Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 51

BERAPA lama Lu berada disini?,“ ujar Erhan lalu menepuk bahu kakaknya kuat sebaik sahaja dia tiba di meja tempat kakaknya duduk. Lelaki yang di tepuk bahunya itu kelihatan tersentak terperanjat. Dia bangun dari kerusi lalu berjabat tangan.


“Selama mungkin..Gue cuti panjang kali ini,“ ujarnya lalu memeluk Erhan erat. 


Sudah lama dia tidak ketemu dengan adiknya Erhan, kerana dia berada di London selama 3 tahun lalu dan baru kini pulang ke Jakarta. 


“Wah Lu..sunyi terus tiada perkhabaran..tiada berita..Gue fikir Lu sudah tidak ingat pada Gue lagi, apa khabar Lu???..Puteri Lu Dewi Alia apa khabar?..Papa juga apa khabar? Semuanya baik-baik??,“


“Semuanya sihat Alhamdullilah..Lu masih ingat lagi pada Puteri Gue,“ 


“Iya tentulah dia keponakan Gue..berapa umurnya sekarang?..Tunjukkan Gue photonya,“ ujar Erhan tidak sabar-sabar lagi mahu melihat gambar anak saudaranya. 


Kerana tidak sabar, Erhan langsung mencapai handphone kakaknya yang berada di atas meja lalu membuka gallery mencari gambar anak saudaranya. 


Kakaknya hanya tersenyum melihat keghairahan Erhan. Erhan memang perangainya begitu. Dia tidak menduga perangainya kekal hingga ke dewasa. Mereka berdua sememangnya rapat sejak kecil. Mereka hanya dua bersaudara. 


“Er..papa bertanyakan tentang Lu,“


“Iya gue tahu..gue lagi sibuk..nantilah bila gue ke Jakarta gue akan pergi bertemu dengan papa, gue mahu tahu apa tujuan Lu kemari?? Mahu menetap di sini??..Udah bosan duduk di London?? Nah..gue sudah bilang dari dulu agar Lu dekat sama gue di sini..Lu tidak mahu,“ 

“Lu masih berpacaran dengan Lasindah atau sudah bernikah dengannya Er??,“ tanya kakaknya. 


Kali terakhir dia bertemu dengan Erhan 3 tahun yang lepas. Dia tidak tahu samada Erhan sudah bernikah dengan Lasindah atau belum. Dia tahu Erhan cinta bangat sama kekasihnya Lasindah. 


“Gue sudah putus dengan Lasindah,“ jawab Erhan lalu meletak handphone kakaknya kembali di atas meja.


“Putus?? Kenapa? Bukankah Lu cinta bangat sama Lasindah?,“ ujar kakaknya lalu meneguk coffee yang di pesan. 


Terperanjat mendengar pengakuan Erhan. Dia mati-matian fikir Erhan sudah bernikah dengan Lasindah.


“She love someone else..ah don’t talked about it,“ ujar Erhan tidak mahu menceritakan kepada kakaknya mengenai kegagalan cintanya. 


Dia tidak mahu mengingati peristiwa lalu. Lasindah sudah hidup bahagia bersama lelaki lain. Dia pula sudah bertemu dengan cinta yang baru. 


“Ok..gue pasti tentu Lu sudah ada penganti baru,“ tegur kakaknya kerana Erhan kelihatan ceria dan seperti sedang di lamun cinta. 


Sebab itu dia bertanya akan hubungan Erhan dengan Lasindah. Adakah Erhan sudah bernikah dengannya.


“Wah Lu hebat!..Gue belum ceritakan kepada Lu..gi mana Lu tahu??,“ jawab Erhan bila kakaknya mengatakan bahawa dia sudah ada penganti yang baru. 


Ya benar. Sebab itu dia tidak sabar bertemu dengan kakaknya untuk menceritakan kepadanya tentang cinta hatinya yang baru.


“Kita bersaudara Er..lagipun gue kenal akan perangai Lu,“


“Yes..there’s someone..but-,“


“But...,“ pintas kakaknya lalu mengerutkan dahinya bila Erhan mengatakan ‘tetapi‘. Apa pula masalah hubungan mereka kali ini?


“We haven’t meet yet,“ jawab Erhan lalu tersenyum. 


“Haven’t meet yet?? You met her from the Internet??,“ tanya kakaknya penuh minat. Bila adiknya mengatakan dia masih belum bertemu dengan buah hatinya.


“Ironically..through Lasindah,“


“Through Lasindah?? Really?? Wow..that’s interesting? Tell me more?,“


“Gue kenali dia, bila dia menyamar sebagai Lasindah dan membalas surat Gue,“ ujar Erhan lalu tersenyum.


“Menyamar sebagai Lasindah? Wah..Hebat wanita itu? Apa tujuannya berbuat begitu?,“ tanya kakaknya penuh minat.


“Kerna dia suka sama surat Gue dan mahu mengenali Gue,“


“Interesting..gi mana Lu tahu sedangkan Lu masih belum bertemu dengan dia,“ tanya kakaknya lalu meneguk coffeenya tertarik ingin mendengar kisah percintaan Erhan dengan pacarnya yang baru. 


“Kerana dia sendiri yang beritahu Gue,“


“Beritahu Lu dari suratnya?? Lu tahu akan perasaannya dari surat yang di balas? Apa Lu yakin dia suka dan cinta pada kamu Er?,“


“Iya sudah tentu kerna dia sendiri yang bilang sama gue bahawa dia cinta pada gue..masakan gue salah dengar,“ jawab Erhan lalu tertawa kecil bila kakaknya tidak percaya bahawa Marsha cintakan dia. Marsha sendiri yang akui bahawa dia cintakannya. 


“Dia bilang Lu sendiri?? Katanya Lu masih belum bertemu dengan dia..Gue tidak mengerti Er..,“ ujar kakaknya kerana cerita Erhan mengelirukan dirinya. 

“Dia tidak tahu gue Erhan, kerna dia hanya mengenali gue sebagai Eddy..ini semua secara kebetulan..It’s like she the one for me..terlalu banyak kebetulan,“


“Baru aku mengerti sekarang..ya kisah cinta kamu bisa di jadikan novel kerana begitu interesting sekali..jadi kapan Lu mahu bertemu dengan cinta hati Lu..masa Lu mengambil terlalu lama untuk bertemu dengannya,“


“Berapa lama Lu akan berada di sini??,“ tanya Erhan tiba-tiba.


“Kan gue sudah bilang selama mungkin..gue ada urusan sedikit di sini,“ terang kakaknya lalu tersenyum.


“Urusan?? Urusan apaan??,“ tanya Erhan ingin tahu. 


Bisnes di Malaysia dan Jakarta semua dia yang uruskan. Dan kakaknya menguruskan bisnes di serantau Eropah. Apa urusan kakaknya ke mari? Urusan peribadi?


“Ah Lu tidak perlu tahu..ini urusan peribadi Gue,“ ujar kakaknya lalu tersenyum  bila Erhan tanya melulu akan urusannya ke Malaysia.


“Apa Lu mahu bernikah dengan orang Malaysia??? Lu lebih baik beritahu Gue..,“ desak Erhan. Dia gembira jika kakaknya bernikah lagi kerana kakaknya sudah lama bersendirian. 


“For me to know for you to find out,“ jawab kakaknya lalu tersenyum.


Previous: Bab 50
Next: Bab 52

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.