MATANYA dibuka perlahan-lahan. Suasana
dalam bilik itu gelap. Terlalu gelap hingga dia meraba-raba disekelilingnya.
Tangannya menyentuh sesuatu. Apa yang disentuhnya itu? ‘Benda’ hidup atau ‘benda’
mati. Bendalir warna merah melekat-lekat pada jari-jemarinya. Bau yang hanyir.
Cahaya
mula menerangi bilik yang tadinya gelap. Bola matanya membulat besar. Dia menoleh
pada ‘benda’ yang disentuhnya tadi. Sekujur tubuh manusia yang berlumuran darah.
Suaranya menjerit lantang.
Faris
terjaga dari mimpinya dengan nafas tercungap-cungap. Baju tidurnya turut
dibasahi dengan peluh. Dia mengangkat kedua-dua belah tangannya. Helaan nafas
lega dihembuskan. Kebelakangan ini, dia makin kerap di datangi mimpi-mimpi
ngeri yang menyebabkan tidurnya tidak cukup. Zaman universitinya, mimpi ngeri
yang dialaminya tidaklah sekerap ini. Faris gelisah. Mimpi-mimpi ngeri itu
mengundang misteri dalam hidupnya.
“SAYA rasa tiada apa-apa masalah pada
awak. Mungkin awak terlalu kuat berhalusinasi sendiri. Awak wujudkan perkara
yang tidak wujud sebenarnya.” Itu yang dijelaskan oleh pakar psikiatrinya,
Doktor Rabiatul sepanjang sesi temujanji yang dihadirinya.
Faris
hanya membatu diri. Dia seperti tidak boleh menerima penjelasan dari Doktor Rabiatul
itu. Dia yakin yang dia tidak berhalusinasi. Tapi dia tidak punya bukti apa
yang dilihatnya itu adalah sahih dan realiti.
Dengan
langkah longlai, Faris melangkah keluar dari bilik tersebut. Kenapa tiada orang
yang mempercayai kata-katanya itu?
“Sayang…”
Nadia, teman wanita Faris menghampiri. “Macam mana?” Nadia memaut lengan Faris.
Kepalanya dilentokkan pada bahu Faris.
“Doktor
cakap I berhalusinasi.” Faris menghela nafas panjang.
“Kan
I dah beritahu you. You tak mahu dengar. Semua tu halusinasi you aje.” Nadia
mencuit hidung Faris. Bibirnya mengukir senyuman.
“Tapi
I…”
Faris
tidak meneruskan kata-katanya. Faris tidak pecaya yang dia berhalusinasi.
Mimpinya itu seperti benar-benar berlaku.
“You
tu kerja kuat sangat. Apa kata kita pergi bercuti? you kena rehat-rehatkan otak
dan badan you juga. Jangan asyik fikir soal kerja you yang tak pernah habis tu.”
Nadia memberikan cadangan. Dia mahu juga Faris menghabiskan masa bersamanya
sekali-sekala.
“Dengan
you?” Faris mengerling kekasihnya itu.
“Habis
dengan siapa lagi? Dengan I lah. Takkan you nak bercuti dengan budak nerdmata empat tu?” desis Nadia. Bibir
Nadia mencebik.
“I
tak mahulah.” Faris menolak.
“Bukan
pergi berdua tapi pergi dengan rakan-rakan I. Bilik asing-asing. You ingat I
nak kongsi bilik dengan you? I ni nampak aja ala kebaratan tapi masih tahu juga
buruk-baik.” Nadia memuncungkan bibirnya.
Faris
hanya tersenyum. Perempuan seksi tak semuanya nakal dan jahat.
AKU nampak lagi. Aku nampak lagi pada
bayang-bayang lelaki itu. Bayang-bayang yang menakutkan. Dia bangun dan memeluk
erat buku-bukunya. Dia ingin berlalu tetapi bahunya berlaga dengan lelaki itu.
Buku-buku yang dipeluknya jatuh bertaburan atas lantai. Dia membongkokkan
tubuhnya mengutip buku-buku itu semula.
“Sorry As,” Faris memohon maaf.
Dia hanya mengorak senyuman
kecil. Dia tidak menyalahkan lelaki itu. Dia yang lalai.
Dia yang kelam-kabut hingga langkahnya
tidak tentu arah. Matanya hilangnya tumpuan.
Faris
membantu memungut buku-buku tersebut lalu diserahkan semula kepada Asmida.
Asmida gadis yang agak pendiam, tetapi Faris menyenangi tingkah gadis itu.
Gadis itu tidak banyak songeh dan merendah diri.
“Takpe.”
“Kelam-kabut
semacam. Awak nak ke mana?”
“Er...
saya ada hal sikit.”
“Hal
kecemasan ke? mak awak sakit lagi?”
Asmida
menggeleng laju.
“Saa…
saya…”
“Faris!”
Nadia muncul di antara mereka. Wajah Nadia berubah melihat Asmida bersama
Faris. Dia cukup tidak berkenan jika Faris berbual-bual dengan Asmida. Dia tidak
suka Faris rapat dengan perempuan lain. Hatinya akan diasak rasa cemburu.
Asmida
mengambil peluang mengorak langkah panjang. Jalannya menunduk. Gelagat Asmida
menjengkelkan hati Nadia.
“Apa
hal cari I?” soal Faris.
“I
nak ajak you join sekali dalam discussion
percutian kita tu.” Nadia sudah memaut lengan Faris.
Dia
sudah tidak sabar mahu bercuti dengan lelaki itu.
“Tak
perlulah.” Faris masih tidak bersetuju. Dia bukannya tidak mahu pergi bercuti
bersama Nadia tetapi dia tiada mood
untuk bercuti.
