Home Novel Seram/Misteri SAKA 2 (COMPLETE)
SAKA 2 (COMPLETE)
ErAisyaaa
27/4/2020 22:16:49
141,900
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 15

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pahang tidak mengambil masa yang panjang. Jika tidak sesak lalu lintas,mereka sekeluarga boleh sampai dalam masa 2 jam sahaja.

Sepanjang perjalanan,hanya Puan Kalsum dan Makcik Kiah sahaja yang rancak berbual. Kadang-kadang sahaja Encik Yusof menyampuk dalam perbualan mereka. Diana pula hanya diam seribu bahasa sambil melayani perasaan.

Encik Yusof dan Puan Kalsum hanya membiarkan Diana, mereka tidak mahu mengganggu Diana dengan pelbagai soalan. Encik Yusof tahu anaknya itu sedang menghadapi keadaan yang sulit namun dia tidak mahu membuat Diana lagi terbeban dengan pelbagai soalan.Walaupun memang banyak persoalan yang berlegar di fikirannya.

Sesekali Makcik Kiah menegur Diana untuk makan makanan ringan yang mereka beli di RnR. Itu pun ditolak oleh Diana. Alasannya dia tidak ada selera. Memang Diana tidak ada selera untuk makan pada saat itu. Dia tidak tahu mengapa dia mula berasa resah untuk sampai ke kampung.

Encik Yusof sesekali menjeling ke arah Diana melalui cermin. Dia sepertinya dapat menangkap bahawa Diana tidak suka untuk pulang ke kampung.

***

Tepat jam pukul 11.20 pagi mereka sekeluarga tiba di kampung halaman Encik Yusof. Mereka disambut oleh ibu Encik Yusof dengan ramah. Maklumlah anaknya yang seorang itu memang sangat jarang dapat pulang ke kampung. Encik Yusof dipeluk oleh ibunya. Diikuti dengan Puan Kalsum dan Makcik Kiah dan akhir sekali tiba giliran Diana.

“Cucu nenek.. lama tak jumpa Diana..” kata Puan Ainun. Diana dipeluk mesra oleh neneknya. Diana membalas pelukan neneknya itu lama-lama. Dia sangat selesa berada dalam pelukan neneknya itu. Bagaikan separuh bebannya itu telah pun beransur-ansur hilang.

“Kenapa Diana macam tak sihat ni? Demam ke?” Soal Puan Ainun tiba-tiba. Dia mula membelek wajah cucu kesayangannya.

“Tak lah nek, Diana okay je lah.” Jawab Diana sambil mempamerkan senyuman yang dibuat-buat. Puan Ainun hanya menganggukkan kepalanya.

“Mak. Kami tidur sini hari ni. Saya dengan Kalsum dah minta cuti.” Kata Encik Yusof kepada ibunya.Puan Ainun tersenyum lebar mendengar kata-kata anaknya itu. sudah agak lama Encik Yusof sekeluarga tidak pulang ke kampung. Jika mereka pulang pun pasti hanya pulang hari. Pagi pulang ke kampung, petang sudah mahu bergegas pulang keKL.

“haa bagus lah. Lama jugak kamu semua tak balik. Hari ni mak masak sedap-sedap. Lama kan kamu semua tak makan masakan kampung. Asyik makan western-western je.” Ujar Puan Ainun panjang lebar.

Encik Yusof dan Puan Kalsum tersenyum mendengar kata-kata Puan Ainun.

“Eh mak, mana abang?”tanya Ecik Yusof.

“laaa dia kerja lahh arini. Petang karang baru dia balik.” Jawab Puan Ainun. Dia memang tinggal bersama anaknya iaitu abang kepada Encik Yusof. Semenjak arwah suaminya pergi meninggalkan mereka, anaknya yang itu lah sanggup berpindah daripada Melaka dan tinggal bersama ibunya. Anaknya itu adalah seorang duda yang kematian isterinya. Oleh itu dia mengambil keputusan untuk tinggal bersama ibunya diPahang.

“ohhh patut lah. Dia masih kerja di tempat yang sama kan ?” ujar Encik Yusof mengambil tahu perkembangan abangnya itu. Encik Yusof tidak berapa rapat dengan abangnya itu. Dia lebih rapat dengan Kak Ngahnya berbanding adik-beradik yang lain.

“haah tempat lama dia tu lah.” Jawab Puan Ainun.

“Ehh dah lahh. Rehat-rehat dulu. Bilik kamu kat atas tu memang selalu berkemas. Pergi lah masuk bilik dulu.Mak nak masak.” Kata Puan Ainun.

“saya tolong kak.” Sampuk Mak cik Kiah menawarkan bantuan.

