Mujurlah Rini berpatah semula. Diaseperti terlupa
sesuatu. Sesuatu yang entah apa bendanya. “Abang?!” Dia terkejut tatkala
melihat Que tergolek-golek atas lantai sambil memeluk kain langsir
tingkap. Aneh.Namun pemandangan itulah yang tersaji depan matanya.
“Kenapa dengan abang ni?” Segera dileraikannya kain langsir tersebut
dari dakapan Que. Que tersentak lalu tergesa-gesa bangun. “Apa yang
telah berlaku?”
“Awak tak apa-apa ke?” sua Que pula. Mukanya kelihatan bimbang amat sangat. Rini bingung dibuatnya.
“Rini
okey. Abang yang tak okey.” Nafas yang tersekat dalam batang
rengkungnya dilepaskan, kemudian dihela berulang-kali. “Abang menakutkan
Rini. Agaknya abang belum bersedia untuk kembali ke sini.” Gadis itu
nampak kecewa. Wajahnya bertukar muram.
“Abang nampak Rini dibungkus oleh kain langsir tu,” katanya cuba menjelaskan.
“Rini
baru aje sampai, bang.” Ekor matanya dililaukan ke arah bangku kayu,
tempatnya melabuhkan punggung sebelum ni. Que menggaru kepala. Dia jadi
bingung selepas mendengar kata-kata Rini.
“Agaknya, rumahburuk ni berhantu.”
“Rumah ni tak berhantu tapi abang tu...”
“Kenapa pula dengan aku?”
“Abang berhantu.”
“Heh! Rini cakap baik-baik!” Nada suara Que meninggi.
Rini
mengetap bibir. Wajahnya berubah masam. “Dah lama Rini jaga rumah ni
untuk abang. Selama bertahun ni, Rini amat berharap supaya abang kembali
ke sini dan menjernihkan keadaan...”
“Keadaan apa yang hendak
dijernihkan?” celah Que kurang senang. “Aku ada buat salah ke sebelum
ni?” ajunya. “Lagi satu, rahsia apa yang aku sorokkan hingga Rini jadi
begini? Rini seolah benci dan marah pada aku? Rini ni siapa sebenarnya?”
Pedih hati Rini apabila disoal bertubi-tubi . “Tak sangka abang dah lupa pada Rini.” Gadis itu semakin terkilan.
Que mengguman. “Bukan lupa tapi tak ingat, Rini. Aku macam pernah nampak Rini tapi bila dan di mana?”
“Abang dah semakin dah tak betul. Atau sebetulnya abang masih sakit!” katanya tanpa memandang muka lelaki tersebut.
“Aku
sakit ke?” Bingung sungguh Que dibuatnya. Que mengalihkan pandangan dan
terkejut apabila melihat3 batang tubuh tercongok di luar. Tubuh-tubuh
itu kelihatan rentung seperti terbakar.
“Ya, abang tak tahu ke abang sakit?” Rini berdecit lantas berkata kasihan.
“Aku sakit apa?”
“Rini
pun tak tahu abang sakit apa?” Rini segeramengambil selendang miliknya
yang masih terhampar di atas bangku. Kini baharu diketahuinya selepas
terpandang selendang tersebut. Benda itulah yang dia terlupa tadi.
“Selendang tu Rini punya ke?”
Rini memandangnya. “Ya. Kenapa abang tanya?”
“Aku
seperti pernah melihatselendang tu.” Dalam benaknya, kelihatan seorang
gadis sedang mengenakan selendang tersebut ke kepala. Pergerakan gadis
itu amat lambat selain berkabus. Ya, lokasi tersebut berkabus dan Que
tidak berjaya melihat siapa sebenarnya gadis tersebut.
“Tak apa. Abang cuba ingat lagi sampai ingat kesemuanya.” Rini hendak pergi.
Que
mengeluh. Kegagalannya melihat gerangannya gadis yang berada dalam
mindanya itu amatlah mengecewakannya.“Malam masih muda. Rini temankanlah
abang buat seketika lagi.” Que sengaja menahan gadis itu. Lagipun,
masih bertambun soalan yang belum terbongkas dalam benaknya. Rini
mengguman. Dia nampak serba-salah. “Akumahu merisikkan beberapa
perkara.”
