Home Novel Komedi/Romantik Komedi KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
pitteriah abdullah
4/8/2013 08:56:09
308,280
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
BAB 7

KAU CINTA AKHIR KU BAB 7

ABANG MEMANG SENGAJA LAH. Semalam Liya ajak berbincang abang tak nak dengar, sekarang abang buat keputusan yang Liya tak suka lagi. Memang abang nak kena dengan Liya agaknya. Geram lah!

“Liya, pergi ofis dengan Alvin pagi nie, abang nak ke KLIA, ada hal lah!” beritahu Rayyan sambil membetulkan tali lehernya. Pergi ofis dengan adik ipar, buang tabiat ke pagi ni? Tak pasal nanti Husna syak yang bukan-bukan pula.

“Tak mau lah. Liya naik teksi...,” belum habis ayat Rayyan sudah di tepi pintu kereta.

“Abang tak benarkan Liya pergi dengan teksi. Liya pergi dengan Alvin. Abang dah cakap kat Alvin suruh jemput Liya dengan anak-anak,” jerit Rayyan dari luar. Aduhai suami, tak faham kah apa yang sedang berlaku sekarang. Apa kata Husna bila berjumpa di ofis nanti. Mestilah dia tuduh Liya yang bukan-bukan sebab datang dengan suaminya. Ini hanya akan menimbulkan kemarahan Husna lah, cek abang rayyan.

Rasa marah kepada Rayyan di simpan dalam hati sepanjang perjalanan ke ofis pagi ini. Tidak ditunjukkan kepada Alvin. Begitu juga ketika sampai di ofis. Hanya wajah manis saja dipamerkan. Aleeya cuba tenangkan dirinya. Tenangkan hatinya, walaupun ketika dia melihat wajah Husna, seperti mahu menerkamnya saja. Hmm, ini lah yang Liya tak nak sebenarnya. Liya faham perasaan Husna tu seperti Liya pun isteri juga. Datang berduaan dengan suami orang, siapa tak marah. Kalau Liya pun, Liya marah juga lah.

“Sorry, sebab akak menyusahkan Alvin pagi ni..,” ucapnya ketika dia berjalan masuk ke biliknya. Alvin hanya tersenyum saja.

“Tak mengapa kak. Biasa saja tu!” balas Alvin sebelum Husna datang menarik tangan Alvin berlalu dari situ. Mesti bergaduh lagi. Nampak muka Husna masam mencuka.

“Puan, bos suruh Puan ganti dia untuk mesyuarat pagi ni!” beritahu Rina sebaik melihat wajah Aleeya.

“Pukul berapa?”

“9.00 pagi!” Sekarang baru 8.05 pagi. Sempat lah melihat fail-fail di atas meja terlebih dahulu.

“okey!”

“Puan nak minum?”

“Saya dah minum kat rumah tadi!” Minum apa Liya? Bukan awak bergaduh dengan Rayyan ke? Mana lah sempat nak minum pun.

Tak telefon, tak beritahu apa-apa pun tentang agenda hari ini. Selalunya dia akan beritahu hendak ke mana-mana. Hari ini tak sempat pun. Tetapi dia pulang dengan senyuman dan hati yang tenang. Pelik nih? Hati Aleeya tertanya-tanya sendiri, apabila melihat wajah suaminya yang baru muncul sebentar tadi. Jam baru pukul 11.30 pagi dan Aleeya baru saja habis mempengerusikan mesyuarat.

Rayyan memandang wajah Aleeya. Mesti marah dan bengang kepadanya pagi tadi. Sebab ketika berjumpa Aleeya tidak tersenyum kepadanya. Menegur pun tidak. Abang terpaksa lah, sayang. Papa singgah di KLIA sekejap saja tadi sebelum meneruskan perjalanan ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah. Papa nak jumpa sangat sebelum bertolak. Papa yang merantau mencari ilmu agama di merata tempat untuk menebus masa silamnya. Papa hanya ingat ilmu agama saja. Bukan yang lain lagi. Sebab itu lah dia tergesa-gesa tadi. Malah tidak sempat memberitahu kepada Aleeya tentang pertemuan ini. Alvin pun tak tahu!

Aku sudah banyak mendera hati dia sejak dari semalam tadi. Hmm..

Macam mana abang nak pujuk Liya nih? Liya bukan pandang duit ringgit abang. Kalau abang belikan hadiah yang mahal pun Liya bukannya suka. Bunga?? Semalam dah pun hadiah bunga kat dia. Tak kan hari ini bunga lagi? Beg?? Kasut?? Itu kan perkara biasa.., Dan semua ini tak mampu menyejukkan hati Liya. Abang tahu tu!

Apa yer?

