Home Novel Seram/Misteri SAKA 2 (COMPLETE)
SAKA 2 (COMPLETE)
ErAisyaaa
27/4/2020 22:16:49
141,905
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 18

Hari ketiga mereka sekeluarga tinggal di kampung, Puan Ainun meminta Ustaz Wahid untuk datang. Tujuannya untuk memeriksa keadaan Diana. memang sepanjang Diana ada di kampung, beberapa kali juga Puan Ainun terlihat Diana berbicara sendirian. Kadang-kala seperti berbual dengan datuknya, adakala bercakap dalam keadaan yang marah. Itu yang membuatkan mereka sekeluarga agak buntu dengan keadaan Diana yang dirasakan sudak semakin teruk. 

Diana seperti hidup di dalam hidupnya sendiri. Diana juga makan dengan kuantiti yang sangat banyak. Agak mustahil untuk gadis yang berbadan kecil untuk makan dalam kuantiti yang begitu banyak. Apabila ditanya, Diana pasti beritahu yang dia tidak makan semua tu. Perkara itu membuatkan Encik Yusof dan Puan Kalsum amat risau akan keadaan anak mereka. Mereka mengambil keputusan untuk menyambung cuti bagi mencari cara untuk menyembuhkan Diana. 

Menurut Ustaz Wahid, saka yang diwarisi oleh Diana amat sukar untuk dibuang. Ini kerana, perjanjian yang telah dibuat oleh tuan lama dimaterai bersama darah Diana. Oleh itu, jika Diana tidak Bersatu dengan saka tersebut. Keadaan Diana seperti kehilangan dirinya sendiri. jika salah caranya, mungkin Diana akan menjadi gila. 

Perkara yang disampaikan oleh Ustaz Wahid amat membimbangkan Encik Yusof dan Puan Kalsum. Dia kebuntuan idea bagi memulihkan semula anak gadisnya itu. Selepas berbincang dengan Ustaz Wahid, Encik Yusof mengambil keputusan untuk menghubungi ustaz Khairi untuk memohon bantuan.

“awak dah bagitahu Ustaz Khairi? Dia free?” tanya Puan Kalsum kepada suaminya.

“Dah. Dia akan datang lusa. Insya Allah.” Jawab Encik Yusof. 


Jam menunjukkan pukul 7.36 malam. Mereka sekeluarga bersiap-siap untuk menunaikan solat maghrib. Imamnya adalah Encik Yunus. 

Encik Yusof merasa menyesal kerana dia terlalu sibuk akan kerjanya sehingga tiada masa untuk solat berjemaah bersama keluarganya. Dan dia rasa, dia dan keluarganya tidak pernah solat berjemaah sekali. 

Dia sedar, selama ini dia tidak terlalu mengambil berat akan soal agama dalam keluarganya. Ini kerana, dia dan isterinya banyak menghabiskan masa dengan kerja. Selalu berada di luar negara akibat desakan kerja. Isterinya juga begitu sehingga mengabaikan soal agama. Mereka hanya melakukan jika teringat dan tidak konsisten. Dia tertinggal mereka tiada rasa bersalah. Itu lah kesalahan yang paling besar dalam membentuk keluarganya. 

Dia juga tidak pernah bertanyakan soal solat kepada anak isterinya. Dia rasa sangat menyesal akan perbuatannya sebagai ketua keluarga. Begitulah lumrah manusia, hanya ingat kepada Allah ketika dalam kesusahan dan kesulitan. Sudah lama rasanya dahinya tidak menyentuh tikar sembahyang. 

Suara Encik Yunus lembut melaungkan iqamat. Terasa tenang di hatinya apabila ingin menghadap Allah. Encik Yusof sempat berpaling ke belakang melihat wajah isterinya yang bersih mengenakan telekung. Dia sudah lama tidak melihat isterinya bertelekung sebegitu. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka. 


Diana kepanasan di dalam bilik. Alunan ayat Al-Quran yang dibaca oleh Encik Yunus dan Encik Yusof membuatkannya tidak senang duduk. Bagaikan cacing kepanasan. Diana berjalan ke hulu ke hilir sambil meraut wajahnya. Wajahnya merah bagaikan dibakar. Dia merasa seluruh tubuhnya sedang dibakar.

“Aduhhhh.. Panas… Panasssss…” Diana resah sambil mengipas-ngipas badannya dengan surat khabar. Habis berpeluh badan Diana. Padahal penghawa dingin di dalam bilik Diana sudah cukup membuatkan orang menggigil. Tetapi tidak bagi Diana. 

“Haishhhh panas nyaaa. Dia orang baca apa ni!!” kata Diana dengan keras. Matanya terbeliak seperti ingin menerkam orang. Dia berkurung di dalam bilik sejak dari pagi. Tiada sesiapa pun berani masuk ke dalam bilik itu kecuali untuk memberikan makanan jika diminta. Sesiapa yang masuk pastinya akan dibaling barang oleh Diana. 

Puan Kalsum juga cedera akibat dibaling cawan oleh Diana. Keadaan Diana tidak dapat dikawal lagi. Dia sepertinya sudah hilang pertimbangan diri. Dia juga seperti sudah tidak kenal akan keluarganya sendiri. 

