Home Novel Seram/Misteri SAKA 2 (COMPLETE)
SAKA 2 (COMPLETE)
ErAisyaaa
27/4/2020 22:16:49
141,888
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 12

Seusai membersihkan diri, Encik Yusof duduk bersebelahan isterinya yang tampak gusar sejak dia pulang dari kerja. dia dapat mengagak puncaa isterinya gusar seperti itu. namun dia mahukan kepastian akan perkara itu.

“kenapa muka macam tu?” tegur Encik Yusof lembut. Puan Kalsum tidak segera menjawab dan menghelas nafas lembut.

“Diana.” Jawab Puan Kalsum sepatah.

“macam mana dia harini? Saya tak jumpa dia lagi. Pintu biliknya berkunci. Mungkin dia dah tidur.” Encik Yusof bertanya tentang anak gadisnya itu dan sekali lagi membuatkan Puan Kalsum menghela nafas kasar.

“saya taktahu lah perubahannya hari ini perubahan yang baik atau sebaliknya.” Ujar Puan Kalsum.kata-kata Puan Kalsum membuatkan Encik Yusof tertanya-tanya.

“sikap dia harini, berubah seperti sediakala. Ceria dan macam tiada apa yang berlaku.” Sambung Puan Kalsum.

“kalau macam tu bagus lah.” Ujar Encik Yusof ceria.

“bagus apanya?!Dia macam tak sedar apa yang dia lakukan sebelum ini.” Adu Puan Kalsum.

Encik Yusof terdiam.

“saya ada jumpa kawan lama saya. Dia kerja sebagai doktor psikiatri. Saya akan buat temujanji untuk Diana dengan dia nanti.” Ujar Puan Kalsum memberitahu suaminya.

“awak rasa anak kita ada masalah mental ke?” soal Encik Yusof.

“saya percayakan perubatan moden. Kalau ada sesuatu yang pelik, kita kena bawak dia pergi jumpa doktor.”

“hujung minggu Ustaz Khairi akan datang. Pastikan awak ada juga time tu.” Kata Encik Yusof tegas. Dia tahu sebenarnya isterinya tidak berapa setuju akan cadangannya.

Puan Kalsum mendiamkan diri. Tanpa sebarang kata, dia keluar dari bilik dan menuju ke bilik Diana.

Bilik Diana seperti biasa masih tertutup rapat. Tiada sebarang suara yang didengari dari bilik itu. dia cuba mengetuk bilik Diana.

Tok…tok…tok..

“Diana?” panggil Puan Kalsum.

Tetapi sayang,tiada sahutan daripada Diana.

“dah tidur ke?’monolog Puan Kalsum sendirian. Dia menilik jam di pergelangan tangannya. Dan mendapati jam tepat pukul 1 pagi.

“patut lah. Dah pukul 1 pagi. Tidur dah lah budak ni.” Kata Puan Kalsum sendirian. Baru sahaja mahu melangkah pergi dari bilik Diana. Dia terdengar seseorang sedang berbual.Tetapi dia tidak dapat menangkap butiran yang dibicarakan.

Dia mendekatkan telinga ke pintu bilik Diana. Dia yakin yang suara itu dari bilik Diana. Dia cuba mendengar butiran yang dibicarakan oleh suara itu.

“dari mana kau datang?”

“kenapa datang pada aku?”

“ramai orang lain lagi! Tapi kenapa aku?”

“kau nak suruh aku jadi gila dengan semua ni?”

 

“Dari mana kau datang?” Soal Diana kepada makhluk hodoh itu.

“kenapa datang pada aku?” Soal Diana lagi apabila makhluk itu hanya menyeringai melihat Diana.

“KAU YANG TERPILIH. KAU PEWARISNYA!” kata makhluk itu dengan garang.

“TAPI KAU DEGIL.KAU TAK BERI SEPENUHNYA HATI KAU!” kata makhluk itu lagi.

