Home Novel Seram/Misteri Yang Tak Terlihat
Yang Tak Terlihat
Lemon
15/10/2020 09:11:27
40,403
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 2

Raihana merebahkan diri ke atas katil, lantas satu keluhan panjang kedengaran dari bibirnya. Dia memerhati pusingan kipas di atas siling, seolah terpana dengan pergerakan kipas tersebut. Penat, seharian dia mengemas biliknya yang tak ubah seperti tempat pelupusan sampah. Ini semua kerana dia sibuk membuat persiapan untuk ujian akhir semester minggu lalu. Nasib baik sekarang sudah cuti semester, dan tiada lagi beban yang harus dia pikul untuk satu bulan setengah itu.

Kriuk~

Baru sahaja ingin melelapkan mata, perutnya pula meragam menyeru untuk diisi. Dengan langkah yang berat, dia bangun dan berjalan ke tingkat bawah. Sunyi sahaja keadaan rumah itu, sama sunyi seperti hatinya saat ini. Ceh! Peti sejuk dia buka, memerhati setiap makanan yang ada di dalamnya sebelum sepasang mata hazel itu berhenti pada bekas aiskirm merah berbalut KitKat.

Baru teringat dia membeli aiskrim ini semalam.

"Yum yum, let's have some ice crea...what?!" Raihana mengeluh kasar. Rasa teruja itu sudah bertukar menjadi kecewa sebaik melihat bekas aiskrim tersebut kosong, apa yang tinggal hanyalah sticky note dari seketul Rayyan.

'Maaf, aku terhabiskan aiskrim favorit kau. Tolong cuci eh, terima kasih!'

"Kepala otak dia minta cuci! Ingat aku ni siapa? Bibik dia? Dahlah makan tak inform aku dulu!" Bebel Raihana, tapi tangannya tetap jua mencuci bekas aiskrim tersebut. Setelah mencuci, dia menuang air mineral ke dalam gelas kaca bila loceng rumah tiba-tiba berbunyi. Siapa pula datang ni? Ingin tahu, dia menapak ke pintu rumah.

Narmi mengerutkan dahi, mana pula bayang Rayyan tidak kelihatan? Dia mengerling jam di tangan, sudah satu minit lima saat dia menunggu di luar rumah tapi tiada siapa menyahut. Apa tiada orang di rumah? Dia mengeluarkan telefon bimbit, ingin menelefon sahabatnya itu bila pintu dibuka oleh seseorang dari dalam.

"Bro, kau baru nak sah...eh?" Menyangka itu Rayyan, Narmi segera bersuara namun terhenti bila melihat orang lain membuka pintu tersebut. Bukan ini perempuan yang dia jumpa tempoh hari ke?

"You rasa ni okay tak?"

Narmi berpaling, matanya berhenti pada gadis yang sibuk membelek tomato sambil berbual dengan...angin? Apa dia bercakap seorang diri?

"Hello, dengar tak? Excuse me for being so bad at cooking. That is why I'm asking you. Malam ni ingat nak buat something untuk mama sebab dia macam tak sihat lately. You sebagai orang yang berpengalaman, tolonglah ya?"

Dia sedang bercakap dengan aku ke atau dia bercakap dengan diri sendiri? Tenung tomato macam benda tu hidup dah kenapa? Itu getus hati Narmi.

"Excuse me, you cakap dengan I ke?"

"You ni siapa? Siap eh, eh I pula. Cari siapa?" Soal Raihana hairan. Macam pernah jumpa lelaki ini tapi otaknya terlalu malas memproses dan scan wajah itu di mana-mana.

Kasar, berbeza sekali berbanding orang yang dia temui baru-baru ini. Gadis ini ada kembarkah atau tidak ingat siapa dirinya? "Err, tak ingat I ke? Kita first jumpa di supermarket. I tegur you sebab ingat you cakap dengan I and turns out you tengah on the phone with someone. Remember?"

Baru Raihana ingat. Patutlah dia macam kenal!

Dia menoleh ke sisi, matanya memerhati lelaki itu dari atas ke bawah."Elok sikit eh, I tengah bercakap with someone. Perasan!"

Narmi mengerutkan dahi. Mana ada orang! Gila ke apa gadis ni? Banyak kali juga dia memandang pada sisi gadis itu namun memang tiada sesiapa di situ. Tak mungkin bercakap di telefon. Telefon pun dia tak nampak. Bercakap dengan makhluk lain ke apa? Alahai, meremang pula bulu romanya.

"You okay ke tak ni? Are you sure that someone is not me? Sebab iyalah, kita berdua aje kat sini and I think you, you're actually talking to me. Kalau tak, siapa lagi?" ujar Narmi.

Raihana menjegilkan mata, lantas tiba-tiba melepaskan tawa tanpa sedar dia menarik perhatian beberapa pelanggan di situ. Wajah hairan Narmi dia pandang sejenak. "100% sure. I'm sorry for confusing you. I'm talking with my friend, using earpod" balasnya seraya menanggalkan earpod yang melekap di telinga.

"Hmm, ada eh? Maaf, tak ingat pula. Apapun, you buat apa kat sini? Sesat?" Bohongnya. Kalau dia cakap ingat pun, mereka bukannya saling mengenali.