“ehh tak apa. Penatkan baru sampai.”

“tak apa kak. Bukan saya yang memandu.” Kata Makcik Kiah. Puan Ainun menganggukkan kepala tanda setuju. Lagi bagus ada kawan berborak sambil memasak.

Puan Kalsum dan Diana naik ke tingkat atas untuk meletakkan beg di dalam bilik. Diana masuk ke biliknya sendiri. dia memang mempunyai biliknya sendiri di kampung dan biliknya itu memang tidak akan digunakan jika bukan dia yang gunakan.

Puan Kalsum juga masuk ke dalam biliknya dengan Encik Yusof. Dia menukar pakaiannya dan bersiap-siap untuk turun membantu ibu mertuanya di dapur.

 

 

Diana merebahkan badannya di atas katil. Dia memandang ke laur jendela dengan pandangan yang kosong. Dia sangat rindukan suasana di kampung. Dia juga sangat rindukan datuknya.

Imbas kembali…

Encik Zulkarnain mengangkat kayu yang besar itu hanya dengan meletakkannya di atas bahunya. Dia hanya mengangkat kayu itu seorang dirinya tanpa bantuan orang lain. Agak mustahil untuk orang yang sudah berusia sepertinya mengangkat kayu yang besar itu. Namun tidak pada Encik Zulkarnain yang memang terkenal dengan kegagahannya.

“wahhhh kuat nyaa atok!!”tegur Diana. Cucu kesayangan Encik Zulkarnain. Dia tersenyum bangga mendengar pujian yang keluar dari mulut kecil cucunya itu.

“Diana nak kuat macam atok tak?” soal Encik Zulkarnain.

“nakkk!!” Jerit Diana teruja. Encik Zulkarnain tersenyum lebar mendengar jawapan cucunya itu.

“nanti atok bagi Diana kuasa untuk jadi kuat okay.” Ujar Encik Zulkarnain dengan maksud yang mendalam.

“yeayyyy. Diana sayang atok.” Kata Diana tanpa mengetahui maksud daripada kata-kata itu.


“Rupanya ni yang atok maksudkan dengan kuasa untuk kuat?” monolog Diana sendirian.

“Ni bukan bagi Diana kuat atok..” perlahan rintihan keluar dari mulut Diana. Kenangan lama yang bermain di fikirannya sedikit sebanyak merobek hatinya. Dia tidak tahu mengapa datuknya itu mewariskan pekara itu kepadanya.

Sedang Diana berbicara dengan dirinya sendiri. Satu suara yang datangnya daripada kepala Diana berkata…

“Dia mahu kau jadi seorang yang kuat..”

“dia mahu benda itu menjaga kau selama-lamanya..”

“dia tidak mahu kau ditindas oleh orang lain.”

“dia lakukan itu kerana dia amat sayangkan kau melebihi orang lain dan nyawanya sendiri,”

Suara itu terngiang-ngiang di dalam fikiran Diana.

“Siapa!” Diana menyoal suara di dalam kepalanya itu.

“hahahaha. Siapa? Apa kau tak tahu atau pura-pura tidak tahu?” suara itu memprovok Diana.

“Siapa?” Soal Diana lagi.

“ZULKARNAIN!!” Suara itu menyebut nama datuk Diana.

“kau tipu! Kau tipu! Tipu!”jerit Diana bagaikan histeria. Dia bagaikan tidak sedar bahawa dia sedang bercakap seorang diri.

Encik Yusof menerjah masuk ke dalam bilik Diana. Dia melihat Diana yang sepertinya sedang hidup di dalam dunianya sendiri. Menjeri-jerit mengatakan sesuatu. Bagaikan bercakap dengan seseorang yang berada di hadapannya walaupun dengan mata kasar diteerlihat sesiapa pun di situ.

Encik Yusof memeluk Diana untuk mententeramkan anaknya itu.

“mengucap Diana. Baba katsini okay. Jangan takut.” Diana yang mendengar suara bapanya itu mula tenang dan membalas pelukan itu. Diana mula menangis tersedu-sedan.

“shhhhhhh.. dah dah jangan menangis. Diana okay.” Pujuk Encik Yusof perlahan. Di pintu bilik  kelihatan Puan Ainun dan Puan Kalsum melihat apa yang terjadi pada Diana.

Wajah mendung PuanKalsum dan Encik Yusof memberikan seribu persoalan di dalam fikiran Puan Ainun. Melihat wajah Diana yang dalam ketakutan itu juga membuatkan hati tuanya menjadi risau. Apa yang sebenarnya berlaku ? Itu lah yang berada di dalam fikirannya.

 

 

 

 

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.