Apa yang mampu keluarnya lakukan adalah meminta pertolongan daripada Allah S.A.W untuk menyembuhkan Diana.

Alunan zikir terus berkumandang di dalam rumah itu. Diana yang sudah tidak tahan lagi terus keluar dari bilik dan beramuk. 

“HOIIIIIII. KORANG BACA APA??! AKU PANAS TAHU TAK!!” kata Diana dengan garang. Matanya yang jelas kemarahan. Urat di lehernya serta di dahinya turut timbul. Bacaan Encik Yunus dan Encik Yusof terhenti seketika. Mereka terkejut apabila disergah oleh Diana seperti itu. 

“Astagfirullah hal’azim.” Puan Ainun yang menyaksikan perkara itu mengucap Panjang melihat wajah Diana yang jelas-jelas bukan sifat sebenar cucunya. 

“DIAM!! Aku Panas!” Tengking Diana lagi.

“Dianaaa….” Panggil Puan Kalsum lembut. Namun Diana memandang Puan Kalsum seperti ingin membaham wanita itu hidup-hidup. Pandangan Diana membuatkan Puan Kalsum terkaku. Dia menggeletar melihat mata Diana yang bukan lagi milik anaknya itu. penuh kebencian dan dendam. 

Encik Yunus bangun mengambil telefon nya untuk menghubungi seseorang. 

Puan Kalsum dan Puan Ainun cuba menenangkan Diana. Encik Yusof juga bangun dari tempat duduknya untuk membantu menenangkan Diana. 

“istigfar Diana. sabar. Jangan macam ni.” Pujuk Puan Kalsum. Air matanya menitis melihat anaknya begitu. Kata-kata Puan Kalsum itu hanya disambut dengan dengusan yang kasar. Muka Diana penuh kebengisan itu dipandang. Memang bukan diri Diana yang sebenar. 

Encik Yunus membacakan ayat pendiding diri. Diikuti dengan bacaan ayat-ayat quran yang lain. Diana yang mendengar bacaan Encik Yunus itu terus datang menerkam Encik Yunus. Tindakan itu terlalu cepat sehingga Encik Yusof dan yang lain tidak sempat untuk menghalang tindakan Diana itu. 

Encik Yunus cuba menahan Diana daripada mencekiki lehernya. Mata Diana penuh dengan aura kebencian. Dengusan yang keluar daripada mulut Diana cukup membuatkan orang sekelilingnya ketakutan. Diana cuba untuk mencakar muka Encik Yunus.

“MATI!!” Jerit Diana. Encik Yunus terus-terusan membaca ayat-ayat yang diketahui. Encik Yusof dan Puan Kalsum cuba menarik Diana daripada terus menghempap badan Encik Yunus. Namun kekuatan Diana amat luar biasa. Sekali Diana melayangkan tangannya, Encik Yusof dan Puan Kalsum terus terdorong ke belakang. 

Puan Ainun juga cuba untuk menenangkan Diana namun ditegah oleh Encik Yusof keran risau ibunya akan tercedara.

“lepas Diana. itu pakcik bukan musuh Diana!!” Tegah Puan Kalsum sambil menarik lengan Diana. 

Tiba-tiba laungan azan oleh seseorang membuatkan tindakan Diana tadi beralih arah. Dia cuba mencari suara laungan azan itu untuk dihentikan. Laungan itu dibuat oleh Ustaz Wahid yang tiba di rumah Puan Ainun setelah dihubungi oleh Encik Yunus sebentar tadi. 

“BANGSAT!!” jerit Diana. dia melepaskan Encik Yunus dan cuba menerkam Ustaz Wahid. Namun belum sempat Diana dapat menerkam Ustaz Wahid, Encik Yusof terlebih dahulu menahannya. 

Ustaz Wahid terus membacakan ayat-ayat ruqyah sambil memegang ubung-ubun Diana dengan dialas dengan sehelai kain. Mata Diana dan mata Ustaz Wahid bertentangan antara satu sama lain. 

“Kau lagi!!” Kata Diana dengan keras. 

“Kenapa kau taknak tinggalkan anak cucu adam ini!” Soal Ustaz Wahid dengan tegas.

“Dia milik aku! Seluruh keluarganya milik aku!” Kata Diana dengan lantang. 

“Tidak! Mereka milik Allah S.A.W.” Tenang Ustaz Wahid membalas. Ustaz Wahid meneruskan baca ruqyah. Diana meronta-ronta tetapi badannya bagaikan diikat. Dia tidak bergerak. Rasa panas mula menyelubungi tubuhnya.

Diana mengertap giginya. Urat di lehernya jelas kelihatan seperti sedang menahan kesakitan yang amat sangat. 

“Keluar kau!!!” sergah Ustaz Wahid.

“hahahaha. Kau tak mampu nak halau aku!” Diana cuba memprovok Ustaz Wahid. 

Ustaz Wahid hanya tenang membaca ayat-ayat ruqyah. Bacaan demi bacaan membuatkan Diana mulai lemah. Perlahan Diana terjelepok di lantai. Badan Diana amat lemah. Puan Kalsum dan Puan Ainun memapah Diana untuk masuk ke dalam bilik. 


Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.