Akhirnya Que berterus-terang. Dia tidak mahu bertele dan
melengahkan gadis itu. Rini masih seperti tadi. Tiada jawapan mahupun
kepastian yang diberikannya.“Apa yang abang mahu tahu?” soalnya seperti
bertegas.
“Apa yang Rini tahu pasal aku? Kenapa aku berada di sini? Apa rahsia aku dan kenapa aku tak ingat pasal Rini?”
Rini tidak segera menjawab. Soalan tersebut memaksanya berfikir sejenak. “Sebenarnya Rini pun tak tahu nak kata apa...”
“Tapi
sekurang-kurangnya Rini ada jawapan untuk salah satu dari soalan-soalan
itu.” Pemuda itu seperti tidak berpuas hati. Nada suaranya kedengaran
mendesak.
“Abang berada di sini keranaitulah yang harus terjadi.”
“Okey,
apayang pentingnya aku berada di sini?” Queberasa sesak. Semua
persoalan yang bertali arus dalam benaknya amat menyesakkannya. Bunyi
angin berhembusan dari arahbarat berjaya mengalihkan perhatian mereka
berdua.
“Rini harus pergi.” Gadis itu segera meminta diri. “Kita
jumpa besok,” ujarnya apabila Que memepat haluannya. “Dah malam bang.
Rini harus pergi.”
“Tapi, aku belum selesai lagi.”
“Jawapan
untuk soalan-soalan abang tu ada dalam kepala abang sendiri.” Rini
beredar pergi. Que hanya mampu memandangnya tanpa sebertih kata. Hatinya
merudum kerana kecewa. Dia mahukan jawapan dan pemergian gadis itu
menghampakannya. Dia mengatup daun pintu selepas batang tubuh Rini lesap
dari pandangan.
SEBAGAIMANA sebelum ini, Que kembali duduk
di atas bangku danmelangut. Ekor matanya dibiarkan merayau, meneroka
kesemua ruangan. Rumah usang yang kelihatan bersih dan terjaga itu tidak
berisi perabot. Hanya beberapa biji bangku yang sudah berkulat bersepah
di situ. “Bagaimana aku boleh berada di sini? Siapa yang hantar aku ke
sini?” monolognya lalu cuba mengingat. Namun balang fikirnya kosong.
Situasi
ini menyakitkan hati Que. Dia ingin benar mengingat namun tidak mampu
berbuat demikian.Kesemua memori yang mengisi rongga fikirnya agak samar.
Wajah-wajah yang berlegar di situ berkabus. Suara-suara mereka juga
bagaikan dengung lalatketika menghurung bangkai yang sudah membusuk.
“Huh!
Kalau Rini tak tahu apa-apa, mesti ada orang lain yang tahu,” ujarnya
cuba memujuk hati.Dia tersentak apabila terdengar suara-suara membisik
di luar pintu. Suara tersebut saling berbual tanpa diketahui biji
butirnya. Que cepat-cepat bingkas dan berjalan perlahan ke arah pintu.
Dia mahu membuka selak, namun kasadnya lunyai apabila terpandang lubang
kecil pada dinding.
Tanpa bertangguh, Que membongkok di situ lalu
mengintai.Aneh! Dia tidak melihat sesiapa di luar. Meskipun suara-suara
tersebut masih rancak mengetuk gegendang telinganya. “Agaknya mereka
adalah pemilikjasad-jasad rentung tadi?” Debaran di dadanya tiba-tiba
memacu keras. Waktu yang sama, sayup-sayup kedengaran bunyi rintihan
burung pungguk mengisi ruang udara.
Situasi tersebut membuatkan
bulu roma Que mencuar. Dia berasa seriau tatkala memikirkan sesuatu.
“Akukah yang berhantu ataupun rumah ni?” Dia jadi tak keruan. Tunaknya
meliar.
“Kenapa tinggalkan aku, Que?!”
Que terlompat tatkala
mendengar suara parau itu. Dia memandang kiri kanan kemudian arah depan
dan belakang. Namun tidak melihat sesiapa tercancang berhampirannya.
