Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 18

AKU berjalan perlahan membawa print-out ruangan bulan depan untuk di berikan kepada Encik Haiqal. 


Semalam aku dapat menyiapkannya. Ini merupakan kali pertama aku dapat menyiapkan kerjaku sebelum deadline. Haha. Entah apa mood hendak siapkan cepat. Kalau tidak aku selalu membuatnya last minute dan kadang kala Encik Haiqal yang selalu  hantar reminder berkali-kali untuk aku hantar kerjaku padanya. Nasib baiklah Pengarah Editor itu pakcik aku sendiri, jika tidak sudah lama aku kena pecat kerja kerana hantar last minute.


Aku menjeling kearah meja kosong Anna setiausaha Encik Haiqal. 


Anna MC hari ni?? Aku lihat Encik Haiqal sedang sibuk berbual di telefon dan dia tidak perasankan aku berada di luar pejabatnnya. 


Aku menarik kerusi Anna lalu duduk. Tangan kananku mencapai gagang telefon lalu menekap receiver agar Encik Haiqal tidak dengar ada orang lain mendengar perbualannya di telefon. Nakal aku ni kan! Jika Mr. Haiqal tahu pasti dia baran dengan perangai aku.


“So you ada kat bawah..oh ok?? I can meet you sekejap since you hendak cepat,” ujar Haiqal bila ED berada di daerah tempat dia bekerja. 


ED tidak bercadang untuk bertemu dengannya. Tapi oleh kerana dia terpaksa menyerahkan karyanya kepada Haiqal secara peribadi kerana dia tidak sempat hendak menghantarnya melalui pos. 


What!!! ED ada kat lobby!!! Hendak sahaja aku menjerit bila mengetahui penulis idolaku itu berada di lobby. Aku meletak gagang telefon kembali ke tempat asalnya sebelum Mr. Haiqal tahu. 


Aku mencapai fail lalu menuju kearah biliknya. Aku lihat Mr. Haiqal sibuk mencari sesuatu di atas mejanya yang berselerak. Typical Editor. Tak organise.


“Cari apa paksu?,” tanyaku ingin tahu.


“My handphone tolong carikan I..I nak cepat ni! You buat apa kat bilik I Marsha?,” tanya Haiqal bila Marsha berada di biliknya. Dia tidak memanggil Marsha ke biliknya tadi. 


Aku menyelak kertas-kertas dan dokumen yang terdapat di atas meja Haiqal membantunya mencari handphonenya.


“Nak hantar my artikel..,” jawabku sambil lewa.


“Artikel??? Dah siap?? Betul??,” tanya Haiqal dengan wajah pelik kerana merasa terperanjat bila Marsha menghantar sebelum tiba waktunya. 


Apa mimpi Marsha menghantarnya awal. Jika selalu tidak 5 kali reminder dia suruh Anna hantar kepada Marsha belum tentu Marsha submit kerjanya.


“Dah, ni handphonenya,” jawabku ringkas tanpa mengulas panjang aku tahu Mr. Haiqal tidak percaya. Handphone aku serahkan kepada Mr. Haiqal.


“You letak sahaja atas kerusi I ni..I’m in a hurry..need to meet someone,” ujar Haiqal menuju kearah pintu keluar.


“Jumpa siapa?,” tanyaku cuba memancing.


“Kawan,” jawab Haiqal pantas hampir sahaja dia terlepas kata bahawa dia hendak bertemu dengan ED. 


Jika dia terlepas kata pasti Marsha mahu mengikutnya nanti bila dia mengetahui bahawa dia mahu bertemu dengan penulis idolanya.


“Ok,” jawabku mengekori Encik Haiqal keluar dari bilik pejabatnya. 


Mr.Haiqal menuju ke lif lobby. Manakala aku berlari menuju kearah cubicleku untuk mencapai handphone. Aku tidak kira. Aku hendak juga tengok siapa ED tu? 


