Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 19

Erhan duduk di sofa tersandar kepenatan. Sudah lama dia tidak keluar berjogging. Selalunya waktu begini dia keluar berjogging di taman yang berdekatan dengan pejabatnya. 


Erhan selalu menyimpan pakaian gymnya di pejabat. Namun sudah lama juga dia tidak menyentuh pakaian gym kerana tidak ada mood untuk berjogging semula. Bila dia mula semula terasa mengah sedikit. 


Pintu pejabat Erhan di buka. Lieza masuk ke dalam pejabatnya.


“You dari mana boss?,” tegur Lieza bila di lihatnya Erhan tersandar kepenatan di sofa dengan sweat shirt dan track pants. Seperti baru lepas pergi berlari kayaknya.


“Baru pulang dari jogging..aku capek bangat, Lieza sayang bisa bikinkan aku air, aku dahaga sekali,” ujar Erhan, kali ini dia berbaring di atas sofa.


“Ya itu bisa di atur boss..balik jogging??? Lama you tak jogging sir dah hampir 6 bulan, kenapa tiba-tiba nak berjogging semula,” usik Lieza lalu menuju kearah mini pantry yang terdapat di bilik Erhan. 


Dia membancuh air kegemaran Erhan signature coffee R&R. Bossnya itu memang pelik. Tidak kira pagi petang siang malam. Kalau dia minta buatkan air, tiada air lain yang di minta selain signature coffee R&R. 


“Aku rasa sudah semakin gendut sekarang, tidak fit seperti dulu,” jawab Erhan lalu duduk bila Lieza meletak secawan kopi di atas meja. 


“What GENDUT!!! Ah sir I think you kena ganti cermin you di rumah..badan you fit begini you kata gendut? You ok tak sir?,” ujar Lieza terperanjat bila Erhan mengatakan dia sudah gemuk sebab itu dia pergi jogging semula. Apa cermin di rumahnya itu perlu di ganti?


“Kamu lucu sekali Lieza, kan ke aku mahu bertemu dengan so-call Lasindah..jadi aku ingin menyiapkan diri dan mahu kelihatan hebat di matanya ah gitu lor, kamu fikir hanya wanita sahaja yang bisa berdandan dan mencantikkan diri,” terang Erhan lalu menangalkan sweat shirt yang di pakainya tadi lalu di campakkan di bawah.


“Oh gitu..boss vain jugak kan! Aku yakin sekali so-call Lasindah pasti tertarik pada wajah kamu boss..ngak perlu stress amat,” jawab Lieza tersenyum simpul bila mengetahui akan sebab kenapa Erhan beria-ia pergi jogging semula. Rupa-rupanya mahu impress teman wanita barunya.


“Itu kata kamu..,” jawab Erhan bangkit dari sofa lalu menuju kearah kamar mandi ensuitenya.



****



Aku berjalan menuju kearah cubicle lalu menghempaskan punggungku di kerusi. Aku mencapai cermin yang terdapat di mejaku lalu membelek-belek kepalaku yang terhantuk tulang bahu lelaki itu. 


Betul apa yang aku sangka terdapat kesan benjolan di kepalaku. Aku sepatutnya minta wang pampasan dari lelaki itu sebab muka aku yang cantik menawan ni sudah tidak cantik lagi kerana ada bejolan tidak enak di mata terdapat di situ. Cet! Hilang seri wajah aku. 


“Nah..ice pack!,” ujar Salena lalu menghulur ice pack yang sempat di microwave tadi agar ice pack itu bertukar menjadi warm pack untuk ditekapkan di kepala benjol Marsha.


“Thanks Babe!! Nasib baik kau ada ice pack kalau tidak mana aku hendak cari lean meat.., suah sueh ke morning betul..,” gerutuku geram. 


Sebal betul dengan kejadian tadi. Apalah nasib, sudahlah tak berjumpa dengan ED. Boleh terjumpa dengan Mr. Arrogant pulak. Hissh potong betul!


“Yang kau marah sangat kat mamat tu kenapa? Kau yang langgar dia kan tadi? Patut kau yang kena minta maaf dengan dia,” ujar Salena lalu duduk mengadap Masha, dia ingin tahu cerita Marsha dengan mamat yang melanggarnya tadi. Untung-untung Marsha ada phone number lelaki itu. 


“Memanglah aku yang langgar dia, tapi yang sakit kepala aku tau!..Kau ada nampak benjol di kepala aku ni? Sebab itu aku tak perlu minta maaf dari dia,” ujarku lalu menekan ice pack atau warm pack di dahiku. 


Terasa bisa dan sengal-sengal pula. Aku hendak kena pergi check-up takut-takut bergegar otak aku di sebabkan terhantuk kuat tadi. 


“Kau ni kan kadang-kadang perangai mengalahkan anak sedara aku yang berusia 5 tahun..,” komen Salena lalu mengelengkan kepalanya perlahan. 


“Aku bukan apa..aku bengang sangat dengan mamat tu!..Kau ingat aku pernah cerita pada kau dulu, mamat ni yang sombong gila aku jumpa kat Café dulu..Ah dialah, sebab itu aku geram sangat dengan dia tadi,” ujarku lalu mencampak ice pack di atas meja. 


“Mamat sombong gila yang kau cerita pada aku tu dulu??? Mamat tu?? Wah Marsha..handsome gila mamat tu? Kalau aku di tempat kau, aku tak kisah dilanggar mamat tu tadi,” jawab Salena dengan wajah tidak percaya. 


Aku menjeling bila Salena kelihatan teruja. Salena memang pantang. Pantang nampak muka handsome sikit pasti excited. Ini mesti dia hendak tahu lebih lanjut mengenai lelaki itu dari akulah, tu sebab dia baik sangat dengan aku hari ini. 


