Home Novel Komedi/Romantik Komedi KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
pitteriah abdullah
4/8/2013 08:56:09
308,295
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
BAB 13

KAU CINTA AKHIR KU (BAB 13)

SYUKUR??? Apakah aku lupa bersyukur setelah memiliki segala nikmat yang ALLAH berikan. Dapat seorang suami yang baik, ada anak-anak yang comel dan diberi kemewahan? Apakah kerana semua ini, membuatkan aku tidak bersyukur? Kadang-kadang kita lupa pada ALLAH, ketika kita senang. Orang cakap lupa diri. Dan kita mula mencari ALLAH apabila kita berada di dalam kesusahan. Ketika kita berada di dalam kegelapan. Waktu itu baru nak sembahyang, baru nak berdoa kepada ALLAH. Kita selalunya begitu.

“Liya, jangan tinggalkan ALLAH kala Liya senang, takut ALLAH tinggal kan Liya kala Liya susah nanti,” gegendang telinganya seolah mendengar bait bicara ayah di kampung. Rindu kat ayah, sebab dua minggu dah tak telefon ayah kat kampung. Rayyan yang kerap menghubungi ayah dari dia yang menjadi anak ayah. Teruknya Liya sekarang yer.

“Kenapa ni?” soal Rayyan melihat Aleeya masih belum terlena. Dia baru selesai menyalin lampin Ain yang menangis sekejap tadi.

“Susah hati...,” ucapnya perlahan. Matanya memandang raut wajah Rayyan di sebelah. Lengan Rayyan di ambil lalu diletakkan kepalanya. Dia lelaki yang baik, biar pun kami sering bergaduh tetapi dia tidak pernah membawa rajuk itu memakan hari. Marah pun tak sampai sejam lamanya. Tadi, Liya telah melukakan hati abang. Lawan bertengkar dengan abang dan Liya rasa berdosa pada abang.

“Tidur lah, abang redha atas apa yang Liya lakukan, jangan lah susah hati..,” pujuk Rayyan. Ikhlas cakap, dia tidak pernah kecil hati dengan sikap Aleeya. Sebab dia yang suka sangat bergaduh ala-ala manja dengan isteri kesayangannya itu.

“Maksub abang, Liya buat perangai, marah abang dan bermacam lagi tu abang tak kisah ke?” ulang Aleeya. Ingin tahu perasaan Rayyan terhadap perangainya.

“Hehehe...,”

“Abanggg.,”panggil Aleeya, geram dengan sikap suaminya

“Abang faham sangat perangai Liya tu.. “ ucap Rayyan sambil mencuit hidung Aleeya. Aleeya tersenyum saja.

“Lamanya abang tak lihat Liya call mak dan ayah di kampung. Sibuk sangat ke?” peringat Rayyan ketika Aleeya mahu memejamkan matanya. Lupa lah, tadi memang cadang nak call ayah dan mak pun. Kalau tak dapat pulang melawat dia orang di kampung, apa salahnya telefon bertanya khabar. Ini tidak, asyik dengan anak-anak saja. Liya kena pandai bahagikan masa lah, sayang.

“Pinjam telefon abang kejap!” minta Aleeya. Apa lah nak jadi dengan aku nih, ayah dan mak di kampung pun jarang nak telefon. Harap suami saja yang menghubungi ayah dan mak saja untuk bertanya khabar. Kena telefon sekarang lah, nanti terlupa lagi.

Dicapainya tas tangan di atas katil untuk mencari telefon, tetapi tidak dijumpa. Ler, telefon tak ada pula dalam beg. Mesti tertinggal kat mana-mana. Hmm, sikap Aleeya yang tidak boleh diubah. Mungkin sudah semula jadi begitu. Hmm.. Rayyan sejak dari tadi melihat telatah isterinya yang mencari-cari telefon.

“Nah cakap!” ujar Rayyan setelah mendail nombor ayah di kampung. Aleeya menyambutnya di letaknya di cuping telinga sebelah kanan. Terdengar suara ayah, hatinya dipagut pilu. Rindu kat ayah dan mak di kampung. Lamanya tak balik kampung sejak berkahwin sekarang. Baru lima minit berbual dengan ayah dan belum puas mengadu pada ayah.