Dengan keadaan tergesa-gesa aku keluar dari perut lif takut terlepas bertemu dengan ED. Aku berdiri berdekatan reception area. Tidak mahu kelihatan ketara dan juga khuatir jika Mr. Haiqal ternampak aku pula nanti. 


Issk mana lak paksu ni sekejap dah hilang? Mataku melilau mencari kelibat Mr. Haiqal. 


Hampa jangan katakan Mr. Haiqal bayangnya pun tidak kelihatan. Aku berjalan menolak pintu transparent keluar dari bangunan. Mungkin mereka bertemu di luar bangunan. Aku tahu ED tidak suka orang tahu siapa dirinya yang sebenar. Mungkin mereka bertemu di tempat yang tersorok. 


Mataku melilau mencari kelibat mereka berdua. Please! Please! Berilah aku peluang untuk melihat wajah ED sekali sahaja. Aku tidak berniat hendak menjadi stalker ED. Aku hanya mahu bertemu dengannya dan meminta autograph darinya sahaja kerana aku begitu minat dengan hasil nukilannya. 


Aku mengeluh hampa kerana sudah hampir 10 minit aku berdiri tercegat di luar bangunan bayang mereka tidak kelihatan. 


Ah mungkin mereka sudah pergi ke tempat lain. Tak kan hendak berdiri di hadapan bangunan sahaja. Pasti paksu mengajaknya ke café berdekatan. Aku melirik kearah jam di tangan kurang setengah jam menunjukkan 5.30 petang. 


Aku memusingkan badan untuk menuju kearah pintu bila tertiba aku terlanggar seseorang di hadapan aku. 


Gedebuk! Aduh! Aku menyapu dahiku perlahan kerana terlanggar bahu seseorang. Terasa bergegar otak aku seketika kerana terkena tulang bahu orang itu. Senoneng kepala aku di buatnya.


“I’m so sorry, are you ok??,” tegur lelaki itu lalu menanggalkan earpiece dari telinganya. 


Dia nampak wanita itu berdiri tidak jauh darinya tadi. Dia tidak menyangka wanita itu berpatah balik untuk ke dalam bangunan tanpa melihatnya terlebih dahulu. Dan dia tidak dapat berhenti tepat pada waktunya ketika itu lalu terlanggar wanita itu. 


“Do I look ok to you?? And why are you running around this area! Tak boleh jalan ke?,” ujarku tanpa memandang wajah orang yang aku langgar. 


Tanya salah soalan dah tentu-tentunya aku tak ok. Benjol kepala aku di buatnya. Sakit tahu tak? Aku mengosok dahi perlahan. Mesti benjol besar.


“Sorry,” ujarnya sekali lagi.


“Sorry!..Sorry yang sakit saya bukan awak tahu tak!!,” ujarku lalu memandang wajahnya. 


WTH!!! Lelaki yang aku selalu nampak di R&R. Lelaki yang sama itu juga yang aku langgar tadi, 

Apsal aku asyik jumpa dia eh! Asal kena langgar aje mesti dia, tak ada orang lain. Setiap kali bertemu pasti bertengkar tak pernah aman. Apa masalah kami sebenarnya!


“You!!,” ujarnya dengan wajah tidak percaya kerana seringkali bertemu dengan wanita yang pernah di marahinya dahulu.


 “Ya it’s me! Kenapa you ada masalah!! You kalau tak langgar I tak boleh ke??,” marahku.


“Siapa yang langgar siapa sebenarnya? I atau you! Entah-entah you memang sengaja hendak langgar I, tak pun entah-entah you stalker I? Sebab kemana sahaja I pergi you ada,” ujarnya dengan senyuman sinis. 


Dia turut merasa hairan kenapa dia seringkali bertemu dengan wanita itu dan setiap pertemuan mereka pasti ada perbalahan. 


Aku membesarkan bola mataku bila lelaki itu dengan tidak merasa segan silu menuduh aku ni stalker dia?? Eh pegi dah! Dia ingat dia banyak handsome! Pakcik cleaner office aku tu lagi handsome tau!


