalihkan pandangannya apabila telefonnya berdering. Nama ‘Maria’ terpampangdi dada telefon. Dia segera mengangkatnya. Mungkin Maria dapat menolongnya.“Hello, kenapa Malik tak balas mesej Maria?” Suara gadis itu agak hambar dihujung corong telefon.

“Maria,saya perlu jumpa awak sekarang. Tolong datang ke rumah saya di Damansara. Maaf,kredit saya habis.” Jujur Malik.

“Kamuokay, Malik? Kejap lagi I topupnombor You.” Suara Maria serta-mertaberubah. Timbul simpati apabila mendengar suara Malik tadi. Daripada suaranya,Malik sangat tertekan.

I have a big problem. Please come here faster.Thanks, Maria.” Ujar Malik. Tidaklama kemudian, dia mematikan panggilan. Maria terkedu. Dia tidak menunggu lama,kunci keretanya dicapai dan memandu ke arah pusat bandar raya Kuala Lumpursebelum menuju ke Kota Damansara. Dia mesti cepat, Malik mempunyai masalahbesar, dan dia harus menolongnya.

MARIAmenekan punat loceng rumah Malik berulang kali. Selang beberapa saat, pintudibuka dari dalam dan tangannya ditarik. Malik segera menutup pintu itu semula,dan melabuhkan dirinya di atas sofa. Dia kelihatan serba salah. Dirinya tampaktidak terurus.

            “Whatis you problem, Malik?” Maria terkejut melihat Malik. Lelaki itu sepertikurang siuman.

            “It’sis about you family and law.” Kali ini, Malik berterus terang.

            “Whatthe word you have say!” Mata Maria terbelalak.

            “Yeah,about you father. Datuk Haris!” Malik menekup wajahnya yang sugul. Mariaterkedu. Dia kehilangan kata-kata.

            “Kenapa, Malik?” Kala ini, air mataMaria mula mengalir lesu dari kelopak matanya.

            “Saya difitnah membunuh ayahmu,Maria. Damn it! I don’t do that. I’m notassassin!” Malik memicit tengkuknya yang terasa tegang. Dia pantas berdiridan mencapai beberapa keping gambar dari beg sandangnya.

            “Tengok ni. Ini semua kerja oranggila!” Malik berang.

            Maria segera mengangkat muka dan menyambutbeberapa keping gambar yang diunjuk kepadanya. Dia meneliti setiap inci gambar.Memang muka Malik. Dia dikehendaki pihak Polis atas tuduhan membunuh. Maka,kesedihan di hatinya kian parah. Matanya sembam.

            “Kau pembunuh, Malik! Kau pembunuh!”Serta-merta suara Maria menjerit nyaring.

            “NoMaria, listen to me. I’m not crazy to kill people.” Ujar Malik yang kiantertekan.

            “Kau mesti bertanggungjawab ataskematian ayahku, Malik.” Maria hilang akal. Karakternya serta-merta berubah.

            “Maria, aku tak buat semua tu. Akudifitnah!” Malik membela dirinya.

            “Kau mesti mati, Malik!” Seiringdengan itu, Maria pantas berdiri dan mencapai gunting yang berada di atas meja.Dia meluru pantas dan menikam dada kiri Malik.

            Lelaki itu pantas mengelak. Guntingyang ditikam kepadanya hanya menembusi sofa kulit di ruang tamu itu. Maliksegera menangkap tangan Maria dan digenggam erat. Dia benar-benar terkejutdengan tindakan drastik gadis itu. Nasib baik dia berjaya mengelak, kalau tidakdia akan mati!

            “Youwill kill me, Maria!” Malik marah-marah.

            “Iwanna to kill you, because I was start to love you, Malik. Damn it!” Mariamenangis teresak-esak. Malik terpempan. Jantungnya seperti terhenti berdetak.

            “Maria… tolong bertenang.” Kali ini,suara Malik agak lembut bernada memujuk. Dia pantas mencapai gunting di tangankanan Maria dan dicampak ke sebelah kiri. Kemudian, Malik merenung gadis itu dalam keadaan serba salah. Buatsementara waktu, dia membiarkan saja gadis itu menangis semahunya.

            “ILove you, Malik. Please don’t leave me.” Ujar Maria dalam esak tangisan.Malik benar-benar tersentuh. Maria juga begitu.

Akhirnyaperasaan halus di dalam hatinya terluah juga. Sebelum ini, dia amat tertekankerana merindui lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya. Dialah lelaki pertamayang berjaya mengetuk naluri wanitanya. Dan dialah lelaki terakhir yangdiingininya. Cukup! Cinta itu hanya satu. Tiada dua dan tiganya.

Previous: BAB 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.