Home Novel Seram/Misteri DAMPING CINTA
DAMPING CINTA
Pemburu Malam
8/11/2017 13:58:08
42,501
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 1

AKHIRNYA meja kopi itu menjadi tempat untuk dia melampiaskan amarahnya pada Rafena.Pelbagai cara dia guna namun semuanya tak jalan.Gadis itu tetap dingin dan angkuh padanya.Apa dia ingat pekerja kampung sepertinya tak mampu menyara anak dara orang ke ? Jangan pandang sebelah mata ya ! 

" Hoi ! Kau kenapa ? ," teriak seseorang dan bahu itu ditepuk kuat.Rafael agak terperanjat sedikit.Gelas teh susunya yang kaku atas meja, tanpa sebarang amaran, terus temannya itu teguk dengan slumber.

" Eheh ! Aku pun tak minum lagi ?," Soal Rafael yang kini bengang pula dengan sikap temannya itu." Alah, kau ni ! Aku minum sikit je pon...," sungutnya lantas meletakkan gelas berkenaan atas meja.

" Kau ni kenapa Raf ? Aku tengok muka kau tu dari tadi masam aje ? Ada masalah ke ? "

" Takkan kau tak tahu kot"

" Pasal awek lah tu " Telah Osman kawan sekelas Rafael tersenyum sinis.Bukan dia tak tahu pasal Rafael yang terlalu obses pada Rafena semenjak mereka bersekolah lagi.Namun,mahukah Rafena memandangnya sedangkan gadis itu lulusan universiti luar negara, kerja pula di Kl.

" Apa lagi , Man ? Aku dah buat macam-macam tau tak ! Tapi dia tetap pandang hina pada aku ! "

" Raf, perempuan macam Rafena tu kau kena ajar sikit ! "

" Apa maksud kau ? Apa kau nak aku pukul dia ? Kau nak menambahkan lagi rasa bencinya pada aku lagi ke ?"

" Sabar bro....Aku tak bermaksud demikianlah ! "

" Dah tu apa ? Apa lagi yang aku kena buat bro ? Aku mulalah nak rasa fed up ! " 

" Kalau kau tak dapat cara kasar ! Apa kata kau guna cara lain pula ?"

" Maksud kau ? Bomoh ? Huh! Berkesan ke ? Ada lagi ke zaman sekarang ni bro ? Lagipun kat kampung kita ni mana ada bomoh ! Bidan pun harap Bidan Esah tu jela " 

Hampir tersedak Rafael tatkala mendengar cadangan temannya itu.Kelakar rasanya.Bomoh bagai ! Kalau orang dah tak suka! Buatlah apa saja tetap tak suka ! Tapi, itu kata Rafael ! Tak cuba manalah nak tahu kan, hasilnya ? 

Osman di sisi tersenyum seraya menggelengkan kepalanya." Mana kau tahu , kat kampung kita ni takde bomoh ? ," soal Osman seraya menjungkitkan keningnya.

" Aku tahulah ! Dah aku orang kampung ni ! "

" Hah ! Tu yang kau silap ! Kalau betul kau nak aku boleh tolong ! Kalau kau nak lah kan ! Aku tak paksa....kalau kau betul serious nak dapatkan cinta Rafena ...."

Cadangan dari Osman membuatkan Rafael berfikir dua kali.Rafael sebenarnya seorang yang skeptikal , dia susah mahu mempercayai tentang ilmu batin dan alam ghaib ini .Bukannya dia tiada didikan agama langsung.Tetapi, jika difikirkan semula dah pelbagai cara dia lakukan untuk meraih cinta Rafena tapi satu pun tak berjaya.

Perlukah aku cuba yang ini ? Soal hatikecilnya .Dahi berkerut agak lama.Osman disebelah tersenyum , kerana dia yakin Rafael pasti mahu mencubanya memandangkan obsesnya pada Rafena bukanlah main- main.

" Tak payah fikir lagi , bro "

" Kau nak bawa aku jumpa bomoh mana ? Bomoh siam ke asli ? Atau wak indon ?" 

" So , kau bersetuju ke ni ?," soal Osman inginkan kepastian." Tapi , satu je aku nak ingatkan kau ! Sekali kau dah melangkah jangan kau berpaling lagi .Tak salahkan jika kita mahu mencuba.Setahu aku , inshaa Allah menjadi sebab bomoh yang akan kita berjumpa ni , bukanlah sebarang bomoh ! "

" Baiklah , aku bersetuju.Bila kita nak perginya ? "

" Hai , tak sabar nampak" 

" Eh, mestilah " 

" Esok, malam kan malam keliwon so aku ambil kau jam 10 ....Bomoh itu selalu lakukan rawatannya selepas jam 12 tengahmalam..."

" Apa yang perlu aku bawa, bro ? Pengeras ? "

" Takpe, kita jumpa dahulu and tengok macamana k " 

" Kejap , bomoh ni pakai khadam ke ? Saka ? "

" Ish, kau ni ! Banyak soal pula...Kau nak ke tak nak ni aku tolong ?" 

