Home Novel Seram/Misteri Yang Tak Terlihat
Yang Tak Terlihat
Lemon
15/10/2020 09:11:27
40,505
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 12

"Eh?"

Rayyan mengerutkan dahi.Dia menghalakan pandangannya ke kiri dan kanan, kenapa suasana jalan ini seperti pernah dia lalui? Dikelilingi rasa hairan, Rayyan terus fokus memandu bila matanya terpandang satu pokok besar di bahagian kanan. Automatik kakinya menekan brek, membuatkan yang lain turut hairan. Bukankah ini jalan yang sama mereka lalui tadi? Dia mula bingung.

"Kenapa, Rayyan? Kau terlanggar sesuatu ke?" Soal Narmi yang hairan dengan aksi mengejut Rayyan. Wajah lelaki itu nampak keliru, buatkan dia dan Hanif turut tertanya-tanya.

"This is weird, man. Aku tak tahu, tapi aku rasa kita pusing tempat yang sama dari tadi. Aku perasan pokok besar ni yang aku nampak waktu mula-mula ke sini" Balasnya.

Hanif mengetap bibir. Kepalanya pening, sesekali dia mengerling pada puan Indah yang hanya berdiam diri di belakang. Wanita itu asyik cakap lurus, tapi sampai bila lurusnya? "Kau nak aku drive tak?"

Rayyan menggelengkan kepala. "Aku rasa kita patut patah balik ke villa, aku rasa tak senang hati. Dah hampir setengah jam kita atas jalan raya, tak patut tak sampai lagi tempat stesen minyak tu"

Hanif dan Narmi mengangguk setuju. Rayyan kembali meneruskan perjalanan namun kereta yang dipandu itu tiba-tiba bermasalah. Enjin pula mati. Itu menghasilkan keluhan dan rungutan dari tiga orang jejaka itu. Apa pulak masalah sekarang ni?

"Biar aku pergi tengok" ujar Narmi, membuka pintu kereta manakala yang lain hanya menunggu. Duduk punya duduk, Rayyan dan Hanif menghidu satu bau aneh datang dari tempat duduk belakang. Perlahan-lahan, mereka berdua menoleh pada puan Indah untuk jangka masa sekejap lantas kembali menghadap depan.

"Kau rasa bau tu bau apa?"

"D-darah. Kau perasan sesuatu tak, Yan? Cuba kau tengok belakang, dari cermin kereta. Kau tak hairan ke kenapa dia tutup separuh muka dengan selendang dia?"

Mendengar itu, Rayyan cuba menoleh sebaik mungkin. Namun terganggu bila Narmi tiba-tiba datang dan mengetuk tingkapnya. Rayyan mengeluh panjang, membuka cermin tingkap. "Ada apa?"

"Aku tak rasa kereta aku ni bermasalah. Cuba kau hidupkan enjin kereta lagi, mana tahu dapat" Arahnya.

Rayyan mengangguk. Dia cuba menghidupkan enjin sekali lagi namun gagal. Cuba dan gagal, cuba dan gagal lagi membuatkan lelaki itu mengeluh kasar. "Time ni pulak kereta ni bermasalah"

Hanif menoleh ke belakang. "Puan, ada bengkel kereta terdekat tak di sini? Rasanya kereta kami ada masalah"

Puan Indah menggeleng kepala. Matanya tidak memandang pada mereka, tapi ke luar tingkap. "Tidak. Apa kata kamu tunggu? Siapa tahu ada kereta lalu lalang yang ingin membantu kalian"

Narmi berpandangan dengan Rayyan dan Hanif. Tiada pilihan lain, mereka hanya mampu menunggu. Mereka bertiga mengambil giliran menunggu di luar, dan dua yang lain menunggu di dalam kereta. Sudah hampir satu jam berlalu namun tiada pula kereta yang lalu di sini. Boleh percaya ke puan Indah ni?

"Nep, aku tak rasa ada kereta yang akan lalu lalang. Masuklah, nanti kita cuba lagi. Mana tahu lepas few minutes nanti dia nak balik"

Hanif yang baru sahaja ingin masuk ke dalam kereta, terkejut bila mendengar bunyi kereta menuju ke arah mereka. Lelaki tua itu menekan hon, "Kenapa kereta tu dik?"

