Home Novel Seram/Misteri Yang Tak Terlihat
Yang Tak Terlihat
Lemon
15/10/2020 09:11:27
40,301
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 6

"Bisinglah nyamuk ni! Asyik nak gigit orang je"

"Oh my god, stop it!"

"Kenapa I sorang aje yang kena gigit nyamuk?! This isn't fair"

Elisa mendengus untuk kesekian kali. Baru setengah jam berjalan, telinga sudah bernanah mendengar Farah yang tidak habis merungut. "Farah, boleh diam tak? Kau ingat kau sorang ke kena gigit nyamuk? Apa guna kau bawak benda alah tu ke sini? Nak tayang?"

"Amboi, kau. Mulut aku, badan aku, it's up to me. Kau ingat kau siapa nak ajar aku? Orang nak ikut, dia sibuk jugak nak ikut" Balas Farah, menjeling pada Elisa. Dia bukannya bercakap dengan Elisa, kenapa gadis itu melampau pula tahap sensitifnya?!

"Mulut aku, badan aku bla bla bla. Hello, it's better me than you. Ikut pun membebel sana sini. Apa guna spray nyamuk kalau tak pakai? In case you tak tahu, spray tu menggunakan kekuatan tangan dan bukan pakai mulut ya" Sindir Elisa seakan tidak berpuas hati.

Danial yang galak berbual dengan Raihana turut memandang pada kedua gadis itu. Dia mengerling Raihana sekilas, gadis itu hanya menggelengkan kepala. Mungkin turut putus asa dalam menenangkan dua sahabatnya itu.

"Korang, jangan start drama dalam hutan ni boleh tak?"

Farah menggigit bibir, terlampau geram. Nasib baik gadis itu bertudung, kalau tidak memang sudah dia tarik rambut Elisa biar gugur semua. Sakit hati betul! "Kau ni kan, nak aje aku pu-"

Hanif memicit pangkal hidung, menahan rasa untuk mengamuk. Setiap kali gadis-gadis ini mula bertengkar, rasa macam tekanan darah dia ikut meningkat. Kalau tidak bertengkar dalam satu hari, tidak bolehkah? Haih. "Farah, Elisa, please? Boleh tak kalau kau berdua jangan rosakkan hari aku, jangan musnahkan aktiviti aku? Aku ni kalau boleh, nak aje kurung kau berdua dalam satu bilik. Gaduhlah puas puas!"

"Dengar tu. Far, pakailah sweater tu daripada you ikat di pinggang. Next time, avoid wearing half legging like that. Senang nyamuk nak target you. Nah, usap krim ni pada kesan gigitan. It's not always effective, but it works" Sampuk Rayyan, menyuakan krim kepada Farah yang sudah kemerahan menahan geram dan malu pada masa yang sama.

Narmi menggelengkan kepala. Itu sebabnya dia tidak berapa minat bila ada perempuan yang ikut serta, ada-ada saja tingkahnya. Kalau tidak bergosip, bergaduh! Seingat dia, pertelingkahan ini antara Raihana dan Farah tapi kenapa macam lebih kepada Farah dan Elisa? Kalau tidak Elisa yang mulakan, pasti orangnya Farah. Oh! Bercakap tentang Raihana, mana pula gadis itu?

Narmi berpaling ke belakang, matanya dikecilkan. Kelihatan Raihana dan Danial berbual mesra di belakang Hanif. Dahi Narmi berkerut seribu. Kenapa macam mesra semacam? Eh salah. Bagaimana boleh jadi mesra begitu sedangkan mereka baru kenal satu sama lain? Betul ke baru kenal?

"Bro"

Tersentak, Narmi berpaling pada Rayyan. Dia mengangkat kening. "Apa dia?"

"Kenapa kau tak bagitahu dorang perkara yang kita alami malam tadi?"

Narmi melepaskan keluhan. "Cuba bayangkan kalau kita bagitahu dorang. Kau ingat dorang akan selesa ke tinggal di villa tu? Lagi-lagi Farah. Lagipun, aku tak pasti kalau tu cuma imaginasi kita atau apa"

"Hm, betul juga apa kau cakap. Kalau itu cuma imaginasi kita, aku lega sikit. Bukan apa, aku ni penakut sikit"

"Haih. Macam ni pun penakut? Apa nak jadilah, Rayyan. Right, aku nak tanya ni. Betul ke adik kau baru kenal dengan Danial? I mean, baru berkenalan...?"

Kaki Rayyan berhenti melangkah. Kening bertaut, cuba memproses ke mana arah tuju soalan Narmi ini. Sejak semalam, lelaki ini asyik bertanya soal Raihana. Dia pun tak bertanya soalan sebanyak itu tentang kembarnya. Macam ada udang pula di sebalik tomyam. "Itu apa yang Danial bagitahu aku. Aku perasan, setiap kali jumpa, Dani dengan Rai macam still in awkward phase. Semalam pun macam tu juga, tapi kureng sikit dari sebelum ni. Kenapa?"

