HAIQAL berdiri di hadapan lift sedari tadi. Sesekali dia melirik ke arah jam di pergelangan tangannya. Dia khuatir benar Marsha dapat bertemu dengan ED.
Jika Marsha bertemu dengan ED, entah apa-apa yang Marsha cakapkan padanya nanti. Marsha tu bukan boleh di percayai. Jika dia sudah marah perkataan yang terperanjat-peranjat semua keluar. Marsha tidak memaki hamun, cuma apa yang di takutkan kerana dia tahu Marsha suka memprovokasi seseorang itu. Tidak semena-mena dia dan syarikatnya akan di saman sama dek provokasi Marsha.
Haiqal menoleh ke arah lift yang berdenting menandakan pintu akan di buka di tingkatnya. Dia berharap benar yang keluar dari lift itu adalah Marsha.
Namun dia merasa hampa kerana bukan Marsha yang keluar dari perut lift tapi pekerja lain. Dia tidak boleh berdiri tercegat di sini seperti jaga kerana dia banyak kerja lagi yang perlu di buat.
Haiqal mengambil keputusan untuk masuk ke office kembali setelah percubaannya untuk menghubungi Marsha tidak berhasil, wanita itu tidak mahu menjawab panggilannya.
“Mardiana..kalau you nampak Marsha suruh dia jumpa saya urgent!,“ ujar Haiqal dengan wajah serious kepada Mardiana.
“Baik Mr. Haiqal,“ jawab Mardi tanpa menoleh ke arah Mr. Haiqal.
Dia tidak tahu kenapa bossnya kelihatan mengelacat sedari tadi. Apa pula yang di buat Marsha kali ini hingga membuatkan bossnya tidak senang hati.
****
Aku keluar dari perut lift setelah keluar makan bersama dengan Eddy hampir 2 jam. Lantaklah aku benar-benar tidak peduli jika Mr. Haiqal hendak marahkan aku. Aku tidak kisah lagi. Kalau Mr. Haiqal tidak mahu aku bertemu dengan ED. Aku buat sahaja apa yang aku termampu.
“Marsha...Mr. Haiqal nak jumpa,“ ujar Mardi sebaik sahaja terpandang wajah Marsha di muka pintu.
Melihat dari wajah muncungnya dia sudah dapat mengagak Marsha tidak dapat bertemu dengan ED.
“Malaslah...,“ jawabku dengan wajah selamba. Aku tahu akan sebab kenapa Mr. Haiqal hendak bertemu.
Sebab dia hendak tahu samada aku bertemu dengan ED atau tidak. Bukan sebab apa pun. Dia takut aku buat perkara yang merugikan syarikat atau memalukan syarikat bukan aku tak tahu. Bukan pasal kerja aje paksu complain tentang aku. Tentang perangai aku pun paksu complain pada kakaknya iaitu emak aku.
Sering juga aku kena sound dengan mak bila adiknya mengadu aku tidak mendengar katanya. Mentang-mentanglah mak dan abah duduk di Brunei, secara tak langsung paksu menjadi orang yang menjaga dan memerhatikan aku di sini. Paksu menyalah gunakan kuasa ke atas diri aku pula. Hissh boring!
“Marsha dapat jumpa ED??,“ tanya Mardi perlahan.
“Tak..,“ jawabku dengan wajah bosan lalu duduk di kerusi kosong bersebelahan dengan Mardi.
“Kau sure ke Mr. Elias itu ED??,“ tanya Mardi lagi.
“Aku 100% sure!,“ jawabku lalu menoleh ke arah Mardi.
“Ok..then he is good looking,“ jawab Mardi tersenyum sendiri.
Dia tidak sangka penulis ED itu hebat orangnya. Sudahlah tulisannya baik sekali. Orangnya juga ganteng sekali!
“Good looking?? Serious?? Betul ke ni?,“ tanyaku bertubi-tubi kerana Mardi sahaja yang tahu bagaimana rupa ED kerana Mardi yang menyambut ED tadi.
Mardi tidak menjawab dia hanya menganggukkan kepalanya perlahan. Dia masih ingat lagi akan rupa tetamu Mr. Haiqal. Orangnya sungguh segak dan kacak. Berkulit putih seperti keturunan Indonesia-belanda.