“Mak nak cakap dengan Liya!” beritahu ayah. Hah??? Mak nak cakap, selalunya mak akan bercakap perkara yang amat penting saja dengan Liya, kalau hal remeh temeh mak tak kisah pun. Mak abaikan saja.

“Assalamualaikum mak!”

“Waalaikummussalam, Liya!”

“Rindu kat mak lah..,” ucapnya sambil tersenyum.

“Banyak lah kamu punya rindu. Ni mak nak cakap kat Liya ni..,”

“Apa dia mak?”

“Boleh tak Liya jangan melawan cakap suami Liya, berdosa tau tak?” leter mak di hujung talian. Marah Rayyan? Mana mak tahu ni? Abang cakap dengan mak atau ayah ke?

“Tak lah mak. Liya tak buat benda tu,” ucapnya perlahan. Sampai hati abang buat Liya macam ni?

“Memang lah kamu tak buat sekarang, kamu tu bukannya boleh harap sangat!”

“Tak lah mak,” ujar sambil menjeling ke arah Rayyan. Mesti kerja abang kan?

“Berdosa kalau lawan cakap suami, tahu tak?”

“Tahu mak!”

Mood nak cakap dengan ayah terus hilang, lagi pun mak telah memutuskan talian.

“Ni mesti kerja abang,”

“Apa pula ni?”

“Abang mengadu yer?”

“Mengadu apa? Tak faham lah abang!”

“Abang cakap kat mak, Liya bergaduh dengan abang kan?”

“Tak ada kerja lah tu. Ingat abang nie apa?” kata Rayyan kembali. Tapi memang pun bukan kerja Rayyan. Aleeya berfikir semula. Rayyan nie bukannya lelaki yang jenis begitu. Cuba lah awak positif sikit si Aleeya ooi.

“Aduhai, tadi dah lah kena buli dengan abang, sekarang kena marah dengan mak pula,” ucapnya perlahan. Rayyan tersenyum saja. Dia mahu bangun dari situ. Malam ini mahu saja tidur di bilik si kembar di sebelah saja.

“Nak ke mana tu?” soal Rayyan apabila melihat Aleeya cuba bangun dari sisinya. Di tariknya tangan Aleeya.

“Nak tidur dengan anak-anak lah!”

“Hah, itu berdosa namanya. Abang tak suka tindakan Aleeya yang ini,” ujar Rayyan. Amboi, kalau marah, sebut habis nama kita yer.

“Susah jadi isteri, semua buat tak boleh kalau tanpa izin suami!” ujarnya sambil merebahkan dirinya di sisi Rayyan. Rayyan merangkul pinggangnya.

“Layan suami dapat pahala besar Puan Aleeya ooi. Pahala mudah macam ini pun tak nak ke?” usik Rayyan. Aleeya buat-buat tidak dengar saja. Hendak tarik muka masam tak boleh, hendak membelakangi suami lagi lah tak boleh. Berdosa tu Aleeya. Ingat mula-mula dia orang kahwin. Janjinya kepada diri sendiri. Dia mahu menjadi isteri yang setia kepada suami biar apa pun terjadi. Dia mahu menjadi isteri yang menyenangkan hati suami. Dia mahu menjadi isteri yang boleh mendamaikan jiwa suaminya. Bukannya menjadi isteri yang suka lawan cakap suami atau yang membuatkan hati suaminya resah. Tangan kanan Rayyan di ambil lalu dikucupnya perlahan. Aku tidak mahu menjadi isteri yang berdosa biar pun perangai suami ku mencabar kesabaran ku.

“Tidur lah, pejamkan mata mu sayang!” bisik Rayyan di telinganya. Sejuknya hati. Hilang resah dan susah hati kerana kena marah dengan mak tadi.

“Liya buat mak marah tadi..,” ucapnya separuh kesal. Aduhai banyaknya kesilapan hari ini.

“Liya ni kenapa buat macam tu kat mak? Call mak sekarang!” arah Rayyan tegas. Apa lagi kena marah dengan Rayyan semula lah. Apa tah lagi setelah menghubungi mak dan ayah, tiada jawapan dari sana. Mungkin mak dan ayah sudah tidur, sebab jam sudah pukul satu pagi. Waa.. lagi lah tak boleh lena malam ini.

