BERPELUH dia kini yang terpaksa bersembunyi di balik almari .Rafena termengah- mengah kini.Apa sebenarnya yang mengejar dia tadi ? Kenapa semakin hari semakin banyak gangguan yang terpaksa dia hadapi ? Dia cuba terjengket untuk menjenguk sama ada ' benda' itu dah hilang atau pun belum.
" Mak !! " Laungnya benar- benar terkejut ." Fena! Kamu ni kenapa ? Lamanya mandi ? Mak abah dah lama tunggu kamu di bawah ? Kamu masuk ikut mana ?" Bertubi- tubi soalan yang terpancul keluar dari mulut Bu Senah .
" Mak..Terkejut Fena.Aik, takkan tak nampak Fena masuk tadi mak ? " Rafena semakin pelik.Bukankah dia nampak mereka sedang menanti dirinya di meja ." Ya Allah, tak ada.Kamu tulah pasal selagi tak senja , selagi itulah tak turun mandi .Ni dah maghrib belum ni ? Yang berpeluh ni dah kenapa pula? " Bu Senah menggelengkan kepalanya.Seram pula jadinya.Bukannya dia tak tahu kisah kampung ini.
" Fena, pergi dulu .Mak abah makanlah dulu...Fena, Fena ...." Akhirnya jatuh terjelepok ke lantai .
*******
" FENA, tak kira mak .Fena mesti jumpa abang Raf .Fena rindu dia .." Rontaannya walaupun kuat namun masih lagi tidak dapat lepaskan dirinya." Apa yang telah terjadi ni bang ? Senah tengok Fena lain sangat lepas kita balik kampung hari itu.Tengah- tengah malam nak jumpa anak teruna orang , buat apanya ?," tukas Bu Senah .
Pak Tahir merenung Rafena tajam.Tak pernah anak tunggalnya itu berkelakuan sedemikian rupa.Dia bagaikan dirasuk sesuatu ." Senah, kau kunci pintu bilik cepat " Arah Pak Tahir menarik tubuh isterinya itu.
" Abang ! Kenapa ? Lagilah bahaya tinggalkan dia seorang dalam bilik tu !"
" Kau jangan ke mana- mana aku nak pergi rumah Rafael! Tentu dia ada kaitan! Bukannya aku tak tahu , si Raf tu ada hati dengan anak kita !"
" Habis tu , abang nak tuduh dia ke ? Siasat dulu bang .Jangan main pukul je bang ...Dia masih ada ibubapa "
" Ada aku cakap , aku nak serang dia ke ? Dah, aku keluar dulu " ujar Pak Tahir dengan pantas menyelit keris pusaka di pinggang." Abang , hati- hati bang ..." pesan isterinya.Dia juga pening , tak tentu pasal anaknya itu meroyan !
Tanah dikambus semula.Rafael tersenyum.Dia yakin bahawa kini Rafena ingin menemuinya.Berkali- kali malahan tak terkira jumlahnya seruan nama gadis itu.
Dari pantulan cermin, nyata Rafena bukanlah Rafena yang sebenarnya.Bayangan yang kelihatan di muka cermin bagaikan bertimbal balik dengan roh Rafena dalam satu jasad .
" Bukak! Bukak pintu ni ! Mak , bukak pintu ni mak ! Kasihanilah Fena , mak ! Fena nak jumpa abang Raf , mak!! " Berkali - kali pintu itu di ketuk kuat .
Bu Senah semakin meremang buluromanya tatkala suara Rafena sering bertukar ke suara orang lain.Suara itu pula suara yang menyeramkan.
" Abang Raf!!!! Tolong Fena, abang!! Huhuhuhu....Mak!! Lepaskan Fena mak ! Lepaskan Fena! " Liar matanya memerhati sekeliling.