Pemuda itu terkejut apabila daun pintu didorong kasar dari luar. Semacam
mahu tertanggal pintu itu dilihatnya.Que tidak melakukan apa-apa,
selain melihat dan menanti.
Kala ini, angin malam mula berhembus
kencang. Bunyinya meranduk alam amat jelas kedengaran memantak telinga.
Que terundur ke belakang. Ketenangan dan kewarasannya bersepai apabila
melihat sejumlah rambutberjeliran di bawah pintu. Anak-anak rambut yang
berwarna hitam dan runcing itu bergerak masuk perlahan. Aliterasi nadi
Que terhenti seketika bila melihat rambut tersebut semakin banyak
bagaikan setimbun ular menyusur masuk.
Tidak lama kemudian, muncul
batang leher yang bersambung dengan rambut tersebut. Diikuti sepasang
bahu dan anggota tubuh lain yang lengkap berpakaian.Que berasa
cemasapabila tiba-tiba lampu di ruangan itu seperti hendak terpadam.
Suasana bertukar suram. Sementara susuk tubuh yang menipis di atas
lantai terus saja menjulur masuk. Meliuk-liuk bagaikan ular kena palu.
Sesusuk
tubuhmilik seorang perempuan berambut panjang mula timbul di permukaan
lantai. Kedua tangannya yang berjari runcing menolak lantai agar
tubuhnya terangkat. Rambutnya yang berjuraian masih menutupi wajah.Que
yang berdirimenghimpit dinding kehilangan nafas. Kedua matanya
terbeliak.
Dia enggan memandang susuk yang kini meninggi di
depannya. Namun satu kuasa seakan memaksanya supaya bertentang mata
dengan tetamu yang tidak diundang itu. Dari celahan rambut yang menutupi
wajah kelam itu, jelas kelihatan sepasang mata hitam yang berkilau
diterjah cahaya lampu. Mata itu seakan sedang menatapnya.
Merenungnya
seperti sedang marah. Itulah yang dirasakan oleh Que saat pandangan
mereka berdua bertembung. “Mengapa tinggalkan aku?” Suara itu berdesir
lirih dalam tubir telinganya. Que terbelalak apabila jelmaan itu
tiba-tiba menjunam laju ke arahnya dan lesap tatkala menimpanya.
Dia
hanya tersedar selangbeberapa saat.Permukaan dadanya turun naik dengan
pantas. Nafasnya menghambur laju dan bersesak keluar dalam waktu yang
sama. Kedua matanya yang terbuntang kembali normal. Bahunya yang
terangkat diturunkan dan dia cuba bertenang. Tindakan benda tadi amat
memeranjatkannya. Wajah hodoh hantu tadi masih bugar dalam tempurung
ingatannya.
Pemuda itu terkejut apabila melihat pintu rumah
terbuka luas. Dia segera mencari-cari batang tubuh tadi tapi tidak
melihatnya lagi.“Huh,” gumannya seraya mengurut dada. Dia berasa lega
amat sangat. Namun firasatnya mengatakan ada sesuatu tercongok
berhampirannya, lantas menoleh untuk memastikannya.
“Rini?”
getusnyaagak terkejut. Rini tidak berkata apa-apa. Raut wajahnya nampak
bungkam dan pucat lesi. Gadis itu seperti baru selesai melihat sesuatu
yang amat dahsyat. Sesuatu yang sukar dijelaskan melalui kata-kata.
“ABANG
nampak apa?” Rini keresahan. Sinar matanya mengandung syak wasangka.
Que memandangnya seketika lalu menghela nafas. Jiwa dan perasaannya
masih gundah kala ini. Sebetulnya, penangan kejadian tadi masih terkesan
di hatinya. Kehadiran Rini di situ, sedikit pun tidak berjaya mengusir
ketakutan yang berasakan dalam dadanya. “Tenang-tenang aje bang. Rumah
ni tak berhantu, tapi yang berhantu tu adalah diri abang.”
Que
mencebik. “Jangan nak loyar buruklah, Rini,” marahnya. “Kata nak balik
tadi?” Nada suaranya seperti memerli. Rini sekadar menarik nafas.
“Rini akan bermalam di sini...”