“ramai orang lain lagi! Tapi kenapa aku?”

“KAU PEWARISNYA!!”Ulang makhluk itu.

“kau nak suruh aku jadi gila dengan semua ni?!” Sergah Diana kepada makhluk hodoh itu.

“HAHAHAHA. ITU PILIHAN YANG KAU BUAT!! HATI KAU SEHARUSNYA DIPERSEMBAHKAN SEPENUHNYA KEPADA AKU!”

“Aku taknak! Aku nampak apa yang kau lakukan kepada tuan kau!”

“kalau aku ikut kata-kata kau! Aku juga akan berakhir seperti dia!” Ujar Diana dengan nada suara yang tegas.

“ITU PERJANJIAN KU DENGANNYA!”

“aku tak nak! Aku taknak! Kau pergi! Jangan ganggu aku!” jerit Diana bagaikan histeria.

Puan Kalsum yang mendengar Diana menjerit terus mencuba membuka pintu bilik Diana namun pintunya dikunci dari dalam.

“Diana?!!” panggil Puan Kalsum. namun hanya mendengar suara Diana yang menjerit-jerit. Puan Kalsum berlari anak mendapatkan kunci pendua. Dan menjerit memanggil suaminya.

“Awak!!!!”  jerit Puan Kalsum.

Encik Yusof yang baru sahaja mahu melelapkan matanya terus terjaga apabila mendengar jeritan isterinya.

Dia melangkah keluar dari bilik dan melihat isterinya tergesa-gesa menuruni tangga.

“kenapa ni?”

“saya nak ambik kunci pendua. Saya dengar Diana menjerit-jerit dalam bilik dia.” Kata Puan Kalsum tergesa-gesa. Encik Yusof pula terus melangkah menuju kebilik anakgadisnya.

Dia cuba mengetuk bilik Diana. Memang benar, Diana terjerit jerit di dalam bilik seperti memarahi seseorang. sedang dia memanggil nama Diana, isterinya berlari mendapatkannya dengan membawakan kunci pendua.

“nah” Puan Kalsum menghulurkan kunci pendua kepada suaminya.

Alangkah terkejutnya mereka berdua melihat Diana yang sudah melekat di dinding dengan kaki dan tangannya melekat pada dinding.

“astagfirullahal’azim.”Mengucap panjang mereka berdua melihat keadaan yang tidak terduga itu.

“Diana..” panggil Encik Yusof lembut.

Diana sedang memandang mereka dengan wajah yang menyeramkan. Rambut Diana berjuntai menutupi sebelah wajahnya. Diana mula berdengus kemarahan melihat dua orang itu masuk kedalam biliknya.

“KELUAR!!” jerit Diana dengan suara yang amat garau. Terasa meremang bulu roma Encik Yusof dan Puan Kalsum mendengar suara yang keluar dari mulut Diana.

Diana melompat keatas katilnya dan merangkak merapati kedua orang tuanya. Dia memperlihatkan wajahnya yang kelihatan berkedut pada sebelah wajahnya yang tadi ditutupi olehrambut.

Puan Kalsum terkejut melihat wajah Diana yang berkedut seperti orang yang sudah sangat tua.

Encik Yusof terus menarik tangan isterinya keluar daripada bilik Diana.

“apa awak ni? Buat sesuatu lah!” bentak Puan Kalsum.

“saya nak call Ustaz Khairi. Awak kunci pintu bilik dia.” Ujar Encik Yusof. Dia kelihatan agak terkejut dengan perlakuan Diana. Seperti yang dia duga, Diana pasti ada gangguan mistik.

Encik Yusof berlari masuk ke dalam biliknya dan mencapai telefonnya. Dia mendail nombor Ustaz Khairi. Tidak smpai 15 saat, panggilannya bersambut.

“Assalamualaikum.”Kedengaran suara orang memberi salam melalui corong telefon.

 

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.