Gambar perkahwinan antara mereka berdua. Saat dia menyarungkan cincin ke jari manis Aleeya dan mengucup dahi Aleeya dengan sepenuh kasih sayang. Gambar itu dihantar ke handset Aleeya. Kenangan manis itu masih segar di dalam ingatannya sampai lah ke saat ini. Bermula dari situ, terlafazlah ikatan suami isteri antara dia dan Aleeya, gadis kesayangannya. Dan sekeping lagi, ada lah gambar anak kembar meraka.

Rayyan berdebar menanti reaksi Aleeya.

Mata Aleeya khusyuk memandang gambar perkahwinannya. Teringat kenangan indah ini. Peristiwa ini tidak mungkin akan dilupakan olehnya sepanjang hayat ini. Di sini Rayyan mengungkapkan ijab dan kabul, dalam pengertiaan sebenarnya, “ALEEYA ADALAH MILIK DAN KEPUNYAAN RAYYAN YANG MUTLAK! Dalam pengertian islam pula, suami boleh melakukan apa saja ke atas isterinya dan andainya mahu syurga di akhirat kelak, maka patuh dan taat lah kepada perintah suami.

Air mata Aleeya tertumpah juga. Sayu! Ikut rasa hati, mahu saja dia mendapatkan Rayyan di bilik sebelah. Tapi hati masih terluka dan kaki rasa terikat.

“Sorry!” luah Rayyan di muka pintu bilik Aleeya. Dari aku menunggu lebih baik aku datang kepadanya.

“Pandai abang pujuk Liya yer..,” kata Aleeya sambil tersenyum. Rayyan membalas senyuman. Alhamdullilah. Rancangannya berjaya! Dirapatkan dirinya kepada Aleeya yang masih duduk di kerusi. Rayyan menyentuh tangan Aleeya. Abang sayangkan Liya sepenuh hati dan jiwa abang. Itu yang Liya perlu tahu

“Jangan marah kat abang lama-lama lah, sayang..,”

Bukan marah tetapi Liya kecil hati lah dengan abang...,

“Papa tunggu kat KLIA lah tadi. Abang tak sempat nak beritahu Liya. Alvin pun tak tahu!” perlu jelaskan perkara ini. Bukan aku sengaja meninggalkan dia kepada Alvin pun. Aku tahu hukumnya. Aku tahu batas larangannya, walaupun Aleeya hanya menganggap Alvin seperti adik kandungnya sendiri. Tetapi kita tak tahu apa tanggapan orang. Aku percayakan Aleeya sebab dia isteriku, dan aku percayakan Alvin, sebab aku kenal benar dengan adik bongsu ku itu. Jadi, aku tahu apa yang aku lakukan.

“Hmm..,” keluh Aleeya. Rupa ada perkara mustahak dia meninggalkan aku tadi. Aku yang cepat terasa dan berkecil hati dengan tindakannya pagi tadi.

“Apa lagi ni?” suara Rayyan apabila mendengar keluhan yang muncul di bibir isterinya. Marah lagi lah tu. Aleeya diam tidak menjawab. Tangan Rayyan digenggam erat sambil diayunnya perlahan. Hendak marah dah tak boleh. Hendak mengamuk pun dah tak guna. Tapi pernah kah Liya mengamuk kat suami Liya nih? Tak pernah walaupun sekali. Tetapi merajuk kerap sangat lah! Fakta abang tinggalkan Liya pagi dah terlalu kukuh, kalau marah jugak memang Liya cari penyakit lah tu.

Rayyan memandang wajah Aleeya yang semakin ayu. Mahu saja dipeluk Aleeya ketika ini. Tetapi sekarang kat ofis, nanti apa pula kata stafnya. Tetapi teringinnya nak peluk Aleeya sekarang..., Sebab dia adalah Penenang Jiwaku. Bila lihat wajah dan senyumannya hati yang sedang lara dan gelisah pun boleh jadi tenang dan damai. Kalau berduka boleh rasa bahagia sangat-sangat. Sebab itu aku bawa dia ke sini, bukan ada sebab lain. Aku mahu melihat wajahnya yang memberi sumber inspirasi kepada ku.

“Pergi lah buat kerja abang, nanti bila free kita bincang, okey?” suruh Aleeya. Aku kena hormat sebab di sini adalah tempat kerja bukan rumah pun. Kalau rumah lain cerita.

“Aik, Liya beri arahan kepada bos ni? Mana boleh cakap macam tu kat bos Liya!” gurau Rayyan. Sempat lagi mencuit dagu Aleeya. Aleeya membiarkan saja.

“Abang tak ada kerja ke hari ni?”

“Ada!” tapi Liya yang penting dalam hidup abang.

“Habis tu?”

“Ada orang marah dan merajuk pagi tadi, sebab itu lah abang pening kepala sekarang!”

“Tau pun!”

“Sekarang abang nak dengar isi hati Liya, boleh tak sayang!” pujuk Rayyan membuat Aleeya tersenyum senang. Sebab itu Liya suka merajuk. Sebab ada orang yang akan memujuk Liya.

