Home Novel Seram/Misteri LANGSUIR
LANGSUIR
Illya Abdullah
18/3/2018 12:31:43
24,442
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 2

LELAKI berusia yang masih tampakgagah itu melirik senyuman nipis. Benjy masih menanti butir kata yang akankeluar dari mulut lelaki yang dipanggil Tok Jalal itu. Tok Jalal merupakanorang paling tua dan lama di kampung ini. Usianya hampir mencecah 100 tahun. Diasudah bersedia dengan pen dan buku nota untuk mencatit cerita yang bakal keluardari mulut Tok Jalal. Tidak sabar mahu mendengar kisah langsuir yang pernahmenghantui kampung itu suatu ketika dulu.

Tok Jalalmenarik nafas panjang sebelum menghembuskan secara perlahan-lahan. Kemudian diamembuka ceritanya.

“Dulu adaseorang perempuan cantik yang datang menetap di kampung ini. Tiada yang tahuasal usulnya. Dia kelihatan perempuan yang biasa-biasa kerana dia mampu membelitanah untuk membina rumah. Khabarnya perempuan itu anak yatim piatu yangmewarisi harta peninggalan orang tuanya. Wajahnya memang cantik tetapi sikapnyayang sombong menjengkelkan. Dia menjadi perhatian lelaki dalam kampung initidak kira yang bujang mahupun yang sudah berkahwin.” Terbayang wajah cantikperempuan itu di mata Tok Jalal.

“Siapa perempuancantik itu, tok?”

“Namanya MasAyu.”

Air muka Benjyberubah. Mas Ayu… nama itu ada tercatat dalam jurnal lama tersebut.

“Tapi Mas Ayujatuh cinta dengan seorang lelaki dari kampung seberang. Mereka bagaikan penangdibelah dua. Sama cantik, sama padan. Kekasihnya merupakan anak lelaki golonganbangsawan. Mereka merancang untuk berkahwin meskipun mendapat tentangan daripihak keluarga lelaki. Mas Ayu dikatakan ada ‘pemakai’ agar wajahnya sentiasakelihatan cantik. Tiba-tiba saja dia hilang dengan misteri.”

“Mas Ayu hilangatau mati dibunuh?” Benjy menyoal.

Tok Jalal menariklagi nafas. Dia tiada jawapan untuk soalan dari mulut Benjy itu. Ketika kejadianitu Tok Jalal masih budak mentah yang tidak tahu apa-apa.

“Pelbagai ceritamenjadi buah mulut orang kampung. Ada yang mengatakan Mas Ayu lari denganlelaki lain. Sampai kekasihnya juga percayakan cerita-cerita khabar angin itu. Hanyacerita buruk yang didengar dari mulut ke mulut. Sehinggalah Mas Ayu kembali semulamenutup cerita yang hangat diperkatakan selama itu. Dan berlakunya tragediberdarah dalam kampung kami.”

Tragediberdarah? Benjy sudah tidak sabar mendengar cerita selanjutnya dari mulut TokJalal. Dia terus mencatit segala isi butir bicara penting yang keluar darimulut Tok Jalal. Cerita Tok Jalal sedikit sebanyak ada persamaan dengan jurnalyang dibacanya.

            “Orangkampung digemparkan dengan kemunculan langsuir. Penduduk kampung tidak lepasdari dikacau. Kematian ngeri juga mula terjadi seorang demi seorang. Orangkampung mula percaya langsuir yang mengganas itu adalah Mas Ayu. Mas Ayubangkit untuk membalas dendam.”

            Benjymengusap dagu. Air yang terhidang masih belum terusik. Ada bahagian cerita yangdia tidak faham. Tok Jalal mengatakan Mas Ayu yang hilang muncul semuloa dikampung ini. Kemudian, Tok Jalal mengatakan pula Mas Ayu bangkit untuk membalasdendam.

            “Bukankahtok kata Mas Ayu muncul balik. Dia sebenarnya sudah mati atau…” Benjy tidakmenghabiskan ayatnya. Dia tahu Tok Jalal faham apa yang dia maksudkan di situ.

            “MasAyu yang muncul semula tu bukan manusia tapi hantu langsuir. Dia dibangkitkanoleh pembantunya yang mempelajari ilmu hitam.”