“Faris….
you kena release tensionyou tu. Kalau you melepak di library ni pun you akan stress.
Or you selalu ke sini sebab budak nerdtu.”
Nadia suka menuduh
melulu. Entah berapa kali Faris perlu menjelaskan kepada Nadia
yang perhubungan antara dia dengan Asmida
hanya berlandaskan ikatan persahabatan, tidak lebih dari itu.
“Apa
you merepek ni? As tu kawan biasa I je. Kami kenal pun di library. Coversikit
cemburu buta you itu.”
“Manalah
tahu hati you berubah pada dia.” Muncung Nadia semakin panjang.
Faris
menggeleng perlahan. Nadia tidak habis-habis dengan sikap prejudis pada Asmida.
“Teman
I makan. I lapar.” Faris mengubah topik perbualan. Dia tidak mahu Nadia terus-
terus berbicara tentang Asmida. Kesian
gadis itu. Gadis itu tidak pernah menimbulkan onar. Asmida seorang gadis yang
baik. Gadis yang hanya disenangi sebagai seorang sahabat. Nadia
menyalahtafsirkan perhubungan antara dia dengan Asmida.
“I
tak nak makan di restoran mamak.” Nadia merengek. Tekaknya tidak boleh menelan
masakkan mamak. Loya.
Faris
sudah masak dengan selera Nadia. Nadia memang cerewet. Dia hanya ikutkan saja.
Nasib badan dapat kekasih high
maintenance seperti Nadia.
Sebaik
Faris berlalu bersama Nadia, Asmida keluar dari persembunyiannya. Wajah seram
pada bayangan Faris itu
menggusarkan hatinya. Jika dia memberitahu
pada Faris, nescaya lelaki itu menganggap dia berkhalyal.
“Hoi!”
Ada suara yang menyergah Asmida dari belakang. Asmida menjerit kecil.
Lelaki
berambut panjang paras bahu itu tersengih. Asmida mengetap bibir geram. Dia
boleh lemah jantung disergah begitu.
“Kau
ni tak abis-abis stalker si Faris tu.
Aku tahulah kawan baru kau tu hensemtapi
dia dah ada makwe kan? tak baik kacau hak orang lain. Cukuplah aku ada dengan
kau.” Johendry kurang senang Asmida rapat dengan Faris.
“Aku
bukan stalker.” Asmida menolak
bingkai cermin matanya naik semula ke batang hidungnya itu.
“Habis
tu?” terjongket kening Johendry.
“Kalau
aku citerpun kau takkan percaya.”
“Ceciter pada aku.” Johendry teruja.
Asmida
menghela nafas kecil. Dia pakukan mata pada wajah Johendry. Serba salah. Dia
takut Johendry akan mentertawakan dia.
“Aku
nampak muka yang menakutkan pada bayang-bayang Faris.” Mimik muka Asmida begitu
serius ketika mengeluarkan kata-katanya.
Johendry
diam seketika mendengar kata-kata Asmida itu. Kemudian tawanya meletus. Asmida
mesti banyak menonton cerita-cerita seramlah ni. Bukan dia tidak tahu yang
Asmida memang kaki filem seram.
“Kau
ni mengarutlah As.”
“Aku
dah cakap, kau takkan percaya!”
Asmida
berkecil hati. Dia kembali mengaturkan langkah meninggalkan Johendry. Johendry
tergesa-gesa mengejarnya dari belakang.
“As!”
Asmida
tidak mengendahkan panggilan Johendry. Dia terus laju melangkah.
TIDAK berkelip mata Asmida menonton
berita yang tersiar di kaca televisyen. Polis menemui mayat seorang wanita di
sebuah rumah kosong. Penemuan mayat tersebut telah membongkarkan misteri
kehilangan wanita itu. Asmida seram sejuk. Zaman sekarang penjenayah ada di
mana-mana sahaja. Keluar rumah berdua pun sudah tidak selamat.
Wajah
mangsa dipaparkan di kaca televisyen. Anak mata Asmida seakan tidak mahu
berkalih dari menatap wajah tersebut. Perlahan-lahan wajah wanita itu berubah
menjadi wajah yang cukup menyeramkan. Punggung Asmida seperti sudah melekat
pada sofa. Dia tidak mampu untuk bergerak. Wanita yang berwajah menyeramkan itu
seakan sedang merangkak keluar dari kaca televisyen. Asmida menjerit nyaring
sambil menutup matanya.
Asmida
membuka matanya. Dia bingkas bangun dari sofa. Nafasnya termengah-mengah. Peluh
dingin memenuhi segenap ruang dahi Asmida. Asmida mengalihkan pandangan pada
televisyen yang masih terpasang di ruang tamu itu. Filem seram The Ring masih
berputar dimainkan oleh DVD playernya.
Dia meraup-raup wajah. Dia bermimpi rupanya.
Asmida
bangkit menuju ke arah dapur kecilnya di ruang apartmen sewanya itu. Dia
membuka pintu peti ais. Sekotak susu soya jenama Marigold dipegang lalu dia
menuang ke dalam gelas. Asmida tinggal sendirian menyewa di apartmen tujuh
belas tingkat ini. Dia lebih selesa berseorangan dari duduk dengan orang lain.
Lagi pun dia bukannya ada ramai kawan rapat selain Johendry. Orang tuanya juga
bising dengan sikap dia yang seperti ‘kera sumbang itu’. Biarlah dia seperti kera sumbang asalkan tidka
menyusahkan orang lain.
Asmida
bermenung seketika sambil memusing-musingkan gelas di tangan. Kebelakangan ini
dia sering bermimpi ngeri. Dia tidak sedap hati. Mimpi-mimpi itu seolah-olah
bagaikan satu petanda.