Home Novel Komedi/Romantik Komedi KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
pitteriah abdullah
4/8/2013 08:56:09
310,175
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
BAB 25

Ayah dan Mak dah dua minggu balik ke kampung. Papa pula sudah berangkat ke Australia untuk mencari Julia dan Fawwaz. Alvin dan Husna, hari ini mungkin akan balik dari berbulan madu. Tak tahu lah. Mungkin dia orang akan sambung lagi percutian mereka. Elok juga tu.

Aleeya hanya memerap di rumah saja. Tidak masuk ke ofis sehingga hari ini. Cuti panjang sungguh dia. Jaga anak, masak tengah hari, itu pun kalau Rayyan balik makan kat rumah. Kalau tak balik, dia hanya lepak depan tv, dengan anak, dengan dia sama, sama-sama berlepak ke situ. Buat apa? Tengok gambar korea saja kerjanya. Pernah suatu hari Rayyan sengaja balik tanpa memberitahu kepada Aleeya terlebih dahulu, sengaja, nak tengok apa lah ‘cik manja’ dia sedang buat kala itu. Rupanya tengah asyik tengok Lee Min Ho, hero korea yang menjadi pujaan ramai itu. Apa lah yang ada pada mamat korea tu dari aku, rasanya aku lagi segak dari mamat korea tu.

“Ini saja kerja Liya?” sergah Rayyan petang itu. Terkejut pun tak, mengalih memandang ke arahnya pun tak. Matanya hanya ke arah tv.

“Buat lah perangai macam ni, asyik makan tidur, lepak. Badan tu pun dah naik lah!” tegur Rayyan. Geram!

“Tak mengapa, badan naik pun, abang sayang Liya juga!”

“Banyak lah sayang. Ada kelulusan nak memerap di rumah saja. Rugi tau tak!”

“Tu nak suruh Liya kerja lah tu!”

“Abang kalau Liya tak nak kerja, tapi duduk kat rumah buat kerja berfaedah dan manfaat tak mengapalah juga, ni Liya tak buat apa. Buang masa saja lah,”

“Insha ALLAH, dua tiga hari lagi, Liya masuk ofis semula!”

“Esok masuk ofis, tak payah tunggu dua tiga hari lagi!

“Abang ni dengki kat Liya lah tu..,”

“Dengki tak dengki, esok ikut abang masuk ofis!”

Tapi oleh kerana Ain demam, tak jadi lah dia masuk kerja. Jadi, boleh lah duduk kat rumah dua tiga hari lagi, sementara nak tunggu Ain sembuh semula. Tapi hari ini, kena masak tengah hari, sebab cek abang nak balik makan sekejap lagi.

“Lee Min Ho tak datang kat rumah ke hari ni?” usik Rayyan ketika menunggu aleeya mencedok nasi ke dalam pinggannya. Untung juga Liya ada kat rumah, boleh makan yang sedap-sedap. Masak lemak ketam lah, kari ayam lah, dan macam-macam lagi. Cakap saja apa yang nak makan, semua Liya boleh masakan. Itu keistimewaan Aleeya. Rajin memasak. Agak-agak lah Liya boleh masak tak masakan Abang Min Ho dia tu? Hehehe...

“Abang balik nanti, dia datang lah kut!” jawab Aleeya. Ada saja nak kenakan aku.

“Ooo, kenapa tak datang sekarang?”

“Dia segan lah kat abang!”

“Minat kat dia, macam lah dia kenal kat Liya tu, Liya saja gila bayang kat dia!”

“Hahaha.. itu pun ada orang cemburu!”

Mereka makan bersama. Rayyan sejak dari tadi memandang jari-jari Aleeya. Sudah lama dia perasan akan hal itu, cuma sengaja tidak bertanya. Atau pun memang Aleeya jenis suka cicirkan barang. Dia tak kisah kalau perhiasan lain. Tetapi ini cincin perkahwinan mereka, sudah lama tidak ada di jari manis Aleeya. Hilang ke? Atau simpan saja dalam laci? Rayyan tidak pernah menanggalkan cincin perkahwinan mereka yang tersarung kemas di jarinya tetapi Aleeya, sudah lama dia tidak melihat isterinya ini memakai cincin tersebut. Cincin yang berharga dan penuh bermakna. Jadi, perlulah dihargai bukan dibuang begitu saja.