Liya ni anak manja lah Rayyan, kena ingat tentang itu, Haji Mohsin paling manjakan Aleeya sebab Aleeya anak perempuan seorang. Malah anak bongsu pula tu. Kau sendiri pun tahu akan itu. Dan jangan ketepikan semua itu atau melupakan akan hal ini, kerana ini akan membuatkan hati Liya terasa. Biar pun Liya sudah bergelar ibu sekarang tetapi manja itu tetap ada dalam diri Liya.

Lagi pun kalau lah Liya tidak bermanja dengan kau, dengan siapa lagi Liya hendak bermanja? Dengan ayah? Kau kan ada..,

Rayyan tersenyum mengingatkan akan hal itu. Hahaha.. nama pun aku kahwin dengan anak manja, nasib lah kan. Perhatian untuk Aleeya memang dilebihkan mengatasi apa saja yang ada di sekelilingnya. Aleeya itu paling penting dalam hidupnya.

“Cakaplah!”

“Cari tempat yang best sikit boleh tak Encik Rayyan!” luah Aleeya. Tak selesanya kat sini.

“Simpan lah dalam hati Liya lama-lama yer, tahan lah sakit hati Liya tu!” ujar Rayyan sudah hilang sabar. Dia meninggalkan Aleeya dengan menghempaskan daun pintu dengar kasar dan kuat. Marah ke? Ooo.. reti pula marah yer?

Kan sudah kena marah Aleeya. Marah kan Liya kerana memanggilnya dengan nama ‘Encik Rayyan’ lah tu. Abang kan tak suka Liya panggil macam tu. Biar lah.

Datang berasingan, balik pun berasingan juga. Aleeya pulang sendiri tetapi dengan kereta Rayyan. Rayyan pulang terlebih dahulu dengan Alvin bersama anak-anaknya. Kereta ditinggalkan kepada Aleeya kerana Aleeya ada hal tadi. Puteri Shima dan Akma datang berjumpa dengannya di pejabat. Tak sanggup menunggu Aleeya yang sedang berborak sakan, Rayyan mengambil keputusan pulang dengan Alvin terlebih dahulu. Sebab Rayyan tahu, kalau Aleeya berjumpa dengan sahabat baiknya itu, lambat lagi lah nak balik. Boleh lupa semua perkara kalau berjumpa dengan sahabat-sahabat baiknya itu.

Ketika dia sampai, Rayyan sedang bermain dengan anak-anak di dalam bilik. Terdengar suara Rayyan sedang memujuk Adam yang sedang menangis. Tentu Rayyan sudah mandikan Adam dan Ain. Rayyan memang tak kisah untuk mandikan si kembar itu. Malah Rayyan juga yang siapkan pakaian mereka berdua. Boleh lah Aleeya buat kerja-kerja yang lain. Cuma sebelah malam saja perlu bergilir. Tapi Aleeya tak kisah tentang itu. Adam sudah berhenti menangis ketika Aleeya menolak daun pintu. Nampak Rayyan sedang mendodoikan Si Adam sambil menyuapkan botol susu ke mulut Adam. Ain sedang bermain di sebelah papanya. Ain yang tidak banyak karenah. Tetapi wajah Ain, rambut Ain banyak mewarisi Puan Sarah, neneknya. Kalau lah Puan Sarah melihat tentu terkejut. Mata pun seperti mata Alvin. Nampak sangat darah kacukan cinanya itu.

“Assalamualaikum!” suara Aleeya sambil menghampiri Rayyan. Di ambilnya Ain lalu dikucup pipi Ain bertalu-talu. Rindu...,

Salam tidak disambut. Jawab dalam hati kut.

“Abang..,”

“Pergi lah mandi dulu. Dah nak masuk mahgrib tu!” perlahan suara Rayyan. Tidak ada senyuman pun.

“Marah kat Liya?” soal Aleeya sambil melihat anak mata suaminya yang jernih itu. Suka! Kita kalau sudah sayang semuanya suka yer.

“Bukan Liya yang marah kat abang ke?” balas Rayyan balik. Aleeya menoleh ke arah lain. Tak sanggup melihat wajah suaminya itu. Ain diribanya. Sambil tangan kanan menepuk Ain perlahan.

“Mula-mula pujuk, lepas tu kena marah. Serupa abang tak pujuk lah kan?”

“Pujuk tak jalan, sakit hati juga lah!” kata Rayyan, meletakkan Adam yang sudah terlena. Dia berlalu keluar.

“Bagus tu, sekurang-kurangnya abang tahu erti sakit hati macam mana.,” ujar Aleeya ketika Rayyan sampai di muka pintu. Rayyan menjeling tajam! Aleeya hanya tersenyum saja kali ini. Senang hati dengan gelagat suaminya.

Previous: BAB 6
Next: BAB 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.