Home Novel Seram/Misteri Yang Tak Terlihat
Yang Tak Terlihat
Lemon
15/10/2020 09:11:27
40,333
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 11

Rayyan memandu terus ke hadapan, bila nak sampai? Ini dah kira jauh perjalanan dari villa puan Indah. Biar betul wanita ni? Dia tahu ke tak mana letaknya stesen minyak di tempat ini?

Dia mencuri pandang wanita itu dari cermin kereta, wanita itu hanya memandang lurus ke hadapan. Tidak bercakap, tiada emosi pun di wajahnya. Tiba-tiba mata wanita itu menghala ke arahnya, membuatkan dia menukar pandangan pada Hanif yang jelas kelihatan keliru dengan jalan itu.

"Nep, kau boleh cari alternatif way untuk ke stesen minyak? Aku tak rasa ini jalan yang betul" Bisiknya sedikit, takut puan Indah yang duduk di belakang sekali mendengar perbualan mereka.

"Macam mana eh aku nak cakap? Aku cuba gak pakai maps on google tapi tak ada pun jalan menuju ke stesen minyak. Tak nampak pula ada tempat terdekat macam yang dia cakap. Betul ke dia ni?" Hanif turut berbisik.

Tak tahan dengan rasa ingin tahu, Rayyan turut mendekatkan kepala pada mereka berdua. Dia rasa terpinggir tahu, bila mereka berbisik sesama sendiri. "Kau berdua cakap apa? Kongsilah sikit"

"Kau tak rasa pelik ke? Tadi katanya dekat, tapi dah lebih setengah jam ni masih tak nampak bayang stesen minyak. Bila kita tanya, dia jawab sepatah. Haih, sesuatu sangat"

Rayyan mengangkat bahu. " Aku syak dia dah lama tak keluar rumah, mungkin dia ingat ini masih jalan lama. Tapi, tak pelik ke? Sepanjang perjalanan kita, tak ada langsung pun rumah ke papan tanda ke apa. Aku nampak hutan je"

"Aku pun perasan benda tu. Oh ya, kau ada hidu bau apa-apa tak? Sejak kita berjalan tadi, aku terhidu bau bunga. Bau yang sama aku hidu waktu depan bilik puan tu semalam"

Hanif yang turut menghidu, menggelengkan kepala. Seakan mengingat sesuatu, dia menunjal dahi Narmi. Alahai, ini sudah kali kedua dahi seluas padang itu ditunjal. "Mi! Jangan tegur. Kau ni, cuba tengok sikit kita di mana. Nak bercakap tu pandang-pandang"

"Kenapa kalian bisik-bisik? Bicara tentang apa, ya?" Suara puan Indah di belakang membuatkan tiga jejaka itu duduk menegak. Asal wanita itu bersuara, mereka terus rasa seram sejuk. Haih.

"T-tak ada apa-apa, puan. Puan, masih jauhkah tempat nak ke stesen minyak? Bukan apa, dari tadi rasanya tak jumpa juga. Betul ke jalan kita ni?" Rayyan bertanya, selaku orang yang memandu.

Puan Indah tersenyum, namun senyuman itu aneh sekali. Muka tu dah macam orang yang baru lepas bunuh dua ekor anak arnab. "Tidak. Ada di depan sana, lurus saja ke depan. Nanti sampai juga"

"Lurus...saja? B-baiklah"

Danial masih lagi berdiri tegak, posisi seperti mereka yang ingin menyanyikan lagu negaraku. Begitu juga Raihana, membatu sampai ke sudah. "Bukan puan Indah ikut Rayyan dan yang lain ke? Macam mana boleh ada di sini?"

"Ke mana? Saya di rumah ini sahaja dari tadi. Bukan saya sudah bilang sama kalian, saya tidak ke mana-mana selain duduk di kamar. Kamu berdua, buat apa di sini? Kenapa mengalihkan almari saya? Mau buat apa kalian?"

"Saya sebenarnya ingin tahu tentang pintu yang ada di belakang almari. Maafkan saya dan kawan saya sebab mencerobohi bil-"

"Pintu? Pintu apa?"

Danial dan Raihana mengerutkan dahi. Segera mereka menoleh ke arah almari, namun kagetnya tiada pintu pun di situ. Hanya dinding kosong. Eh? "Rai, you pun nampak pintu ada di sini, kan? It's not our imagination, kan?" Bisik Danial.

