Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 53

AKU duduk sendirian di taman menanti kehadiran Eddy. 


Hari ini aku tidak mahu ke R&R kerana aku tidak punya mood untuk ke sana. Aku hanya tinggalkan pesanan kepada Ika jika dia bertemu dengan Eddy. Aku mahu bertemunya di taman tempat kami duduk dahulu. 


Semakin hampir ke hari yang aku akan bertemu dengan Erhan semakin nervous aku dibuatnya. Aku telah memungkiri janjiku pada Salena untuk menghentikan pertemuan aku dengan Eddy. Malah kami semakin kerap bertemu. 


Aku merasa senang dan selesa berkawan dengan lelaki itu. Aku bukan biased. Hubungan aku dengan Azlee dahulu pun tidak sebaik hubungan aku dengan Eddy, sedangkan Azlee sudah aku kenali dan berkawan dengan aku lebih dari 5 tahun. Walaupun kami kenalan lama, Azlee tidak tahu banyak perkara tentang aku. 


Manakala Eddy yang baru aku kenali 6 bulan tahu banyak perkara tentang diri aku. Malah tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa Eddy merupakan teman yang cukup memahami tentang diri aku berbanding Azlee. 


Aku berkata demikian bukan sebab aku sukakan Eddy, tapi ini adalah kenyataan. Eddy is a good company and a friend to be with. Sebab itu aku agak sedih untuk berpisah dengan sahabat sebaik Eddy. 


Namun aku tiada pilihan lain. Demi menjaga hubungan aku dengan Erhan aku harus menghentikan pertemuaan aku dengan Eddy. 


“Hai termenung jauh..ingatkan siapa??,“ tegur Eddy perlahan setelah agak lama dia membiarkan Marsha bermenung sebegitu. 


Sengaja dia tidak mahu menegur Marsha awal tadi. Hampir 10 minit dia duduk di sebelahnya namun Marsha tidak menyedari kehadirannya. Apa yang Marsha menungkan?


“Eh Eddy bila you sampai???,“ ujarku terperanjat bila Eddy menegurku tadi kerana aku benar-benar tidak sedar Eddy sudah duduk di sebelah aku.  


“About 10 minutes ago..,“ jawab Eddy lalu tersenyum.


“You suka biarkan I hanyut dengan perasaan I ya..Eddy,“ ujarku cuba membuahkan senyuman kepadanya. 


Terasa sayu pula hati aku hari ini, kerana hari ini merupakan hari terakhir aku bertemu dengan Eddy.


“I don’t like to disturb your thoughts, so ingatkan siapa tadi?? Erhan??,“ ujar Eddy perlahan. 


Marsha kelihatan sedikit berlainan dan tidak ceria seperti selalu. Seperti ada yang menganggu fikirannya. Eddy menyerah minuman kegemaran Marsha. Iaitu Iced Hazelnut Latte.


“Erhan?? No lah..Thanks for the latte..How’s your day??,“ ujarku cuba mengembalikan mood biasa. 


“Good!..Never been better!,“ jawab Eddy lalu tersenyum lebar kerana moodnya sememangnya baik sejak akhir-akhir ini. 


Pertama kakaknya berada di Malaysia dan kedua dia akan bertemu dengan cinta hatinya tidak lama lagi. Hatinya benar-benar senang sekali. 


“That’s good!!..,“ jawabku lalu tetawa kecil cuba untuk merasa gembira buat Eddy. 


“How’s your day??? Good?? Any letter from Erhan lately??,“ tanya Eddy sambil lewa lalu meneguk coffeenya perlahan.


Aku tidak menjawab pertanyaan Eddy. Aku membuka bag tangan, mencapai sampul surat berwarna beige lalu menghulurkan kepadanya. 


Ini merupakan kali pertama aku memberi Eddy membaca surat Erhan. What the heck! Ini merupakan hari terakhir aku bertemu dengannya. Aku mahu Eddy membacanya sendiri. 


Eddy mengerutkan dahinya bila Marsha menghulurkan envelope beige kepadanya. 


Coffee diserahkan kepada Marsha untuk dipegang sementara, lalu menyambut sampul surat berwarna beige dari tangan Marsha.


“Sure you hendak I baca surat dari Erhan??,“ ujarnya sebelum menarik surat itu dari sampulnya.


“Please..I hendak tahu pendapat you tentang surat Erhan,“ jawabku perlahan.


“Ok,“ jawab Eddy lalu menarik keluar isi kandungan envelope beige itu lalu membuka surat Erhan. 


Wajah Eddy aku perhatikan ketika dia sedang membaca surat dari Erhan. Wajah Eddy kelihatan tenang sahaja. Apa yang Eddy fikirkan? Adakah Erhan benar-benar bermaksud mahu bertemu dengan aku?


Aku membetulkan kedudukan aku tiba-tiba merasa nervous bila Eddy sudah selesai membaca surat Erhan dan memasukkan surat itu semula ke dalam sampulnya. Aku tidak sabar ingin tahu akan pendapat Eddy tentang surat Erhan.


“I’m happy that you are finally going to meet him, Isn’t that amazing? Maybe you have seen him, and you don’t even know it,“ ujar Eddy tersenyum lagi.


Aku cuba membalas senyumannya. Betulkah Eddy happy aku akan bertemu dengan Erhan kerana wajahnya tidak menunjukkan dia benar-benar gembira. 


“Ya finally..after so long!!,“ ujarku lalu menyedut hazelnut latte lalu menyerah coffeenya semula.

“Timing is everything. He waited until you were primed. Until you knew there was no other man you could ever love,“ ujar Eddy tersenyum lagi.


Aku tidak menjawab hanya menganggukkan kepalaku perlahan tanda aku bersetuju dengan pendapatnya. 


Erhan menunggu hingga saat aku bersedia untuk bertemu dengannya. Mungkin 3 bulan yang lalu. Aku juga belum benar-benar bersedia untuk bertemu dengan Erhan. 


“So..you are meeting him tomorrow isn’t it??,“ ujar Eddy lalu bangkit dari bangku.


“Yes,“ jawabku sepatah turut bangun dari bangku lalu berjalan di sebelahnya.


“Sometimes I wonder....,“


“What??,“ tanyaku lalu menoleh ke arah Eddy bila Eddy tiba-tiba bersuara.


Kami berhenti berjalan.


“Jika I tidak bergaduh dengan you di waktu pertama kali kita bertemu dahulu.., tidak act like a jerk dahulu,“ ujar Eddy lalu memandang wajah Marsha.


“Don’t....,“ ujarku seakan dapat tahu apa yang Eddy cuba katakan padaku.


“Dan tidak punya isteri dan anak?? I would have ask for your number and wouldn’t have been able to wait for 24 hours before calling and asking..“How’s coffee, dinner or movie, for as long as we both shall live??,“ 


“Eddy..“ ujarku cuba menahan sebak di dadaku. Aduh! Kenapa aku merasa sebak bila Eddy berkata demikian. Kenapa Marsha?? 


“Dan kita tidak akan berselisih faham? Tidak rebutkan meja di R&R...,“


Aku cuba tersenyum namun aku tidak mampu menahan rasa sedih bila Eddy berkata demikian.


“I know this would be our last meeting together..one last question..if only I‘m not married and not the jerk yang selalu bergaduh dengan you dahulu..will you ever forgive and accept me??,“ 


Hampir sahaja air mataku tumpah mendengar pengakuan Eddy. Maaf Eddy. 


If only apa yang Eddy nyatakan tadi adalah perkara yang benar. I would have give you my number...


Previous: Bab 52
Next: Bab 54

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.