Salena mengerutkan dahinya bila dia ternampak Marsha seperti sedang bertegang urat dengan seseorang di luar bangunan office mereka. 


Apa cerita? Kenapa Marsha kelihatan begitu marah pada lelaki di hadapannya. 


Salena mempercepatkan langkahnya menuju kearah Marsha. Khuatir perkara yang tidak diingini pula akan berlaku nanti jika dia tidak cepat mendapatkan Marsha. 


“Eh you fikir you ni celebrity ke yang I nak stalk you? Tolong sikit..jangan nak perasan eh!,” ujarku dengan nada geram. 


Isskk sombong tak boleh angkat aku di buatnya. Kacak macamana pun dia, kalau perangai nauzubillah jatuh saham kau tahu tak! Isskk!!


“Marsha..kenapa marah-marah ni??,” tegur Salena bila berada di sebelah Marsha. 


Dia memandang wajah lelaki di hadapan Marsha. Terpegun dia seketika kerana lelaki itu seorang lelaki yang kacak dan tampan. Aduh ganteng sekali! Tapi kenapa Marsha marah-marah pada lelaki itu. Apa yang telah lelaki itu lakukan kepada Marsha sehingga Marsha begitu marah sekali padanya.


“Dia kata I stalk dia..,” ujarku mengadu pada Salena seperti anak kecil mengadu pada ibunya. 


Aku tidak tahu kenapa aku boleh berkata begitu pada Salena. Sudah terasa seperti budak kelas 3 pula. Ah lantaklah kepala aku dah benjol di sebabkan si Mr. arrogant tu.


“Really???,” ujar Salena lalu mengulum senyum bila Marsha menyatakan sebab kenapa dia marah sangat pada lelaki itu. 


“I’m sorry Ms?-,”


“Salena,” jawab Salena lalu membuahkan senyuman. Matanya tidak lepas dari memandang wajah tampan milik lelaki di hadapannya. 


Aduh siapakah gerangan nya? Masih single atau sudah berpunya? Jika belum berpunya bolehkah aku menjadi teman hatinya? Banyak pula soalan yang singgah di benak fikirannya.


“Ya Ms Salena..maaf ini semua salah faham, cik ni tadi terlanggar saya..saya sudah minta maaf padanya, tapi dia tidak terima maaf saya,” ujar Eddy dengan penuh berhemah. 


Dia tidak mahu memanjangkan cerita dan ingin pergi meninggalkan mereka. Banyak kerja yang perlu di lakukan di pejabat. 


“Kau biar betul? Maafkan sahajalah yang kau nak panjang-panjangkan cerita kenapa? Macam budak-budak lah kau ni,” bisik Salena perlahan lalu membuahkan senyuman kepada lelaki yang tidak dikenali nama itu.


“Whateverlah!!..Jangan sampai I buat restraining order against you, sebab you stalk I,” ujarku dengan nada geram tidak berpuas hati dengan cara minta maaf lelaki itu. 


Mudah sahaja. Sorry! Tak ada nak belanja makan ke? Belanja minum kopi ke? Tukar phone number ke? Sejuk sikit hati aku. Ini tidak, tak ada langsung. Itu yang membuatkan hati aku bertambah panas.


“Ok..ok dia dah maafkan you, saja aje dia cakap macam tu..bye handsome,” ujar Salena lalu menarik lengan Marsha pergi menuju ke arah lift lobby kerana dia tidak mahu lelaki itu menjadi marah dengan komen Marsha. 


Jika Salena tidak menarik lengan aku agar cepat pergi dari situ mahu aku strangle lelaki itu tadi. Suka hati pakcik dia saje kata aku stalk dia eh? Ceh! Dari aku stalk dia baik aku stalk si ED tu. Ada juga faedahnya sebab ED tu celebrity lah juga.


Eddy hanya mengelengkan kepalanya perlahan, lucu dengan kejadian tadi. Dia berjalan menuju kearah keretanya yang di parkirkan di tepi jalan.


Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.