Home Novel Seram/Misteri LANGSUIR
LANGSUIR
Illya Abdullah
18/3/2018 12:31:43
24,452
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 1

Tahun 2017

 

HUJAN turun renyai-renyai menyimbahbumi. Jenazah diturunkan perlahan-lahan ke dalam liang lahad. Pengebumianjenazah perlu disempurnakan dengan segera. Wanita yang berselendang putih hanyamemandang jenazah yang sudah berada di liang lahad itu tanpa perasaan. Yangmati tidak akan kembali.

            Diamelangkah pergi sebelum talkin dibacakan. Apa yang penting dia sudahmenguruskan apa yang patut. Mata-mata yang memandangnya tidak dipedulikan. Diaterus melangkah pulang ke pondok buruk yang berada jauh dari rumah pendudukkampung yang lain.

            Diamembuka selendang yang tersarung pada kepalanya itu. Matanya melilau kiri dankanan. Matahari sudah makin berlabuh diufuk barat. Dia segera menceduk airtempayan lalu dijiruskan kedua-dua belah kakinya. Tangga kayu itu dipjak satupersatu lalu melangkah masuk ke dalam pondok buruknya.

            Pintupondok itu ditutup rapat. Lampu pelita dinyalakan segera. Sekilas ada jelmaanwajah hodoh seorang perempuan di depannya. Dia menelan liur berkali-kali.Dadanya diurutkan perlahan.

            Dengupanjantungnya berombak kencang tatkala rambut panjang berbau busuk menyapa padawajahnya. Dia mendongkkan kepalanya ke atas. Makhluk berupa perempuan hodohdengan taring runcing yang kelihatan pada mulutnya itu menyeringai ke arah dia.Kakinya bagaikan terpaku apabila matanya bersatu dengan mata kemerahan makhlukitu. Kuku-kuku yang panjang dan runcing itu menyentuh wajahnya.

            “He…he… he…”

            Rambutmakhluk perempuan berwajah hodoh itu menjerut lehernya hingga dia tidak mampuuntuk bernafas. Wajahnya yang kian dimamah usia dicakar tanpa belas. Darahmemancut seiring dengan suara jeritan. Dia tahu nyawanya kita berada dihujungtanduk. Taringnya dibenamkan pada leher wanita itu. Darahnya disedut.

            Matanyasemakin kelam. Dia seakan berserah saja nyawa pada makhluk itu. Tidak mampukudratnya melawan makhluk itu.

Aarghhhh!

Dengan rakus makhlukitu menghirup darahnya hingga kering. Tubuh wanita itu tidak bernyawa lagi.

Makhluk ituterbang keluar melalui jendela dengan hilai tawa.

 

 

KECOH penduduk kampung dengankematian Bidan Senah. Jasad Bidan Senah ditemui tidak bernyawa. Bahagianlehernya teradapat dua lubang seperti kesan gigitan. Siapa yang membunuh BidanSenah? Ianya menjadi tanda tanya. Misteri tinggal misteri. Ada yang mengatakanBidan Senah mati kerana dibunuh Langsuir. Sejauh mana kebenarannya hanya BidanSenah yang mati tahu jawapannya.

            KematianBidan Senah menarik perhatian seorang wartawan muda. Dia sanggup meredahkampung itu untuk mendapatkan cerita. Sayangnya cerita yang diperolehi tidakmenguatkan artikel yang bakal ditulis. Dia masih tidak berputus asa lalu diamengambil keputusan untuk tinggal di kampung itu dalam tempoh beberapa hari.

            BidanSenah dikatakan ada membela saka. Orang kampung memulaukan Bidan Senah keranailmu hitamnya. Kononnya Bidan Senah boleh menukar rupanya menjadi cantik. Seorangpenduduk di kampung itu ada bercerita tentang sepasang kekasih menemui BidanSenah. Si lelaki mahu kekasihnya menggugurkan kandunganya tetapi dibantah olehkekasihnya itu. Lalu timbul pertelingkahan dan kandungan itu digugurkan secarapaksa hingga menyebabkan kematian. Ada yang menambah cerita kononnya gadis yangmati itu bangkit diseru oleh bapanya menjadi langsuir.

            Malamitu bersendirian dia menuju ke pondok buruk Bidan Senah. Dia melangkah penuhberani masuk ke pondok buruk itu. Kamera yang tergantung dilehernya diangkat.Beberapa keping gambar diambil. Pondok buruk Bidan Senah sudah memberikanperasaan seram sewaktu dia melangkah masuk. Dia menekup hidung dengan saputangan.

            Patung-patungseperti tanah liat menarik perhatiannya. Dia menghala kamera untuk mengambilgambar. Betullah Bidan Senah mengamalkan ilmu hitam.

            “He…he… he…”

            Suarahilai tawa itu mengejutkannya. Dia cuba mencari arah suara itu. Kedengaran dariarah pondok buruk itu. Bergegas dia berlari keluar.

            Lembagaperempuan yang bertenggek di atas bumbung pondok itu merenungnya tajam. Matanyasemerah saga. Rambutnya mengerbang panjang.

            Diamengilai panjang. Lelaki itu kelihatan tegak berdiri merenung lembaga perempuanitu tanpa perasaan takut. Lensa kamera dihalakan pada makhluk itu. Namun,makhluk itu sudah terbang hinggap pada dahan pokok berdekatan lalu lenyap. Diamenarik nafas panjang. Hanya hilaian tawa yang masih sayup-sayup kedengaran.