"Oh, is it? Bukan apa, dari apa yang aku lihat pagi tadi...dorang tak nampak macam in awkward phase. They somehow look...close? Si Dani tu pun nampak selesa dengan adik kau. Macam, dah kenal lama. You know what I mean, right?"

Rayyan menoleh ke belakang, senyuman sinis terserlah di bibir lelaki itu sebelum berpaling kembali pada Narmi. Something's fishy, tapi  baik dia hold dulu. "Bro, Rai tu friendly. Aku tak hairan kalau Dani boleh jadi mesra dengan Rai. Andai kau tak tahu, perangai aku dengan Rai lebih kurang sama but of course I'm matured than her. Kau macam investigator ni kenapa? Ada sesuatu distract kau ke? Lama-lama boleh patah tengkuk kau kalau toleh-menoleh macam tu"

"Apa kau ni, investigator apa benda. Aku sekadar bertanya, semua tu tak boleh ke? Dah, jom pergi. Ikut apa yang ada di map kau, tak lama lagi sampai kot kita kat tempat air terjun tu" Gesa Narmi, berjalan pantas di hadapan Rayyan.

Rayyan melepaskan tawa sebesar alam, membuatkan yang lain diburu rasa hairan. Sekadar bertanya? Now, now, isn't that sounds interesting?! Tak mahu ketinggalan, dia juga meneruskan langkah. Tidak sabar untuk merungkai persoalan mengenai air terjun paling indah di kawasan ni. Juga untuk merungkai sesuatu yang bermain di fikirannya tentang Narmi, Danial dan Raihana dan villa itu.

"Look at this, tak sia-sia kita jalan jauh ke sini. Automatik hilang rasa penat tu. This is totally something worth to see!" Puji Danial, matanya tidak berpaling dari air terjun tersebut. Airnya jernih, tempat juga kelihatan sangat cantik berbanding apa yang dia lihat dari gambar yang Hanif tunjukkan tempoh hari.

Narmi melemparkan senyuman. Walaupun rasa penat dia masih belum hilang macam Danial, tapi dia bersetuju dengan persepsi untuk tempat ini. Memang cantik! "Well, Dani. Kudos to Hanif for looking out this special place for us. At least boleh release tension dari perkara yang distract our minds"

Hanif tersenyum bangga, sempat lagi dia membuat gaya cool sebelum mendapat tumbukan manja dari Farah yang ternyata menyampah dengan tingkah sepupunya itu. Aksi mereka berdua terus mengundang tawa di bibir mereka berempat, termasuk Elisa yang sudah tersenyum kecil dalam diam.

"Apa tunggu lagi? Let's start the party! Kalau korang nak mandi, go on. Nak makan, nak chill, nak date...eh? Alah, it's up to you. Aku pergi dulu" ujar Rayyan menanggalkan pakaian lantas melompat ke dalam sungai yang tidak kurang dalamnya itu lantas diikuti Hanif di belakang.

Narmi juga ingin turut serta namun sempat lagi mengerling pada Danial yang sibuk berbual dengan Elisa dan Raihana. "Bro, you're not joining us? C'mon"

"I'll join you guys after this. Aku nak rehatkan kaki kejap" Balas Danial dan mendapat anggukan dari Narmi. Farah pula sudah pergi merendamkan kaki sambil mengambil gambar-gambar mereka di sana.

Danial mengerling pada Elisa dan Raihana yang sibuk mengeluarkan bekalan makanan. Sesekali dia terdengar tawa halus gadis itu membuatkan dia ikut senyum sekali.

"Beautiful" bisiknya.

Elisa mengerutkan dahi, menoleh. Danial ada cakap apa-apa atau itu sekadar imaginasi dia? "You ada cakap apa-apa ke tadi? Tak clear sangat"

Danial pantas menggelengkan kepala, telinganya merah seperti tomato. "Nothing, nothing in particular. You berdua tak pergi sana? Rendam kaki, or anything?"

"Nak pergilah ni. El, kau nak join tak?" Raihana bangun dan mengorak langkah ke arah Farah. Elisa turut bangun dan mendapatkan Raihana yang sudah seronok bermain air.

Tidak mahu ketinggalan keseronokan, Danial berjalan ke arah Narmi dan yang lain. Sesekali matanya mengerling ke arah seseorang, memerhati tingkah gadis tersebut. Bibirnya menguntum senyum, ada kalanya tertawa halus.

Childish, tak macam apa yang dia expect tapi masih lagi comel!


Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lemon