Home Novel Seram/Misteri Yang Tak Terlihat
Yang Tak Terlihat
Lemon
15/10/2020 09:11:27
40,406
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 8

Bunyi permainan online jelas kedengaran dari kamar Hanif dan Danial. Masing-masing bermain Counter Strike, berlawan sesama sendiri sementara menunggu panggilan untuk makan malam. Sibuk bermain, hidung Hanif terhidu sesuatu bau yang kurang menyenangan hingga lelaki itu terpaksa menghentikan permainan buat seketika.

"Dani, kau ada hidu sesuatu tak?"

Danial mengnangkat wajah, kusut masai sahaja wajah lelaki itu. Danial cuba menghidu namun tiada sebarang bau. Wajah Hanif kembali dipandang. "Tak ada pun. Kenapa? Kau hidu bau apa, Nep?"

Hanif mengangkat bahu. Dia cuba mencari mana punca bau tersebut. "Tak pasti, Dan. Apa yang aku tahu, bau ni busuk gila. Nak muntah pula a-"

Tidak habis lagi menyuarakan aduan, wajahnya terlebih dahulu dibaling menggunakan bantal sampai cermin mata Hanif jatuh entah ke mana. Danial menjegilkan mata kepada kawannya. "Ui, Nep. Mulut kau bah kan, nda ada insuran betul. Kita masih ada dua hari bah di sini, kau jangan bilang benda yang bukan-bukan boleh ka? Teda-teda bah kau ini"

"Sorry, sorry. Tapi serious, Dan. Aku tak tipu, bau ni memang 'kurang menyenangkan' bagi aku. Aku rasa...eh, eh. Dan! Kau nak pergi mana pulak?"

"Apa lagi, aku nak pergi check. Mana tau dorang masakan makanan tapi tak menjadi, aku ingat nak hulur tangan. Kau jangan lupa charge phone aku. Ingat, jangan macam-macam. Kau jangan bertabiat ah" Pesan Danial, tiada lagi slang Sabah seperti tadi. Sebaik bersuara, dia menghilang di sebalik pintu.

Hanif mengangguk, namun bulu roma badannya sudah meremang teruk. Sama ada hidungnya terlampau sensitif atau itu memang satu petanda yang kurang baik. "Tak, tak, ini imaginasi kau semata-mata"

Hanif kembali bermain permainan dan ingin meneruskan rasa khusyuk bila topi yang tersangkut pada rak belakang pintu tiba-tiba jatuh. Terkejut, dia yang tengah duduk di kerusi pandai melompat ke atas katil. Jantungnya benar-benar berdebat ketika itu. "Ya Allah, apa pulak kali ni?!"

Beranikan diri, dia meletakkan kembali topi ke rak. Tidak jadi pula rasa untuk bermain telefon. Memikirkan Rayyan dan Narmi mungkin berehat di bilik mereka, dia menapak keluar mencari. Gila apa untuk tinggal berseorangan bila perkara mengejutkan asyik berlaku pada dia?!

Rambut yang sepanjang bahu itu Raihana sikat lembut, sempat lagi dia bersenandung. Dia lantas mencapai dua buah klip rambut dari dalam bekas, klip bahagian kanan dan kiri untuk menahan rambut dari menghalang pandangan. Kemudian Raihana beralih pula pandangan pada Elisa yang berjalan mengelilingi bilik mencari akses internet.

"Kau ni El, terpusing-pusing. Tak pening ke? Aku pulak yang pening tengok kau macam tu"

Elisa menggelengkan kepala. Mulutnya dimuncungkan. "Dari semalam aku tak buka whatsapp, risau kalau-kalau ada information penting atau notifications dari media sosial aku"

Raihana melepaskan tawa kecil. "Banyaklah kau punya information dan media sosial. Kalau dah siap, jom turun. Kita prepare makan malam untuk semua orang. Perut aku ni, dah berbunyi banyak kali"

"Okey. Nak masak apa hari ni?" Soal Elisa sebaik mereka berdua melangkah keluar dari bilik. Sunyi sahaja villa ini, pasti yang lain masih terperuk di dalam bilik lagi. Bayang puan Indah tu dari semalam sampai ke hari ini tak kelihatan.

