Home Novel Seram/Misteri SAKA 2 (COMPLETE)
SAKA 2 (COMPLETE)
ErAisyaaa
27/4/2020 22:16:49
141,890
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 7

Diana kelihatan lesu tidak bemaya. Dia terasa lemah di seluruh tubuh badannya. Malam tadi dia sudah dikerjakan oleh makhluk itu. Habis badannya lebam sana sini. Dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa.

“mengapa aku?”keluh Diana. Dia mula merasa terganggu akan hadirnya makhluk itu. Jika dia memberitahu kepada orang lain pasti orang akan mengatakan dia tidak waras. Hendak diluahkan kepada kawan baiknya, dia terasa malu kerana telah memperlakukan kawannya itu seperti sampah. Dia masih ingat lagi.

Imbas kembali…

Petuk diketuk.

Tok..tok..tok..

Diana membuka pintu dan melihat Gina sedang tersenyum melihatnya. Tanpa mengajaknya masuk ke rumah,

“kenapa datang sini lagi?” tanya Diana dingin. Dia merasa marah bila melihat kawannya itu. Padahal dia sendiri tahu, bukan salah Gina untuk menegurnya tetapi dia tidak dapat mengawal perasaan marahnya itu.

“aku datang nak mintak maaf. Aku salah sebab tegur kau macam tu.” Kata Gina dengan rendah hati.Dia mengaku salah bukan sebab dia salah tetapi kerana dia sayangkan persahabatannya dengan Diana.

Diana masih tiada reaksi mendengar permintaan maaf daripada Gina. Sekaligus membuatkan Gina amat terasa.

“kau marah aku lagi Diana?” tanya Gina. Dia betul-betul merasakan Diana sudah berubah.

“dah habis cakap ke?” tanya Diana dingin. Wajahnya tidak menunjukkan riak. Gina agak terkejut dengan layanan dingin yang diterimanya. Dia tidak percaya pertanyaan itu keluar dari mulut kawan baiknya sendiri. Padahal kesalahannya bukanlah besar. Sampai hati Diana.

“kenapa kau layan aku macam ni Diana? Kau dah kawan dengan aku lama kan. Takkan teguran aku macam tu kau nak layan aku macam ni?” tanya Gina dengan suara yang sedih. Dia juga tidak mengerti apa yang terjadi kepada Diana.

“sebab aku taknak jadi kawan kau dah.” Jawab Diana lalu menutup pintu dengan kuat. Termangu-mangu Gina mendapat layanan sedemikian rupa. Air matanya yang tertahan dari tadi jatuh jua. Dia melangkah pergi dari rumah Diana dengan membawa perasaan yang berkecamuk seribu.

dari balik langsir, Diana melihat Gina pergi meninggalkan perkarangan rumahnya. Jauh di sudut hatinya dia merasa sedihakan perlakuannya terhadap Gina.

***

“KAU HARUS TINGGALKAN SEGALANYA” kata makhluk hodoh yang berdampingan dengan Diana yang muncul secara tiba-tiba.

“kenapa aku yang kau cari?! Tanya Diana.

“Kerana kau adalah aku. Kita sudah bersatu!! Kata makhluk hodoh itu lagi.

“Disebabkan kau,aku dah kehilangan seorang kawan baik.! Tengking Diana.

“Kau tak perlukan dia, Diana! Kau hanya perlukan aku sebagai teman kau!” ejek makhluk itu.

Diana merenung tajam ke arah makhluk itu. Dia merasa sangat marah. Dia mula membaling barangan di dalam biliknya itu ke arah makhluk itu sambil menjerit.

“PERGI!!! JANGAN DATANGLAGI!”

“AKU BENCI KAU!!!”jerit Diana kuat.

Puan Kalsum menerjah ke bilik anak gadisnya itu. Dia terkejut melihat bilik Diana berselerak dengan barangan yang dibaling.

“Diana! Bawa mengucap nakk.” Puan Kalsum berkata apabila Diana sepertinya tidak sedar akan apa yang berlaku. Diana terus menerus membaling barangnya ke arah Puan Kalsum. Encik Yusof yang baru pulang dari kerja terus naik ke bilik Diana apabila mendengar keadaan kecoh.

“Diana!! Kenapa ni?” tanya Encik Yusof sambil meluru mendekati Diana yang masih tidak sedar akan kejadian itu. Encik Yusof memegang Diana erat namun kekuatan Diana luar biasa. Diana menolak Encik Yusof sehingga terdorong ke belakang.

Kekuatan Diana tidak standing dengan tubuh badannya yang kecil. Encik Yusof masih cuba menenangkan Diana sambil membacakan beberapa surah yang terlintas di kepalanya. Setelah 10 minit bergelut dengan Diana yang mempunyai kekuatan lebih dari biasa, Diana terbaring tidak sedarkan diri.

Encik Yusof dan Puan Kalsum risau akan keadaan anak mereka. Wajah Diana yang pucat dipandang lama.

“kenapa dengan anak kita ni?” Puan Kalsum bertanya walaupun dia tahu Encik Yusof juga tidak tahu punca Diana jadi begitu.

“saya pun tak tahu.Apa yang jadi sebenarnya?” Encik Yusof pula bertanyakan soalan kepada isterinya.

“saya dengar bunyi orang baling barang, jadi saya pergi ke bilik Diana. Saya tengok dia macam tak sedar dan terus baling barang ke arah saya.” Terang Puan Kalsum kepada Encik Yusof.

“Takpe lah. Awak alih dulu barang-barang atas lantai ni.” Kata Encik Yusof sambil menyelimutkan tubuh Diana lalu dia keluar dari bilik itu.

Selepas mengemas semula bilik Diana, Puan Kalsum menapak keluar dari bilik itu. Dalam mindanya timbul seribu satu persoalan yang tidak dapat diungkap. Dia harus melakukan sesuatu kerana dia mendapati badan Diana penuh dengan kesan lebam yang tidak ketahui puncanya. Naluri ibunya mengatakan ada sesuatu yang buruk berlaku kepada anaknya itu. 

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.