“Sorry..aku tak tahu apa-apa tentang mamat sombong tu..nama dia pun aku tak tahu..kalau kau hendak kenal dia sangat..dia selalu lepak kat R&R Bistro waktu petang..,” jawabku sambil lewa. 


Aku mencapai copy majalah bulan ini. Tidak sabar hendak membaca artikel ‘ED’.  Ada baiknya aku layan artikel ‘ED’ dari berdikusi dengan Salena tentang lelaki yang otaknya setengah masak tu.


“Mana kau tahu, aku hendak tahu tentang lelaki itu??,” tanya Salena dengan wajah terperanjat. Marsha seakan dapat membaca apa di fikirannya.


“Please eh aku kenal kau dah lama lah sesangat..aku sudah cukup faham benar dengan perangai kau tu!,” jawabku tanpa memandang wajah Salena. 


Malas hendak melayan. Kalau tanya tentang orang yang aku berminat ok lah jugak, ini tanya tentang orang yang aku tidak minat dan tidak suka langsung memang tak layanlah.



*****


Erhan sedang baring di sofa sambil membaca buku bila pintu biliknya di buka seseorang. Erhan tidak menoleh dan melihat siapa yang datang. Bila tiba-tiba dia di kejutkan bila seseorang melompat ke atas badannya.


“Eryan???..Ini anak buat kakak terkejut, kamu dari mana?? Mama mana?,” ujar Erhan lalu duduk dan mendukung adik tirinya yang tersengih bila dia dapat mengusik kakaknya. 


Erhan meletak buku yang di baca di atas meja. Wajah comel milik adik lelakinya itu di pandang sambil tersenyum. 


Eryan hanya menjungkit bahunya tanda tidak tahu lalu tersenyum nakal.


“Nakal kamu ya!..,” ujar Erhan lalu menarik hidung mancung milik adiknya. 


Erhan mendukung Eryan lalu menuju ke arah pintu. Tombol pintu di pulas perlahan. Bayang Lieza tidak kelihatan di mejanya. Mana sahaja semua orang pergi? Erhan mengerutkan dahinya merasa pelik bila adiknya Eryan berada disini tanpa di temani sesiapa. Dia kembali ke pejabat mengambil kunci kereta dan dompetnya. 


“Sir ada nampak Eryan???,” ujar Lieza dalam keadaan termengah-mengah. 


Puas dia mencari Eryan di merata R&R namun tidak di temui. Dia meminta pertolongan security mencari Eryan adik tiri bossnya itu. Bagai hendak terlucut jantungnya bila mendapati Eryan tidak berada di children section dimana dia tinggalkan sebentar di bawah jagaan pekerja R&R kerana mahu ke tandas. 


Sekembalinya dari tandas dia mendapati Eryan tidak lagi bermain-main di children section. Itu yang membuatkan dia panic bagai hendak gila. Kalau Eryan hilang habis kepalanya akan di pengal dengan Gusti Ayu dan Mr. Erhan. 


Erhan menoleh kearah Lieza yang berdiri di muka pintunya.


“Alhamdullilah..Eryan gi mana aja tadi..puas ‘bibik’ mencari kamu?,” ujar Lieza lalu mengambil Eryan dari tangan Erhan.


“Bibik?? Bukan ‘Tante’,” ujar Erhan lalu tersenyum kerana gelaran bibik adalah gelaran yang selalu di berikan kepada pembantu rumah. Masakan Eryan menyamakan Lieza dengan bibiknya. 


“Eryan yang memanggil saya ‘bibik’ hendak tak hendak terpaksa terima ajelah,” jawab Lieza dengan wajah pura-pura sedih. 


Jatuh standardnya di panggil bibik. Pakai baju office wear glamer begini dah ditukar status menjadi bibik. Apalah nasib.


“Eryan nakal kamu ya..ini ‘Tante’ bukan nya bibik ok??,” 


Eryan tidak menjawab dia hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.


“Mama saya di mana Lieza??,” tanya Erhan bila mamanya tidak kelihatan bersama dengan Lieza. Masakan Lieza pula yang menjaga Eryan.


“Gusti Ayu pergi shopping, dia minta tolong I babysit kan Eryan,” jawab Lieza serba salah. 


Dia takut di marahi majikannya. Dia terlupa hendak memberitahu Erhan tentang perancangan Gusti Ayu untuk keluar shopping hari ini dan dia di minta untuk menjaga Eryan hari ini.


“Shopping??? Kamu babysit Eryan? Biar saya aja menemani Eryan hari ini,” ujar Erhan lalu menghulurkan tangannya untuk mendukung Eryan.


“Betul?? Sungguh?? Kamu yang benar boss??,” tanya Lieza berkali-kali ingin kepastian dari Erhan. Betul Erhan mahu menjaga Eryan? Boleh ke dia menjaga dan handle Eryan yang cute dan nakal tu?


“Kamu fikir saya tidak pantas menjaga anak kecil?? Begitu??,” tanya Erhan kembali bila Lieza seperti tidak yakin dia dapat menjaga Eryan. 


Dia sukakan anak kecil dan sebelum ini, dia sudah seperti tunggal tidak punya kakak mahupun adik untuk di kongsi dan di ajak bermain bersama.


“Eh tidak..I know you are capable to look after Eryan,” jawab Lieza lalu tersengih bila Erhan tidak senang dengan komen yang diberikan tadi. 


Yelah Erhan belum punya keluarga dan anak sendiri. Sebab itu, dia kurang yakin dengan kebolehan Erhan untuk menjaga Eryan. Eryan anak kecil yang lincah. Boleh ke Erhan melayan karenah Eryan tanpa bantuan sesiapa? 


Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.