 

BENJY menarik kertas yang mencacattentang Sir Richard Olaf  Winstedt (2Ogos 1878-2 Jun 1966), atau dikenali juga sebagai R. O. Winstedt merupakanpekaji timur Inggeris dan pentadbir

koloni dengan kemahirab MalayBritish. Winstedt dilahirkan di Oxford, mendapat pendidikan di Magdalen CollegeSchool and New College, Oxford, dari mana dia menerima MA.Pada tahun 1902 beliau menjadi kadetdalam Perkhidmatan Awam Persekutuan Tanah Melayu, dan ditempatkan di negeriPerak di mana dia mempelajari bahasa dan budaya Melayu. Pada tahun 1913 beliaudilantik sebagai Pegawai Daerah di Kuala Pilah, dan pada 1916 menyertai jabatanpendidikan. Pada 1920 Winstedt menerima DLitt daripada Oxford

            Benjymembaca catatan seterusnya. Olaf Winstedt kitakan ada satu sifat buruk. Beliautidak menjalankan tugas-tugas diberikan, sebaliknya menyelongkar istana-istana Melayudanbelajar pasal manuskrip lama. Pada tahun 1909 beliau tulis dalam satu unpublished Journal by Asiatic Society…ilmu memanggil Pontianak atau langsuir. Recordedfrom account of Dato' Amarabangsa Wiraja/Wijaya… seorang pawang yang amatampuh zaman tu dari Temenggor.

            Benjymemakukan mata pada ayat-ayat yang tertera. Ayat memanggil pontianak ataulangsuir. Dia menelan liur.

 

Aku bunoh tiadabertanya

Aku pancongtiada pereksa

Aku-lahhulubalang Allah dalam dunia

 

            MulutBenjy berhenti dari meneruskan bait ayat tersebut. Bulu tengkuk merinding.Benjy meraba-raba belakang lehernya. Tiba-tiba saja semua jendela di rumahtumpangan itu terpelangah. Benjy tersentak. Angin kuat menderu masuk.Kelam-kabut Benjy menutup semua jendela yang ada. Kakinya terpijak satu bukujurnal di lantai itu. Buku itu jatuh dari rak yang menyimpan segala buku-bukulama. Benjy mencapai jurnal tersebut. Tulisan di dalamnya menggunakan tulisanjawi. Benjy duduk semula di kerusi rotan itu. Dia cuba membaca tulisan jawitersebut.

            “Langsuir…”hatinya berbisik kecil. Apa yang tercatit dalam jurnal lama itu mengenailangsuir dan wanita bernama Mas Ayu. Siapa Mas Ayu? Dia menyelak helaian jurnalitu seterusnya.

            Benjymula tertarik dengan isi di dalam jurnal tersebut. Siapa penulis jurnal itutidak ketahui. Tiada catatan nama di situ.

 

 

KAWASAN perkuburan lama itu telahdicerobohi. Apa yang dicari telah ditemui. Paku sepanjang 3 inci yang berukirandengan tulisan pelik itu digenggam dengan kemas. Dia memanjat naik ke atas.Paku itu diletakkan ke dalan kain kuning lalu dibalut dengan kemas. Mulutnyaterkumat-kamit membaca beberapa potongan ayat lalu dihembuskan pada kain kuningtersebut.

            Matanyamemandang pada rangka manusia dalam tanah itu. Bibirnya menguntum senyuman. Apayang dihajati sudah tercapai. Dia sengaja membiarkan kubur itu terbuka tanpaditimbus semula.

            Seoranggadis muda menanti di dalam kereta. Dia tidak tahu apa yang dicari oleh ibusaudaranya di tanah perkuburan lama itu malam buta begini. Dia sendiri berasaseram dengan suasana sunyi di kawasan terbabit. Perempuan tua yang merupakanibu saudaranya itu menapak menuju ke kereta. Perempuan tua itu menarik pintukereta lalu melangkah masuk.

            Matagadis itu terpaku pada bungkusan kuning yang dibawa oleh ibu saudaranya itu.Dia mula mencium bau yang kurang menyenangkan. Dia yakin bau itu datangnya daribungkusan kuning di tangan ibu saudaranya.

            Sebatanghinggap di bahunya dari belakang. Serentak itu kedua belah tangan yang memengang stereng keretadilepaskan. Jantungnya berdengup kencang. Dia ingin menoleh ke belakang tetapidihalang oleh ibu saudaranya.

            “Hidupkansaja enjin kereta. Kita beredar.” Arah perempuan tua itu.

            “Tapi…”

            “Kamutak perlu takut. Mak cik ada bersama. Dia tidak akan kacau kamu.” Perempuan tua itumelirik senyuman.

            Diamenurut saja kata-kata ibu saudaranya itu. Kunci kereta dipulas. Keretanya mulabergerak meninggalkan kawasan perkuburan lama itu. Dia memandu dengan penuhberhati-hati. Sesekali dia cuba melihat tempat duduk belakang keretanya melaluicermin depan itu. Ibu saudaranya kelihatan tenang tetapi mulut perempuan tuaitu terkumat-kamit seperti membaca sesuatu. Tidak tahu apa yang dibacanya.

Previous: Prolog
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.