“Biar bergaduh dengan abang, tapi jangan bergaduh dengan mak. Walaupun syurga Liya kat abang, tetapi mak liya yang lahirkan dan besarkan Liya, pergorbanan mak liya lagi besar dari abang, tau tak?” ujar Rayyan sedikit marah. Menitis air mata Aleeya apabila mendengar bicara itu. Betul lah kata suaminya itu.

Rayyan terus bangun dan meninggalkan Aleeya bersama air matanya.

“Abang, jangan tinggalkan Liya!” ujarnya sambil menahan Rayyan dari bangun. Tak mahu buat dosa banyak kali malam ini. Suami lari meninggalkan dia sendirian pula. Sudah lah tadi dah tambah dosa, sekarang nak tambah lagi dosa ke?

“Abang nak tengokkan anak-anak lah. Tak dengar ke Adam menangis?” suara Rayyan mula kendur. Manja tu tak habis-habis lah, sayang nih

“Abang..,” panggil Aleeya lagi. Tahu dalam hati suaminya masih ada rasa marah kepadanya.

‘Abang tak ajar Liya jadi anak derhaka kat mak atau ayah. Biar pun abang ada kuasa sebagai seorang suami tetapi yang paling penting dalam hidup kita adalah mak dan ayah..,” kata Rayyan sebelum melangkah keluar dari bilik tidur mereka. Terpana Aleeya mendengarnya. Seperti tangan suaminya itu berada di atas mukanya saja. Aduhai, berkesannya ayat-ayat tersebut.

Pergaduhan antara mereka berlarutan kali ini. Biar pun Aleeya sudah memohon maaf kepada mak selepas sembahyang subuh pagi ini. Semalaman dia tidak boleh tidur kerana ingatkan perbuatannya kepada mak semalam. Dia hanya menunggu azan subuh untuk menghubungi mak saja kerana dia tahu mak akan bangun awal untuk berjemaah dengan ayah di surau yang berdekatan dengan rumah mereka. Dia mula cuti hari ini. Sakitnya perut dan kepala hari pertama period. Jangan lah ada orang cari pasal dengannya pagi ini. Boleh meletup dunia jawabnya.

Selesai satu perkara, tetapi suaminya menarik muka masam sepanjang masa bertolak ke pejabat. Marah sungguh dia kali ini dengan sikap Aleeya ke atas mak di kampung. Aku sudah lah berselisih pendapat dengan mama, sekarang isteri pula sengaja nak cari pasal dengan mak di kampung. Apa lah nak jadi pada hubungan kami, kalau tak dapat redha keluarga, restu dari mak yang menglahirkan kami berdua.

Boleh dikatakan semua orang kat ofis tahu pasangan suami isteri ini bergaduh. Mana taknya Rayyan yang jelas sangat sikapnya. Banyak staf yang kena marah dengan bos besar hari i ni, walaupun kesilapan yang mereka lakukan agak kecil, tetapi kerana bos ada masalah rumah tangga, habis kena marah. Aleeya tenang saja. Tidak menunjukkan sebarang reaksi walaupun dia tahu kesilapan berpunca darinya.

Aleeya tidak minum dan tidak makan hari ini. Makanan yang dibeli oleh Rayyan sebentar tadi tidak disentuhnya. Hilang selera makan hari ini dengan sikap suaminya yang panas baran itu. Tapi dia memang tak lalu nak makan hari ini. Marahkan isteri kenapa babitkan pekerja pula. Itu yang Aleeya tidak suka. Marah lah kepadanya saja, jangan libatkan orang lain.