Rayyan melihat pula pergelangan tangan Aleeya, gelang emas tanda pertunangan mereka masih ada di tangan kanan Aleeya. Gelang emas yang ada huruf R itu masih kekal di situ. Masa mula berkahwin dulu, nampak juga lah isterinya ini memakai sepasang gelang emas lagi. Ada rantai labuh kat leher. Tapi dua-dua tu sudah lama Aleeya tidak memakainya, tetapi yang itu Rayyan tak kisah pun, sebab bukan seperti cincin kahwin mereka. Lepas berpantang Aleeya ada beli gelang emas baru sama dengan mak di kampung, tetapi tidak dipakainya. Simpan barangkali. Buat apa lah beli kalau untuk disimpan saja di dalam laci kat rumah. Baik, tinggal di kedai saja, biar tauke emas yang menjaganya.

Selesai makan nasi, ada puding jagung pemanis mulut, tetapi Aleeya ini kalau tak ada ais krim mesti tak lengkap. Ais krim ciptaan sendiri, yang ini lagi lah sedap. Ais krim perasa durian hari ini.

“Mana gelang emas yang kita beli masa Liya habis berpantang dulu?” sengaja dia bertanya begitu. Nanti nak tanya pasal cincin kahwin pula.

“Ada dalam laci kat bilik kita!” jawab Aleeya sambil mencuci pinggan kotor. Rayyan bangun dan berdiri di sebelah Aleeya.

“Tak beli pun tak mengapa kalau simpan mcm tu!” ujar Rayyan. Mungkin kerana Aleeya tidak suka memakai banyak barang kemas, sebab itu semuanya di simpan saja.

“Nanti nak ajak abang temankan Liya ke kedai emas, Liya dah tengok hari tu, cantik lah rantai emas tu,” sambung Aleeya pula. Tangan masih lincah membasuh. Jangan harap, kali ini abang tak nak beli kan. Beli, pakai tak sampai sebulan, lepas tu simpan.

“Cincin kahwin kita mana?” soal Rayyan sambil memegang jari manis Aleeya.

“Ada lah. Abang ingat Liya hilangkan ke?” jawab Aleeya. Patut pun sejak dari tadi asyik renung tangan aku. Rupanya dah sedar aku tak pakai cincin kahwin kami. Hehehe...

“Ada tu kat mana? Simpan juga ke?” soal Rayyan, mahu tahu akan hal cincin itu. Bagi Rayyan cincin itu ada lah cincin yang terpenting dalam hidupnya. Aleeya mengeluarkan rantai yang tergantung dilehernya. Di situ juga ada cincin yang disarungkan ke rantai tersebut. Oo.. letak kat situ rupanya.

“Kenapa tak pakai?”

“Bila tanggal sewaktu ambil air solat, Liya selalu terlupa lah, jadi nak senang Liya sarung kat rantai abang nih!” jawab Aleeya. Aku pun sayanglah rantai dan cincin emas ini.

“Boleh lupa ke?”

“Ha, ah!” ditariknya hidung Aleeya dengan manja. Lega bila melihat cincin perkahwinan mereka kekal utuh di rantai emas kepunyaannya.

“Indahnya kalau Liya pakai kat jari manis Liya tu. Kat situ lagilah bermakna, sayang!”

“Abang ni hal remeh temeh pun nak membebel, suka sangat membebel mengalahkan orang perempuan lah!” balas Aleeya. Ketika Rayyan sudah menuju ke arah bilik mereka. Mahu jenggukkan anak-anak, sebelum solat dan pulang ke ofis semula.