            “Lepastu apa jadi? Langsuir… maksud saya Mas Ayu tu selepas dia membalas dendam?”Benjy tidak sabar ingin mengetahui pada pengakhiran cerita.

            “Diaterus mengganggu penduduk kampung hinggalah ada seorang lelaki warak datangkampung ni yang menamatkan segala keganasan yang Mas Ayu lakukan. Mas Ayu sudahmati. Tubuhnya itu hanya dipergunakan oleh syaitan kerana api dendam yang adapada hati Mas Ayu. Mas Ayu dikuburkan semula. Lama-kelamaan kisah langsuir danMas Ayu tidak lagi menjadi bualan mulut orang kampung.” Tok Jalal tidak pastisama ada Benjy mempercayai ceritanya atau tidak. Dia boleh saja menunjukkankubur Mas Ayu kepada Benjy jika lelaki itu memintanya.

            Benjytidak mahu bertanya lebih lanjut apa yang dilihatnya di atas bumbung pondokBidan Senah.

            “Meremangpula bulu roma saya dengar cerita pasal langsuir ni. Tapi tok, saya ada denganjuga orang kata langsuir ni bukanlah hantu yang mengerikan macam digambarkantu. Langsuir ni asal dari burung. Betul ke tok?” Benjy memandang wajah tua itu.

            TokJalal tersenyum.

            “Ada yang kata langsuir ni seekorburung. Perkataan langsuir itu dari helang campur suwe(celaka) jadinya langsuweatau langsuir. Langsuir ni dikatakan seekor burung helang yang dipuja. Ertikata lain jin yang dipuja ke dalam badan helang. Orang tua-tua dulu panggilhelang ni hanya lang saja. Helang ni biasanya aktif pada waktu malam untukmenganggu rumah-rumah yang disuruh oleh penjaganya. Tujuannya untuk membalasdendam. Makhluk ini juga dikatakan pandai meniru macam-macam suara.” Tok Jalal hanyamenyampaikan cerita yang dia dengar dari mulut ke mulut oleh orang tuanya dulu.

            “Satu lagi soalan saya. Betul kekematian Bidan Senah berkaitan dengan langsuir?”

            Tok Jalal memandang wajah wartawanmuda di depan matanya itu. Cerita kematian Bidan Senah sememangnya menjadi buahmulut orang. Tok Jalal tidak berani bercerita perkara yang tidak sahih.

            “Tok cuma boleh katakan yangkematian Bidan Senah itu sama seperti mereka yang menjadi mangsa langsuir 89tahun yang lalu.” Tok Jalal menghela nafas kecil. Jika benar Bidan Senahdiserang makhluk itu, sudah pasti ada kaitannya dengan langsuir. Tapi langsuir itutidak mungkin Mas Ayu.

            “Terima kasih pak cik keranameluangkan masa dengan saya.” ucap Benjy.

            Tok Jalal memaut bahu Benjy.

            “Hati-hati nak dalam menyelongkarsatu misteri tu. Ada misteri yang perlu kita kekalkan ia menjadi misteri.Jangan bertindak terlalu berani. Padah akibatnya kelak.” Tok Jalal memberikanperingatan kepada Benjy. Dia nampak anak muda itu bersungguh-sungguh mengorekrahsia tentang langsuir .

            “Terima kasih atas nasihat tok.”

            Tok… tok…” Seorang lelaki muncul dihujung tangga. Wajahnya kelihatan pucat.

            “Kenapa ni Hamid?”

            “Ada berita tak baik tok.”

            Tok Jalal tergesa-gesa memijaktangga. Dia merapati lelaki yang dipanggil Hamid itu. Benjy cuba mencuri dengarperbualan.

            “Apa yang berlaku?”

            “Kubur tu tok? Kubur Mas Ayu.  Ada yang korek. Pakunya sudah hilang.”

            “Allahuakhbar.”

            Paku. Hanya perkataan itu yang jelasdidengari oleh Benjy. Tok Jalal beredar bersama Hamid. Katanya dia akan kembalisetelah urusannya selesai.  Namun, Benjytidak betah menunggu Tok Jalal. Dia meminta diri awal. Hatinya tergerak ingintahu tetapi dia tidak tahu arah haluan Tok Jalal tadi. Benjy kembali ke rumahtumpang.