Narmi mengeluh, sedikit kecewa dengan jawapan dingin dari gadis itu. "I cari kawan I. You tu buat apa kat sini? Ni bukan ke rumah Rayyan ke? Atau I salah alamat?"

Eh, eh, orang tanya dia tapi dia sibuk tanya orang pulak. Rayyan pun satu! Sudah tahu ada tetamu nak ke rumah, pergilah sambut awal. "Oh. Cari Rayyan? Sekejap"

"Ahmad Rayyan bin Ismail! Ada orang cari Yan di luar ni ha!" Jeritnya ke tingkat atas, tanpa sedar mengejutkan Narmi yang tengah menunggu. Rayyan kalau tidak dijerit, memang tak mendengar lelaki itu. Sejak cuti semester bermula seminggu lalu, kerja abang kembarnya itu asyik tidur memanjang!

Rayyan yang muncul dari dapur menuju ke arah Raihana. Wajah toya dia lemparkan, dengan segelas air soya di tangan. "Aku dengarlah, Rai. Kau tak payah nak jerit-jerit"

"Hei Rayyan!"

"Alhamdulillah, dengar pula kau kali ini. Bukan aku tak tahu kau tu macam mana. Ha, tu. Maaf sebab buat you terkejut" Raihana melemparkan sengihan, malu punya bila mengenangkan perangai tadi. Dia segera berlalu, memberi peluang buat Narmi dan Rayyan melunas rindu.

"Sunyi betul rumah kau. Perempuan tadi tu kakak kau ke? Garang betul" bisik Narmi, membuntuti Rayyan masuk ke dalam rumah.

Mendengar bisikan Narmi, Rayyan melepaskan tawa agungnya. "Kau macam first time pulak ke sini. Mama aku kerja. Ish, apa kau ni. Itulah adik kembar aku yang selalu cerita kat korang"

Narmi memandang Rayyan dengan wajah toya. Macam 'are-you-kidding-me' punya reaksi pun ada juga.

"Bro, ini memang first time aku datang rumah kau. Lagipun, manalah aku kenal kembar kau siapa, even mak kau pun aku tak tahu. Kalau kau tanya Danial dengan Anep pun, jawapan dorang sama je! Aku ni struggle cari alamat rumah kau, nasib baik kereta kau kat luar tu bagi petunjuk" Balas Narmi, namun sedikit lega mendengar kenyataan gadis itu hanya adik kepada Rayyan.

Sekejap, kenapa nak lega?

"Ye eh? Sorry. Kau sorang aje yang tak pernah jumpa dia. Dua tahun setengah kita kawan Mi, tapi ini kali pertama kau masuk rumah aku. Sebelum ni kau bagi alasan memanjang bila aku ajak padahal tak jauh mana pun. Right, cakap pasal adik aku, kau kenal dia ke?"

"Oh, ya tak ya. Adik kau? Taklah, aku cuma terserempak dengan dia sekali tapi dia macam tak ingat aku. Itu pasal aku fikir dia ada split personality. Rupanya kau kembar dia, jauh beza bro!"

"Dia memang macam tu. Pelik. Mungkin sebab dia rabun, mungkin juga sebab dia malas nak ingat. Jiran sebelah rumah tu pun dia buat-buat tak kenal sebab nak elak makcik tu suruh siram pokok bunga dia"

Narmi hanya ketawa, bila difikirkan balik perangai gadis itu dan Rayyan lebih kurang sama. Rayyan juga begitu, sengaja mengelak untuk buat sesuatu yang dia tak minat.

"Lupa pula aku. Kau datang sini kenapa, eh?" Setelah berborak lamanya, baru dia bertanya soalan itu kepada Narmi yang menanti kesekian lamanya.

Narmi tersengih. "Aku nak bincang pasal plan yang kita bincang hari tu. Aku dah minta izin parents aku dan dorang pun setuju nak lepaskan aku untuk ikut kau orang. Aku dah inform Danial dan Anep, tapi tunggu kata putus dari kau je"

Rayyan mengangguk. "Finally kau nak join, lepas beratus-ratus kali kau tolak dengan alasan tak munasabah. Aku ada borak dengan budak berdua tu malam tadi, Anep dah siap cari tarikh, tinggal nak book bilik dekat villa tu. Danial pula on je, dia dah set awal"

"Baguslah, kita confirm bertolak minggu depan kan? Danial sampai sini Ahad nanti, dia bermalam kat rumah aku dulu. Senang-senang kita naik satu kereta. Jimat sikit" Cadang Rayyan memandangkan cuma mereka berempat yang akan pergi ke sana.

"Bro, aku nak bagitahu. Aku ingat nak angkut adik aku sekali sebab tak sampai hati nak tinggalkan dia sorang kat rumah ni. Well, mama aku suruh tengokkan dia" Ujar Rayyan

Narmi mengetap bibir, berfikir sejenak. "Boleh je, tapi dia nak ke ikut? Tengoklah tadi, garang sangat. Aku segan pula nak bertegur sapa"

Rayyan membalas dengan satu senyuman sinis. "Pasal itu, kau jangan risau. Adalah cara aku nanti. Oh ya, kau nak minum apa? Aku lupa pula nak hidang makan minum untuk kau"

Previous: BAB 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lemon