Home Novel Seram/Misteri Yang Tak Terlihat
Yang Tak Terlihat
Lemon
15/10/2020 09:11:27
40,266
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 14

"Kalian fikir kalian mahu ke mana?"

Automatik tujuh pasang kaki itu berhenti berlari. Satu makhluk yang menyeramkan muncul di hadapan mata mereka, berdiri di hadapan pintu keluar. Dalam kesamaran cahaya, dapat mereka lihat dengan jelas ciri-ciri makhluk itu dengan mata yang merah, kulit yang mengerikan, dua taring besar yang menyeramkan dengan lekitan cecair merah di bibir.

"Kau nak apa? Aku dan kawan-kawan aku tak kacau kau pun! Apa pun yang berlaku, kawan aku tak sengaja!"

Makhluk itu mengilai lagi. Dia menghilang, namun tidak sampai sesaat muncul di hadapan Rayyan. Dagu Rayyan digapai kasar. "Tidak sengaja? Apa mulut lancang kalian juga adalah satu benda yang tidak sengaja? Akan saya pastikan kalian menderita!"

Cuba berlari, namun terlebih dahulu makhluk itu mendapatkan Elisa. Gadis itu ditolak kasar hingga belakangnya menyentuh almari. "Kamu mau ke mana? Kamu ingat kamu bisa melarikan diri dari saya?!"

Narmi cuba mengalihkan perhatian makhluk itu dengan sengaja membuat pergerakan. Bila makhluk itu menyedari, sepantas kilat dia mengeluarkan botol di tangan dan membuat lontaran pada Hanif.

"Argh!"

Narmi memberi isyarat untuk mereka keluar dari rumah sementara Hanif masih merenjis air itu ke tubuh makhluk itu. Makhluk itu seperti orang kerasukan, memegang telinganya dengan kedua-dua tangan dan menjerit. Memikirkan ini mungkin peluang terakhirnya, Hanif mengelilingi makhluk itu dengan menyiram air yang lelaki tua itu berikan.

Tak tahu pula air apa, tapi kesannya boleh tahan sampai makhluk itu tidak berani mendekati.

Keluar sahaja dari kawasan itu, mereka terpana. Villa yang mereka lihat sebelum ini tiada, keadaan bertukar menjadi hutan dan dipenuhi kayu-kayu yang terpacak. Itu mungkin kubur lama yang lelaki tua khabarkan.

"Semua masuk dalam kereta. Yan, kau start kereta. Ingat, jangan toleh belakang" Arah Narmi, memberikan kunci keretanya pada Rayyan tatkala masuk ke dalam perut kereta.

Rayyan memulakan enjin, tidak lupa untuk membaca bismillah. Tanpa menoleh ke belakang, dia terus memulakan perjalanan. Farah masih lagi tidak sedarkan diri, Elisa dan Raihana masih lagi membisu, Danial yang nampak keletihan dan Hanif yang masih setia berada di sisi sepupunya.

Memastikan mereka sudah jauh dari tempat tersebut, Narmi melepaskan satu keluhan lega. Lega kerana mereka akhirnya berjaya melepaskan diri dari tempat puaka seperti itu. Bagaimana mereka boleh tak perasan lepas apa yang dah berlaku pada mereka? Patutlah kawasan itu sunyi sepi, rupa-rupanya mereka menginjak tempat yang tidak sepatutnya.

"This is crazy!" Luahnya. Perasaan geram, marah, kecewa dan lega kini bercampur baur. Dia dah tak tahu apa yang patut dia rasakan ketika ini. Kalau ada punching bag di depan mata, memang dia tumbuk semahu dia.

Hanif melepaskan tawa. Masih teringat dari saat pertama sampailah mereka lari dari tempat itu sebentar tadi. Lawak pun ada bila dikenang kembali. "It's totally crazy. Siapa sangka kita akan alami benda-benda macam ni?"

Danial turut ketawa di belakang. "I know right. Kalau ini dalam filem, aku tak rasa kita semua akan selamat. Tambah lagi dengan kejadian mengerikan macam tadi. Ui na, nightmare bah itu" kata-katanya disambut dengan gelak tawa dari Hanif dan Elisa.

Rayyan hanya tersenyum. Dia kembali fokus pada pemanduan yang meredah kegelapan malam. Jam sudah melebihi sembilan lapan, tak sedar cepat juga masa berlalu. Jalan itu gelap, tiada lampu di kanan dan kiri selain hutan tebal di sepanjang jalan. Cukup cahaya lampu kereta yang menerangi jalan tersebut.

Tiba di simpang tiga, Rayyan mulai memandu dengan perlahan dan berhati-hati. Dia memandang kiri dan kanan, sebelum mula membelok kenderaan ke kiri. Matanya mengesan satu tempat yang bercahaya dari jauh. "Kau rasa tempat tu selamat tak untuk berhenti? Aku nak terkucil ni"

Narmi mengecilkan mata. Senyuman terukir di bibirnya, dia pasti itu tempat yang selamat. Mendapat persetujuan dari Narmi, dia terus memarkirkan kereta ke kiri jalan. "Aku nak keluar. Ada yang nak ikut?"