BENJY mengemas segala pakaian masukke dalam beg. Benjy menyentuh jurnal lama yang baru dibaca suku itu. Dia masihberkira-kira mahu membawa jurnal itu bersamanya atau tidak. Jika diamengambilnya maka dia mengambil secara curi. Tanpa izin dari tuan rumah tumpangitu. Benjy berjalan ke hulur hilir. Beberapa kali dia meraup rambutnya kebelakang.

            Benjymemaut hujung dagu. Ah, dia hanya pinjam sebentar. Selepas dia membaca segalaisi dalam jurnal itu, dia akan memulangkan balik ke rumah tumpang ini. Dia akanmeminta maaf. Jurnal lama itu terus dimasukkan ke dalam beg.

            “Assalamualaikum…”suara anak tuan rumah tumpang itu menyapa di corong telinga Benjy.

            “Waalaikumusalam…”Benjy menyahut. Ensel pintu segera ditarik. Gadis belas tahun itu mengukirsenyuman lalu menghulurkan sepinggan kuih talam kepada Benjy.

            “Makbagi.” ujarnya lembut.

            Gadisitu sering menghantarkan makanan buatnya. Naik segan pula Benjy tetapi kataorang rezeki jangan ditolak. Jimat duit poketnya.

            “Terimakasih. Lepas Mahgrib nanti abang akan bertolak ke Kuala Lumpur.” Apa yang diacari sudah ditemui.

            “Abangtinggal saja kuncinya di tempat tersorok tu. Nanti abah akan datang ambil.”

            “Baiklah.”

            Gadisitu beredar. Lama juga dia tidak menjamu selera dengan kuih-kuih tradisional.Tambah lagi di bandar dengan zaman sekarang yang serba serbi harganya naik.Seketul kuih pun ada yang dijual dengan harga RM 0.50 sen. Bahan-bahan mentahyang mahal juga menyebabkan kuih juga dalam bentuk yang lebih kecil.              

            Usaisolat Maghrib, Benjy menggalas beg di bahu. Kunci rumah itu diletakkan di bawah

salah satu pasu di laman rumah itu.Benjy melangkah masuk ke dalam Proton Iswaranya. Dia singgah di rumah Tok Jalaluntuk mengucapkan selamat tinggal.

            “Hati-hatimemandu.” Tok Jalal memeluk Benjy.

            “BaikTok. Tok… soalan saya yang terakhir. Saya terdengar perbualan tok dengan lelakiyang datang siang tadi. Paku. Paku apa tok?” Benjy merenung wajah tua itu.

            TokJalal menarik nafas panjang.

            “KuburMas Ayu digali orang.” balas Tok Jalal.

            “ALLAH…tergamaknya yang orang yang melakukan kerja terkutuk begitu. Apa yang diacari?”

            “Orangyang melakukan kerja-kerja syirik ini tidak akan putus.  Jika bukan orang itu yang melakukan, oranglain yang akan melakukan. Hanya paku itu saja yang diambil. Jasad Mas Ayu masihdi dalam kuburnya. Tidak tahulah apa niat orang yang mengorek kubur Mas Ayu.Yang pasti niatnya tidak baik.”  Di suduthati Tok Jalal terselit juga rasa kebimbangan.

            “Semogakita sentiasa dilindungi ALLAH.”  ujarBenjy.

 Benjy meneruskan perjalanan. Jalan raya sunyimalam itu. Cahaya lampu kereta Benjy menyuluh jalan bertar, seiring denganderuman enjin kereta yang seolah-olah mengerang.Kelihatan kenderaan berat yangmenguasai jalan. Seorang perempuan berlari di tengah jalan. Benjy pantasmenekan brek kereta. Dia bersandar, lelah. Nafasnya deras, berombak dadanya.Nyaris dia melanggar perempuan yang sudah terbaring atas jalan raya itu. Benjybingkas meluru keluar dari kereta.

            Diamemeriksa keadaan perempuan itu. Masih bernyawa. Benjy tiada pilihan. Masakandia mahu membiarkan perempuan itu terbaring begitu di tengah jalan. Celahankaki wanita itu kelihatan darah merah mengalir laju. Perempuan itu dibawa masukke dalam keretanya. Benjy perlu segera menghantar perempuan itu ke hospital. Keadaanperempuan itu nampak teruk. Dia tidak mahu memikirkan bagaimana perempuan ituberada di jalan tengah malam begini.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.