" Okay ! Okay ! Aku nak..

" Persetujuan itu melebarkan lagi senyuman Osman yang penuh bermakna itu.

Perbincangan mereka tamat disitu sahaja memandangkan hari kian merangkak ke waktu senja.Beduk lantang kedengaran dari masjid berdekatan.


**********


RAFENA berbasikal melalui lorong kecil itu seperti biasa.Dari jauh kelihatan sebuah motor honda berwarna merah berhenti betul- betul ditengah laluan ." Siapa pula tu," soal Rafena seraya memperlahankan kayuhannya tika itu.

Akibat jalan yang berlubang dan berbecak Rafena terpaksa mengayuh berhati- hati sebelum tiba di hadapan pemuda berkenaan." Kau nak apa lagi," soalnya tatkala , helmet dikepala Rafael telah pun dia tanggalkan.

Rafena agak rimas dengan pemuda itu sebenarnya.Mana taknya, tak faham bahasa! " Fena, kenapa kau ni sombong sangat dengan aku ? Dengan Mail, Leman tak pulak ? Apa kurangnya aku ni ?," soal Rafael sedikit tegas .Dia soal elok- elok tapi dapat jawapan macam apa je ! Sakit jugak hatinya ! 

" Sebab kau tak pernah nak faham bahasa! Sudahlah , aku nak cepat ni ! " Rafena cuba menyorong basikalnya ke hadapan namun, di halang oleh Rafael .

" Ya, memang aku tak faham ! Dan takkan pernah faham "

" Aku nak cepat ni !"

" Fena , sabar ok ! Aku nak cakap sekejap je ....Takkan itu pun tak boleh ? Tak manis, gadis semanis engkau berkelakuan begini ...." Rafael cuba menyentuh rambut Rafena, dengan pantas Rafena menolaknya kasar.

" Lagi sekali kau cuba berkurang ajar ! Aku akan menjerit ! " 

" OO....Nak menjerit ? Hah, menjeritlah ! Jeritlah ! ," cabar Rafael tersenyum seraya mendepangkan tangannya .Dia tahu laluan yang sunyi itu mustahil ada orang yang lalu- lalang .

Handle basikal semakin erat dia genggam hanya menanti masa yang sesuai.Bohonglah jika dia tak takut berduaan begini dengan Rafael apatah lagi ditempat yang sunyi sebegini.Hari pula makin lewat petang.

" Kau jangan cuba apa- apakan aku ! "

" Abang nak buat apa sayang ? " Sindir Rafael sengaja mempermainkan perasaan gadis yang semakin pucat itu.Sengaja dia cuba menghampiri dan sengaja juga dia cuba memegang handle basikal gadis itu.

" Aku kata jangan dekati aku ! " Bentak Rafena semakin sakit hati.Makin dilayan makin menjadi perangainya itu.Rafael tersenyum mengejek." Fena, janganlah sombong sangat dengan aku , jijik sangat ke aku ni , Fena ? Mentang- mentanglah aku ni takde kelulusan macam kau ....Tapi, kau kena ingat aku te....tap ada ' keistimewaan' ...." 

Rafena semakin gelisah apatah lagi di ugut begitu." Aku bukan pandang hina pada kau , Raf tapi aku harap kau memahami aku .Aku memang tak bersedia untuk bercinta lagi apatah lagi berkahwin.Aku memang takde sesiapa lagi dalam hidup aku ....Aku minta maaf jika selama ini aku berkasar pada kau ....," ujar Rafena kembali lembut .Dia cuba bermain psikologi sama seperti Rafael .

" Tapi Fena , aku memang serius terhadap kau .Aku janji aku akan cari kerja elok- elok kalau kau sudi menjadi kekasih aku..." Rafael yakin ada ruang lagi di sudut hati gadis bernama Rafena.

Satu bunyi tembakan bergema dan memeranjatkan pasangan itu .Mungkin pemburu dapat menembak buruan mereka di hutan belakang laluan itu.Akibat dari itu , akhirnya Rafena dapat membolosi dirinya dari halangan Rafael yang terlangut- langut melihat langit itu.

" Baliklah Raf, hari makin gelap .Kang tak pasal- pasal terserempak dengan pak belang pulak...! ," teriak Rafena tersenyum mengejek lantas mengayuh laju.

" Cis ! Tak apa ! Tak apa ! Kali ni kau terlepas! Akan datang , akan aku pastikan kau takkan terlepas dari aku ! " Tekad Rafael tersenyum penuh makna.Motor dia naiki tanpa helmet dikepala enjin di hidupkan sebelum motor itu juga meluncur laju membelah laluan campuran aspal juga tanah merah itu .

Laungan azan bergema kini mengajak para muslimin sekalian mengerjakan fardu maghrib.Beberapa ekor ' penunggu ' pokok yang sedang asyik melihat pasangan tadi kini bertempiaran lari mencari tempat persembunyian.


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.