Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 52

ERHAN merasa senang hati sekali. Kakaknya akan menetap di sini bersama anak saudaranya yang sudah lama tidak di temui. Anak saudaranya Dewi Alia sudah remaja sekarang. Hubungannya dengan kakaknya akan bertambah rapat bila dia menetap di sini. 


Erhan sudah bersedia untuk bertemu dengan Marsha. Dia benar-benar berharap Marsha akan dapat menerimanya setelah dia berterus terang akan sebab kenapa dia melengahkan masa untuk pertemuan mereka. 


Di dalam bilik bacaannya dia menulis surat kepada Lasindah. Dia tidak mahu membuatkan Marsha merasa dirinya dipermainkan. Dia sedar perbuataannya itu akan membuatkan Marsha marah padanya dan berkemungkinan akan membuatkan wanita itu tidak percaya padanya. Namun Erhan tidak peduli akan risiko yang bakal yang dihadapinya kerana dia yakin pada cinta mereka.


Salamku Lasindah..


Sayang apa khabar denganmu?? Abang harap sayang di dalam keadaan sihat. Abang juga berharap sayang sukakan bunga pemberian abang dan kejutan yang abang berikan kepada sayang tempoh hari. Abang berharap benar sayang dapat mengerti akan perasaan abang terhadap diri sayang. 


Sayang sudah tiba masanya untuk kita bertemu....



*****


Aku mengunyah apple sambil membaca surat yang aku terima dari Erhan. Aku baca sambil lewa tidak fokus kerana awal tadinya kami berbual santai cerita pasal perkara lain. Asyik-asyik cerita aku dengan Erhan je kan. 


So aku tanyalah pada Salena masa kat JB selama sebulan ada tak dia bertemu dan berkenalan dengan sesiapa? Aku tengok sejak pulang dari out-station kat JB, Salena kelihatan ceria luar biasa aje. Mesti ada sesuatu yang membuatkan wajahnya berseri. 


Pada awalnya Salena masih hendak berahsia dan tidak mahu menceritakan kepada aku tentang perubahan ke atas dirinya. Tapi setelah aku desak. Lena kongsi juga walaupun tidak secara detail. 


Katanya di JB dia bertemu dengan kenalan. Tidak menyangka hubungan dia dengan kenalan biasa itu menjadi serious setelah menyedari mereka berdua saling suka menyukai di antara satu dengan lain. 


Aku pun excited juga bila mendapat tahu Salena sudah punya teman lelaki. Yelah Salena pun dah lama solo tanpa berteman. Uikk! Disebabkan aku tak concentrate ketika baca surat Erhan. Aku ulang dari awal perengan suratnya lagi. 


Setiap surat kiriman yang aku terima dari Erhan. Aku harus baca betul-betul kerana bahasa yang Erhan gunakan ayat yang mempunyai makna berlainan kadang-kadang ada dua makna. Sukar untuk aku memahami apa yang di maksudkan. Sebab itu aku rujuk pada Eddy.


Sayang sudah tiba masanya untuk kita bertemu....


Aku terbatuk kecil kerana tersedak terperanjat bila membaca baris ayat Erhan mengatakan dia mahu bertemu. Betul mata aku tidak bercanda dengan aku? Betul ayat itu yang di tulis Erhan! Aku menyambar air putih Salena kerana aku tidak memesan air tadi. Kalau tidak biru muka aku.


“Kau ni dah kenapa??? Makan apple pun boleh tersedak?,“


Aku terbatuk-batuk kecil lalu menayang surat dari Erhan kepada Salena kerana tidak dapat menjawab soalannya.


“Apa???,“ ujar Salena kurang faham bila Marsha berbuat begitu. 


“Baca!!...,“ ujarku lalu meneguk air putih lagi kerana terasa cebisan apple masih lagi tersekat di kerongkongku.


Aku menyerahkan surat itu kepada Salena. Salena meletak sudu yougurt di cupnya lalu mencapai surat Erhan. Dia mula membaca surat kiriman Erhan. 


“Erhan nak jumpa..for real this time??,“ tanya Salena lalu menyerahkan semula surat kepada Marsha. 


Patutlah Marsha excited semacam rupanya Erhan hendak bertemu. Betul ke Erhan akan tepati janjinya kali ini kerana 3 bulan yang lalu Erhan juga membuat janji yang sama tapi tidak bertemu dengan Marsha. 