Aku mengeluh kecil. Sayang seribu kali sayang kerana tidak dapat bertemu dengan ED.
“Tak apalah Marsha..lambat laun kau bertemu juga dengan ED,“ pujuk Mardi bila dilihatnya Marsha seperti orang berputus asa.
“Lambat laun tu bila??? Dah nak time cerita dia hendak di cetak?..Time dia buat photoshoot?..By that time I tak perlu untuk bertemu dengan dia lagi sebab I don’t need him,“ ujarku perlahan.
Semua orang tak faham kenapa aku hendak bertemu dengan ED sangat. Mereka menyangka aku sukakan ED sebab itu aku desperate sangat hendak bertemu dengan ED. Iya, aku sukakan tulisan ED itu sahaja. Bukan orangnya.
“Hi Azlee,“ tegur Mardi bila Azlee melintas reception.
“Hi Mardi..eh Marsha apa you buat kat sini?? I was looking for you,“ tegur Azlee bila Marsha berada di reception area.
Patutlah dia ketempat Marsha. Marsha tidak ada. Rupanya Marsha berada disini bersama dengan Mardiana.
“Saja..rindu nak berbual dengan Mardiana..yang you cari I kenapa??,“ ujarku dengan wajah bosan. Sudahlah aku bingit dengan Mr. Haiqal dan ED. Ditambah pula dengan kasanova di hadapan aku ni.
“I hendak ajak you makan lunch sayang..kita dah lama tak lunch sama,“ ujar Azlee lalu tersenyum.
“Lunch??? Dah pukul 2.30 petang..You tak lunch lagi?? Anyway I baru sahaja balik lunch date,“ jawabku dengan wajah selamba.
Lambat Azlee keluar lunch hari ini? Sibuk sangat kah? Atau dia tak ada orang lain yang hendak menemaninya makan hari ini.
“Lunch date??? Dengan siapa??,“ ujar Azlee dengan wajah kurang senang bila Marsha mengatakan dia baru sahaja pulang dari makan tengahari dengan seseorang.
Setahu Azlee teman lunch Marsha, Salena. Dia tahu Salena berada di JB lama sebab itu dia mengambil peluang untuk keluar makan bersama dengan Marsha hari ini.
“Dengan Eddy,“ jawabku tanpa mengulas panjang.
“Eddy??? Mamat yang gaduh dengan you kat R&R itu dulu?,“ ujar Azlee ingin kepastian dari Marsha.
Sejak bila Marsha berhubungan dengan lelaki itu? Bukankah Marsha tidak suka pada lelaki itu.
“Yup! Mamat yang I gaduh di R&R itu dulu..now he’s my best coffee buddy,“ jawabku lalu tersenyum lebar sengaja hendak menyakitkan hatinya dan membuatkan lelaki itu merasa cemburu kerana Azlee pernah bertemu dengan Eddy dahulu.
Aku tahu Azlee merasa tergugat kerana Eddy merupakan pesaingnya. Dan Azlee tidak tahu selama ini aku berkawan dengan Eddy.
“But why Marsha? You know I sayangkan you,“ ujar Azlee merasa terperanjat mendengar kenyataan Marsha.
“Sayang??? Am I hear it correctly? You sayangkan I Azlee? Serious?,“ ujarku dengan perasaan menyirap.
Sesuka hatinya dan semudah itu dia mengungkapkan perkataan sayang seolah-olah ianya tiada nilai. Azlee sering mengunakan perkataan sayang. Bukan sahaja pada aku malah pada ramai teman wanitanya. Jadi sayang yang dia ucapkan pada aku sudah tiada nilainya lagi.
“Kenapa susah sangat untuk I buatkan you terima dan percaya pada I semula Marsha?,“ ujar Azlee bila Marsha menyangka bahawa dia tidak serious dan tidak bermaksud dengan apa yang di katakan pada Marsha.
“Azlee..tolonglah jangan mempermainkan hati dan perasaan orang, permainan ini semua untuk budak-budak yang tidak cukup umur Azlee, I bukan naive macam dulu lagi Azlee,“ ujarku dengan perasaan geram.
Azlee masih mahu bersandiwara dengan aku. Bukan aku tidak tahu, dia masih lagi keluar dengan Nabila dan Liyana dari department lain berkepit macam kekasihnya. Apa dia ingat aku buta.