Raihana mengangguk. Ini aneh, sangat aneh. Tidak mahu membuat puan Indah marah, dia dan Danial bertindak untuk keluar dari bilik. Sebelum menutup pintu bilik, dia sempat memandang pada kerusi rehat yang bergerak ke depan dan belakang. Tiada angin, tapi kenapa boleh bergerak?

"Elisa! Kenapa you menjerit? What happened? Farah mana?" Soal Danial bila tiba di tempat Elisa. Mereka mencari bayang Farah namun tidak kelihatan.

Elisa meraup wajahnya. Matanya merah, barangkali lepas menangis. "She...she's in there, Danial. Kami tengah selongkar bilik ni tadi. Lepas jumpa botol tu, I ajak dia keluar when suddenly I heard the sound of glass broken. Curious, I pergi tengok apa jadi. I terjumpa Farah tengah duduk menghadap botol tu. I don't know why but...she's crying, asking for help. I tried to help her when suddenly the door shut. Bila I cuba bukak, bilik tu berkunci. I dah cuba ketuk banyak kali tapi tak ada respon!"

Danial mengetuk pintu, namun tiada respon. Dia kemudiannya cuba untuk meredah masuk bila pintu itu tiba-tiba terbuka dengan sendirinya, membuatkan mereka bertiga naik hairan. Bilik itu kosong, hanya ada longgokan kotak dengan kain batik yang terbaring di atas lantai kayu itu. Botol kaca yang Elisa maksudkan juga tiada dikesan di mana-mana.

"Ya Allah, apa dah jadi ni?  Farah mana? Kau tahu tak pintu yang kau nampak di bilik puan Indah tu, tak ada. Hilang macam tu. Lepas tu, puan Indah muncul pulak di bilik. Aku tak pasti siapa yang kau nampak di kereta, tapi puan Indah ada di sini dari tadi"

Mata Elisa membesar. Biar betul? Dia sendiri nampak puan Indah keluar bersama mereka bertiga. Dia yakin dia tak salah tengok sebab dia dah check seluruh isi rumah sebelum mulakan plan dengan yang lain. Puan Indah memang tak ada di mana-mana. Sekarang ni, Farah pulak  menghilang. Haih.

"Relaks. I rasa, baik kita pergi cari Farah sekarang ni. You, Elisa, cuba telefon Rayyan dan yang lain. Suruh mereka balik cepat. We have to get out from this house sebelum keadaan jadi lebih teruk"

"Nak maklumkan pada puan Indah dulu ke? Mungkin dia tahu Farah ada di mana?" Elisa melempar soalan namun hanya mendapat gelengan dari Raihana. Dengan keadaan begini, dia tak berani untuk pergi ke bilik puan Indah.

Tidak mahu berpecah, tiga sekawan itu pergi mencari Farah. Dua jam berlalu namun gadis itu masih tidak kelihatan. Di dapur tiada, ruang tamu tiada, di tandas pun tiada. Mereka juga sudah mencari bilik ke bilik, hasilnya tetap sama.

"Macam mana? Dapat tak call dia orang?" Raihana melempar soalan tatlaka melihat Elisa kembali ke ruang tamu itu. Wajah gadis itu kelihatan hampa.

"Unfortunately, no. Line aku full tapi bila aku nak call dorang, tak dapat pula. Aku tak tahu kenapa. Hantar text pun failed dari tadi"

Danial mengeluh panjang. Meninggalkan mereka berdua di situ, dia bergerak ke bilik air. Dia membuka pili air dan cepat-cepat membasahkan mukanya dengan air. Dia perlu bertenang dan cuba mencari jawapan sebaik mungkin tentang keberadaan Farah dan yang lain.

"Astaga!" ujarnya tatkala mengangkat wajah dan melihat satu susuk di cermin. Jantung yang sudah berdegup laju itu tidak dia pedulikan buat masa ini. Apa itu tadi? Sekali lagi dia membasuh mukanya dan memandang semua ke arah cermin.

Tiada.

Danial memegang dada yang masih berdegup kencang, dia salah lihatkah? Ah! Tak mungkin. Dia menggelengkan kepala. Mungkin imaginasi. Tak mahu terus kelamaan di situ, dia menapak keluar dan segera menuju tempat keberadaan Raihana dan Elisa.


Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lemon