“Tentulah for real this time,“ ujarku lalu mengeluh lega. Akhirnya aku dapat bertemu dengan Erhan.


“Hmm boleh percaya ke?? Kalau dia ‘bubble‘ kau lagi macamana??,“ tanya Salena lalu menoleh ke arah Marsha. 


Dia tidak mahu Marsha meletak harapan yang tinggi. Kalau Erhan boleh mungkiri janji dahulu tidak mustahil dia akan buat lagi. Dia bukan hendak berfikiran negative. Dia cuma kesiankan Marsha. Marsha terlalu mengharapkan cinta dari Erhan sehingga dia menolak cinta Azlee. 


Memanglah dia tidak berkenan dengan perangai Azlee yang kasanova. Mungkin Azlee sudah berubah dan menyesal dengan perbuatannya yang terdahulu dan benar-benar ikhlas sukakan Marsha kerana Azlee kelihatan bersungguh-sungguh mahukan Marsha kembali. 


“Aku yakin kali ini Erhan akan kotakan janjinya,“ jawabku tiba-tiba merasa sebak. 


Aku sendiri tidak tahu kenapa aku merasa sedemikian. Sepatutnya aku merasa gembira kerana aku dan Erhan akan bertemu setelah hampir 6 bulan perkenalan kami melalui surat menyurat. Aku tidak tahu kenapa tiba-tiba aku merasa sedih pula. 


“Yang kau tiba-tiba sebak kenapa?? Patutnya rasa gembira dapat bertemu dengan buah hati..ni tiba-tiba sedih pulak,“ ujar Salena bila dia perasan wajah Marsha tiba-tiba berubah sedih. 


Tadi excitednya bukan main sampai tercekik apple. Ni tiba-tiba sedih pulak. Apa kena dengan si budak Marsha ni? Jangan dia pulak yang buat perangai, bila Erhan sudah bersedia mahu bertemu dengannya.


“Entah tiba-tiba rasa sayu..,“ jawabku perlahan. Aku patut rasa nervous dan excited. Tapi sebaliknya. 


Seolah-olah aku harus berpisah dengan seseorang sebaik sahaja aku bertemu dengan Erhan. Berpisah dengan siapa?? Azlee?? Berpisah dengan dia tidak memberi kesan apa-apa terhadap diri aku kerana aku dah ‘way over‘ Azlee. Kalau bukan kerana itu, kenapa hati aku tiba-tiba merasa sayu pulak.


“Ah kau ni macam-macamlah..sedih lah!..sayu lah!.bila Erhan belum hendak jumpa asyik tertanya-tanya..sekarang bila dah nak jumpa sedih bagai pulak..confused aku dengan sikap kau ni Marsha..and one more thing you better stop seeing Eddy lagi, focus on Erhan only..kau jangan buat hal pulak, nanti yang dikejar tak dapat yang di gendong keciciran,“ pesan Salena. 


Dia merasa tidak senang hati selagi dia tidak berkongsi sesuatu dengan Marsha. Tapi ini belum masanya untuk dia memberitahu Marsha tentang dirinya kerana Marsha sibuk dengan perihal Erhannya. Nantilah bila cerita Marsha dengan Erhan sudah reda. Dia akan memberitahu Marsha.


Oh Crap!!! Mungkin sebab itu aku merasa sedih dan sayu. Aku sedih bukan kerana terpaksa berpisah dengan Azlee tapi kerana Eddy. Oh dear!..Kenapa aku rasa sedih hendak berpisah dengan Eddy. 


“Kau dengar tak ni?? Kalau kau benar-benar sukakan Erhan kau dah tak boleh jumpa dengan Eddy lagi,“ ulang Salena bila Marsha tidak mengambil perhatian dengan apa yang di pesannya tadi.


“Dengar...tapi?? kalau aku hendak jumpa dia sekali saja lagi sebelum aku jumpa Erhan..boleh kan? Aku bukan apa hendak tanya Eddy tentang surat Erhan..entahkan Erhan serious hendak jumpa atau tidak?? Aku hendak tanya pendapatnya dari sudut pandangan lelaki,“ ujarku lalu tersengih. 


Bertanya tentang surat Erhan itu hanya alasan sahaja. Aku masih mahu bertemu dengan Eddy buat kali terakhir sebelum aku bertemu dengan Erhan. I want to say thanks and good bye to him for always been there when I needed advise. 



Previous: Bab 51
Next: Bab 53

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.