Kenal sangat dengan sikap dia, kalau tak suka sesuatu, dia akan cakap berterus terang, tidak seperti aku yang menyimpan dalam hati saja. Bukan apa pun kalau cakap tentu bergaduh saja. Tetapi hari ini dan semalam, sudah terbalik jadinya. Waktu rehat Aleeya menghabiskan masanya dengan Adam dan Ain saja. Malah Rayyan hanya menjengguk sekejap saja dan terus pergi dari situ.
"Liya!" seru Rayyan melihat sikap Aleeya yang tak endah kepadanya. Orang dah minta maaf lah. Itu pun tak nak terima. Sekarang, kenapa cari Aleeya pula? Marah Aleeya di dalam hati.
"Abang kena profesional lah, ini pejabat, bukan rumah pun," lembut suara Aleeya. Satu ofis tahu aku bergaduh dengan dia. Tengok sudah bercampur aduk sekarang. hal rumah tangga sudah terbawa-bawa sampai kepejabat.
"Profesional apanya lagi? Siang ke malam ke, ofis ke rumah ke, Liya tetap isteri abang. Tak payah nak tegur abang lah, Liya pun tahukan abang tak suka Liya tegur abang mcm tu," jerit suara Rayyan di sebelah biliknya. Cakap melalui telefon saja, tetapi mata saling memandang. Hanya cermin terang benderang yang menjadi dinding pemisah antara mereka. Nampak jelingan mata suaminya dengan jelas. Tajam dan menikam ke sukma. Tu dia, buat perangai lama pula dah tu..,
"Habis abang nak satu ofis tahu kita bergaduh? Begitu?” suara Aleeya agak tinggi kedengaran. Aku pun mood tak okey juga hari nie. Faham-faham saja lah kalau time lampu merah ni?Angin pun tak ok, kepala sakit, perut dan pinggang pun sakit. Lupa pula pesanan mak semalam.
"Liya, cakap sopan sikit boleh tak?" marah Rayyan semakin menjadi. Aleeya meletakkan gagang telefonnya, walapun masih mendengar suar Rayyan memanggil-manggil namanya. Aleeya bangun dan terus menarik langsir berwarna biru di dinding. Sudah tidak boleh melihat satu sama lain. Biarlah suami merangkap bos itu tahu aku sedang marah kepadanya dengan sikapnya semalam dan hari ini.

Aleeya menahan kesakitan. Dipegangnya perutnya yang sedang memulas. Pukul berapa sekarang yer? Teringin nak balik berehat kat rumah. Selalunya dia mohon cuti atau mc saja kalau keadaan begini. Tak tahan lah.

Pintunya ditolak orang. Rina ke? Kalau Rina, dia mahu meminta tolong kepada Rina hari ini. Tetapi bukan Rina yang muncul tetapi suaminya. Apa lagi nih. Aleeya berpura-pura tida sakit di hadapan suaminya.

“Baru semalam, abang pesan, hari ni dah buat perangai semula!” ucap Rayyan sambil menghampiri Aleeya. Dia duduk atas meja berdekatan dengan kerusi Aleeya. Aleeya tidak menjawab. Sakit sangat!

“Liya!” panggil Rayyan. Aleeya terus mengadap komputer. Pura-pura menyemak minit mesyuarat di dalam komputernya.

“Aleeya..,”

“Liya nak buat kerja lah..,” ucapnya berdalih. Rayyan terus bangun. Baru dua langkah terdengar sesuatu jatuh dari atas meja Aleeya. Bekas pensel. Bertaburan pen dan pensel di atas lantai. Rayyan memandang Aleeya yang sedang menahan kesakitan.

“Liya kenapa ni?” ucap Rayyan sambil membantu Aleeya mengutip pen dan pensel. Hilang rasa marah. Yang ada cuma rindu dan sayang saja.

“Liya...,” jawab Aleeya terhalang. Period time lah !

‘Abang dah tahu lah. Period kan. Jom abang hantar Liya balik..,” orang tahu lah sebab dah catat dalam diari kat kepala otak abang ni. Hari bulan pun abang ingat lah.

“Kalau dah tahu kenapa buat Liya macam ni?”

“Baru tahu pagi tadi, tapi Liya tak cakap apa-apa pun. Nak berahsia apa lagi dengan abang?” dalih Rayyan. Hehehe..,

“Dah abang tarik muka masam pagi tadi?”

“Dah lah, jom balik!” katanya sambil merangkul Aleeya. Dipimpinnya Aleeya untuk keluar.

“Liya boleh jalan lah!

“Jangan cari pasal, boleh tak?”

Bukan kerana Aleeya, dia tarik muka masam. Bukan kerana Aleeya dia mengamuk hari ini. Tetapi kerana keputusan Alvin yang mengejutkan itu yang membuatkan dia seperti mahu menelan orang saja. Marahnya kepada Husna dan keluarga Husna yang menyebabkan adiknya menjadi begitu. Dan satu lagi adalah kerana mamanya.

Itu yang Rayyan simpan di dalam hati.

Previous: BAB 12
Next: BAB 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.