Petang ini, Akma dan Puteri Shima mahu datang ke rumah. Jadi, Liya masakkan bubur jagung untuk mereka berdua. Ais krim di buat lain. Kali ini perasa pandan pula, kerana Akma dan Puteri Shima lebih sukakan perasa pandan dari perasa durian. Sementara menunggu kedatangan mereka berdua, dia membawa Adam dan Ain bersiar-siar di tepi kolam di hadapan rumah mereka. Kereta sorong berkembar itu ditolak perlahan-lahan sebelum dia terkejut dengan kedatangan Puan Sarah. Mimpi apa datang? Ini lah kali pertama Puan Sarah datang ke rumah mereka, datang ketika Rayyan tiada pula.

“Hey perempuan!” tegur Puan Sarah. Bau Arak menyusuk ke lubang hidung Aleeya dan hampir memualkan Aleeya. Bau arak yang kuat.

“Apa khabar mama?” soal Aleeya sambil menghulurkan ke dua belah tangannya untuk bersalaman dengan Puan Sarah, tetapi Puan Sarah menolaknya dengan kasar.

“Aku dengar kau keguguran, padan muka kau. Ini balasan kepada orang yang hatinya busuk seperti kau. Tuhan pun tak berkatikan kau lah!” tempelak Puan Sarah. Aleeya mengucap di dalam hati. Apa mama cakap nih?

“Jangan harap anak-anak kau dapat jadi pewaris harta keluarga kami. Aku tak akan benarkan. Kau memang merancang nak rampas harta Ryan kan? Sebab tu kau sanggup beranak ramai, supaya Ryan mewariskan segala harta-hartanya kepada kau dan anak-anak kau!” sambung Puan Sarah lagi. Mungkin Puan Sarah masih lagi dalam keadaan mabuk.

“Apa mama cakap ni, Liya tak pernah ada niat lah nak rampas harta mama!” balas Aleeya.

“Apa kau cakap? Tak ada niat? Kau jangan tipu aku lah!”

“Liya tak tipu mama...,” ucap Aleeya. Puan Sarah semakin menghampiri Aleeya. Kebetulan rantai Aleeya terjuntai keluar dari bajunya. Puan Sarah kenal sangat dengan rantai yang dihadiahkan oleh mentuanya kepada Rayyan dulu kini sudah menjadi kepunyaan Aleeya. Semakin sakit hati dia melihatnya.

“Kau ambil rantai Ryan yer. Perempuan hati busuk!” ujar Puan Sarah sambil menarik rantai Aleeya.

“Mama, jangan lah..,”Aleeya cuba menghalangnya tetapi tidak berjaya. Puan Sarah menglemparkan rantai tersebut ke dalam kolam. Aleeya hanya sempat melihat sebelum rantai itu tenggelam di dasar kolam. Hati Aleeya kecut melihatnya.

“Hahahaha.. puas hati aku hari ni... hahaha!” ujar Puan Sarah sambil berjalan keluar meninggalkan Aleeya yang gelabah seorang diri. Macam mana ni? Kalau suami aku tahu mesti dia mengamuk. Rantai dan cincin kesayangannya telah pun hilang! Huwaa.. dah nak menangis dah ni.

“Liya!” panggil Puteri Shima yang baru datang dengan Akma.

“Mak mentua aku buang rantai aku kat dalam kolam lah. Aku kena dapatkan rantai dan cincin sebelum cek abang aku balik. Kau dengan Akma tolong jaga anak-anak aku sekejap,” beritahu Aleeya. Cemas yang amat. Minta-minta jangan lah Rayyan balik lagi.

“Nak cari dalam kolam? Kau jangan buang tabiat lah!” celah Akma.

“Wei, laki aku sayang sangat lah rantai dia tu. Macam mana pun aku kena cari sampai dapat juga!” beritahu Aleeya. Terus terjun dalam kolam dan berenang ke arah tempat jatuhnya rantai tadi. Di selamnya ke dalam kolam untuk mencari rantai tersebut, tetapi tidak jumpa rantai dan cincin itu. Berkali-kali dia mencuba tetapi tidak berjaya.