"Kita tengok apa yang ada di dapur, lepas tu kita decide nak buat apa"

Elisa menganggguk. Dia memandang kiri dan kanan, lantas berbisik pada Raihana. "Oh ya, ada satu benda yang aku tertanya-tanya. Ini dah dari semalam lagi bermain dalam kotak fikiran aku. Pasal puan Indah"

Raihana menoleh serta merta. Apa masalah semua orang sampai nak curiga pada puan Indah? Dia tak rasa apa-apa pula. "Apa pula yang kau curious pasal dia?"

"Kenapa dia berkurung dalam bilik? Dari kita berehat di bilik sampai makan malam, aku masih tak nampak bayang dia. Tak lapar ke? Tak mandi? Tak rasa sesak ke dia duduk dalam bilik tu?"

"Elisa, kau pernah nampak tak Zahara keluar sana sini waktu study week? Maksud aku, selain keluar jumpa aku dan kau"

"Tak. Dia berkurung dalam bilik memanjang. Wait. Oh, jadi kau nak cakap yang puan Indah tu intoverted macam Zahara? Seriously?"

"Introverted eh? Aku baru nak cakap mysterious. Ish, apapun, aku tak cakap yang d-"

"Kenapa dengan saya?"

Mereka berdua menghentikan langkah sebaik menyedari puan Indah berada di dapur. Barangkali menyediakan makan malam buat mereka. Elisa mengetap bibir, Raihana pula sudah menyiku kawannya di sebelah. Itulah, ambil lagi hal orang!

"Tak ada apa. Buat susah puan aje buat makan malam untuk kami. Maaf, patutnya kami yang masak sendiri"

Puan Indah tersenyum, elegan pakaiannya waktu itu. Agaknya wanita itu suka stail yang elegan, menampakkan personaliti yang lemah lembut. "Tidak apa-apa. Saya senang villa ini kembali berpenghuni. Sudah lama juga villa ini tidak didatangi orang"

Elisa melemparkan sengihan, segan barangkali. "Maaf, puan. Saya tak sengaja. Saya cuma curious sebab puan asyik duduk dalam bilik. Saya ketuk bilik puan malam tadi, tapi tiada bunyi" 

"Tidak apa. Wajar sahaja kalau kamu ingin tahu. Semenjak suami saya meninggal, saya ini jadi suka duduk di kamar, membaca buku-buku. Saya juga jarang keluar, tiada apa untuk dilihat di luar sana" Balas puan Indah ramah.

Belum sempat Raihana membuka mulut, kehadiran Danial mengejutkan mereka. Wajah lelaki itu berkerut memandang puan Indah, membuatkan Elisa dan Raihana turut berpandangan sesama sendiri. "Kenapa ni, Danial?"

"T-tak. Tadi I melintas bilik puan Indah, macam ada bunyi dalam tu. I ketuk tapi tak ada respon. Ingatkan puan tengah berehat, rupa-rupanya ada bawah ni" ucap Danial.

"Bunyi apa, Dani?"

Danial menggaru kepala. "I pun tak tahu bunyi apa, tapi kuat sangat. Maaf, puan. Cakap pasal kuat, you berdua ada bau apa-apa?"

Raihana mengerutkan dahi. Bau apa pulak ni? Jangan pula Danial cakap yang bukan-bukan, sudah. Nanti apa pula puan Indah fikir. "Nope, bau apa tu? Is that why you're here?"

"Yup. It's not me actually, Anep yang hidu bau tu. Katanya something smelly, I pun pergi check bau tu. Mungkin hidung Anep yang sensitif"

"Mungkin. Anep mana? Tak turun sekali dengan you?" Soal Elisa, sempat lagi memandang ke belakang Danial namun yang dia nampak hanyalah seketul Farah sedang berjalan ke arah mereka.

"Kau orang buat apa berkumpul macam tu? Serius betul"

Baru sahaja ingin membalas soalan Farah, mereka dikejutkan dengan satu bunyi bising di tingkat atas. Raihana dan Danial saling berpandangan, Farah dan Elisa juga begitu. Mereka alihkan pula pada puan Indah yang hanya membatu tanpa segaris senyuman di bibir.

"Let's check it out"


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lemon