"Aku ikut kau, bro" ucap Hanif, diikuti dengan Danial. Mereka bertiga mungkin menahan rasa yang sama seperti Rayyan. Mana tidaknya, mereka tiada masa untuk ke tandas di saat berhadapan makhluk seperti itu.

Raihana memandang ke luar tingkap, hembusan lega kedengaran. Lenguh pula bahunya yang menjadi tempat sandaran Elisa tidur. Dia datang bercuti dengan harapan untuk mengurangkan stress, tapi makin naik pula tahap tekanan itu. Tempat yang tidak wujud? Pemilik yang sebenarnya satu entiti? Air terjun yang tidak didatangi orang? Ini semua kerja gila.

"What happened earlier must be beyond your expectation, you look shocked. Each and everyone of us do"

"You rasa? I couldn't believe all of this happening to me, to us. I mean, I nampak situasi macam ni berlaku dalam filem, tak sangka pulak I dapat experienced benda begini"

Narmi melepaskan tawa, mengangguk penuh setuju. Rayyan dan yang lain tiba, masing-masing nampak lega bila dapat mengeluarkan segala jenis kegusaran. Sebaik sahaja memulakan enjin kereta, mereka dikejutan dengan soalan Elisa. "Siapa yang duduk situ?"

Semua berpaling ke arah yang Elisa maksudkan. Ada seorang wanita berselendang hitam duduk merenung sesuatu. Lama juga mereka memandang wanita itu, ingin tahu apa yang dia buat di situ. Tiba-tiba, dia menoleh dan mempamerkan wajah yang mengerikan. Jantung masing-masing berdegup kencang, barangkali terkejut. Dalam samar-samar cahaya, makhluk itu masih jelas kelihatan.

Dikejar rasa takut, Rayyan terus menekan minyak sekuat mungkin dan meninggalkan kawasan tersebut dengan jeritan. "Dude, what the hell was that?!"

Terasa sudah jauh dari tempat itu, Rayyan melepaskan keluhan lagi. Mereka belum bisa melepaskan kelegaan, belum selagi mereka tidak keluar dari tempat ini. Mereka tiba di simpang tiga sekali lagi, membuatkan Rayyan naik hairan. Kali ini, dia membelok ke kanan. Mana tahu kanan akan membawa ke jalan yang benar.

Sebaik sahaja membelok ke kanan, Rayyan sekali lagi mengerutkan kening. Jalan ini...mata Rayyan membuntang seluas alam. Macam dejavu pula dia rasakan ketika ini. Macam yang dia katakan sebelum ini, ini jalan yang sama dia lalui sewaktu melepaskan diri dari tempat itu. Kiri dan kanan sama, begitu juga dengan cahaya di hadapan. Aik? Bukankah...?

Farah tiba-tiba meledakkan tawa yang mengerikan. Masing-masing sudah cuak, kenapa pulak ni? Farah ingin bertindak ganas, mencuba untuk keluar namun segera ditahan oleh Danial dan Hanif. Tiba-tiba kereta hilang kawalan dan...

"Nami!"

"Narmi, bangun!"

Wajah Narmi penuh dibasahi peluh, dapat dia rasakan bahunya digoncang dengan kuat. Dia membuka mata, mendapati kawan-kawannya memandang dia dengan pandangan yang aneh. Ada juga yang menggelengkan kepala. Apa yang berlaku? Semua orang nampak...okey? Dia melihat pula bahagian tubuhnya sendiri, tidak pula tangan dan kakinya luka.

"You ni kenapa?"

"Kita kat mana? Kau semua okey tak?"

"Narmi, are you okay? Kita masih dalam perjalanan ke villa. Nampak gayanya, malam baru sampai" Soal Raihana tatkala menyedari riak wajah Narmi berubah. Apa yang dia mimpikan?

Narmi mengerutkan dahi. "Huh?! Villa mana?"

Hanif menggelengkan kepala. "Kau bermimpi ke apa?"

"Bro, tak ingat ke kita tersadai di tepi jalan sebab tayar pancit? Berjam jugak tunggu bantuan datang. Andai kau masih mamai, kita masih nak teruskan perjalanan ke Villa Indah" Balas Danial.

Mata Narmi membuntang besar. Villa Indah? Bukankah tempat itu yang dikatakan tidak wujud? Kenapa mereka ke sana? Mimpi atau tidak, dia harus menghentikan semua ini daripada berlaku untuk kali kedua.

"Rayyan, putar balik!"

Rayyan mengerutkan dahi. Apa pulak masalah dia ni? Bukankah dia yang teruja untuk pergi ke sini? Tidak mengendahkan kata merepek Narmi, dia terus fokus ke hadapan. Matanya membuntang luas. "Jangan nak macam-mac...Ya Allah! Apa benda tu?"

Di jalan hadapan ada makhluk yang sama Narmi nampak di 'villa' Indah. Jelas kelihatan susuk tubuh yang gelap itu, menyeringai dengan gigi yang tajam dan mengerikan. Tawanya kedengaran biarpun jauh, nyaring dan jelas. Rayyan tidak dapat mengawal kereta, menekan brek dan mereka tersasar ke bahu jalan dan melanggar tiang di hadapan.


Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lemon