Sehinggalah suara itu datang, ketika itu dia sudah basah kuyup. Dia yang sedang berenang segera berhenti.

“Kawan awak berdua tu buat apa kat kolam tu?” soal Rayyan. Muka Aleeya pucat lesi apabila melihat wajah suaminya. Cepat pula dia balik hari ini.

“Entah. Nanti Encik Rayyan tanya dia, kita orang nak bawak Adam dan Ain masuk dalam rumah lah!” beritahu Akma sambil menarik tangan Puteri Shima. Tidak mahu masuk campur hal antara Rayyan dan Aleeya. Biar lah mereka selesaikan masalah ini.

“Buat apa ni? Tak pernah-pernah pun Liya berenang kat kolam ni?” soal Rayyan sudah merasa pelik dengan sikap Aleeya petang ini.

“Tak ada apa lah. Saja jer. Nak lepas gian. Sebab dulu kat kampung masa zaman kecil, biasa mandi sungai lah!” dalih Aleeya. Macam mana ni? Apa aku nak cakap kalau dia tanya tentang rantai dan cincin tu sedangkan tengah hari tadi kami baru saja berbincang tentang hal ini. Dia mesti marah sebab aku tak jaga dengan baik rantai dan cincin tu.

“Naik lah. Tak elok berendam lama-lama kat kolam ni,” ujar Rayyan sambil menghulurkan tangannya untuk menarik tangan Aleeya naik dari kolam. Apa aku nak buat sekarang? Hmm, naik dulu lah, esok masa dia ke ofis baru aku cari semula rantai dan cincin tu. Aleeya menghulurkan tangannya membiarkan Rayyan menariknya naik ke atas.

“Liya nak masuk kat rumah dulu lah. Kasihan kat Akma dan Puteri Shima,” alasan Aleeya tidak mahu Rayyan melihat dirinya. Huhuhu...

“Pergilah masuk, abang nak berehat kat sini,” balas Rayyan.

Selesai solat mahgrib, aleeya berdoa panjang, memohon agar ALLAH mempermudahkan jalan untuk dia mencari rantai dan cincin yang jatuh ke dalam kolam esok hari ini. Itu saja yang dia mampu lakukan, iaitu dengan berdoa.

“Liya, kejap!” kata Rayyan ketika Aleeya mahu bangun. Rayyan bangun dan memgambil sesuatu lalu dia duduk di hadapan Aleeya. Mujur jumpa. Orang upahannya sudah mengkhabarkan apa yang berlaku antara Mama dan Aleeya, sebab itu dia bergegas pulang ke rumah. Rayyan tahu rantai dan cincinnya telah dibuang oleh mama ke dalam kolam dan dia pulang untuk mencarinya. Alhamdulillah, dia berjaya mendapatkan rantai dan cincin itu semula.

“Mana jari manis liya?” soalnya Rayyan. Aleeya segera menghulurkan jari manisnya. Segera Rayyan menyarungkan cincin perkahwinan mereka ke jari manis Aleeya. Terkedu Aleeya.

“Cincin ni kena ada kat jari manis Liya, baru lah cantik. Jangan buang tau!” pesan Rayyan. Aleeya mengangguk. Dia tahu juga apa yang berlaku rupanya. Hati Aleeya sebak. Tetapi dia tidak mahu menangis kali ini.

“Rantai??” soal Aleeya. Jangan cakap rantai hilang pula.

“Rantai hilang lah. Cari tak jumpa pun!”

“Cari sampai jumpa!”

“Aik, abang pula kena cari!”

“Yer lah, Liya sayanglah rantai tu!”

“Yer ker? Ingat tak kisah tentang rantai tu!”

“liya kisah lah!”

Rayyan meletakkan rantai emas ke telapak tangan Aleeya, lalu digengamnya erat.

Previous: BAB 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.