"Rosak, pak cik. Kami boleh minta tolong pak cik untuk periksa? Sebab kawan saya dah check, tapi tak ada masalah. Mana tahu pak cik tahu apa yang tak kena"

Lima minit kemudian, lelaki tua itu selesai memeriksa. Dia mengerutkan dahi, "Tak ada pula masalah kereta ni. Cuba start balik enjin tu. Jangan lupa baca bismillah"

Narmi mengangguk. Sebaik sahaja bismillah diucapkan, dia menghidupkan semula enjin kereta. Senyumannya mekar. "Dapat pakcik. Terima kasih. Oh ya, ada stesen minyak yang terdekat tak di sini?"

Lelaki tua itu tertawa kecil. "Apalah kamu ni. Mana ada stesen minyak kat sini. Habis minyak ke?"

Mendengar jawapan lelaki tua itu, mereka bertiga saling berpandangan. Bukankah puan Indah bagitahu yang ada stesen minyak di sini? "A'ah pakcik. Kalau sempat, kami nak balik esok pagi"

"Dalam bonet kereta pakcik ada tong berisi minyak. Pakcik simpan untuk kecemasan. Kalau kamu bertiga nak, pakcik boleh bagi dulu" ujar lelaki tua itu, mencapai tong minyak lalu dihulurkan pada Hanif yang menunggu di luar.

Lelaki tua itu memandang keadaan di dalam kereta, riak wajahnya berubah. Pandangan dia halakan pada mereka bertiga. "Kamu bertiga ni dari mana? Tak nampak macam orang sini"

"Kami ni dari Kuala Lumpur, pakcik. Sebenarnya kami bertujuh datang bercuti, tapi yang lain tinggal di villa Indah. Villa yang dekat dengan kawasan air terjun tu" Balas Rayyan, menunjukkan keberadaan puan Indah.

"Hesy, apa kamu mengarut ni? Kawasan air terjun tu dah lama ditutup sebab ada kes. Mana ada villa di kawasan air terjun sini. Yang ada cuma kubur lama. Baik kamu balik semula ke bandar" Pesan lelaki tua itu, menyedari ada 'benda' mengikut mereka bertiga.

"K-kubur? Pakcik silap agaknya. Ni, ada puan Indah. Pemilik villa Indah...eh? Mana pulak perginya? Dia ada kat sin tadi" Adu Narmi, mencari keberadaan puan Indah yang tidak kelihatan. Bukan dia memang ada di sini dengan mereka ke?

Lelaki tua itu beristighfar, menyuruh mereka bertiga keluar dengan segera dari kereta itu. Dia mengambil air botol dari keretanya lalu dipercik ke dalam kereta milik Hanif. Sempat dia membaca ayat kursi untuk menghilangkan 'benda' yang ada di situ. Mereka bertiga kaku sebaik mendengar penjelasan lelaki tua itu. Jadi, selama ini yang mengikut mereka bukan puan Indah? Kalau villa tu tak wujud, habis tu siapa pula puan Indah?!

"Kamu bertiga pergi bawa kawan-kawan kamu balik ke bandar hari ini jugak. Balik pakai jangan bertentangan, lurus ke depan sampai jumpa jalan simpang. Ingat, jangan toleh ke belakang bila memandu. Cepat pergi sebelum hari gelap!"

Danial yang baru pulang dari mencari akses internet berpaling bila mendengar bunyi kenderaan. Dia membuka pintu, mendapati mereka bertiga sudah termengah-mengah di hadapannya. Belum sempat dia membuka mulut, Narmi terlebih dahulu bersuara.

"Let's get everyone out of this place. Cepat!"

Tidak membantah, Danial segera mendapatkan Elisa dan Raihana yang duduk di dapur menunggu. Mereka berenam segera ke bilik masing-masing, mencapai apa yang patut sebelum berkumpul di ruang tamu. Elisa mencari-cari kelibat seseorang, "Anep, bukan puan Indah ada dengan korang ke tadi?"

"Saya tak rasa awak nak dengar jawapan tu. Semua sudah? Farah mana?" Jawab Hanif, tak nampak pun bayang sepupunya dari tadi. Wajah hampa Elisa membuatkan yang lain seakan dapat agak apa jawapannya.

"Farah, Farah...hilang"


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lemon