“Kenapa pula macam tu?” Nada suara Que seperti tidak senang hati.
“Sebelum ini pun, Rini memang selalu berada di sini. Siang dan malam.” Gadis itu berterus-terang. Que memandangnya.
“Kita
pasangan kekasih ke atau apa sebenarnya?” Dia hairan kenapa gadis itu
mengambil berat rumah usang ini. “Tentu ada sebabnya awak menjaga dan
membersihkan rumah ni setiap hari?”
“Agaknya.”
“Itu untuk jawapan kepada soalan yang mana satu?”
“Untuk soalan kedua. Soalan pertama, jawapannya... Rini pun tak tahu hubungan kita ni apa sebenarnya?”
Que
tersengih. “Aneh. Awak tak sakit. Tak sakit seperti aku. Bukankah
kedengaran amat pelik jika awak mengatakan tidak tahu untuk soalan
semudah tu?”
Rini sekadar mendengus.“Rini memang tak tahu
apa-apa,” ujarnya menekan suara. Que memandangnya sekilas. Mereka berdua
menyepi seketika.
“Ada yang tidak kena dalam rumah ni. Ada
sesuatu yang menghuni rumah ni. Sesuatu yang telah sekian lama berada di
sini. Sesuatu yang agaknya sedang menanti kehadiranku di tempat ni,”
desisnya bersungguh-sungguh.
“Tiada sesiapa pun yang berada di
sini selain Rini. Rini menjaga rumah ni kerana berasakan perlu
menjaganya. Rini tidak melakukan semua tu disebabkan arahan dari
seseorang.”
Que memandang gadis itu. Meneliti wajah bujur sireh
yang seakan tidak berdosa itu. Dia cuba mencari sesuatu yang barangkali
tersembunyi di sebalik wajah bersih itu. Namun tidak berjaya. Wajah itu
terlalu polos untuk disyaki. “Pernah tak awak dengar atau ternampak
sesuatu yang ganjil dalam rumah ni?” Rini menggelengkan kepala. “Dah
berapa lama awak menjaga rumah buruk ni?”
“Sudah bertahun.”
“Bertahun?” Kedua keningnya bercantum“Maksud awak berapa tahun?”
Rini segera membilang jari. “Tak tahulah berapa tahun.” Dipandanginya muka Que yang kelihatan tidak berpuas hati.
“Rumah
ni milik orang, bukan? Kenapa awak nak jaganya?” Rini angkat bahu.
Ternyata gelagatnya melahirkan keluhan Que. “Rumah awak dekat mana?”
Gadis itu memuncungkan bibir ke satu arah. Que mengangguk tanda faham.
“Jauh ke dari rumah ni?” Anggukan Rini adalah satu jawapan. Que
angguk-angguk lagi. “Awak dah kahwin ke?” Rini menggelengkan kepala
seraya tersenyum.
“Kenapa tanya?”
“Saja mahu tahu. Tak eloklah kalau kita berdua-duaan kat sini jika...”
“Jika
Rini isteri orang, gitu?” celah Rini, tersengih-sengih. Que mengangguk.
Wajahnya masih serius dan dia enggan mengukir senyum walau seinci.
“Rini bukan milik sesiapa. Rini juga tak pernah dimiliki oleh sesiapa.
Rini...”
“Okey cukup. Aku tidak berminat mahu tahu,” pangkas Que
seraya beredar ke tengah ruang. Dia terngadah di situ. Menatap mentol
lampu yang masih suram. “Bagaimana jika kita berdua tiba-tiba diserkup
kat sini? Awak tak menyesal ke?” Dikerlingnya Rini sekilas. Sekadar mahu
melihat reaksi gadis yang masih misteri dalam mindanya itu. Rini tidak
segera menjawab.
“Bagaimana dengan abang?” soal Rini pula.
“Aku tiada masalah. Aku merelakannya jika awak sudah ditakdirkan untukku.”
“Tapi abang sakit.”
“Aku nampak sakit ke? Aku rasa macam biasa saja pun.” Que berasa lucu pula apabila Rini mengatakannya sakit.
“Itu abang. Hanya abang seorang sahaja yang memahami diri abang.”